Apr 1, 2013

Teori Konspirasi-Rahsia bendera PAS dan BN terbongkar?


(Agak susah nak menafsir logo parti yang bertanding untuk di kaitkan dengan yahudi sebab tak ada logo segi tiga dan jangka lukis, woha! )

Berkatalah Laki pada bini menjalang PRU..
:

“Bila abang tengok bendera PAS, abang teringat dengan ceramah dari Buznama yang mengatakan akan ada ummat islam yang berwajah terang seperti bulan purnama di padang mahsyar, mereka adalah golongan yang pergi ambil wudhu ketika azan berkumandang, manakala orang yang ambil wudhu sebelum azan, wajah akan terang seperti cahaya matahari, jika lebih lewat, dapat cahaya seperti bintang, dan lagi lambat sampai dah nak habis waktu, langung takde cahaya..”


PAS

Jawab Bini:

“so..?”

Kata Laki lagi:

“Bila tengok bendera BN pulak, teringat dengan neraca timbangan amal Mizan di padang Mahsyar, menurut Buznama, jika amal baik dan buruk sama banyak, belum tentu masuk shurga, kita perlu shafaat daripada Nabi..”

BN
Soal Bini:

“then?”

Akhirnya jawab Laki:

”jadi oleh sebab terlalu banyak bendera bulan dan dacing berkibar, fikiran abang melayang jauh ke padang mahsyar.., so abang mintak maaf sebab terlupa beli barang yang awak pesan,”

Woha!

Ps: Alasan paling Rare menjelang PRU untuk memeriahkan suasana Laki bini. Sila kagum dari jauh, He he.

Ps2: ”Bro, entry lepas cakap pasang bendera banyak ni, membazirlah, buang masalah, tapi entry ni cerita kebaikkan pulak? (Adohai.., susah cakap dengan orang slow ni, beginilah, semalam aku insaf tengok mayat bergelimpangan di jalan raya, jadi hari ni apa kata korang ajak kawan kawan pakat ramai ramai mati dalam keadaan ngeri supaya aku insaf hari hari-moral: bukan semua benda yang menginsafkan itu baik.)

Ps3: Dalam penjimatkan kos bendera, pujian perlu di beri kepada parti PAS dan BN kerana hanya menggunakan satu warna, jimat kos cetak. Parti DAP, PKR, UMNO agak mahal kos cetak sebab banyak warna, sepatutnya waktu design bendera kena fikir juga factor ekonomi sebab bila menang pilihan raya, lagi banyak factor ekonomi nak kena jaga, adohai.
Bendera yang banyak warna-kos cetak meningkat

Ps4: Tidak pernah dalam sejarah, orang kalah pilihan raya sebab bendera sikit atau kecik, pengundi yang bijak mengundi bukan berdasarkan jumlah bendera atau saiz bendara, maka bersederhanalah dalam memeriahkan pilihan raya, jangan sampai tahap membazir sebab bila menang pilihan raya, lagi banyak acara meriah yang perlu di tangani dengan berhemah. Isk.

Ps:5 Zaman Nabi, hanya satu bendera tegak, dan tegak itu tanda menang, di zaman sekarang, 100 ribu bendera tegak, siang malam berjaga takut bendera jatuh, tapi kalah jugak, pelik tapi benar, adohai.., orang kafir yang reka demokrasi pun tak berperang bendera melampau lampau macam orang islam yang tiru system mereka sekarang ini.

Ps6:Kat tempat aku, anak muda orang melayu sibuk pasang bendera siang malam, lepas tu pakat pakat berjaga siang malam, sampai bergaduh gaduh, belum menang lagi dah berebut tiang, tapi anak muda bangsa lain pulak aku tengok sibuk belajar berniaga dan meluaskan hartanah tanpa mengharap kepada kerajaan atau parti, ini agak deep. Sila take note.

Ps7: kesimpulannya, nak gantung bendara tak salah, tapi jangan melampau dan membazir, Allah benci orang melampau dan Syaitan suka orang membazir, gunakanlah tenaga dan masa gantung bendera itu untuk membuat benda yang lebih berfaedah seperti berakhlak mulia sesama islam,  misalnya. Amin.

