Mar 22, 2013

Tanya sama Abang Keretamayat –Versi bendera Parti?

(soalan datang dari pembaca FB keretamayat, mulanya malas nak jawab, tapi mungkin ramai yang tak tahu, maka bermanfaatlah ilmu bila dikongsikan walaupun ilmu itu mungkin yang remeh temeh, adohai)

Persona non Grata:
“Nak tanya jugak kat incik kereta mayat.. Ade ke apa-apa dalil sebut bila kita terjatuh dan mati selepas pasang bendera, di kira mati syahid?. Ada ustaz ceramah bagitahu tapi tak sempat nak tanya..,”

Hamka keretamayat:
"Dah takde kerja? agak agaklah nak berjihad pun, adohai.."

Persona non Grata:
“kot itu yang kerja dia dapat buat dengan niat mencari rezeki yang halal kerana Allah atau dia rasa sumbangan kecilnya itu yang mampu dia buat untuk pastikan dia ada jawapan bila Allah tanya apa sumbangannya untuk Islam... yang pasti bukan mati katak la..”

Hamka keretamayat:
“mati katak ni mungkin kena tengok jenis bendera kot, tak gitu Bang?”

Persona non Grata:
“kite  tak rugi pun kalo anggap orang tu syahid,anggap je tu doa, tak salahkan mendoakan kebaikan orang lain, kan?”

Hamka keretamayat:
“ok

Persona non Grata:
"Satu lagi, ada ustaz cakap, mata yang berjaga dimalam hari menjaga bendera dari dipatahkan parti lawan, adalah mata yang diharamkan api neraka? Apa komen?"

Hamka keretamayat: 
“jumpa saf pertama masjid subuh besok, baru aku jawab, adohai.."

Persona non Grata: 
"abang nak hina soalan saya terpulanglah, bagi saya jika jatuh ketika pasang bendera, tetap mati syahid. apa apa yang kita buat kerana ugama adalah jihad."

Hamka keretamayat:
" Bagi aku, lawan bendera siapa paling besar, dan lawan bendara siapa paling tinggi, atau lawan bendera siapa paling banyak, adalah perbuatan bodoh dan pembaziran, kan jelas membazir itu saudara syairtan, kesian duit orang derma, dibelinya kain banyak banyak lepas tu tayang kat sape? kat Tuhan? adohai.., dalam pembaziran begitu, jika jatuh mati syahid? kesian.., orang kapir yang reka domokrasi pun tak membazir melampau-lampau dalam bab gantung bendera tak macam orang islam yang tiru sistem mereka, adohai.."

Ps: JIka orang tu sokong PAS, korang orang UMNO gantunglah bendera besar gajah, tinggi macam KLCC, dan sebanyak bintang di langit, orang tu tetap pangkah Pas, begitulah jugak sebaliknya, tak paham paham lagi? tapi jika kos bendara tu korang tukar kepada wang, dan bagi 'hadiah' atau derma, mungkin ada yang akan berubah fikiran, begitu jugak tenaga gantung bendera tinggi tinggi tu jika diguna untuk berakhlak mulia, pun akan ada yang berubah niat, so marilah menderma dan berakhlak mulia kerana itu adalah alaman yang mulia- Peace.! .

Persona non Grata:
" Tayang bendera salah satu cabang..., macam promo barang gak ...yang orang derma dah halal kan camaner nak gunakan duit dorang..., lagi pun kalau tayang bendera sebelah sini..maknanye myeru kp kbaikan ...Tak ade pembaziran...kalau  tak salah lah!!!”

Hamka keretamayat:
“oK”

Persona non Grata:
“isu pasang bendera, itu dinamakan perang psikologi, sedar atau tidak impaknya tak nampak secara fizikal.... samalah macam samsung buat iklan merata2, naik LRT naik KTM naik keta merata iklan samsung.bukan murah iklan tu.membazir je.baik duit iklan tu guna utk benda lain. apa jadi pd produk samsung?? laku kan.padahal banyak lagi phone yg lebih murah dan punya spek yg sama bagus.tp kenapa samsung?? semuanya psikologi manusia....manusia mudah diubah psikologinya."

Hamka keretamayat:
"Oh jadi selama ni korang kalah sebab bendera lah yer? Woha!”

Persona non Grata:
“bendera tak penting, yang penting panji. zaman Rasulullah pergi berperang bawa panji Islam. tak biarkan panji tu jatuh, si pemegang rebah, yang lain ganti. (dalam hati aku berdoa agar hamka bukan macai, woha!)”

Hamka keretamayat:
“zaman Nabi, hanya satu bendera tegak, dan tegak itu tanda menang, di zaman sekarang, 1000 bendera tegak, siang malam berjaga takut bendera jatuh, tapi kalah jugak, pelik tapi benar, adohai.., (Ps: Bila tak sependapat dengan  puak-puak taksub politik ,bersiap sedia la dipanggil macai.. bangang sungguh)

Persona non Grata:
“yalah.. tokey bendera anak tempatan jugak yang kaya time musim mengundi ni. jadilah pengundi yang bijak, wakaka..”

Hamka keretamayat:
“pengundi yang bijak tidak mengundi berdasarkan bendera. Sekian terima kasih.”

