Aug 17, 2013

Jangan kahwin dengan orang jauh?

(Tip bagaimana membuatkan memandu jauh ke rumah mertua rasa sekejap, caya jangan tak cayer!)

Lepas Raya, ramai kenalan yang mengadu jalam sesak ketika balik kampung, perjalanan dari perlis ke terengganu yang biasanya 7 jam katanya, dah cecah 10 jam. Selain masalah penat memandu dan kemalangan nyawa yang berlaku kerana rumah mertua sangat jauh. Bagaimana nak atasi masalah ini? Turunkan harga kereta? Naik taraf pengangkutan awam? Tukar kerajaan? Atau yang lebih realistik:

“Jangan kahwin dengan orang jauh”

Ya, Nasihat ini aku tujukan kepada orang yang belum berkahwin, tidak payahlah cari pasangan jauh-jauh, selain masalah balik beraya, masalah nak bagi komitment pada orang tua pun payah, katakan anda kena balik kampung dua minggu sekali, jarak pula dari perlis sampailah ke sabah, atau dari Perlis ke Mersing, tidak kah letih?, tidak kah mujahadah?, tak kah merbahaya?

Jadi kepada semua orang bujang, Jangan tuduh  aku tak pernah pesan, yang belum berkahwin, fikir fikirkan lah masalah ini.

Aku tahu masa bercinta semuanya indah..

"Adanya engkau di sisiku, hilanglah jarak dan waktu. " 

Wah, wah wah! Asyiknya bercinta, sampai lupa segala-galanya..

Bila bersama yang tersayang, lamapun rasa sekejap. Jauhpun rasa dekat. Busuk kentut pun tiba tiba menjadi wangi. Jenis yang tidur ketika matahari terbit sudah pandai merenung fajar sidik. Malas menjadi rajin, rajin menjadi selera, selera menjadi gemuk, dan gemuk menjadi diri sendiri.

Bila berjauh terseksa merindu, sesaat bagai setahun kononnya. Wah wah wah, meriahnya bercinta..

Semua lirik lagu cinta di hafal tanpa rehal.Tiba tiba Shahrukh khan menjadi mentor, Irama bolywood menjadi soundtrack. sudah minat colour pink, dan Teddy Bear. Sudah tahu maksud tersirat di sebalik warna bunga kononnya. Sudah pandai mengaplikasikan sabun dan bedak.

Waktu bercinta korang minum dalam mangkuk yang sama, jumpa tidak bercakap apa-apapun tak ape, tak boring., enjoy the silence! Kalau tak jumpa, dapat tengok bumbung rumah pun jadi.Secara tiba-tiba perbelanjaan demi cinta menjadi murni dan mulia. Novel cinta tebal menjadi bantal. Masa depan seolah olah cerah membara lantas sama sama berazam mahu sehidup semati, sebantal sekapan, mahu sama-sama minum air hujan, Sama-sama baham tanah. Itu prinsip korang bersama..

Segala jenis pakaiannya menjadi perhatian korang, Pandangan sisi, depan dan atas (dan dalam) menjadi perpekstif yang mengujakan lalu Mengukir nama dikayu kayu dan memahat dibatu batu,.

Tapi bila sudah kahwin, waktu memandu, mata pula semakin mengantuk, hari raya pertama di rumah mertua, mahu balik baraya di rumah sendiri petang itu juga kena tempuh perjalanan 10 jam, masa dan duit akan habis di jalanan, sedang peluang untuk kemalangan semakin tinggi. Salah pasangan makin menjadi menjadi-jadi (masukkan segala yang negatif selepas kahwin di sini)

Maka sebelum semua ini berlaku, kahwinlah dengan orang yang dekat, tak adalah dekat sangat, kalau jauh pun setakat 2 ke 3 jam sudah sampai, tak letih sangat, boleh solat jamak dan jimat masa boleh pulak buat jimak. He he

Aku nasihat sahaja tapi jodoh tetap Allah yang tentukan, juga berpesan kepada anak-anak aku, jangan cari menantu ayah orang jauh-jauh, kalau anda cari besan dengan orang pendalaman borneo misalnya, tidak kah kasihan kepada ayah dan bonda kelak bila terpaksa naik kapal terbang tiket sehala pergi ke sabah, selepas menapak jauh ke pedalaman borneo, kemudian naik bot menyusuri sungai dalam hutan, merentas desa di kaki gunung kinabalu, dalam jauh perjalanan, sempat pula berkenalan dengan orang utan dan sempat juga memetik bunga reflesia yang dipagari periuk kera, baru sampai ke rumah besan.., lepas tu terpaksa guna bahasa isyarat sebab ayah tak pandai loghat tempatan!, lepas tu.. lepas tu ! oh! Tak sanggup ayah nak gambarkan pengalaman disakat orang utan dan di sumpit oleh tok batin kerana buat lawak mayat disana..oh!

