( Cik Aminah jatuh dalam parit, Cik Baba
Ketewa jerit jerit, tapi mereka mungkin tidak tahu ganjaran yang dikurniakan
untuk orang orang yang beriktikaf adalah dijauhkan dari api neraka sejauh tiga
parit)
Duduk di rumah berdua-dua-an bagi Laki Bini
agak merbahaya kepada bot bot kecil walaupun mungkin bini korang sudah akur
dengan memakai tudung penuh dalam rumah bagi mengelakkan kejadian yang tidak
diingini, tetapi godaan untuk menyelak kain bini tetap dating, maka nasihat
aku, eloklah beriktikaf di masjid berhampiran rumah korang,
Lagipun beriktkaf
di 10 akhir ramadhan adalah Sunnah Nabi, dan Alhamdulillah, jika ada ustaz kat
tempat korang mahu buat program beriktikaf di masjid selama beberapa hari maka
dapatlah kita tumpang beriktikaf di sisi orang alim, bertambah beruntung lagi kepada mereka yang beritikaf di akhir
ramadhan adalah kepastian mendapat ganjaran seribu bulan kerana beribadat di
malam qadar. Bonus seribu bulan tu!,
Menurut hadith yang lain pula, satu hari
beriktikaf di masjid akan di jauhkan
dari api neraka sejauh tiga parit, yang mana jarak satu parit adalah seperti
langit dan bumi, manakala mereka yang tidak beriktikaf di masjid dan lebih suka
tidur di rumah bersama bini, hanya mendapat satu ‘parit’ sahaja…, adohai.
Namun, perlu di ingat, duduk beriktikaf di
rumah Allah ada banyak pantang larang dan Adab susila, kerana.., alahai jika
mahu pergi ke rumah PM pun ada adab tertentu, mahu pergi jumpa Raja pun ada
adab tertentu, apatah lagi mahu pergi duduk di Rumah Allah, Raja segala Raja, lagi
lagilah kena beradab!
Maka di sini, aku ringkaskan 30 ADAB MASJID
yang perlu orang islam tahu sebagai panduan bersama.
30 ADAB MASJID
1. Pastikan masuk masjid melangkah dengan
kaki kanan, di padang mahsyar kelak ada disediakan tempat khas untuk pemimpin
yang adil di bawah arasy yang mulia, maka anda sebagai pemimpin pada anggota
badan ditubuh badan, pastikan ‘rakyat’ kita tidak di zalimi, iaitu masuk tandas
kaki kiri dan keluar tandas kaki kanan, masuk masjid kaki kanan keluar masjid
kaki kiri.
2. Pastikan kita tidak berhadas besar atau
kecil semasa berada dalam masjid…. Makruh berhadas kecil dan terus duduk dalam
masjid, manakala haram jika berhadas besar tapi selamba masuk ke masjid!
3. Jangan lupa baca doa ketika Masuk
Masjid.
"ALLAHUMMAF TAHLI ABWAABA RAHMATIKA”
(Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu
rahmat-Mu)
4. Terus niat beriktikaf, jika tidak tahu
boleh rujuk sign board di bahagian depan masjid, biasanya ada, jika tidak ada
pergi tanya AJK masjid, kenapa tidak ada?, masukkan keperluan papan niat
beriktkaf di dalam mesyuarat selepas terawih malam ini juga. Ingat! Tidak boleh
makan dan minum serta tidur dalam masjid melainkan dengan niat beriktikaf.
5. Buat solat tahiyatul Masjid, jika tidak
pandai, terus bertanya kepada AJK masjid, patut mereka tahu, jika tidak tahu,
boleh gugurkan nama AJK masjid yang tidak berguna itu. Hampeh!
6.Seandainya ada majlis ugama sedang
berlangsung dalam masjid seperti ceramah ugama, tidak perlu solat sunnat lagi,
sebaiknya, terus duduk dalam majlis ceramah, dan jangan bagi salam kepada orang
yang sedang berceramah, pendek kata jangan ganggu majlis zikrullah tapi
sertailah majlis zikrullah.
7. Jangan bersolat di belakang atau di depan
pintu, perbuatan ini akan menyusahkan dan membebankan orang untuk melintas -
pakai otak sikit!
8. Jika anda mahu bertasbih, jangan sampai mengganggu
orang yang membaca Al-quran dengan zikir yang kuat.Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar.
9 . Jika anda mahu membaca Al-Quran, jangan sampai
mengganggu orang yang sedang solat sunat dengan merdunya suara anda kononya.