End Copy/paste:

Okey, cukuplah aku copy paste beberapa komen dari FB tentang isu ini, kesimpulannya, nak gantung bendara tak salah, tapi jangan melampau dan membazir, Allah benci orang melampau dan Syaitan suka orang membazir, gunakanlah tenaga dan masa gantung bendera itu untuk membuat benda yang lebih berfaedah seperti berakhlak mulia misalnya, akhir kata: dalam membuat kerja gantung bendera, utamakan kesalamatan, Safety Firest is Sunnah, now you know.

Ps: Sebelum tu kita layan sajak loghat Terengganu yang bertajuk, Jangan Menebeng! (Jangan Melampau), layan..

72 comments:

  1. padahal tokey printing tu daftar ngundi pun tak. aku penah keje kilang printing. tokey tu lebih bijak. tak kira kerajaan ke pembangkang, dia ok je. yg penting bisnes jalan. nak pilihanraya ni, banner, bendera semua dia dah print 5 tahun lepas lagi. simpan kat stor. org nak bendera byk mana pun, 1 hari je dah boleh ambil. long term minded. yg untung tokey printing jugak =) yg sibuk2 gaduh itu ini dapat ape je =P

    ReplyDelete
  2. oh ha! Tukar kerajaan, mudah-mudahan kita dapat kenal wajah Malaysia yg sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. haish... yg gantung bendera tu niat pasang bendera tu kerana memperjuangkan islam, atau kerana duit upah pasang bendera atau semangat assabiyah parti yg kuat? kebanyakkannye yang tukang pasang bendera ni, dier akan gantung yang pas, then pas bayar... kalu ader org bn bayar, dier akan gantung bendera bn, kalau tetiba parti golkar yg upah, confirm dier gantung juga... rezeki, sape nak tolak...

    p/s: part timer pegantung bendera.

    ReplyDelete
  4. bro hamka...mana dia punya bahasa melayu...bahas ganu aku tak berapa nak faham..

    ReplyDelete
  5. Encik hamka.....mana dia punya bahasa melayu dialek kuala lumpur....tak berapa nak faha mterengganu punya loghat

    ReplyDelete
  6. nak berpolitik politik laa...ni yang gaduh2 pasal bendera ni apa kebangangnye...

    ReplyDelete
  7. kalau camtu, ana declare mati dalam counter strike adalah mati syahid

    sebab musuh dalam de_dust adalah IDF, players main sebagai tentera mujahidin. Kalau mati melawan Israel, tentulah mati syahid ye dok?

    Walaupun bukan mati betul2 tapi ia mempromosikan jihad dalam arena video game. Penjaga CC tempatan jugak yang untung, jadilah pemain video game yang bijak, wakaka

    ReplyDelete
  8. PAS + UMNO + DAP = syahid?5:11 PM, March 22, 2013

    biarkan mereka dengan bendera merekaaaaa.....

    ReplyDelete
  9. Awang, Mung dok rok sekek arang, Mung berak menanang, Mung bahang gambang
    Awang, Mu dok seke setarang baroh,
    Orang menang ngundi bukang sebab dera sapok, dera bapok, dero beriok
    Dok pernah dalang sejarah, orang kata kita kalah ngudi sebab dera kita rendah lepeh,
    Dok pernah dalang sejarah, orang kata kita kalah ngudi sebab dera kita kecik tuik
    Dok pernah dalang sejarah, orang kata kita kalah ngudi sebab dera kita sikit tuek
    Doh, bakpe yang mung tebeng gi pakat panjat poko nyor, pokok pinang, tiang lapu, tiang jambatang, badi tinggi badi sapok badi sayup kalu jatuh berdebang bahang tanoh dok rok sekek arang.
    Doh, bakpe yang mung tebeng gi kapuh kain lasir, kain cadar, kain kapang, kain gebor, badi lebar, badi besor, badi bejuguk, sapa anging dok roh nok tiup, kalu jatuh besugung guling bating golek erek berak memanang
    Doh, bakpe yang mung tebeng gi pakat ripung, pakak susung, pakak gantung badi banyak, badi beriok, badi belambak, badi belana,kalu jatuh berdobok berdepek golek nyor bahang gambang!
    Jangan menebing sangak buat benda hok dok pedoh setarang baroh! Wak sedang sedang jer..,
    Sebab, kita menang ngundi bukang keh dera kita sikit tuek, rendah lepeh kecik tuit.
    Puak dia menang ngundi bukang keh dera dia belambok lana, sapok sayup, bapak berjuguk
    menang sebab Rakyat suka kenang ke kita hok dok cakak pelawok dan peel comel..
    Napok?!
    Berak tahung ni pada tahung lepah,
    Adohai..

    ReplyDelete
  10. kalau camtu, ana declare mati dalam counter strike adalah mati syahid

    sebab musuh dalam de_dust adalah IDF, players main sebagai tentera mujahidin. Kalau mati melawan Israel, tentulah mati syahid ye dok?

