Aug 5, 2013

Iktikaf di Masjid PAS?

(Satu hari di Masjid Rusila-Pandang dari sudut positif)

Aku search “Ustaz Azhar Idrus tidur masjid”,  dengan niat mencari ceramah dari ustaz PAS tentang adab tidur di masjid. Apa yang aku jumpa?, “hokum tidur telanjang..” dan “hokum tidur berbogel”.. serta ceramah lawak tentang kesalahan dalam tidur laki bini, Adohai..

Jadi di kesempatan ini aku nak Tanya orang PAS yang suka baca blog aku, Ada tak korang jumpa ceramah dari ustaz PAS tentang adab tidur dalam masjid?

Sebab semalam aku di ajak oleh kawan beriktikaf di masjid Rusila Terengganu dekat rumah Haji Hadi (Macam baik sangat aku ni iktikaf pun nak cerita kat blog- pergi mampos- adohai). Bila sampai sana, ramai orang PAS yang tidur tanpa alas apa apa, ada yang meniarap, ada yang kaki terjulur pada Al quran.., ada yang muka tersembam pada karpet dengan mulut terbukak.. Adohai..

Nampaknya Haji Hadi atau Ustaz Azhar idrus kena bagi tarbiah sikit kat pemuda PAS agar lebih menjaga kebersihan masjid.

Aku ikhlas menegur, sebab masjid ni rumah Allah, makanpun Nabi ajar kena ada saprah(alas), apatah lagi tidur di masjid, jika korang nak tidur sekejap aku tak kesah, tapi aku sampai jam 12 malam, korang dah tidur tanpa alas apa apa dengan cara meniarap muka ke karpet, aku bangun jam 3 pagi, korang masih tersembam kat situ, macam mana tu? Adohai..,  korang tak tahu ke bila tidur macam macam cecair boleh keluar seperti air liur basi, air mani, air kencing dan air tulang belakang, tak ke mengotorkan masjid?

Bila aku mengadu kat sorang brader yang belum tidur, boleh pulak dia cakap, orang UMNO lagi teruk, langung tak datang iktikaf, Woha!

Nasihat aku, Hentikanlah sikap membandingkan diri dengan orang yang lebih rendah dari kita terutama bab agama, contoh penyanyi yang pakai seksi bila di tegur, tak elok kakak menyanyi dengan pakai baju seksi, boleh pulak penyanyi tu jawab macam orang PAS di atas, Pelacur lagi seksi dik.., akak seksi tapi tak berzina, Hampeh!

Tepuk dahi! Zaman dah terbalik, nak maju dalam agama, orang PAS kena bandingkan diri dengan sahabat Nabi, bukan dengan orang UMNO atau sape sape zaman ni, baru agama boleh maju, adohai..

Lagi satu Masjid Rusila tak di design untuk ibadat iktikaf yang mana jika nak mengaji, bila bukak lampu akan mengganggu orang yang sedang menangis dalam bertahajjud, atau berzikir dalam gelap, patut ada lampu yang mana sumbernya terlindung dan cahaya hanya menuju pada pembaca Al quran, boleh rujuk design di Masjid Seri Petaling jika nak tiru.

Alhamdulillah, jam 3 pagi ramai orang kampong datang solat qiayamulai kat situ, maka wujudlah suasana ummat islam mencari lailatul qadar dengan niat ihtisab, Alhamdulillah..

Semoga dalam tahajjud pemuda PAS di Rusila, ada terselit jua akan doa dengan air mata mendoakan hidayat kepada UMNO dan semua ummat islam di seluruh dunia agar semua ummat islam bersatu dan dimuliakan.

Akhir kata, jika korang ada terjumpa ceramah dalam FB atau blog dari Ustaz PAS tentang adab tidur di masjid, bolehlah print dan tampal di Masjid Rusila. Insya-Allah.

Sekian coretan di hujung Ramadhan, Selamat menuju Lailatul Jaizah.