Ps8:  Selamat mengundi, aku suka bila orang PAS atau orang BN datang rumah aku bawak Hamper pujuk aku undi parti mereka, dalam mereka berlemah lembut merayu undi, aku boleh cerita tentang ugama dengan lebih deep pada mereka, tapi undi tetap rahsia , politik bro.., poltik! He he"

Ps9: PRU akan datang nak undi parti mana ek? marilah pujuk aku undi parti korang dengan lemah lembut, jangan lupa bawak buah tangan ek?!- Woha!

Wakil PAS, BN, dan PKR sedang menunggu Saprah
Ps10: Berapa banyak Ps daa…

75 comments:

  1. banyaknya ps. Jepun pun baru pikir pikir nak buat ps5, bro dah sampai ps10.

    Sungguh advance!

    ReplyDelete
  2. Buat pertama kalinya aku jadi orang pertama komen...

    hahaha tak sangka rasa macam best...

    ==aku lar tu==

    ReplyDelete
  3. aaaaaaaaaaaaaaa tidak no 2 plak....

    ==aku yang kat atas==

    ReplyDelete
  4. tak pe ko anonymous pertama.

    ReplyDelete
  5. "ini agak deep. sila take note"

    plz..,

    ReplyDelete
  6. anonymous, kalau jadi first komen tapi tak guna akaun google, bukanlah kejayaan sangat, apatah lagi nombor dua.

    tahniah amir, dan setuju dengan huda, adohai.

    ReplyDelete
  7. eh? ada anonymous lebih awal tapi masuk spam! tahniah!

    ReplyDelete
  8. nt lepas ni..smua wat 1 warna ja,,print hitam putih..Jimat! wuho!

    ReplyDelete
  9. ”jadi oleh sebab terlalu banyak bendera bulan dan dacing berkibar, fikiran abang melayang jauh ke padang mahsyar.."

    Masya Allah saudara. Mendalam tu...

    P.S. Kalau penyokong politik ni, tengok bendera dia rasa benci, tapi saudara sebagai orang Islam teringat pulak Padang Mahsyar Yaumul Hisab

    ReplyDelete
  10. update: aku tambah gambar bendera atas nasi utnuk renungan, : )

    ReplyDelete
  11. Kita marah kalau orang memperbodohkan kita (walaupun hanya gurauan) pada hari April Fool (1st April), maka seharusnya kita juga patut marah jika diperbodohkan oleh Utusan, Berita Hairan dan ahli politik. oh ha!

    ReplyDelete
  12. ok hamka,

    nanti aku buat akaun google... tapi nanti orang tahu siapa aku pulak... tak leh wat dakwah hati ke hati dah... sebab dah "bias"... hehehe

    ==akulah anonymous yang dimaksudkan tu==

    ReplyDelete
  13. Saya berharap sangat simbolik di dalam gambar tu menjadi kenyataan

    Wohaa!

    Lily

    ReplyDelete
  14. walaupun bendera BN lambang dacing / neraca al mizan tapi sayang perjuangan nya jauh menyimpang dari Islam...sgt jauh.............sampai tak nampak mati dah depan mata

    ReplyDelete
  15. Bagusnya dunia akhirat kalau semua bendera disatukan menjadi kaler hitam putih.

    Macam dulu-dulu masa kalimah Laillahailallah ditegakkan.

    ReplyDelete
  16. Anak akak yang darjah 1 tanya soalan best... "Ummi, kenapa bendera Jepun bila sampai Malaysia jadi warna hijau".. WOHA!! sapa nak tolong jawab?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke hijau? Sama ke dgn bendera jepun?

      bukan putih ke? Kan bulan mengambang tu.. Eh?! Confuse jap......

      Delete
  17. Bendera jepun orang mudah kenal. Simple dan menjimatkan kos

    ReplyDelete
  18. nampak sangat PAS takde idea tiru bendera jepun, islam logonya bulan sabit, bukan matahari.

