Soalan pembaca beberapa bulan yang lalu..
“Saudara Hamka, saya nak mengadu mengenai masalah gaji
minimum yang ditetapkan oleh kerajaan baru baru ini membuatkan kami pengusaha
pusat jagaan kanak kanak (setelah bermusyuarat dengan wakil semua pusat jagaan)
terpaksa menaikkan yuran dari RM180 kepada RM300 kerana gaji minimum seorang pengasuh
tanpa potongan KWSP wajib RM900 yang mana jika tidak patuhi, akan di denda. Akibatnya,
beberapa pusat jagaan kanak kanak terpaksa di tutup kerana tiada lagi ibu bapa
mahu menghantar anak mereka dan kami terpaksa membuang pekerja. Ternyata kesan
kerajaan menetapkan gaji minimum sangat menyusahkan peniaga kecil seperti kami,
tolong ulas isu ni di blog saudara kerana rasanya ramai juga orang politik yang
membaca blog saudara. Terima kasih”
Hamka said:
Aku pun terasa kesannya jugak sebab anak aku semua di hantar
ke sekolah swasta, tapi mereka naik yuran tak banyak, naik dari RM150 kepada
RM180, oleh sebab anak aku tiga orang sekolah kat situ, so aku kena tambah lagi
duit yuran, tapi takpe, bagi aku RM180x3 masih releven.., tapi anak aku yang
tadika, mereka naikkan dari RM150 kepada 240, alasan mereka adalah gaji minimum,
so aku pindahkan ke tadika lain, iaitu Tadika PASTI, yuran RM180, 7 pagi hingga
6 petang.., kira okeylah..
Bagi aku usahawan tadika jangan naik tinggi sangat yuran sampai
RM300 satu kepala hanya dengan alasan gaji minimum RM900, bayangkan mereka yang
ada anak 4 orang macam aku? Dah Kena bayar RM1200, yang mana sebelum ni hanya RM600…,
Adohai.., dah kena tukar tadika, nak pergi ke tadika KEMAS, hanya setengah
hari, petang nak kena upah orang lain pulak? Isk.
Alhamdulillah ada orang PAS kat tempat aku bukak tadika PASTI
dari 7 pagi hingga 6 petang dengan kos RM180 satu kepala, kira oleylah.., harap
dapat kekal yuran tu lepas PRU walaupun manifesto korang gaji minimum naik lagi
RM1100.., (what?) itu baru cerita bab jagaan anak, belum cerita kedai makan, naikkan
harga makanan sebab tukang order pun gaji RM900, tak ke naya? Nak salahkan
ushawan pun tak boleh sebab ternyata orang politik ni bukan pandai sangat bab
ekonomi sebab masing masing bagi manifesto terdesak nak memang, tapi kesannya
rakyat jugak yang tanggung.
So, sebelum aku tulis isu ni, aku ada baca dulu beberapa
pendapat di internet yang mana jika belum ada orang tulis, aku akan tulis, tapi
jika dah ada orang tulis dengan hujah yang bernas, aku akan copy/paste sahaja,
yang mana akhirnya aku jumpa artikel yang aku rasa sesuai untuk di baca hingga
habis, dan sila bersetuju di hujung entry.
Copy/paste...
Ahli politik adalah individu-individu yang mereka sangka
mereka mengenali masyarakat dan tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk
mereka. Selain itu, mereka juga sangat pakar dan mahir dalam ilmu untuk
memperdaya rakyat dalam menerima sesuatu perkara yang mereka mahukan ke atas
rakyat.
Dari situ berlumba-lumbalah ahli politik dari kerajaan dan
pembangkang untuk memperkenalkan gaji minimum pekerja. Kemahuan golongan
persatuan pekerja ini tidak dilayan pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir
kerana beliau mungkin tahu baik buruk polisi ini.
Atas desakan yang kuat, kerajaan Perdana Menteri sekarang
terpaksa akur dan menetapkan gaji minimum ini kepada pekerja.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan kenapa penetapan
ini adalah satu idea yang nampak berniat baik tetapi sebenarnya sesuatu yang
buruk bagi masyarakat miskin dan orang berniaga.
1. Tidak Adil Bagi Semua
Jika benar kerajaan dapat meningkatkan pendapatan golongan
miskin dengan menetapkan gaji minimum, kenapa kerajaan tidak hanya menetapkan
gaji minimum ini kepada RM 5000 sahaja. Dengan mudah semua buruh akan mendapat
gaji tinggi dan semua orang pun akan gembira.