Maka kahwinlah dengan orang dekat, paling jauhpun 2 marhalah, demi kebahagian di hari mendatang.Tapi jika sudah jodoh kamu dengan orang jauh, orang afrika, ayah redhakan sahajalah.

“Tapi kan bang, bukakah Nabi ada pesan suruh kahwin dengan orang jauh?”
Tanya bini dalam kereta, lalu jawab aku yang sedang memandu:

“Untuk bini pertama, elok kahwin orang dekat, bini kedua dan seterusnya baru kahwin dengan orang jauh, woha!”

Terus aku hilang mengantuk sebab dibebel bini sejauh dua marhalah, eh, ni dah jadi tip tak nak mengantuk waktu memandu, huhuhu...

Akhir kata:

Sebenarnya tak salah langsung korang nak berkahwin dengan orang jauh, tak berdosapun, dah jodoh korang dengan orang jauh, apa salahnya?, semua takdir Allah..

Bila korang penat memandu dan rasa letih bila perjalanan sangat jauh, aku ada rahsia untuk kongsi dengan korang akan bagaimana nak membuatkan perjalanan yang jauh ke rumah mertua rasa singkat.

Untuk pengetahuan korang, Aku sendiri pun kahwin dengan orang jauh, bila balik kampung bini (pahang), bertolak dari terengganu, tapi aku rasa sekejap sangat.

Sebab?

Kerana aku bercinta selepas kahwin, Betul sungguh bahawa cinta itu membuat jarak dan waktu menjadi singkat...

Bak kata Zamani Slam dalam lagu Jalan Keindahan:

“Adanya engkau disampingku, Hilanglah jarak dan waktu, Kekasih perjalanan ini, Terlalu mengasyikkan”

So, kepada sesiapa yang balik kampung bini yang jauh tapi korang terasa dekat, tahniah aku ucapkan.

Kagum dari jauh!

Woha!

Ps: Sambung nyanyi: "Teserlah kebenaran, kepadamu kasih, Sebenarnya jalan keindahan.."


PS2: Ada ada sahaja kisah laki bini, abaikan tip yang melampau dan tidak masuk akal. Selamat Berbulan madu dirumah mertua masing masing. Hati hati memandu, ingatkan mertua yang tersayang. Dan cintailah bini korang sampai hujung nyawa,  Adohai..

47 comments:

  1. :





    Silent Mode ;-)









    ReplyDelete
  2. aku jauh lagi nampaknya nak kahwin, aduhai nasib badan,kena mandi bunga ni

    ReplyDelete
  3. kahwin dgn org baik agamanya

    ReplyDelete
  4. Saya kawen dengan org pedalaman sarawak..naik kapal terbang, naik bas pulak berbatu2, lepas tu kat stesen bas kene naik kete plak lagi sebatu..sampai rumah selalunya pengsan dulu..lepas pengsan baru bangun dan bermesra ngan mak mertua..woha!

    ReplyDelete
  5. Wan

    kahwin dgn org baik agamanya, setuju! Tak kira jauhpun

    ----------
    Juwita Maya...

    Aku gelak baca komen ko, lol

    ---------
    naza hada

    lawak 2 marhalah adalah, jimat dengan jamak untuk jimak, woha!

    ReplyDelete
  6. jauh atau dekat. Cepat atau lambat. Sudah menjadi sebahagian dari masa. Kita manusia terikat dgn masa. Masa adalah sebahagian daripada hidup manusia. Tiada manusia yg boleh hidup tanpa masa. Kerana Allah yg cipta masa. Masa amat bernilai. Allah boleh tarik masa kita bila-bila masa. Bila kita mati, maknanya masa di dunia suda tamat. Hargai masa kerana masa sentiasa berlalu. Namun, masa yg berlalu tidak akan merugikan apabila kita sentiasa beramal utk bekalan hari kemudian.