    ReplyDelete
  19. Betul2..politik tetap politik,tapi jgan kita jadi mangsa politik.
    Gantung bendera gantunglah,tapi ada faedah ke nak turunkan bendera parti lawan,lepas tu sampai nak bergaduh.Kalau fikir balik,yg wat macam ni dah jadi mangsa,padahal undi tetap rahsia walaupun bendera saiz padang bola....

    ReplyDelete
  20. nice entry with a big punch-to-the-face word to who are too addicted with parties flag even though it give nothing but waste to them...it is better to supply the money to help people need rather than supplying flag which means nothing whatsoever. war is won by a soldier, not by weapon or flags, cuz if you do nothing and keep wasting, people will consider you as human who taking other people money for personal interest and not benefit for their sacrifice. the reason i use english to comment is to let people who are thinking to thinking and people who not thinking will know h ow they waste themselves.
    woha!!

    ReplyDelete
  21. AKU PENING LANGAU6:53 PM, April 01, 2013


    Aku tengok Ust Hadi gi masjid s.petaling aku rasa nak undi Pas.

    Baru ni tengok Najib pulak datang rasa nak undi BN la pulak. Nak undi dua dua rosak undi pulak.?????

    Nak undi ke tak?

    Nak undi ke tak?

    saya pilih mengundi.

    saya pilih undi.

    saya pilih......

    ReplyDelete
  22. Syor aku.

    Pada yang duduk-duduk atas pagar tu aku saran tak usah beri undi pada pas dan pakatan. Pas kini dah di kuasai oleh majoriti syiah.

    ulamak banyak dah jatuh parit.
    Perjuangan yang dah nak berakhir.

    Sungguh sadis.

    ReplyDelete
  23. geng surau dan masjid7:04 PM, April 01, 2013


    Ape ke hal ha.

    Pemimpin pemimpin politik dok sibuk sibuk gi masjid sri petaling.

    Buang masa je orang orang tablig bukan nak ambik taupun.

    Kan baik datang kat kampung aku ni tengok apa yang patut. Masjid kecik. dah tak muat nak solat jumaat.

    pru punya pasal. dah menang/kalah nanti lesap ntah ke mana.

    ReplyDelete
  24. betul ke PAS la ni byk di kuasai golongan Syiah ? ....Nauzubillah....

    ReplyDelete
  25. ha'a membazir je la...btoi gak no hmka....ape kata kurang kan color..ehhh...x payah ada color lain la..warna putih saja....pas buang hjau..oo bn buang biru....heh heh heh....



    WAN JENIANG

    ReplyDelete
  26. orang BN datang jumpa aku bagutahu, PR dah lemah, lepas tu pulak orang PR datang jumpa aku bagitahu BN lemah.

    susah nak menilai ni, masing masing saling provoke, mungkin saiz hamper mennetukan siapa yang lemah..

    Woha!

    ReplyDelete
  27. Kau punya entri sejak akhir akhir ni macam siuttt, succcccckkkkkk

    ReplyDelete
  28. maaf, entry aku tak sehebat entry anda yang bertajuk "KONTRAKTOR BUMIPUTERA JUAL KONTRAK"

    ReplyDelete
  29. bagi yang masih pening nak ngudi sapa, tak payah pi mengundi. Hari mengundi semua dok masjid.

    Boleh elak dari fitnah. Politik demokrasi ni subur dengan benda2 mcm tu...

    Kepada tukang pasang bendera lepas habis mengundi buka balik bendera hampa semua, tak kira kalah ka menang. jangan harap Majlis perbandaran saja.

    ReplyDelete
  30. entry Juasseh Cafe lagi hebat. tak de orang nak comment

    ReplyDelete
  31. Juasseh Cafe said...
    Kau punya entri sejak akhir akhir ni macam siuttt, succcccckkkkkk

    ==================================

    aku baru sedar kewujudan blog ini...

    bukak kejap.... hurm... ok... tekan button pangkah di sebelah atas selepas menguap bila scroll ke bawah...

    =.='

    ReplyDelete
  32. bila baca komen juasseh cafe tetiba tetingat pepatah melayu.. cermin diri @ kata dulang...
    hehehe... eh xde kaitan dgn bendera ke... thehehe... lari tajuk la plak

    ReplyDelete
  33. geng surau dan masjid11:23 PM, April 02, 2013

    Aku salah bukak blog ke?