Bacalah untuk Allah kerana (Aku ulang) Allah Maha Mendengar.
10. Jika anda mahu bersolat sunnat jangan sampai mengganggu orang yang sedang tidur dengan
niat beriktikaf.
11. Arghh, pendek kata, semua jangan ganggu
antara satu sama lain, boleh insyaAllah?
12. Jika mahu makan waktu sahur atau
berbuka, pastikan ada alas makananan(saprah). Sangat berdosa mereka yang
sengaja mengotorkan masjid.
13. Masuk bab jangan mengotorkan masjid,
maka jangan sikat rambut/potong kuku/korek hidung/korek telinga/cabut bulu
ketiak dan lain lain aktiviti yang boleh mengotorkan masjid.
14. Tidak boleh membuat bunyi yang ada
unsur muzik dalam masjid seperti bertepuk tangan, patah patahkan jari, bersiul,
bergendang, main gitar dan lain lain.( ring tone telefon perlulah dalam mod
bisu.)
15. Jangan alih barang atau buat hiasan
dalam masjid sesuka hati seperti alih jam dinding, alih almari buku. alih kayu
ktubah, ianya akan meyusahkan AJK.., walaupun korang pakar hiasan dalaman
sekalipun, pendek kata kena minta izin dari pihak AJK jika mahu membuat hiasan
dalaman atau luaran, jika mahu cas telefonpun jika boleh, mintalah izin atau
terus sedekah wang dalam tabung masjid.
16. Jangan melunjurkan kaki ke arah kiblat,
atau masa berceramah atau masa tidur, perbuatan itu adalah tidak sopan. Lagipun depan masjid banyak ayat Al quran.
17. Terima kasih kerana tidak meniarap
dalam masjid.
18. Sekiranya tidur dan mimpi bersetubuh
lalu terpancut air mani, kena berambus dari masjid cepat cepat. Haram duduk
dalam masjid dalam keadaan hadas besar, sesudah mandi di kolah masjid baru
boleh masuk sambung tidur jika subuh belum masuk.
19. Dari jendela masjid, tidak elok meludah
ke arah kiblat.
20, Tidak boleh berniaga dalam masjid, jika
mahu jual barang, sila keluar dari masjid. Ustaz pun sama, jangan sibuk nak
jual buku dalam masjid.
21. Tidak boleh membuat pengumuman mencari
barang hilang dalam masjid, tetapi boleh membuat pengumuman barang jumpa di
waktu yang sesuai.
22. Jika mahu keluar dari masjid maka
ucapkanlah :
"ALLAHUMMA IN-NI AS ALUKA MIN FADLIKA”
(Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepada-Mu
dari karunia-Mu)
23. jika mahu tegakkan ugama islam,
bermesyuaratlah di masjid, bukannya di balai raya, atau di kedai kopi.
24. Jangan main video call dengan bini
waktu iktikaf, tak payah gelojoh sangat. Adohai.
25. Dalam masjid, Sebelum tidur pastikan
ada alas tidur, al- Maklumlah bila tidur macam macam cecair boleh keluar
seperti air liur basi, air mani dan air tulang belakang. Aku cukup tidak setuju
melihat papan tanda yang menulis, “dilarang tidur dalam masjid” kerana ini
bertentangan dengan Sunnah Nabi, sepatutnya mereka tulis, “dilarang tidur tanpa
alas”. Mana mana AJK yang tulis “di larang tidur”, maka AJK itu jahil bab
agama, bolehlah di pecat malam ini jugak!
26:Banyakkan dakwah, taklim, ibadat dan
khidmat ketika beriktikaf.
27:Tidak di galakkan membawa kanak-kanak
bawah umur beriktikaf di masjid..
28:Jangan ketawa kuat kuat dalam masjid,
dan jangan menangis kuat kuat, menangis macam biasa, dan ketawa eloklah tak
payah. Pesan Nabi: Jika korang tahu apa yang aku tahu, pasti korang akan banyak
menangis.
29.. 30..
Arghhh, cukup sampai sini, jika ada nak
tambah atau betulkan, boleh isi kat ruang komen, Selamat beriktikaf!
Sekian.
Ps: Di hari akhirat nanti, Allah akan
bertanya pada malaikat: di manakah jiran-jiranku? Maka Malaikat bertanya:
siapakah jiran-jiranMU? Lalu Allah Berfirman: Jiran-jiranku adalah mereka yang
memakmurkan masjid.