    ReplyDelete
  7. aku bernasib baik...kalo x...kena naik belon balik sabah...hahahaha..alhamdulillah...
    bertemulah jodoh dengan org ganu...dekat la ckit...6jam perjalanan dari penang/kedah..boring2 bleh gak tengok gajah melintas,kalo jumpa la....waka waka waka..comfom x ngantuk dahhhhhh,,,,,

    wan jeniang

    ReplyDelete
  8. saya kuala pilah...hb kuala lumpur..dekat jer kan tapi tetap rasa jauh sebab jalan jammed dihari raya...heheh...tips nak elak jalan jammed...kuar rumah lepas subuh...

    ReplyDelete
  9. Jangan kawin dengan anak jiran sebelah sudahlah. Nanti raya boring tak boleh balik kampung.

    ReplyDelete
  10. Bakal Mayat Seri Kembangan11:52 AM, August 19, 2013

    saya dan suami satu kampung...
    setiap kali raya tak pening2 nak fikir pasal perjalanan yang jauh..

    woha!!

    ReplyDelete
  11. ye..allah dah jodohkan sy dengan org jauh..perak vs kelantan dan sy amat redho.

    tapi bak kata awak lah...demi kasih sayang..perjalanan 5 jam itu sy rasakan hanya 5 minit. boleh ghitewwww??? :))

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Tuan Hamka,

    Nak tanya, betulkah dengan janji Allah bahawa lelaki yang baik akan dapat berkahwin dengan perempuan yang baik?

    Seorang kawan saya yang baru 3 bulan berkahwin dah nak bercerai bila isterinya akhirnya mengaku yang dia dah pernah terlanjur dengan lelaki lain sebelum berkahwin.

    Sebelum kahwin, kawan saya selalu nasihatkan officematenya (yang kemudian jadi isterinya) supaya pakai tudung & jangan pakai ketat2 di pejabat. Perempuan itu kemudian jatuh cinta dan meminta kawan saya supaya mengahwininya kerana inginkan bimbingannya.

    Kawan saya luahkan masalah dia pada saya sebab dia benar2 tak sangka yang rupa2nya isterinya bukan setakat tak pakai tudung sebelum ni, malah lebih jauh selalu ke disko & dia syak maybe pernah jadi Call Girl.

    Sepanjang yang saya tahu, kawan saya memang seorang yang baik sbb tak ada pengalaman berkawan dengan perempuan & tak pernah tinggal solat. Mungkin sebab tu dia mudah kena tipu dengan perempuan.

    Benda2 macam ni buat saya takut untuk berkahwin. Apatah lagi ada juga cerita yang perempuan bertudung bertutup aurat pun pernah terlanjur.

    p/s: saya nasihatkan kawan saya tu ceraikan je isteri dia. Habis cerita. Betul ke nasihat yang saya bagi tu?

    ReplyDelete
  13. salam,kesian org 'jauh' ,untuk org 'jauh' pertahankan diri,org 'jauh' boleh jawab begini.."bukan jarak yg buat kita bahagia atau tidak,tapi Allah.."

    ReplyDelete
  14. aku orang sabah. calon isteri plak orang kelantan..hmmm..bahagia dtg dari Allah...insyaAllah optimis!

    Ali Akhbar

    ReplyDelete
  15. dee

    eh? Marah Nampak? He he

    ----------
    wan jeniang

    aku time balik, kadang kadang layan movie P ramlee, download kat youtube format mp3, satu movie habis, dah sampai rumah mertua. 

    ----------
    Mummy

    Orang bercinta, jalan jem pun rasa seronot..

    ------------
    MUQARRABINZ

    Keburukan kahwin dekat pulak, jika bergaduh, satu kampong terlibat dan akan jadi rujukan kambing hitam ahli mengumpat.
    -------------
    Bakal Mayat Seri Kembangan

    Semoga di akhiratpun sekampung,

    ------------
    Rozita

    Alhamdulillah...
    perjalanan 5 jam rasakan hanya 5 minit. Aku agak, 5 jam rasa 50 minit, he he

    ------------
    Anonymous

    ((((Nak tanya, betulkah dengan janji Allah bahawa lelaki yang baik akan dapat berkahwin dengan perempuan yang baik?)))