    Macam ruangan iklan jer

    Apasal ramai tumpang iklan dalam komen blog orang. Tak de pasal la aku nak bukak link nya.

    ReplyDelete
  34. apa nama blog tu...JUAH SAY cafe ke,,,hummm apa2 la...aku nak jadi first comment x bleh...xda anonymous...dah la lain2 id xda...


    cian dia...tolong la p comment2 ckit kat blog dia....bg famossssss ckit.....waka waka....

    ReplyDelete
  35. ini kata kata hebat dari blog dia:

    'Juasseh Cafe' merujuk kepada 'Kedai Kopi' yang menjadi persinggahan untuk kita bersembang dan berkongsi bincang apa apa masaalah dan kedai kopi selalu digunakan untuk berbincang urusan perniagaan dan juga untuk mendapatkan info terkini

    (bapak bosan nak mampos)

    ReplyDelete
  36. 'Juasseh Cafe' adalah seorang blogger dan pengiiut keretamayat.

    sekiranya selepas kena komen dia berhenti follow aku, atau delete komen..

    maka tak layaklah dia menjadi blogger sebab blogger:

    kena marah, kena maki itu hak pembaca.

    : )

    ReplyDelete
  37. apa kata KM? wahahahaha..
    http://www.youtube.com/watch?v=rTwLMgC3wSs

    ReplyDelete
  38. BUBARRRR!!!!!


    Yep!!! parlimen dah bubar.

    Mari mari kita solat hajat reramai semoga Allah jauhkan bala bencana ke atas Malaysia.

    Makin ramai orang berkelahi pasal kempen dan pasal pasang bendera, pasal koyak bendera dan macam macam. Adoihai.

    ReplyDelete
  39. Ali Imran , Pasir Gudang.10:01 PM, April 03, 2013

    Hamka?

    ada tak orang datang umah kau bawak hemper?

    Umah aku tak de pun orang datang bawak hemper pujuk aku untuk undi. Mungkin undi aku tak berharga.

    ReplyDelete
  40. kalau cerita pasal bendera, mmg agak lawa la kalau kita melihat di jalan2 raya sekarang, ada warna hijau, biru, merah, kuning2, ape g.. ha putih.. gambar bulan, dacing, roket, mata (PKR)... haritu aku pi ikut memancing dgn pak mertua aku, kami mancing kat area bukit merah kebetulanla ade lah yg memasang bendera PAS, agak besar bendera tu, pak mertua aku pon kata, besaqnye bulan (perli).. harap kalah la depa tu...

    aku diam... (malas nak bangkang)

    tanpa dipinta pak mertua aku gtau lagi, bukan xtau geng2 depa ni, ada kawan abah tu, pi dengaq Lim Guang Eng nak jadikan Malaysia ni negara kristian... depa dah dok pakat2 dah kat area penang haritu dok berkumpul... pjg lebar penerangan pak mertua aku tu

    aku diam g (nak bangkang t kena sembur, tapi lupa nak tanya kawan abah tu cina ke melayu? time Lim Guang Eng berpakat2 tu mesti dia ckp bahasa cina, xkan bhasa lain kot..emm ntahle)

    dan kami terus terdiam pas tu, tgu2 kot dapat ke x ikannye.. dapatla gak, tp xle beso ne pon...

    Moral: memancing itu agak membosankan, jgn lupa bwk androids dll gajet ketika memancing utk elakkan bosan itu...

    Kalau betul perancangan dalaman DAP nak jadikan Malaysia ni negara Kristian, PAS wajib lah keluar daripada Pakatan...

    Aku masih sokong PAS, walaupun famili aku hampir majoriti BN.. tapi kami masih boleh berdiskusi dengan baik.. xperlu gadoh2.

    eh, ni hamper sape ni? ade gmbr dacing la.


    ReplyDelete
  41. rasanya Juasseh Cafe kena ubah template blog dan cara penulisan dia.

    disebabkan aku pun xtahu nak sokong yg mana dan masih belum ada yg dtg pujuk aku,maka aku tak take serious pun dengan entry ni. bagi aku entry ni nice..kelakar..

    haha..nice job hamka.