(Semoga kita dapat amal apa yang kita
dengar dan sampaikan)
30.Dilarang komen entry ini ketika sedang beriktikaf.
ReplyDelete31. Dilarang mengumpat dalam masjid..
ReplyDeleteDulu Ustaz aku ada cakap, dilarang berbual hal dunia dalam masjid..betul ke?
alfindani
ReplyDeleteWoha!
-----
aku_ein
ustaz tu betul, kau pun betul bab cakap hal dunia tu tapi bab mengumpat, luar masjid pun tak boleh, adohai..
Terima kasih tuan hamka
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteNaik saksilah dengan iman orang yang berulang alik dari rumahnya ke masjid, itu baru berulang alik...belum ganjaran untuk yang beriktikaf. Masyallah...
Lailatulqadar dekat dengan orang yang beriktikaf...
Sebutlah nama aku (ummat) dalam doa kalian..dan Allah akan hantar 10 malaikat mendoakan yang sama untuk tuan-tuan yang mulia.
Khalid
inilah yg sy blajaq smasa kluar 3 hari dgn jmaah tbligh.. huuhu.. sama r.
ReplyDeleteYa Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami
ReplyDeleteYa Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami
Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami
Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami
Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami
Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu
Ya Allah Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah
Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Kurniakan Istiklas Dan Istiqamat
Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah
Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu
Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini
Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama
Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu
Ya Allah Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat
Ya Allah Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah. Ya Allah Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaiknya
Ya Allah Engkau Kurniakan Kami Dgn Kehidupan Sunnah Nabi Saw
Ya Allah Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat
Ya Allah Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Hidupkan Sunnah-Sunnah Dalam Diri Kami
Ya Allah Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami
Ya Allah Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami
Ya Allah Tunjuklah Setiap Individu Umat Ini
Ya Allah Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat
Ya Allah Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat
Ya Allah Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil
Ya Allah Hancurkanlah Suara-Suara Bathil
Ya Allah Engkau Gagalkanlah Rancangan-Rancangan Bathil
Ya Allah Peliharalah Usaha-Usaha Agama Ini, Rakan-Rakan Usaha Agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah Dan Semua Pergerakan-Pergerakan Agama Yang Haq
Ya Allah Bantulah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Kurniakan Taufik Untuk Buat Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Bantu Kami Dengan Usaha-Usaha Agama Yang Penting
Ya Allah Kurniakan Keampunan, Tutupkan Kesalahan-Kesalahan Kami, Mudahkanlah Kami .
Ya Allah Kurniakanlah Ihsan Mu Pada Kami.
Ya Allah Mudahkan Urusan Kami Dengan Fadhil Mu
Ya Allah Tanamkan Keyakinan Atas Nusrah Ghaibmu Dalam Hati Kami Dan Kau Turunkan Nusrah Ghaibmu Pada Kami.
Ya Allah Dimana Perlunya Hujan, Engkau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3x )
Ya Allah Jangan Pandang Umat Ini Dengan Pandangan Murka Mu Lihatlah Umat Ini Dengan Pandangan Ihsan Mu
Ya Allah Jadikan Umat Ini Menyesal Atas Dosa-Dosa Yang Dilakukan Dan Kurniakan Umat Ini Taufik Untuk Bertaubat
Ya Allah Jangan Hindarkan Rahmat / Ihsan Mu Pada Umat Ini
Ya Allah Kasihanlah Dan Rahmatilah Umat Ini. Kau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3x )
Ya Allah Keluarkanlah Harapan Dalam Hati Kami Pada Ghair, Kurniakan Kami Mtaufik Untuk Mengambil Manafaat Terus Dari Zat Mu
Ya Allah Keluarkanlah Yakin Salah Pada Makhluk Dalam Hati-Hati Kami Dan Tetapkan Kami Dalam Metaati Perintah-Perintah Mu
Ya Allah Pada Orang-Orang Yang Ada Masalah Hutang, Engkau Bantulah Mereka Dengan Pertolongan Ghaibmu Untuk Menyelesaikan Masalah Mereka.
Ya Allah Engkau Sembuhkanlah Orang-Orang Yang Sakit
Ya Allah Engkau Keluarkanlah Kelemahan-Kelemahan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Engkau Kurniakanlah Kekuatan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Pada Mereka Yang Ada Masalah Mahkamah Engkau Bebaskanlah Dari Masalah Mereka
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati-Hati Umat
Ya Allah Hapuskanlah Kelalaian Dalam Diri Kami
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati Kami
Ya Allah Dengan Ihsan Mu / Rahmat Mu Terimalah Doa Kami
32. jangan bwak jeruk ikan dan makan skali dgn bubur lambuk dlm surau/masjid yg ada air-cond time bukak posa.panas hati tok bilal surau berbau.