Bagaimana gaji meningkat ? Gaji meningkat apabila
produktiviti per kapita setiap rakyat di sesebuah negara itu meningkat. Apabila
produktiviti meningkat, pendapatan meningkat, perniagaan berkembang dan
seterusnya gaji pekerja akan meningkat dan ini meningkatkan taraf hidup rakyat
secara keseluruhan.
2. Memusnahkan Perniagaan Kecil
Jika buah epal dijual dengan harga RM 1.00 meningkat kepada
RM 2.00. Secara logik mudah, orang akan kurang membeli buah epal. Ini juga yang
akan terjadi kepada pasaran buruh di sesebuah negara apabila kerajaan
menetapkan gaji minimum.
Jika saya mempunyai 10 orang pekerja. Penetapan gaji minimum
mungkin hanya mempunya kesan kepada 2 orang daripada pekerja saya. Tetapi
peningkatan ini akan mengakibatkan saya untuk menaikkan gaji bagi kesemua
pekerja saya. Tidak mungkin pekerja yang sudah 5 tahun bekerja dengan saya akan
bersetuju dengan gaji pekerja yang baru masuk kerja bulan lepas.
Itu yang pertama, yang keduanya saya sebagai pemilik
perniagaan akan memilih untuk mengurangkan penggunaan pekerja sebagai langkah
untuk berjimat supaya saya tidak rugi dalam perniagaan yang saya sedang ceburi.
3. Peningkatan Jenayah dan Meningkatkan Pengangguran
Apabila peniaga mengurangkan bilangan pekerja kerana tidak
mampu membayar gaji minimum. Golongan buruh bawahan ini tidak akan mendapat
sebarang kerja dan ini akan meningkatkan pengangguran dikalangan masyarakat.
Seperti yang anda sudah ketahui, peningkatan pengangguran
akan menyebabkan kadar jenayah juga meningkat.
4. Beban yang terpaksa ditanggung oleh semua
Penetapan gaji minimum akan menyebabkan peningkatan harga
barang. Manakan tidak, kos pembuatan sesebuah barangan itu telah meningkat jadi
sudah tentu kos ini akan digilirkan kepada pelanggan yang akan membeli sesebuah
produk.
Dengan itu akan berlaku peningkatan harga barang serta
peningkatan kadar inflasi. Ini akan menyebabkan semua orang terutamanya
pengguna terpaksa menanggung kerugian
Dalam pasaran bebas, harga barangan dan gaji pekerja tidak
seharusnya ditetapkan oleh sesiapa samada ahli politik atau kerajaan. Ianya
seharusnya dibiarkan terapung dan bebas.
Pernah dalam satu pertikaian pada zaman Rasulullah, baginda
dipanggil untuk menetapkan harga roti di pasar. Baginda bersabda
“Aku tidak mahu darah mereka ini di tangan aku di akhirat
nanti”
(“An Islamic economic system largely supports a market
mechanism for coordination
of economic activity. This is based on a hadith reported by
Ibn Majah and Tirmidhi
on bread prices in Medina where the Prophet refused to
intervene to set prices (of
wheat) saying, “I don‟t want to have the blood of these men on my hands in the
hereafter” because there was a shortage due to natural
causes (drought).”)
Ini dengan jelas menunjukkan Islam sendiri mengakui dan
mengesahkan pasaran terbuka sebagai satu mekanisme yang terbaik dalam
pemerintahan dan hal-ehwal perniagaan dalam sesebuah negara.
Tidak banyak yang kita dapat buat sekarang. Polisi ini tidak
akan ditarikbalik dalam masa terdekat dan Pakatan Rakyat juga sedang berjuang
untuk meningkatkan lagi gaji minimum dalam manisfesto mereka.
Nyata kita telah terperangkap dikalangan kedua-dua ahli
politik kerajaan dan pembangkang yang mengejar undi tetapi secara bodoh sanggup
menggadai masa depan ekonomi negara kita.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
End copy/paste, link asal klik sini.
Ps: Aku setuju dengan encik Shahabudeen yang mana nyata kita
telah terperangkap dikalangan kedua-dua ahli politik kerajaan dan pembangkang
yang mengejar undi tetapi secara bodoh sanggup menggadai masa depan ekonomi
negara kita. Adohai...