    ReplyDelete
  42. I love it when people come together and share thoughts.
    Great website, continue the good work!

    my blog document imaging

    ReplyDelete
  43. I do agree with all of the ideas you've introduced on your post. They are very convincing and can definitely work. Nonetheless, the posts are very quick for beginners. Could you please lengthen them a little from next time? Thank you for the post.

    Feel free to surf to my weblog :: air conditioning Johannesburg

    ReplyDelete
  44. Okey okey dah dapat dah!!1

    Syukran syukran.

    Bapak aku ada bawak balik baucer rm200 dari satu program kerajaan BN. Bapak akusuruh mak aku beli lah apa yang patut kat kedai satu malaysia. RM200 agak besar juga hamper yang boleh pilih sendiri isinya.

    ok aku undi sapa yang mula mula bagi hamper. Yang lain dah lambat.

    ReplyDelete
  45. hehe ader orang panas dengan artikel mu hamka.... dia sudah antar spammer2 autobot....

    ==im the cracker==

    ReplyDelete
  46. Hamka. awalin kat sini bagitau, sunnah Nabi SAW dan Sahabah r.a gi jumpa Pembesar-Pembesar dan Raja-Raja. aritu ijtima nilai Maulana Sab sendiri ikram Sultan/Raja tapi hantar orang lain sapa tah lupa, utk ikram orang politik.

    ana cuba taat pemerintah aka undang² negara
    hijau biru cuma platform utk Ikramul Muslimin.

    ps/ Ulamak dan Umarak kena bersatu.
    Nampak gaya nye rumah Biru lagi boleh terima kerenah jemaah dari yak Hijau. Camne.

    3hari dulu baru gi buang undi, in sha Allah..

    Salam Taam Kalam & Doa karo.

    ReplyDelete
  47. soalan jujur, kalau ulama bagitau anda parti xx solat tak dapat pahala mcm mana? nak taklid ke nak bantah? sebab dia byk pengikut. pakai pun pakaian sunnah, belaja agama pon tinggi. camano ek? nak tanyo pendapat hamka

    ReplyDelete
  48. lihat bendera politik teringat hari kiamat...itulah yg terbaik...:)
    teruskan berkarya hamka..:)

    ReplyDelete
  49. teringin nak tunggu ahli2 parti politik yang datang ke rumah berkempen sambil memuji pihak lawan( bukannya mengutuk)....

    ReplyDelete
  50. salam..nk print bendera guna byk wrna pun dh mahal. rugi2

    ReplyDelete
  51. aku rasa sedih sebab akhbar rasmi so called pejuang islam malaysia yang beritanya ' tepat dari sumber' pon dah jadi agen fitnah...
    semuanya akibat perasaan benci yang meluap2 dihasut syiatan...

    ReplyDelete
  52. salam..

    pernah tak dengan dengan ayat Al-Quran begini..

    "Berkahak pthuiii dengan kebenaran, dan bercarutan dengan kesabaran"

    kalau korang nak citer gak bab politik.. pelisss lah siapa yang nak menyakat Hamka untuk bagi tazkirah menganai ke'taik'kan calon politik peliss stop doing that..

    bab Hamka citer palas 'berak' dia aku dah biasa...

    TAPI bila die citer pasal 'berak' orang lain kat kereta mayat..

    'BERDEMTUM GURUH dilangit '!!!

    PS: semut bukan datang masa berak.. diorang pun datang masa dah jadi mayat dalam kubur atau mati sorang-sorang semut tetap datang sebab semut-semut nie suka sangat korang..

    -penjualtempe :)

    ReplyDelete
  53. untuk satukan lauk kena guna talam.. makan berjemaah.. gurau..haha

    ReplyDelete
  54. "Adik2 semua jgn bersangka buruk kpd kawan2 yg berada di kem Barisan Nasional.... Mereka mungkin terpaksa menurut desakan mak ayah atau sapa2"

    hihihihi....prangai cmni la yg wat kami org atas pagar meluat dgn hangpa...
    jangan salahkan sesape salahkan prangai sendiri...