    Walaupun bukan mati betul2 tapi ia mempromosikan jihad dalam arena video game. Penjaga CC tempatan jugak yang untung, jadilah pemain video game yang bijak, wakaka

    4:40 PM, March 22, 2013
    PAS + UMNO + DAP = syahid? said...
    biarkan mereka dengan bendera merekaaaaa.....

    ===================================
    kah kah kah.... 2 comment ni best,

    Entry kali ni pun best, pedas, aku suka pedas2 ni... hik hik...

    ==aku lagi==

    ReplyDelete
  11. kalu entri ni tak jejak komen sampai 100,aku rasa bisa kau dah mula hilang.....

    atau orang dah malas nak layan karkun yang sentiasa rasa hanya apa yang dia fikir sahaja,betul...

    apa yang orang lain pikir yang tak sama dengan korang,semuanya tak betul.....

    ReplyDelete
  12. Jom tukarq!!!
    Tukarq kesempitan dunia kepada keluasan hari akhirat.
    Tukarq nilai kebendaan kepana nilai amal.

    KiLaT- Gua nak tukarq dari bos yang ada bos kepada bos yang tak ada bos. Tunggu.....

    ReplyDelete
  13. jom jom tukar .

    Aku ngan kawan kawan aku nak tukar fikiran.

    Kami berdaftar tapi ingatkan malas nak ngundi. Tapi tasa rasa nak bagi undi pada kerajaan sekarang.
    Menyampah dengan pembangkang.
    Belum apa apa dah sombong.

    Aku baru nak ikut ikut abang tabligh buat program Ada seorang tua parti bulan herdik aku kata aku tak ada kerja ke mengotorkan masjid. Dia ingat aku pemalas sangat ke? Aku seorang pelajar politek la.

    Aku tengol pap imam kerajaan ok je tak marah pun.
    Tu sebab la aku ngan kawan kawan aku semangat nak gi ngundi parti kerajaan

    ReplyDelete
  14. listen!listen!listen!

    ReplyDelete
  15. samo la kmpung den...maso umno mrintah..senang ja jemaah nak masuk masjid...skang pas amik alih..x bagi plok masuk masjid...syaitan bt usaha 24 jam sesatkan manusia..manusia nak bt dakwah d halang oleh manusia...bukan sapo pon pak sedara aku gak tu yg halang...adohaiiiiiii,,,,,,,,,,,

    kih kih kih,,,,

    ReplyDelete
  16. berak menanang! berak tahung ning pada tahung lepah mung awang!

    ReplyDelete
  17. bilamana manusia belajar agama lalu putarbelit bab agama demi kepentingan politik, maka berlakulah kacau bilau

    ReplyDelete
  18. yg pntg habis pilihanraya aku nk kutip bendera plak... yg biru pekat blh wat kain basahan kt blk air..yg hijau lak blh wat kain buruk nk lap kotoran... blh buh kt kotak tmpt kucing beranak... xpun wat bumbung reban ayam... klau nk syahid mai la halang aku curi bendera hangpa... aku champion bab curi bendera ni.... hahaha... dh lama dh...

    ReplyDelete
  19. aku bukan kesah sangat parti mana yang menang...yang penting yang di undi tu orang islam...kalo orang kapir yang diundi untuk mewakili kawasan...memang aku dah nampak sifat perkauman akan berlaku....yang penting bila parti tu memerintah,dia tak halang usaha agama....kalo dia halang jemaah tabligh buat dakwah rumah ke rumah...memang cari nahad...seolah-olah dia mengistiharkan untuk berperang dengan Allah swt....tak ke kurang ajar namanya tuh...

    ReplyDelete
  20. aku bukan kesah sangat parti mana yang menang...yang penting yang di undi tu orang islam...kalo orang kapir yang diundi untuk mewakili kawasan...memang aku dah nampak sifat perkauman akan berlaku....yang penting bila parti tu memerintah,dia tak halang usaha agama....kalo dia halang jemaah tabligh buat dakwah rumah ke rumah...memang cari nahad...seolah-olah dia mengistiharkan untuk berperang dengan Allah swt....tak ke kurang ajar namanya tuh...

    ===================================
    selalunya surau masjid yang parti 1 bulan ni ha yang "kebal" dok bagi jemaah masuk... so inilah antara PUNCA utama why berlaku konfrontasi antara 2 umat nabi neyh....

    dan termasuk juga PERLI memerli dari pakcik2 1 bulan ni...

    tu yg membuatkan bebudak2 baru nak naik ANTI dgn POLITIK....

    So kesimpulannya 1 bulan dah buat 1 kesilapan besar dengan menjauhkan kami dari POLITIK DEMOKRASI itu sendiri....

    << aku bengang sebab - masa aku jahat, orang PAS dok kisah langsung, cakap aku produk hasilan BN, org2 yang hang dok kutuk2 ni la yang tarik aku kenal siapa itu Allah SWT... - now bila aku dah kenal tangga masjid/surau, hangpa perlekeh usaha2 mereka ini...

    MANA AKU TAK BENGANG!