Takbir!

54 comments:

  1. mayb diorang lupa nak amalkan ilmu yg
    diorang dapat dari ceramah pas. sangka baik

    radi

    ReplyDelete
  2. yelah maybe doarang TERlupa nak bwk alas,TERlupa nak baca doa,TERlupa nak kibas tempat tidur aduyyyai byknya TER!

    ReplyDelete
  3. Assalam

    Salah sayalah....tak ajak/pujuk pemuda PAS keluar 3 hari.

    Khalid

    P/s: Salah seorang ketua pemuda dalam negeri Darul Iman kabo ramai pemuda PAS berasal dari tabligh. Wallahu'alam

    ReplyDelete
  4. Niat baik hendak beriktikaf itu mmg best ada ganjaran pahala, tp dek kerana takder ilmu camner nak beramal dgn betul, terdapat dosa plak kt situ, huhuuu..

    ReplyDelete
  5. Realiti mentaliti orang pas begitu la.

    kalau tegur kesalahan depa, dia akan kait umno lagi teruk. walhal kte nak dia jadi lebih baik bukan compare dng andaian buruk dia dengan orang lain..

    kita tanye kenapa selalu solat tengah padang even ada masjid? dia bantai orang umno lagi teruk malas nak solat.

    kita tanye mesti dalam bersih boleh penuh saf, kenapa time solat fardhu orang pas tak seramai bersih? depa kata lagi umno lagi teruk tak pegi semayang berjemaah..

    kebanyakkannya umno juga jadi mangsa kehkeh..

    hari tu aku tanye, kenapa geng pas mulut celupar?kebanyakkan kuat memaki? boleh plak kate, umno pun 2x5. walhal kita bukannya suka umno pun..

    Dia nak jadi terbaik antara yg terburuk..adoila

    ReplyDelete
  6. nice akh! saya org pas,tapi saya setuju dgn tulisan di atas. Tak dapat dinafikan,penyokong pas ramai,tapi penyokong pas yang join tarbiyyah dan amalkan tarbiyyah tak seramai yang diharapkan.

    disebabkan tu juga,ramai dlm kalangan penyokong pas sendiri yang fanatik,cepat melatah sehingga mengabaikan akhlak dan adab sosial.

    Teruskan usaha akh untuk berdakwah. Moga dgn usaha akh ini,ramai dlm kalangan masyarakat terutama penyokong pas agar lebih berakhalak dan mengikut sunnah.secara tak langsung,berikan kebaikan buat seluruh masyarakt marhain.

    ReplyDelete
  7. Carlos Santiago

    Tumpang geleng kepala..

    ------------
    radi

    ada banyak lagi benda aku nak komplen, tapi aku sangka baik, adohai..

    ------------
    Khalid

    Aku Nampak ramai ramai malam tu, ada 2 orang yang ada alas tidur, mungkin bekas tabligh.. huhu


    ------------
    Mandi Mayat Blog Informative Kesihatan BRO!

    Itulah politik


    ---------
    arizWan Mior Mansor

    nasihat orang yg salah supaya teruskan amal dengan betul, bukan suruh berhenti amal kerana ada salah...

    ----------
    Anonymous

    “Dia nak jadi terbaik antara yg terburuk..adoila”

    The best one.

    ---------------
    irmujahidah

    Alhamdulllah, orang PAS macam ni yang terbaik, di tegur tidak melenting, di komplen tidak marah.., tahniah pada anda, kebanyakkan orang PAS yang aku jumpa, bila kita tegur, terus tuduh kita pencacai UMNO, bodoh tahap gaban- huhu

    ReplyDelete
  8. hai bro hamka:)

    Kalau bab dunia dan harta, kenalah bandingkan dengan yang lagi tak bernasib baik dari kita..

    tapi kalau bab akhirat, kena bandingkan dengan tokoh2 agama sebelum ni..baru betoi..hehe

    salam puasa dan raya

    ReplyDelete
  9. macai amno betul la ko ni.sikit2 politik.boring

    ReplyDelete
  10. islam itu amalan... bukan sekadar tau je

    ReplyDelete
  11. Orang PAS kena keluar...orang umno kena keluar jalan Allah...barulah mereka dpt sikit kefahaman sunnah2 nabi saw dan adab2 dlm sesuatu amalan...