ReplyDelete33. jangan pandai-pandai jd imam, bilal kat surau/masjid luar dari kawasan kita kcuali bila d request.
34. kalau pengerusi surau/masjid kunci pintu surau/masjid tak bagi iktikaf, jangan pulak p tumbuk kpala dia, walaupun dalam hati mmg dah nk tumbuk kpala dia sangat-sangat.menggelegak rasa hati. haha. banyakkan zikir bg reda rasa marah dan doa untuk dia. tido kat kawasan tepi-tepi surau tu, takpun cari surau/ masjid lain
hamka aku nak tanya sikit.boleh ke kalau duit cukur rambut bayi kita yang baru lahir 2,kita sedekahkan dekat ibu bapa kita yang yatim piatu...boleh? aku xboleh bukak youtube.kene block
ReplyDelete35.jangan melintasi orang yg sedang sola tdi dlm masjid @ beranda masjid...
ReplyDelete36.jimatkan penggunaan elektrik
37.barang2 yg di wakafkan di dlm masjid,jangan di bawa keluar tanpa izin dan pengetahuan AJK surau/masjid.
38.jangan buat lintasan atau lalu lintas untuk pergi ke sesuatu tempat (contoh dewan surau belah kanan masjid dan tandas belah kiri masjid...dan kita dari dewan nk ke tandas,oleh kerana malas nk pusing,kita masok ikut pintu masjid belah kanan dan kdluar pintu kiri masjid yg juga dkt dgn tandas..
Dr brutal
40. Jangan meludah keluar dari masjid.
ReplyDelete41. Jangan pandai2 bagi tazkirah sendiri.
42.jgn melarikan diri jika ada majlis ilmu...take note
ReplyDelete41. Perbanyakkan dakwah, taklim wa taklum, ibadat dan khidmat.
ReplyDeletePoint no 6 tu betul ke. Kalau x silap, ikut sunnah, nabi pernah suruh sahabat solat sunat walaupun oada masa tu nabi sedang berkhutbah
ReplyDelete@Fahmi....
ReplyDeleteNo. 6 betul, point awak pun betul. Hanya bila sampai masa khutbah jumaat bole solat sunat masjid.
Time lain join program
zamarizul salleh
ReplyDelete: )
-----------
Khalid
Amin..
------------
Zul Fattah
Jemaah lain tak ada ajar ke? Adohai..
----------
Muhammad Anwar
Sabar bang, sabar, he he
----------
Azri
Benda ni sunnat, bab sedekah pulak, lebh afdal ahli keluarga dan saudara mara jika mereka memerlukan, wallah’lam.
------------
Dr brutal
Kalau jangan,. 1000 list pun tak habis, adohai.., tapi takpe, 40 pun ok>
----------
Fahmi
Setuju
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
ReplyDeleteSebahagian dari siri berkaitan
Allah-eser-green.png
Islam
Rukun Iman
Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar
Rukun Islam
Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji
Kota Suci
Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis
Hari Raya
Aidilfitri • Aidiladha
Hukum
Al-Quran • Sunnah • Hadis
Sejarah
Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah
Tokoh Islam
Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi
Mazhab
Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali
Budaya Dan Masyarakat
Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik
Lihat juga
Kritikan • Islamofobia
Glosari
Portal Islam
p • b • s
Umat Islam (Muslim) adalah sangat dianjurkan malah merupakan suatu kemestian untuk selalu berdoa dan berzikir kepada Allah dalam apa jua keadaan demi mendapatkan rahmat dan keberkatan yang berterusan di dunia mahupun akhirat kelak. Salah satu tujuannya adalah untuk memastikan manusia itu dapat hidup dengan bahagia, harmoni dan diredhai oleh Allah. Selain itu ianya bertujuan untuk mengelakkan terjadinya gangguan makhluk-makhluk dari kalangan manusia, jin dan syaitan. Berdoa dan berzikir adalah antara perkara yang termasuk dalam cara-cara mengingati Allah samada ketika manusia itu senang, susah, berdiri, duduk, berjalan, bekerja, berehat, bangun mahupun ketika mahu tidur sekalipun.