    ReplyDelete
  21. Scarlett Johannson muslim9:04 PM, March 23, 2013

    Haa, ni ada satu artikel menarik untuk dibaca

    u/p: HAMKA kereta mayat

    mungkin tuan dan kebanyakan pembaca blog tuan sudah sedia maklum tentang kisah

    "Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam"

    boleh tak tuan buatkan ulasan lanjut tentang artikel di link yang diberi

    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=935.0

    ReplyDelete
  22. semalam pi area changkat jering. mak aih, bendera byk bebenor.. istigfar ja tgk. kata x cerdik nanti, emo. sama ja dua-dua parti ni

    pembaziran amalan syaitan

    tahu tak semestinya sedar,
    sedar semestinya tahu

    ReplyDelete
  23. suka sangat cabang2, program ugama dkat cabang2, pacak bendera atas cabang2, akhirnya mati syahid cabang2.adoyai..
    -salah gua-

    ReplyDelete
  24. Tak kebulur naik ke bulan4:17 PM, March 24, 2013

    Aku setuju banyak komen.

    Aku pun pernah mengalami nasib hampir sama dengan pengomen pengomen. Dulu masa aku brutal sesekali aku pijak masjid. Ada seorang abang tablig rajin himpit dan berbual bual. Nampak alim tapi tak sombong. aku mula mula macam malu. Tapi lama lama ok.
    Tak macam abang abang pati bulan dulu. Jeling jeling aku macam nak telan sebab aku solat pakai seluar jin dan tak tutup kepala, baju lengan pendek lagi.
    Tapi sejak aku berkawan dengan abang abang tablig
    keterampilan aku dah ok, siap pakai serban lagi. Tapi abang abang pati bulan pulak nak himpit himpit aku. Nak ajak aku join ikut gi ceramah ceramah. Aku tak akan terpedaya. Ajk masjid pati kerajaan tu lagi bagus tak pernah pun jeling aku. Tu pasal la banyak mat mat rock tak kebulur nak ikut pati dia orang.

    ReplyDelete
  25. sama-sama, aku pun sama macam hang, time aku hip hop2, join budak scooter, sosial perempuan sana sini, tak ada orang bulan nak dekat dengan aku....

    bila aku join abg abg tabligh sket2... ada la sket perubahan dalam diri aku, mai datang masjid, takut nak dating etc... pakcik2 bulan baru terhegeh2 datang kat aku, jemput aku pi ceramah2 depa, mula2 ak pergi....

    tapi lepas ceramah, diorang ceramah aku pulak, dekat 2 jam, 2 vs 1 (aku seorang) ... sebab aku tak daftar mengundi... ok aku ngaku la aku salah, aku senyap je la kena lecture dengan diaorang, tapi lepas tu mereka kritik jemaah tabligh pulak, menyirap rrr darah aku (sampai saat aku type ni masih tersirap!!!)... aku direct cakap, dulu aku tak kenal tangga surau ni pun (sambil tunjuk tangga surau), orang2 tabligh ni la mai tunjuk kat aku, sambil hati aku tahan sakit dan mata nak berair... bila mereka tengok perubahan aku, nada suara aku, baru dioarang ajak balik, sejak tu mereka tak peduli aku dah, hehehe... (macam kena pulau pun ada aku rasa).... but im ok... so kesimpulan aku.... puak bulan ni yang menyebabkan kami MENYAMPAH dengan PARTI kamu dan POLITIK DEMOKRASI! bukan jemaah TABLIGH... FAHAM tak oi???

    ReplyDelete
  26. baru tahu ke....
    aku ni bukan mat rock,bukan hip hop, aku xpernah geng tabligh... aku ni ktgori smart gak ape. baju t koler masuk dalam, sluar slat.. tali pggang hitam logo buaya... tapi bila jmpa geng bulan diorg slalu wushia aku lebih2 mcm nk telan sbb aku solat xpakai kupiah je... ceh... teruk tul puak2 tu... ke diorg dengki sbb aku smart lg kacak... bulan... saya xpilih dh kot..

    ReplyDelete
  27. diorang usya ko sebab ko smart, smart2 pakai tali pinggang cap buaya buaya datang mai solat, tu yang diorang usya sambil terfikir nak buat ang jadi calon menantu depa, agak2 la tak mo undi 1 bulan sebab kena usya ja... perasan sungguh kamu ini.... LOL...

    ==aku kaki usya==

    ReplyDelete
  28. Saya bosan dengan orang islam yang gaduh tentang politik. Bila saya kata macamni, diorang akan kata saya orang yang xsuka politik, kita kena politik, tanggungjawab, bla bla bla. Tapi adake saya kata saya x tahu tentang politik? Tentang tanggungjawab. Saya cuma bosan dengan orang islam yang gaduh sebab politik.

    Penyokong parti yang so called islamic, tapi mulutnya ya Allah, astaghfiruallahalazim, macam orang yang tak beragama? Betulke mewakili islam itu? Astaghfiruallahalazim. Sepatutnya, kalau kita kata, kita orang yang menegakkan islam, jaga perkataan kita, banyakkan bersabar. Dan kadang2 mereka ini merasakan mereka terlalu bagus, tapi xtahulah solat subuh ke x. Minta maaf saya katakan, tapi kadang2 ianya realiti. Cakap tentang politik, tentang agama, tapi diri sendiri pun tak terurus. Anak bini pun belum tentu lagi terdidik.