    DR brutal

    ReplyDelete
  12. sape tak beradap tu biadap... Mudah-mudahan jauh dari azab..

    ReplyDelete
  13. hurmmm, iktikaf itu perbuatan yang baik, kena buatlah dengan cara yang baik ;)

    ReplyDelete
  14. huhu aku pun belum termasuk dlam kalangan org2 yg memakmurkan masjid huhuhu sedey...

    ReplyDelete
  15. Assalam

    Untuk kita sendiri dapat kekuatan untuk pergi memakmurkan masjid bacalah kitab fadzail amal - kelebihan solah.

    Sebenarnya saya banyak tak tahu tentang kelebihan tersebut sebelum ini. Setelah duduk dan mendengar bacaan kitab ini (ketika umur 33 tahun), saya rasa seronok sangat nak solah berjemaah.

    Sampai marah-marah isteri kerana tak kejut solah subuh (Once upon a time)..he..he..

    Alhamdulillah...hari ini, jika tidak dapat solah berjemaah, saya rasa kehidupan menjadi serba tak kena...cacat...kurang... begitu juga dengan bapa,anak-anak lelaki dan adik-adik ipar lelaki saya.

    Moga Allah kekalkan perasaan ini kepada kami sehingga mati dan moga Allah kurniakan kepada semua ummat Islam perasaan begini.

    Bacalah, hayatilah dan beramallah dengan kitab fadail amal ini. Sesungguhnya jika magik itu ada...maka inilah buku magika!

    Khalid The Cryingfella.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum..
    saya berasal dari kelantan..dan hijau tu memang dah sinonim dgn family saya..
    sebenarnya tak perlu nak melenting kalau ditegur..setiap manusia ada silapnya..
    sikap manusia tu sendiri yg tak dapat terima teguran..
    kena baiki sikap dulu..baru yg lain2 pun betul..

    sekadar pendapat..


    http://www.jutawanshaklee.com

    ReplyDelete
  17. pernah satu hari sekumpulan orang tabligh duk rapat2 bila ustaz depa cerita ttg zikir dari hadith2 palsu buku fadhail a'mal, tapi bila malam esok ustaz kampung bg kuliah maghrib ttg tauhid depa duk luaq isap rokok. perangai mcm baghal.

    Itu contoh segolongan pengikut tabligh yang tidak menggambarkan seluruh mereka. Ramai orang tabligh masih lagi bagus2.

    titik hitam kecik org mudah nampak, tapi usaha macai politik panggil orang, panjat pokok, edar risalah, buat flashmob tak ada nak kepoh dekat blog.

    Orang tabligh ketuk pintu rumah aku ajak ke masjid tapi bau hapak, mulut bau longkang. Di mana hemah kamu sbg seorang muslim?

    Akhlak buruk itu ada pada manusia yg dapat nombor last dalam kelas, in this case, dalam satu-satu jemaah. Itu biasa. Yang penting dasar jemaah tersebut, dan gerak kerjanya.

    Jangan la jd poyo sgt.

    ReplyDelete
  18. Bukan tak tahu, ada ilmu tapi bukan semua reti amalkan ilmu. Tahu dan beramal tak ramai yang boleh.

    Orang Pas bukan semuanya sempurna tak lebih baikpun dari Umno...

    Orang Umno bukan tak tahu bagus lazimkan diri ke Masjid, tapi nak amalkan tu susah.

    Moga kita lihat kesalahan orang lain dengan cermin kembali pada diri kita.