    Dik, pasangan yang baik bukan di ukur dari segi sejarahnya, tapi di ukur dengan kesungguhan untuk bertaubat, kahwin dengan pelacur yang sudah bertaubat, juga adalah pasangan yang baik.
    Wallahu’lam.

    p/s: Apa kejadah kau nasihat orang bercerai berai, jangan bagi nasihat sewenang wenang kelak penasihat akan merena di akhirat kelak..

    -----------
    Anonymous

    boleh jugak jawab begini.."bukan rupa yg buat kita bahagia atau tidak,tapi Allah.."
    huhuhu

    ----------
    AkuBukanLelaki

    Kalau gaduh, lari sebelah rumah, !

    ------------
    Ali Akhbar

    Benda ni subjektif..., aku sendiripun kahwin orang jauh, kuantan ke kuala Terengganu, jauh tu.

    ReplyDelete
  16. errrr.... perak-kedah tu tak jauh. tapi tetiba lak saya TERkerja kat JB pas kawen, suami kat perak. hehe......

    tapi alhamdulillah time raya sempat la siang beraya belah suami, malam beraya ngan family sendiri.....

    lagipun pompuan skarang kan dah ramai yang boleh memandu. hagak2 suami bising letih ke hapa ke suruh dia dok rehat kat sebelah, kita yang pandu balik umah sendiri.... boleh?

    ReplyDelete
  17. pernah dgr ceramah ustaz (tak ingat sape).

    kenapa kita dapat pasangan yg tak berapa baik sedangkan kita rasa diri kita dah cukup baik. sebab allah nak yg lebih baik tu bimbing org yg kurang baik. kalau org tak reti solat kawen dgn yg tak reti solat juga, sampai bila nak reti kan. byk pahala dpt kalau dpt bimbing org lain jadi manusia lebih baik sebab nak bimbing org jadi baik lebih susah drpd nak maintain org yg semulajadi baik. byk cabaran & dugaan.

    hidup ni bukan hanya pentingkan diri je tapi sejauh mana kita menyumbang pada org lain. pak haji pun kalau 24 jam solat kat masjid puasa sunat solat sunat semua tak tinggal tapi anak bini solat pun tak berapa nak betul tetap susah juga kat akhirat nanti.

    ReplyDelete
  18. saya ada kawan yang kawen dengan kenyah muslim long busang di sarawak. mmg jauh ke pedalaman.tp mereka lebih islam dari org melayu sarawak itu sendiri.

    ReplyDelete
  19. Mak org perlis dan arwah ayah org johor.. memang dah nampak apa yg selalu berlaku so mmg akan elak kawen jauh2 nie hehehe..
    tapi in the end org kata kalau dah jodoh nak buat mcm mne kan :D
    tapi dlm situasi skrg baik pilih yg baik, ramah dan agama.. sebab kawen dekat tpi tak elok susah jugak
    moral.. kawen bukan bende yg senang :P

    ReplyDelete
  20. Salam bang hamka,

    Saya dah hampir setahun berkawan dgn sorg budak Sabah ni. Dia baik & cantik, cuma tulah, dia ni freehair & liat nak bersolat (maybe leceh nak kena bersolek semula lps wudu' kot?)

    Saya suka kat dia even sy orang semenanjung. Tapi saya takut nak tanggung dosa dia x tutup aurat. Dah puas sy bg nasihat. Last2 dia ckp if saya serius nak kat dia, saya kena terima dia seadanya & baik buruk dia. Sbb dia kata dia pun ada ramai sedara mara non-muslim & pakai tudung bukan satu isu pun dlm family dia.

    Ada tak bang apa2 doa dr al-quran utk mohon hidayah pd orang lain? Supaya dia terbuka hati tutup aurat & bersolat. Saya sayang nak lepaskan dia ni bang..