    Nasihat saya, pada diri saya sendiri juga yang tak berapa bagusni. Untuk pilihan tepat masa mengundi, marilah solat istikharah sebelum mengundi. Bukan kita yang menentukan baik buruk sesuatu. Tapi Allah yang lebih mengetahui. Ikhlaskan hati, lapangkan dada. Dan tolong jangan kata, eh ini pon nak kena solat istikharahke? I said, of course. Ini adalah penilaian penting. So nasihat pada diri saya sendiri juga. Jangan lupa solat istikharah sebelum mengundi.ok?

    Wassalam


    -cahaya pemelihara-




    ReplyDelete
  29. weh aku nak tanya, awat aku hanya nampak 3 jenis bendera ajer? BN, PAS dan PKR.... dari selangor, sampai la ke perak ni ha.... sama jer... bendera DAP, MCA, MIC, UMNO hampir2 tak nampak???? UMNO dan MCA + MIC aku boleh consider la mereka guna lambang BN, so DAP guna lambang PAS dan PKR juga ker? OR DAP tak nak membazir? Persona Non Grata tu ada cakap, bendera ni untuk "pengiklanan", DAP tu tu dah popular sangat ker sampai dah tak gantung bendera? atau PAS, PKR dan BN yang tak popular? hehe confius aku? ce jawab ce jawab...

    ==aku ler tu==

    ReplyDelete
  30. Tok Kiyi Bukit Arong10:50 PM, March 25, 2013


    Menang sorak kampung tergadai.

    Menang gantung bendera wang tergadai. ( Membazir kawan syitan)

    ReplyDelete

  31. Aku ada dengar satu fakta terkini dari warung Pak Ngah Kolek.

    Kalau Pas dapat teraju maka aktiviti Tabilg akan disekat.Kerana ianya memecah belahkan umat dan buang masa.

    ReplyDelete
  32. hahaha apa takut???? PAS kuasa ka, Allah SWT Maha Kuasa????

    Apa ada hal beb... jika satu duniamau bungkus jemaah tabligh pun di persilakan....

    kan kan? keh keh...

    Ada Allah SWT, Ada segalanya....

    ==aku yang YAKIN==

    ReplyDelete
  33. bukan tersekat bhaii..
    tapi diorang kata diorang pun ISLAM gak.. jalan diorng betul gak.
    Pemerintahan ISLAM.
    nanti Allah bagi jawapan. nanti.

    1 jalan je betul.
    lagi dia cakap dia nye pun betul gak. ISLAM gak.

    diorang kemarok sebab first time g undi.
    tak tau akibatnye lagi..

    ReplyDelete
  34. tak payah bergaduh pasal politik. Politik ni adalah untuk orang yang nak kuasa. Sila betulkan saya.. kalau ada kuasa kita akan guna ia untuk mencari harta dan wang bukan? Pemain politik guna penyokong untuk dapatkan dunia yang dihajatinya. Apa hajat kita? Adakah akhirat atau donia? Samada kita penyokong akhirat atau penyokong dunia.

    Sebenarnya kita masih ada channel lain selain politik demokrasi ciptaan manusia. Cuma nafsu kita yang tak dapat menerima ia.

    Fikir dan hadam. Kalau tak boleh terima luah balik...

    ReplyDelete
  35. syor untuk semua, tunaikanlah Solat Sunat Taubah terlebih dahulu sebelum dan selepas hari mengundi sebelum dan selepas keluar rumah untuk buang undi.

    Perasan je betul. ini syok sendirik.

    dari dulu lagi KOMUNIS-Orientalis-Nasara- kaf-fa-ro ic Malaysia nih buat perancangan.

    1. semua tempat yang ada berbentuk PIRAMID akan jadi TOKONG untuk si DAJJAL bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

    2. ada 7 pemuda di zaman Nabi Sulaiman a.s dengan membawa 7 code.. salah satu kod nye telah dihuraikan dalam bentuk Petronas Twin Tower.. benarkah?


    Hamka bhai..
    satu bab yang Orang Melayu kebodohan dan kali ini dibodoh-bodohkan lagi utk kali yang berkali-kali kebodohan ini dibodohkan.


    Woohak. uhuk uhuk... hee.

    ReplyDelete
  36. baru ni Haji hadi ziarah sri petaling, lepas tu dekat markas dakwah pula, di ziarah oleh ustaz dan ulamak PAS,

    : )

    ReplyDelete
  37. Scarlett Johannson muslim

    pernah tulis bab ni, tapi lupa bila, adohai...

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. Innalilllahiwainailaihirajiun.....

    Al-Fatihah kepada Almarhum Ulamak kita yg meninggalkan kita semalam...

    tanda2 kecil kiamat...

    ulamak2 Islam kekurangan..

    ReplyDelete
  40. katakan tidak pada bulan..

    ReplyDelete
  41. katakanlah. tidak menimpa keatas kita melainkan apa yg telah dtetapkan Allah bg kita. dan dialah pelindung kita. dan hanya kepada Allah bertawakkal org2 mukmin

    ReplyDelete
  42. eh, delete pulak komen pasal Lahad Datu?, baru nak jawab, adohai..