    Kalau ada kekuatan tegurlah sesama kita, maju mereka maju jugalah masyarakat kita.

    ReplyDelete
  19. Dalam hal agama, janganlah nak buat perbandaingan apatah lagi nak tunjuk-tunjuk! Jangan PAS ingat UMNO tidak /kurang Islam. PAS pula jangan perasan lebih Islam! Yang menilai bukan kita! Tidak kah kia sedar dalam mengaku beriman dan beragama, ramai yang berpura-pura! Tidakkah kita takut dalam menilai orang kurang Islam, kita pun sendiri teruk! Muhasabah adalah jalan terbaik! Ingat Islam bukan untuk tunjuk-tunjuk! Hentikan keceluparan menghina orang lain! Allah tak suruh buat kerja macam ni!

    ReplyDelete
  20. orang tabligh dengar hadis palsu, lalu tidur dalam masjid ikut cara Nabi.

    orang pas dengar hadis sahih, lalu panjat pokok, edar risalah, dan buat flashmob.

    Bila di tegur, katanya mulut penegur bau hapak.

    Standard 90 peratus ahli PAS.

    Sebab tu tuhan tak tolong mereka.

    ReplyDelete
  21. Jadi di kesempatan ini aku nak Tanya orang PAS yang suka baca blog aku, Ada tak korang jumpa ceramah dari ustaz PAS tentang adab tidur dalam masjid?

    Hamka, aku dah cari, memang takde ustaz PAS ceraah tentang adab tidur di masjid, adab pakai khauf, adab bersugi, adab berdakwah cara Nabi sebab mereka tak faham sunnah Nabi, banyak yang aku jumpa ceramah kutuk mahadir, kutuk najib, kutub pak lah, kutuk tabligh, kutuk artis,

    patutlah orang pas menjadi kurang ajar, huhuhuhu

    ReplyDelete
  22. tak ada ust PAS ajar pakai kasut? kah kah kah. susah bila kaldai pandai main keyboard.

    Bila seorang guru berceramah atas platform 'PAS' yakni sebuah pertubuhan politik, isi ceramahnya akan berunsur politik.

    Nak dengar ceramah fasal medical, pergi klinik jumpa doktor tanya sebab-sebab buasir tu apa.

    Nak tahu otak korang waras atau tidak pergi jumpa psikiatris.

    Mereka berpolitik untuk menegakkan idealogi mereka, islamik atau tidak nilai sendiri. Korang pula bising fasal tidur dalam masjid. sebab korang terer tidur dalam masjid, merata masjid korang pergi tidur lalu kamu expert bab2 itu. Tahniah.

    Nanti jangan lupa round masjid di sekitar Bangladesh pula tengok depa tidur macam mana ok.

    Maka tidur dalam masjid ikut cara Nabi itu sangat suci sehingga dibolehkan kamu menyebar hadith palsu?

    Tak pernah ke jumpa hadith yang Nabi sabda sapa2 mereka-reka hadith Nabi tak mengaku ummat?

    Hamka kalau dia cerdik dia tak tulis benda-benda macam ni. Kalau dia cerdik dia tegur salah orang PAS itu dan bermahabbah dengan mereka dengan cara menutup aib mereka, usah sebarkan aib mereka sehingga pertubuhan mereka dicerca followers kereta mayat yang rata-rata masih mencari sinar.

    Kalau nak cerita 1001 perangai orang PAS, aku ada banyak mahu cerita. Aku dikelilingi mereka. Tapi apa hemah kita nak menjatuhkan pertubuhan yang "less error" berbanding lain?



    ReplyDelete
  23. kesian gila talak kat hamka

    ReplyDelete
  24. syabas khairi syabas.naik smangat aku bila baca komen ang.hehe. khairi ang usm kan?tahun brp dah? amek kos apa?tak kna praktikal lg ka?