Nabi Muhammad SAW telah menganjurkan setiap Muslim untuk berzikir dan berdoa sebelum dan selepas mereka tidur. Dalam sebuah Hadis Rasulullah yang bermaksud:
"Al-Barra bin Azib RA berkata; Adalah Rasulullah S.A.W jika akan tidur, baginda mengiring ke sebelah kanan kemudian membaca: (Maksudnya); "Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan mengadapkan wajah ku pada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan punggungku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku percaya kepada Kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utuskan."
Menurut sebuah Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud:
"Jika kamu hendak tidur, maka berwuduklah bagaikan kamu hendak Solat, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti maksud doa yang tersebut diatas) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu sebelum tidur)."
Rasulullah juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki diatas kaki yang lain sebagaimana yang tersebut dalam maksud Hadis:
ReplyDelete"Daripada Abbad bi Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di Masjid sambil meletakkan satu kaki diatas yang lain." (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah Hadis lain pula bermaksud:
"Daripada Huzaifah katanya: Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya lalu baginda berdoa: (Maksudnya); "Dengan nama-Mu Ya Allah, aku hidup dan aku mati."
Dalam riwayat Hadis yang lain ada menerangkan yang bermaksud:
"Daripada Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falak dan Surah An-Naas, kemudian baginda menyapukan tangannya ke seluruh badan yang dapat disapunya dari kepala dan mukanya dan bahagian depan daripada tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali." (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi).
Dalam pada itu, Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) sebelum hendak tidur juga pernah membaca doa yang bermaksud:
"Ya Allah, Tuhan langit dan bumi. Tuhan Arasy Yang Maha Agung, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu, Yang membelah biji dan benih, Yang menurunkan (Kitab) Taurat, Injil dan Al-Furqan (Al-Quran). Aku berlindung kepada Mu daripada kejahatan setiap yang memiliki kejahatan, dimana Engkaulah yang memegang setiap yang memiliki kejahatan, dimana Engkaulah yang memegang ubun-ubunnya. Engkaulah yang pertama, maka tidak ada sesuatu pun sebelum Mu. Dan Engkaulah yang terakhir, tidak ada sesuatu pun sesudahMu. Engkaulah yang zahir, maka tidak ada sesuatu pun diatas Mu. Engkaulah yang batin, tidak ada sesuatu pun dibawah Mu. Tunaikanlah hutang kami dan jauhilah kami dari kemiskinan." (Hadis Riwayat Imam Muslim).
Nabi Muhammad juga menyarankan umat Muslim utuk menunaikan Solat Sunat Witir sebelum tidur, sebagaimana yang tercatat dalam Hadis berikut yang bermaksud:
"Rasulullah SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering menganggu manusia ketika tidur. Oleh itu, umat Islam adalah dianjurkan supaya mengamalkan Solat Witir setiap kali sebelum tidur". (Hadis Riwayat Imam Bukhari).
Terdapat juga suatu Hadis lain dimana Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
"Syaitan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang diantara kamu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka akan terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila ia berwuduk maka akan terbuka ikatan kedua. Apabila ia Solat , maka akan terlepaslah semua ikatannya. Ia akan merasa sesuatu kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak ia akan merasa malas dan kekusutan hati". (Hadis Riwayat Imam Bukhari).
Jika Rasulullah terjaga dari tidur di tengah malam, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangannya, sebelum baginda tidur semula.
Dan setiap kali Rasulullah bangun selepas selesai waktu tidurnya, baginda akan mengucap syukur dengan membaca:
"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepadaNya lah tempat kembali".
Jgn tdo dlm apa2pun majlis ilmu..
ReplyDeleteJangan berpolitik dlm masjid atau surau..wohaa
ReplyDelete"14. Tidak boleh membuat bunyi yang ada unsur muzik dalam masjid seperti bertepuk tangan, patah patahkan jari, bersiul, bergendang, main gitar dan lain lain.( ring tone telefon perlulah dalam mod bisu.)"
ReplyDeletetapi ada ostat utube dan pemuzik yang sudah kembali kepada Islam yang bermain gitar dan bernyanyi dalam masjid. tu macam mana pulak ye?
alasan yang diberikan oleh pengikut beliau :
1.itu salah satu cara untuk berdakwah.
2.dapat menarik minat pengikut muda.
3. bila ostat tu bukan separti dengan korang, semua yang dia buat salah.
4. dia ostat, lagi banyak ilmu dari kau. dia lagi tau. kau apa tau??
encik hamka boleh tolong ulas bab ni tak? saya pening.
tolong ye.
dah tulis dulu bab main gitar dalam masjid, tapi lupa pulak tajuknya, adohai...
ReplyDelete