    ReplyDelete
  43. hangat2.....but overall byk luahan tidak berpuas hati terhadap penyokong pas kerana memperlekehkan jemaah tabligh....

    dok paham dok paham.

    kenapa kita nak kata org lain jahat sedangkan kita pun x betul dan kenapa kita selalu keluarkan kata2 kesat terhadap golongan yang lain yang x sehaluan dengan kita

    sisihkan golongan yang lain dengan golongan kita dan anggap dia sesat...

    pemahaman manakah yang anda guna untuk menghukum sebegini...

    bg yang sokong kerajaan..
    pastikan anda memilih dengan betul dan berusaha untuk memberi perubahan terhadap negara ini...

    bg yang sukong pembangkang...
    pastikan anda memilih dengan tidak bias serta memilih semata2 kerana parti...
    dan tunaikan janji2 anda serta jangan asyik nak salahkan org lain

    dan bagi yang x nk mengundi dan x suka sokong siapa2..
    maybe anda rasa selesa tetapi jika org yang salah memegang pucuk kepimpinan jgn melenting.
    memilihlah untuk kepentingan anda dan masyarakat anda..dan pilihlah org yang adil, bukannya org yang suka menyalahkan org lain, org yang memakan harta anak yatim dan org miskin, yang tidak amanah, yang percakapannya kasar dan menghina dan juga yang sukakan kebatilan.

    saya belum boleh mengundi jadi saya menasihati orang yang boleh mengundi supaya mengundi dengan matang...

    tetapi bg yang x boleh mengundi seperti saya...janganlah anda nak menghina parti yang anda x suka....

    dan jangan nk post or komen kata seperti anda expert dalam politik..seolah olah org yang x bersetuju dengan anda semuanya salah, sanggup menggadai peluang pengajian untuk menyokong parti pilihan anda dan mengabaikan pengajian anda.. sampai nak bangkang dan berdemo terhadap kerajaan kerana nk tuntut perkara yang kecil. dan nk kutuk2 parti2 lain kerana kerana anda rasa dia tu jahil sgt...

    saya lebih setuju jika anda gunakan masa anda untuk meningkatkan taraf hidup dan berusaha untuk berjaya dalam kehidupan supaya bila anda dah boleh mengundi anda kan mengundi dengan matang or maybe menjadi calon supaya dapat mengubah kesilapan yng dilakukan oleh calon2 terdahulu....
    jadilah generasi yang hebat bukannya generasi yang rosak..

    semoga malaysia menjadi lebih aman dan lebih hebat.

    pemikiran orang melayu sukar diubah kerana masih belum berfikir diluar kotak pemikiran yang pasif dan negatif.
    jadi berfikir secara aktif dan positif untuk menghasilkan tindakan yang effektif dan produktif....supaya anda tak jadi THIEf....

    sekian komen saya....
    harap maaf kalau saya ni ckap terlalu panjang...tetapi suka mengutarakan apa yang tersirat dalam hati...

    yang jahat x semestinya jahat
    yang baik x semestinya baik
    yang pasti Allah dah sediakan tempat yang sesuai untuk anda semua di akhirat kelak...fikir2lah tempat yang mana anda hendak pilih...

    sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi mana kaum tersebut tidak berusaha untuk berubah. dan sesungguhnya Allah tidak akan memberi Ujian melainkan yang yang dapat diharungi oleh hambanya. sesungguhnya Allah banyak menyebut 'orang2 yang berfikir' di dalam Alquran.
    fikir2kanlah

    ReplyDelete
  44. dengan saya sebagai penyimpan mohor peminat blog,
    dengan ini mengiyshtiharkan bahawa blog kereta mayat adalah blog karkun / tabligh dengan rasminya....

    bagi sesiapa yang tak sebulu dan tak setuju dengan tabligh dan karkun bolehlah padamkan blog kereta mayat dari bloglist anda.

    sekian, wabillahittaufiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarokaatuh.......

    ReplyDelete
  45. cuba meyakin tabligh supaya berpolitik adalah sama payahnya dengan mengajak orang pas keluar tiga bulan...

    dan cubaan meyakinkan orang pas supaya tak mengutuk orang adalah sama payahnya dengan mengajak orang umno pegi muktamar pas....

    ReplyDelete
  46. Andai ku mengundi lagi suatu hari nanti
    Tunjukkan di mana
    Janji Janji untukku yang masih belum ditepati?

    Apabila tiba waktu PilihanRaya
    Ku perlu pejamkan mata dan memangkah undi juga.
    Dengan Janjimu di minda

    (ikut lagu Mojo-Woha!)

    ReplyDelete
  47. RUPA-RUPANYA ORANG TABLIGH PUN SAMA SUKA NGATE ORANG..SEBAB TU TAK LEH BAIK NGAN ORANG BULAN 2X5...RASE DIRI LEBIH BAIK...CUBA PANDANG KEBAIKAN ORANG DARIPADA DOK PANDANG KELEMAHAN ORANG...