    ReplyDelete
  25. nk tnye korng bleh???? korng penah x bace/dengar hadis nabi ttg nasihat2 dia kpda sahabat..... klau teliti baik2 hadis nabi, pasti akn jumpe nabi menegur stu sahabatnya dlm majlis ilmunya tnpa mnyebut nama sahabat yg ditegur itu....
    jumpe ke xjumpe lngsng?? adakh dgn cara ini Nabi SAW mmbuka aib sahabat2 nya??? tdak, bahkn Nabi lah org yg trdahulu dlm prkara2 kabaikn....
    msing2 terimalah salah silap yg ada...
    ketahuilah, adakah dlm sejarah islam org2 yg hebat memiliki sikap xboleh ditegur silap dn salahnya???
    siapa contoh kita yg sebenar2nya????
    mahu maju dlm islam, tpi tdak mncontohi mreka yg tlah maju dlm islam adalah prkara yg sngat2 mustahil....

    ReplyDelete
  26. PAS parti islam, tak patut Hamka kritik, jika nak ktirik,kritiklah UMNO.

    ReplyDelete
  27. Hamka, tak cerdik jika buka aib orang PAS, jangan jadi keldai keyboard, sepatutnya Hamka kena rahsiakan apa sahaja aib dari parti PAS, baru tidak menjadi keldai.

    ReplyDelete
  28. ex pas ex tabligh not umno9:31 AM, August 16, 2013

    Islam benar dan baik, selain dr tu ada baik ada buruknya. Nak jadi baik pelajari Islam, pelajari yg baik dan amalkannya, kenali yg buruk tinggalkan dan jauhinya, samaada dr PAS, UMNO, Tabligh dsb.

    ReplyDelete
  29. Pemuda pas sanggup menjulang sami budha..x mustahil sbb jahil

    ReplyDelete
  30. macam-macam.....

    ReplyDelete
  31. salam, terima kasih kepada yang komen dan refresh tunggu aku reply..

    aku tulis ni bulan puasa tanpa syaitan di sisi.

    Alhamdulillah, respon dari pembaca PAS di bulan puasa adalah positif dan sedia di tegur lagi jika nampak mana yang salah.., macam tu baru menjadi penyokong parti yang bagus.

    tapi lepas bulan puasa, selepas syaitan dilepaskan, komen negatif pun muncul..

    Adohai..

    Kepada orang PAS yang baca entry ni dan berubah mencari ilmu, aku ucapkan tahniah,

    manakala yang melenting emosi dan sentimen, pergi mampus, jangan baca blog aku, pergi baca blog mr K.

    K untuk 'Keldai'.

    Woha!

    ReplyDelete
  32. komen panas menjelma....hahahhaa...
    sama2 kita kenali diri kita.
    seorang yang jarang ke surau dan selalu sibukkan diri dalam perniagaan. mungkin lebih baik daripada orang yg selalu ke surau. tapi selalu mencerca dan mengutuk.
    bagi saya, entri ni ada maksud tersurat dan tersirat. jgn melulu menghukum hamka. kalau salau tegur tapi kita sama2 salah. kita sama2 muhasabah. the truth always not lying at the front. but deep in the cave.

    papepown, hamka, cuba kurangkan ayat yang terlalu pedas. kita kurangkan kontroversi, dan sama2 tingkatkan prestasi. pengikut pas. sama2 kita ambil iktibar. kerana anda tidak mengupload ceramah2 pas tentang akhirat dan ilmu fikah. menyebabkan ilmu hanya tersangkut di kawasan pengikut pas. tapi x tersebar dikalamngan orang 2 yang lain...kalau ada majlis ilmu. sama2 kita kongsi..