    ReplyDelete
  21. Bt anonymous 11:37 AM, August 21, 2013

    Sorang kawan baik saya kawan dengan orang sabah. cantik,freehair & xsolat. memang keadaan xsolat & freehair biasa bagi muslim disana. alhamdulillah, lepas kahwin, dia bawa isteri ke semenanjung, buat bacaan hadis di rumah. Mula-mula dia solat 2x. sekali berjemaah di surau & kemudian berjemaah dengan isteri dirumah untuk membiasakan isteri tunaikan solat.
    Alhamdulillah, saya dpt isteri jauh.tapi memahami & boleh jer beraya kampung saya dulu raya pertama. :-)

    ReplyDelete
  22. teringat pesan ayah dulu2 masa blaja dekat Sabah.. "jgn cari org Sabah",... hahahaha

    ReplyDelete
  23. Assalam

    Aku orang Johor kahwin orang Alor Setar. He..he..

    Seronok kahwin orang jauh-jauh. Orang tua-tua kata, jauh perjalanan luas pengalaman. Woha!

    Kalau ada rasa kiciwa....kerena tak boleh balik beraya di Johor, aku akan tengok orang-orang Bangladesh, Indon dan Mynmar...dan bandingkan dengan diri aku.

    Kalau aku rindu pada mak bapak, aku akan bisik pada hati, dunia sementara, akhirat selama-lamanya. Insyallah diakhirat, tiada lagi rindu.

    Sesungguhnya dijannah, hari-hari; hari raya!

    Cryingfella.

    ReplyDelete

  24. Alhamdulillah... syukur sgt2 coz hajat nak kawin dgn org senegeri tcapai tp lain2 daerah la..leh raye pada hari yg sama..hihihi...

    tips: ms sy nak bkenalan dl, sy tny asal org negeri mane dl. luar dr kelantan, terus REJECT n juz jd kawan jer...

    -Mawar Putih-

    ReplyDelete
  25. mak aku cakap, kalau nak tau kita kahwen orang jauh or dekat, tengok kedalaman pusat kita. kalau pusat ke dalam, kahwin dengan orang jauh. Kalau ousat terjojol keluar, kahwin orang dekat-dekat je. Tp ternyata salah..sebab aku kahwin dengan orang senegeri....aku kuala terengganu,husband plak orang dungun...hahahahaha....tp kalau kahwin orang jauh, luas pengembaraan korang..setakat dalam orang kl kwen ngan orang perlis kira dekat sebab leh naek keta. if dapat orang borneo, aku kena fikir 2-3 kali gak la...sebab adventure sangat nak sampai ke sana...huhu

    ReplyDelete
  26. Tukar budaya yang lebih semenggah. Buakn ada nas pun memfardhukan wajib balik kampung time raya . Yang digalakkan bermaaf maafan dan silaturahmi itupun selepas daripada doa "taqaballallahu minkum". Ziarah keluarga dalam ramadhan. Sambut raya di qariah sendiri.

    Merakah tak tentu hala, membazir waktu, duit dan tenaga. Bersalahan dengan anutan yang mendamaikan, memudahkan dan melapangkan.

    ReplyDelete
  27. Anonymous said...
    Assalamualaikum Tuan Hamka,

    Nak tanya, betulkah dengan janji Allah bahawa lelaki yang baik akan dapat berkahwin dengan perempuan yang baik?

    Seorang kawan saya yang baru 3 bulan berkahwin dah nak bercerai bila isterinya akhirnya mengaku yang dia dah pernah terlanjur dengan lelaki lain sebelum berkahwin.

    Sebelum kahwin, kawan saya selalu nasihatkan officematenya (yang kemudian jadi isterinya) supaya pakai tudung & jangan pakai ketat2 di pejabat. Perempuan itu kemudian jatuh cinta dan meminta kawan saya supaya mengahwininya kerana inginkan bimbingannya.

    Kawan saya luahkan masalah dia pada saya sebab dia benar2 tak sangka yang rupa2nya isterinya bukan setakat tak pakai tudung sebelum ni, malah lebih jauh selalu ke disko & dia syak maybe pernah jadi Call Girl.

    Sepanjang yang saya tahu, kawan saya memang seorang yang baik sbb tak ada pengalaman berkawan dengan perempuan & tak pernah tinggal solat. Mungkin sebab tu dia mudah kena tipu dengan perempuan.

    Benda2 macam ni buat saya takut untuk berkahwin. Apatah lagi ada juga cerita yang perempuan bertudung bertutup aurat pun pernah terlanjur.

    p/s: saya nasihatkan kawan saya tu ceraikan je isteri dia. Habis cerita. Betul ke nasihat yang saya bagi tu?