    ReplyDelete
  48. RUPA-RUPANYA ORANG TABLIGH PUN SAMA SUKA NGATE ORANG..SEBAB TU TAK LEH BAIK NGAN ORANG BULAN 2X5...RASE DIRI LEBIH BAIK...CUBA PANDANG KEBAIKAN ORANG DARIPADA DOK PANDANG KELEMAHAN ORANG...

    ReplyDelete
  49. SAYA PENYOKONG TEGAR PAS...SAYA SANGAT RESPEK NGAN ORG TABLIGH...SAYA AKUI KELEMAHAN PAS...DAN SAYA AKUI KELEBIHAN PENTARBIYAHAN TABLIGH...SEBENARNYA SEBAGAI JEMAAH ISLAM KITA BERJALAN SEIRINGAN BUKAN BERASINGAN...SAYA TAK TAHU SALAH DIMANA...SAYA MEMAHAMI PERJUANGAN PAS DAN SAYA MEMAHAMI PERJUANGAN TABLIGH..KELUARGA SAYA JUGA ADA YANGJEMAAH TABLIGH...TAPI SEDIH KERANA ORANG TABLIGH..DOK TENGOK KELEMAHAN PENGIKUT PAS TAPI TIDAK TENGOK KELEBIHAN PIMPINAN PAS DAN MEREKA TIDAK MELIHAT KELEMAHAN PEMIMPIN UMNO..AKHIRNYA MEREKA LEBIH MENYOKONG PERJUANGAN UMNO...CUBALAH KENALI PERJUANGAN PAS TAK SEMESTINYA AJAK MORANG KELUAR 3 BULAN SAJA...

    ReplyDelete
  50. zikir. zikir..
    selawat. selawat.
    Allah bagi ilham.
    ilham datang dari Allah.

    Maulana eldest pesan:
    Kalah itu lah kemenangan..?
    orang ni tak faham.
    sebab takde keinginan pun
    kalaupun kalam berapi.
    nar bukan nur.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  51. RUPA-RUPANYA ORANG TABLIGH PUN SAMA SUKA NGATE ORANG.., SAMA MACAM ORANG PAS, KENAPA TIRU PAS? KAMI MENGATA ORANG DARI PIHAK ATASAN SAMPAI PIHAK BAWAHAN, ORANG TABLIGH PULAK PIHAK ATASAN TAK KUTUK ORANG, TAPI PIHAK BAHAWAN CUBA TIRU IDENTITI KAMI, TAL MALU KE TIRU KAMI YANG SUKA NGATE KE ORANG????

    ReplyDelete
  52. Hallo bang...orang tabligh baik baik...
    mana ada kutuk orang...
    cuma kami ni kuat pu‘tarbelit‘,itu aje...
    .

    ReplyDelete
  53. Bhaii.
    Doa-kan hidayat untuk bhaii.
    Semoga dari tulang sulbi bhaii akan keluar Daie Daieyah Alim Alimah Hafiz Hafizah.

    Percaya tak?
    Kalau Allah tak redha dgn Pemerintah
    Dah lama dah Bhaii kena bubar.
    tapi Bhaii yang tak redha
    Bhaii yg pandai pandai plan nak bubarkan..?
    Kumpul lah satu Stadium pun
    Kalau bukan Allah berkehendak
    tak akan jadik, Bhaii..

    Bhaii.
    Yang layak buat kerja Dakwah Ilallah nih hanya Nabi SAW dan Para Sahabah je bhaii.
    Yang ada sekarang ini sedang adalah dalam ertikata belajar untuk buat usaha mirip Usaha yang Nabi SAW dan para Sahabat yg mana Mereka semua dah pun dapat amalkan Agama, amalkan Sunanh SAW dan amalkan Kerja Agama Kerja Sunnah NABI SAW dengan Sempurna.
    kot tengah belajar, salah kena Rotan ke Bhaii..?

    Bhaii.
    tegur-lah ^^ sebab kami suka tegur menegur di-tegur.
    Bhaii.
    pancung-lah ^^ kami suka kena pancung.
    Bhaii.

    ReplyDelete
  54. cehh.....

    bila dah kalah mulalah,macam bagus....siap suke kena pancung bagai....

    dalam hati .....kalau takde tabligh hidayah Allah tak turun,rezeki Allah tak bagi...hujan pun tak turun....satu dunia kena timpa bala'

    semuanya Allah bagi pasal masih ada lagi orang tabligh...

    cittt!!! podah bhaiii....

    ReplyDelete
  55. pu'tarbelit' ke pu'tabligh'

    sifat wajib bagi rasul ada 4,siddiq, amanah,tabligh dan fatonah....

    sifat wajib bagi rasul versi tabligh pulak ada 5.
    yang kelima ketuk pintu rumah orang.......

    ReplyDelete
  56. tapi aku mengundi, (dah 3 kali tak pernah miss- ikut adab ikram muslimin), aku suka orang PAS dan orang BN datang rumah aku bawak Hamper pujuk aku undi parti mereka, dalam mereka berlemah lembut merayu undi, aku cerita tentang usaha atas iman, politik bro.., poltik!

    ReplyDelete
  57. huisyh.......!

    terer kau hamka,bukan takat pandai pusing,kau putar kepala orang pas ngan umno.....

    lepas "putar" kau jangan lupa nak "belit" pulak...!