    ReplyDelete
  33. hihihi sampai kena halau

    ReplyDelete
  34. kat nempat aku, ramai yang komplain jemaah tablaigh ada perangai hodoh...bila ustaz dok ceramah dia buat bulatan sesama sendiri borak borak( bersangka baik mungkin cerita pasal agama gak ) tapi tetap itu satu perangai yang tak senonoh,

    ko patut buat satu posting nasihatkan jemaah tabligh, kalau lah pon ustaz tu tak best hormatlah skit kan...

    oh ya satu lagi...masjid sri petaling punya tandas agak kotor... kadang2 ada kapal selam terapong... tak tau lah orang luar yang berak kot...

    ReplyDelete
  35. Assalam

    Ramai orang tak datang solah jemaah di masjid tak risau.

    Risau pasal tak duduk majlis ustaz kau..
    Risau pasal masjid kau kotor..
    Risau pasal penampilan karkun tak menarik..mulut bau longkang..
    Biasa baca tak pasal ahlul suffah, agaknya macamana kau pandang mereka..

    Sekurang-kurangnya orang yng kau risau tu datang masjid solah berjemaah, raaaamaai lagi orang diluar masjid yang kau nak risau..
    kerana tak solah berjemaah

    He..he..salah risau.

    Sri Petaling masjid yang diziarahi oleh jemah satu dunia! Tandas kotor...relevanlah. Tandas masjid & surau kau yang hanya penduduk setempat imarahkan pun kotor...

    Cryingfella

    ReplyDelete
  36. baru PAS kalah pilihanraya sebab tabligh tak undi mereka, ingatkan dah insaf, tapi masih menghina para pengundi PRU14. Bila kalah, salahkan TNB Blackout, bodoh tahap K.

    Nampak sangat tak pandai politik, dan tak pandai agama.

    ReplyDelete
  37. Anon12:32 ni mesti biasa khidmat kat sri petaling bersihkan tandas bab tu dia tahu keadaan tandas tu. Sungguh mulia orang yang sentiasa khidmat tuk kesenangan saudaranya... Doakan kami juga agar ada sifat khidmat pada org seperti tuan..

    pak sudin

    ReplyDelete
  38. Salam abg hamka,saya setuju dengan teguran tuan...mmg kdg kala teguran nasiht ada yg terima ada yang menolak...sy sedih bila baca komen2 org yg tak boleh terima teguran..lagi khairi..esok habis belajar saya doakan kamu semoga perbetulkan yg salah dari kalangan ahli pas..

    Wan calon mayat

    ReplyDelete

  39. very well said Hamka.

    Jarang manusia nih suka dikritik mengenai äpa yang dia suka
    "'Ahli PAS tak suka dasar PAS dikritik"
    "Tabligghiyyin tak suka adab usul mereka diperlekeh"

    Doa 'SEMOGA ALLAH MEMEBERKATI ILMUMU' kepada yang sedia berubah apabila ditegur
    Doa 'SEMOGA ALLAH MENAMBAH KEIKHLASANMU'kepada yang sangat beremosi bila disentuh

    Khas buat HAMKA, aku tengok orang yang kahwin 4, begitu berhikmah dalam menegur berbanding orang yang amalkan monogami. Kau tak der niat nak suruh orang rumah tolong carikan untuk kau ker?

    ReplyDelete
  40. Adat di blog bila komen skema orang tak rasa terjentik.

    Begitu jugalah rasa bila dikaldaikan. Hamka pun kaldaikan Mr K, tak pa lah kira teguran tahap blog. Kdg benda2 mcm ni walopon kasaq, lentingan tu yg masuk dalam kepala.

    Perselisihan kdg tak byk pun, cuma diapi-apikan situasi.

    Buat sapa yg mahu tahu status aku kat USm, aku dah grad 10 thn lepas. Dh jd profesional engineer 8 thn dah. I've been in Middle East dan Africa untuk project bekalan air fresh, kawasan di mana Allah lebihkan minyak, kurangkan air.

    Now, aku cuba tegur saja. Dalam satu jamaah, dia punya mentaliti/intelektual mempunyai pattern bell curve, 10% A class, 80% moderate, dan 10% yg F class yg keciciran. Therefore, tngok zaman pilihanraya akan ada penyokong2 yg bersifat mcm hantu raya fanatik mcm besok mati boleh masuk syurga.