    : p

    ReplyDelete
  55. oittt..makan xde sapra...mengundang kepapaan..

    ReplyDelete
  56. memang meluat.

    bila baca kempen politik tumpang blog orang.

    aku tak tolak najib.
    aku tak tolak Hj hadi

    aku tolak pilihanraya woha.

    ReplyDelete
  57. Jawab mana sempat:

    ------------
    Ali Imran , Pasir Gudang.

    Kau jangan declare sokong mana mana parti, barulah orang datang merayu undi, he he

    -------------
    zulhilmi yahya arif

    setuju memancing itu membosankan,
    --------------
    ==im the cracker==

    Tu lah tu, hu h u..

    ----------
    azah

    you tell me!

    ----------
    Si Pujangga

    Kefahaman ugama datang dari pengorbanan, bila dah faham ugama, senanglah nak tapis mana2 sampah

    ----------
    Sya_Merpati Putih 88

    thanks

    ReplyDelete
  58. lama betul aku tak singgah sini.. jauh lagi ker perjalanan nak sampai ke tapak kubur hamka..

    ReplyDelete
  59. dua batu nisaan dah sampai : )

    ReplyDelete
  60. wahhh terima kasih hamka.. harap2 dipercepat kan & dipermudahkan.. mengantuk sngt2 terhuyung hayang dah ni huhuhu..

    ReplyDelete
  61. cuba check mana2 parti ada x yang buat manifesto bila menang masjid 24jam hidup,100% lelaki baligh datang solat jemaah bila azan berkumandang,wanita confirm 100% tutup aurat dengan sempurna..semua manifesto untuk dunia semata-mata..

    ReplyDelete
  62. Bangang abadi

    Kuala Terengganu, 13 April - Seorang lelaki parah akibat ditetak ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik di Kemaman malam tadi.

    Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam itu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.

    Katanya mangsa berusia 40-an bersama empat lagi rakannya sedang memasang bendera parti apabila dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak di luar kawalan dengan menetak mangsa menggunakan parang.

    "Akibat tetakan itu mangsa mengelami kecederaan parah di bahagian hadapan dan belakang badan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ampuan Afzan, Kuantan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

    Menurutnya polis sedang memburu kumpulan suspek yang dipercayai dianggotai 10 orang berusia antara 30 hingga 40 tahun.

    Tiam berkata sehingga kini sebanyak tujuh laporan polis dibuat berhubung kes pergaduhan melibatkan parti politik dan ini merupakan kes pertama yang mendatangkan kecederaan.

    Beliau mengingatkan penyokong parti politik supaya jangan bertindak di luar batasan dan sebaliknya membuat laporan polis sekiranya bendera dan poster parti mereka dirosakkan.

    ReplyDelete
  63. Bangang abadi

    Kuala Terengganu, 13 April - Seorang lelaki parah akibat ditetak ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik di Kemaman malam tadi.

    Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam itu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.

    Katanya mangsa berusia 40-an bersama empat lagi rakannya sedang memasang bendera parti apabila dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak di luar kawalan dengan menetak mangsa menggunakan parang.

    "Akibat tetakan itu mangsa mengelami kecederaan parah di bahagian hadapan dan belakang badan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ampuan Afzan, Kuantan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

    Menurutnya polis sedang memburu kumpulan suspek yang dipercayai dianggotai 10 orang berusia antara 30 hingga 40 tahun.

    Tiam berkata sehingga kini sebanyak tujuh laporan polis dibuat berhubung kes pergaduhan melibatkan parti politik dan ini merupakan kes pertama yang mendatangkan kecederaan.

    Beliau mengingatkan penyokong parti politik supaya jangan bertindak di luar batasan dan sebaliknya membuat laporan polis sekiranya bendera dan poster parti mereka dirosakkan.

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum....

    Sedikit pmbetulan. BN bukannya sebuah parti. Tapi sebuah perikatan diantara parti seperti UMNO, mca, mic, ppp, gerakan dan beberapa komponen parti yg lain...