    ReplyDelete
  58. There is certainly a lot to learn about this topic. I like all the points you
    have made.

    My page ... プラダ バッグアウトレット

    ReplyDelete
  59. Nganga...baca debat kat sini. Kitalah yg diperbodoh2kan...

    ReplyDelete
  60. tak tahan ngan orang pembangkang nie..
    sume bende ko nk salahkan kerajaan..
    petrol naik salahkan kerajaan
    harga barang naik salahkan kerajaan
    anak rosak akhlak salahkan kerajaan
    keluarga tak semayang salahkan kerajaan
    sampai harga kicap naik pon salahkan kerajaan
    korang pembangkang yakin sgt ke kalo pembangkang
    amik alih pemerintahan sume bende tue tak terjadik
    tak selidik langsung isu global ke ke dsbnya
    boleh ke bagi jawapan depan Allah bile nak di campak ke neraka
    SUME TUE SALAH KERAJAAN!!!
    Allah nak terima ke alasan camtue?
    Jaga ahli keluarga sendiri... jangan sampai terlena dengan
    maksiat...
    mati dengan IMAN dalam kerajaan kafir masuk SYURGA
    mati tanpa IMAN dalam kerajaan ISLAM masuk NERAKA

    ReplyDelete
  61. Ya betul aku setuju.
    Aku setuju komen yang ni.

    Mati dengan IMAN dalam kerajaan kafir masuk Syurga.

    Mati tanpa IMAN dalam kerajaan Islam masuk Neraka.

    Aku pun setuju macam HAMKA kalau mana mana wakil parti datang ke rumah aku bawak hamper dan merayu rayu undi. Undi kan rahsia.

    ReplyDelete

  62. Aku heran bin ajaib.

    Kenapa PAS dah tak sebut pasal hukum hudud dulu aku undi PAS sebab aku suka dia nak jalankan hukum dalam Quraan.

    Sekarang PAS sangat berbeza.

    BERBEZA

    ReplyDelete
  63. saudara hamka,boleh tak hamka kupas berkaitan dgn alquran..sy perasan yg manusia just anggap alquran sbagai bacaan drpd jadi panduan hidup..hanya baca je tp tak jadikn alquran panduan hidup..dr kecil kita ditekankan supaya pandai membaca alquran..tajwid dan sebagainya..tp berapa ramai yg benar2 tau dan paham apa yg disampaikn dlm alquran?dan berapa ramai yg benar2 ikut panduan dlm alquran..

    dan ada orang yg memakai baju sunnah..tp perangai tak ikut sunnah..sy bukan nk kondem..tp sy perasan org melayu khususnya suka pandang luaran..mmg memakai pakaian sunnah dpt pahala..tp mereka lebih tekankan pakaian dr sifat..dan tekankan membaca alquran dari mengikut panduan dlm alquran..


    faham tak??sy bukan kondem org yg pakai pakaian sunnah..tp sy pelik kenapa org melayu rata2 nya pentingkan kulit dan bukan isinya..ataupon solat lima waktu tp 1 benda tak paham maksud nya..benda ni semua sy tujukan kpd diri sy sndri jugak..

    ada jugak perempuan menutup aurat dan mengkeji org lain tidak menutup aurat..tp dia sendiri tak solat..dan ada juga kenalan lelaki yg pentingkan calon isteri perempuan menutup aurat wlaupon calon isteri itu tidak solat..adekah lelaki tersebut pentingkan luaran sahaja??

    sy harap hamka dpt mengupas fenomena ini..krn sy sendiri tak mampu untuk mencari jwpn

    ReplyDelete
  64. bab al quran tu aku dah tulis dalam blog,

    http://keretamayat.blogspot.com/2009/08/dah-khatam-al-quran.html

    ReplyDelete
  65. Django Unchain?

    best giler sebab:

    doktor gigi yang psyko bekerja sebagai pembunuh upahan dan bunuh orang jahat sahaja.

    hamba kulit hitam jadi cowboy, tengok bagaimana layanan teruk kulit putih.

    sukan ala ala UFC, dah jadi macam zaman rom parsi..

    kisah laki bini hamba yang tragis, susah nak bagi solution pada masalah negro hamba berkahwin.

    banyak lagi lah..

    Quantin pandai bercerita dengan muzik, dialog, visual bekerja sama, buat cerita beliau di zaman yang penuh lambakan filem. tapi mampu menonjol ke oscar.

    "The 'D' is silent"

    ReplyDelete
  66. Tanya sahabat saya pakistan si penjual karpet. "Saya kahwin sudah banyak, Ada di pakistan ada di Sabah, Terengganu. melayu ada iban ada, macam macam ada...Sudah cerai kawin lagi ikut kuota. Tapi kali ni saya jumpa ini adik muda, hati banyak cinta. Saya nak ambik buat hamba sebab sayang mahu cerai bini 4. Kalau di Pakistan boleh ambil hamba".

    Saya terus teringat hamba dalam Django Unchained....

    ReplyDelete
  67. saprah mana tuan ?

    ReplyDelete
  68. lain kali aku share gambar yang ada saprah, adohai..

    ReplyDelete