    3:10 PM, August 19, 2013

    anonymous.

    ko ni sesuka hati je suh orang tu ceraikan bini dia.

    Memangla dulu bini dia jahat, tapi sekurang-kurangnya dia ada kesungguhan untuk bertaubat. kenapa nak tengok pada sejarah dia..sedngkan masa makin kehadapan bukan berundur.

    Memang janji Allah, lelaki yg baek untuk wanita yang baek. Tp ko kena faham dengan mendalam apa maksud kata-kata tu. bukan direct translation dia yang ko faham beb. betul kata hamka tu, kebaikan bukan di ukur pada sejarah, tp kesungguhan nak berubah.

    kawan kau tu pown satu, citer masalah dalam kain kat orang lain. dari cerita kt orang lain, baek mengadu kat Allah, sesungguhnya Allah tu ada sebab jodohkan kawan kau tu ngan perempuan tu.

    Ish, kau tau x, besar pahala kalau bimbing wanita mcmtu. diorang ni bukan nak jadi jahat pown, tapi x ada bimbingan..kalau dpt suami yg bimbing dia, InsyaAllah, dia akan jadi sebaik-baik wanita....amin

    ReplyDelete
  28. Assalam

    Wanita dunia adalah bidari yang tercantik diakhirat kelak.

    Allahyarham Bai Khalid beritahu ulama kata, sampai mereka bertanya kepada bidadari syurga, kamu dulu kat dunia tak solah ker?....

    Didiklah wanita-wanita dunia untuk menjadi bidadari-bidadari yang tercantik di akhirat kelak. Selama-lamanya beb...tak tua, tak kerepot, tak busuk, anak dara sentiasa...he..he..Amin Ya Allah!

    Cryingfella

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya.

    Salam penulisan.

    ReplyDelete
  30. offtopic :

    Salam Hamka. boleh tak tulis artikel berkenaan dgn pembaziran dalam berwuduk dan juga kencing berdiri.
    Aku tengok ramai sangat orang kita berwuduk sambil membazir air,bukak air besar2. Kencing berdiri juga bukanlah adab muslim yang bagus. kalau topik dah ada hamba mintak maaf.

    ReplyDelete
  31. seronok baca blok ko ni pasal macam2 cerita laki-bini ada.

    Pasal kawin jauh la, kawin dekat la.

    Ada jugak mintak pendapat ko pasal hal bini / bakal bini masing2.

    Aku tak pandai nak bagi nasihat. Cuma bagi aku, perubahan pada diri seseorang (esp. wanita) bergantung pada Hidayah yang diterima. Tak elok kita hukum dan judge orang yang bertanya. Hanya Allah je yang tahu hati budi wanita tu, ihlas atau tak perubahan dia tu.

    Ada pompuan yang asalnya free hair, seksi, sosial, bila dah terima Hidayah, kita pun segan nak bercakap dgn dia bila tengok dia dah elok bertudung litup. Aura perubahan & kebaikan dia kita boleh rasa.

    Ada jugak pompuan yang asalnya bertudung, tak tinggal solat, tapi bila Allah tarik hidayah, pompuan jalang pun kadang2 lagi elok akhlak dari pompuan yang dah hilang hidayahnya.

    Elok jugak kalau saudara Hamka buat satu artikel untuk ulas panjang pasal isu hidayah ni. Mungkin dapat dijadikan panduan, tak banyak, sedikit.

    Thanks Hamka!

    ReplyDelete
  32. to anon 11:37 AM,

    Dik, hidayah tu milik mutlak Allah. Allah je yang berkuasa bagi hidayah kat sesapa untuk berubah ke arah kebaikan.

    Rasulullah sendiri pun tak dapat nak Islamkan bapak sedara dia Abu Thalib even puas dia bagi nasihat & berdoa pada Allah.

    Nabi Allah Nuh sendiri pun tak dapat nak selamatkan anak dia sendiri untuk naik Bahtera & supaya beriman pada Allah.

    Kesimpulan aku, if ko nak try ubah seseorang esp. pompuan supaya bertudung ke, menutup aurat ke semayang ke, apa yang ko akan dapat adalah kecewa & marah je. Sebab yang berkuasa bagi Hidayah cuma Allah je. Tak kira la macam mana sayang pun ko kat perempuan yang ko nak buat bini tu.