    Ini cuma segelintir, another 80% duduk diam2 saja kat rumah. Another 10% A class jadi pimpinan yang terhad untuk control everything.

    Dalam jamaah PAS atau tabligh sekalipun, akan ada pengikut yang slow. Yang mcm Hamka cerita di masjid Rusila, yg aku cerita juga berdasarkan pengalaman aku. Mengapa kita nak highlight perangai kaum minoriti yg slow ini menjadikan ia seolah-olah keburukan seluruh jemaah?

    PAS parti politik, ia akan diserang secara politik. Tapi cuba fikir kalau PRU Malaysia tak disertai PAS? Kalau DUN korang hanya ada MIC (BN) dan DAP? Walaupun PAS tak menang... at least, kita ada wakil muslim yang MENCUBA untuk menegakkan syiar Islam melalui pilihanraya. Tidak berjaya, cuba lagi 5 thn. At least, kita mencuba.

    Kalau terjumpa pengikut fanatik, tegur mereka secara spesifik.

    Aku melenting di post lepas pun sebab Hamka meng'kera'kan somebody. That's all.

    Otherwise, I have no problem at all reading kereta mayat.

    Fikrah kita yang benar boleh cacat kalau tiada hormat sesama saudara.

    ReplyDelete
  41. ape la keistimewaan hamka ni sampai yg bijak pandai pun mcm kena minyak dagu kat blog hamka yg tak berapa best ni,kawin 4 la hamka..wohaaa

    ReplyDelete
  42. Laa haula wala kuwwata illa billah..

    ReplyDelete
  43. Ada seorang student aku suke maki hamun org lain bodoh and etc..bila aku marah..dia kata ustaz azhar idrus buat mcm tu takpe..sbb budak2 dia fikir..kalau ustaz boleh buat bende tu tak salah..pening aku nak betulkn budak2 ni..smpai satu tahap ada seorang tu dah salahkn Allah(ni aku tak tahu pengaruh siapa),.aku bgtau bnde tu tak boleh..tp UAI mmg bwk pengaruh buruk dkt budak2 yg tak boleh fikir mane betul mane salah..sdgkn yg dewasa konon alim pon penuh mengutuk..mengumpat..mulut kuat fitnah..aku ada encounter seorang ni yg dah umur dkt 30 tahun ckp kta boleh makin hamun org yg buat dosa ni..sbb UAI pon buat...pening aku nk layan

    ReplyDelete
  44. bg pandangan aku laa..Teguran Hamka kpd segelintir ahli PAS adalah teguran membina bukan menjatuhkan PAS...UAI pun pernah menegur tabligh dlm ceramahnya dulu2....so adil lah kedua2nya....xpayah lah nak melenting2 mcm kera...ok...tapi blog Hamka mmg terbaik laa..haha

    ReplyDelete
  45. bukan mcm kera,tapi pungguk rindukan bulan haha..

    ReplyDelete
  46. xde org tanya kot soalan tentang adab tidur tu... belajar sendiri..

    ReplyDelete
  47. setahun sekali jer iktikaf, tak yah kecoh..

    ReplyDelete
  48. Salam... saya rasa lebih elok tuan hamka tidak mengaibkan sesiapa baik uMNO atau PAS... tajuk tuan lebih baik dgn ADAB TIDUR DALAM MAJID atau apa pun... jadi di sini... persamaan yang saya nampak tuan juga dalam kategori mengumpat atau mengatA kpd tuan guru haji hadi... lebih dalam adalah tuan mengaibkan beliau secara umum... maafkan saya atas teguran ini.. yg baik itu selalu bersangka baik.. tajuk tuan adalah tajuk utama sebagai penyokong politik dalam umno . Sekian.

    ReplyDelete