    PAS adalah sebuah parti yg disatukan dgn parti keadilan rakyat (pkr) dan parti dap mnjadikan sebuah pakatan rakyat.

    Agak tidak sesuai jika hanya di lablekn perebutan antara BN dn Pas. Kerana ia brmaksud kumpulan mnentang individu. Sedangkan pkr dn dap juga menentang BN. Jika pnyampaian kearah keburukan, maka nmpk yg buruk hanya PAS atas tulisan "PAS vs BN".

    Jadi disamping kita mnyampaikan hasrat dan pndirian trhadap sesuatu, pastikn kita kita dpt mnyampaikn dgn teratur dn nmpk lebih adil kepada semua pihak.

    Kpada BN dan PR, jalankan tanggungjawab yg anda galas dgn lebih berhemah dn teratur. Tidak kira anda mnjanjikan planet2 kpada rakyat skalipun, pastikn sgala janji yg anda tabur itu dilaksana dn dikotakn seperti yg rakyat harapkn pd janji anda. Dan juga dpt mmberi manfaat dn keselesaan kpada rakyat. Hormati kebebasan dan hak pemilik tanah melayu ini. Jangan smpai kehebatan tanah melayu dn negara ini tercalar kerana sikap buruk anda. Berani buat berani tanggung.

    Untuk yg berada di atas pagar empuk. Jgn trlalu selesa dgn keempukan pagar tu. Perjuangkn juga hak anda sbagai pemilik pagar empuk tu. Ingat, pagar tu brdiri di tengah paksi demokrasi selama ini. Xmustahil boleh diroboh jika tiada lg demokrasi. Sebaiknya, turunlah brpijak dibumi nyata skali skala. Rasakn sdikit keselesaan dlm kesempitan tanah ini, sblum tanah ni mnjadi kesempitan dlm keselesaan.

    ReplyDelete
  65. Ilmu pelita menerangi kegelapan,
    Darilah ilmu datangnya amalan,
    Dari amalan lahirlah kasih sayang,
    Saling mmbantu dn bkerjasama.

    ReplyDelete
  66. tapi jika lawan bendera, hanya bendera PAS dan BN yang banyak.., PR belum ada bendera bersatu, pelik jugak ek?

    ReplyDelete
  67. Secara peribadi, saya berharap satu hari ada pemimpin negara dan politik yang mampu MEMANDAIKAN rakyat sehingga TIDAK PERLU lagi terlalu banyak bendera dan poster di tempat awam. Cukup sekadar maklumat di media dan internet dan ceramah tertentu saja. Poster dan bendera pula cukup sekadar di pusat atau markaz parti. Saya terasa ada pemborosan tidak perlu di situ di samping kayu2 bendera yang adakalanya membahayakan pengguna jalanraya dan mencemar kebersihan apabila jatuh dan dibiarkan. Inilah yang diamalkan di United Kingdom. musim pilihanraya tapi masih tenang kelihatannya. Bagi saya sepatutnya BENDERA bukan alat yang patut digunakan untuk mempengaruhi menentukan undi pengundi.

    ReplyDelete
  68. Aku sokong pas dan aku sokong BN,tapi aku tak sokong DAP...aku tak nak negeri aku jadi mcm singapore.....mana2 parti pun yang menang biarlah orang islam yg memerintah,bukan orang kafir yang jadi PM...maaf aku terpaksa rasis...sebab salah satu jatuhnye bangsa melayu ialah bangsa kita malas serba serbi...ekonomialaysia nih 80% di pegang oleh bukan islam...aku tengok seolah-olah cina2 DAP nih mcm nak ambik alih malaysia je nih...
    Mat salih kalo sorang2 fikir nak mengelilingi dunia,tapi kalo dah ramai2 fikir nak kuasai dunia....orang india kalo sorang2 mabuk,kalo ramai2 bergaduh...cina kalo sorang2 fikir macamana nak cepat kaya,kalau dah beramai2 berjudi,melayu kalau sorang2 duduk berangan,kalau beramai2 cakap sia2....ni lah ni lah...ni lah..




    Dr brutal

    woha!!

    ReplyDelete