    Apa doa dari Al-Quran untuk mohon orang lain dapat Hidayah? Entah, yang ni kena rujuk owner blog. Aku pun tak tahu. Please betulkan jugak info aku brader Hamka if ada pape yang tak betul.

    Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  33. http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/08/siapa-musuh-orang-islam-yang-sebenarnya.html

    ReplyDelete
  34. jawab mana sempat:
    ----------
    cikpia

    Betul tu cik pua, lagipun pompuan skarang kan dah ramai yang boleh memandu. hagak2 suami bising letih ke hapa ke suruh dia dok rehat kat sebelah, kita yang pandu balik umah sendiri.... , selain boleh memandu, boleh jugak bermadu, woha!

    ----------
    Time Traveller

    Kahiwn jauh tak salah, yang salah bila bergadoh nak balik jauh, adohai...

    ----------
    Anonymous

    Benda ni bab hidayah.., kahwin bab suka,

    Kau lebih kenal dia, kau ada jawapannya, ; )

    ---------
    maryamnur aisya

    hahahaha

    --------
    MR & MRS MAKMUM

    Kahiwn dekat, bila bergaduh, satu kampung ambik tahu, adohai

    ----------
    Cryingfella.

    Tak jauh selagi boleh drive...

    --------
    -Mawar Putih-

    hihiojh

    ----------
    nawarzara

    Pusat aku dalam, pusat bini aku terbojel, macam ngam jer- Woha!

    ---------
    Tetamu Istimewa

    Salam penulisan.

    ----------
    TheInsider

    insyaAllah.., ingatkan aku 3 tahun lagi,sebab banyak dalam list entry request yang belum ditulis, huhuhu

    -------
    Encik Crab

    Cuba baca entry: Apa itu Hidayah?

    ReplyDelete
  35. yang dekat takde berkenan, orang sabah juga yang berkenan kat kita. hihi layan jelah

    ReplyDelete
  36. from sabah with love.., (salah satu cerita dalam permata yang hilang, he he he)

    ReplyDelete
  37. kdg2 kelakar baca comment org..

    "aku ade gelifren, n boyafren yg baik n cantik..tp, x solat, n xpakai tudung.."

    bukan la nk menghukum..but, kalau x solat..x pakai tudung..then, mcm mana bole ckp baik pula??...adeii..

    pandangan mata selalu menipu..
    pandangan akal selalu tersalah..
    pandangan Hati itu Yg Hakiki..tp Andai Hati itu Bersih.

    ReplyDelete
  38. Astaghfirullah... kpd penulis blog, minta mengucap... rezeki ditentukan oleh Allah, bukan oleh jarak...

    ReplyDelete
  39. Admin, mt tolong jangan hina negeri Sabah... mundur sangatkah sabah dan sarawak ni wahai admin? mt luaskn fikiran... cube fikirkan orang2 negeri yang anda hina tu xkn terasakah dengan tulisan anda? semoga Allah memberi petunjuk kpd anda...

    ReplyDelete
  40. tertanya-tanya:

    "korang faham tak apa aku tulis, terutama tip yang last tu. adohai.."

    ReplyDelete
  41. Mmg azam dr kecik klu kahwin jgn la dpt orang pantai timur... sbb jauh... sy org selatan.. tp bakal suami org pantai timur... terengganu lg tu.. makin ditolak makin dekat pula...bhahahha... bersediala gaduh nk blik raya.. :)

    ReplyDelete
  42. Aku org selangor, suami orang muar, johor... Lagi sebulan nak raya ni.. Kami pula duduk jarak jauh dulu, ada rasa susah sikit lah kan nak balik raya, selangor dengan johor cuti pun tak sama..alhamdulillah suami aku ni bukan jenis senang toleransi.. Boleh bertolak ansur, jadi aku pun senanglah nak susun masa dengan hari beraya tu..so far ok lah takda masalah berkahwin dengan org jauh ni... Pokok pangkalnya diri sendiri lah.. Dah biasa memandu berjalan jauh2, tak rasa sangat lah beban tu..😊😊

    ReplyDelete
  43. tahniah, apa yang penting: TOLAK ANSUR.

    :)

    ReplyDelete