(Aku lampirkan lagi kisah Laki bini, dipetik dari FB
keretamayat yang di tulis secara spontan, mana yang elok tu ikut, mana yang tak elok tu boleh lah kutuk, adohai..)
Kisah Laki Bini part 49
---------------------------
Bini aku baru habis baca buku ‘Men from Mars, Women from
Venus’..
Kata aku: “Abang dah lama sedar bahawa Laki Bini itu memang
berbeza, contoh lepas kahwin, bini tak pernah tanya Laki di mana seluar dalam
bini, tapi laki, huh!, hari hari tanya bini, di mana seluar dalam laki-
Adohai!”
Bini aku gelak.
“Alang-alang gelak, abang nak tanya, nampak seluar dalam
abang tak?”
Woha!
Ps: Baik korang ngaku, laki korang ‘dari plenet marikh’ pun
begitu, kan? Adohai..
Kisah Laki Bini part 50
---------------------------
Laki Bini itu memang berbeza,
Waktu Laki drive, bini selamba tidur di sebelah siap
berdengkur lagi..
Lalu bila Laki mengantuk, bagi bini drivelah pulak, sebab
Laki nak rehat atau tidur..
Tapi bila bini start drive, aku langsung tak boleh tidur!
Apahal terok benor orang perempuan bawak kereta?
Kenapa perlu stereotype lady driver?
Adohai...
Ps: Doakan kami selamat dalam perjalanan di dunia dan
akhirat. ; )
Kisah laki bini part 51.
--------------------------
Tahukah korang kenapa aku tak boleh tidur bila bini aku
bawak kereta?
Ini bukan stereotype lady driver! Tapi lebih dari itu..
Apa taknya, bini aku buat drift dekat selekoh yang tak tahan
tu, lepas tu tekan minyak bila lampu isyarat kuning, adohai...
Aku ni pulak, sambil tangan kanan pegang dashbox, tangan
kiri pegang handle bergayut belah kiri pintu kereta sambil menjerit:
"sayang, jangan bawak laju laju, abang belum kahwin dua
lagi!”
Bini aku terus tambah tekan minyak, Woha!
Ps: Kadang kadang, kisah Laki bini agak ganas, adohai..
Kisah laki bini part 52
----------------------------
Biasa tengok drama TV cerita melayu, ada babak bini tak
boleh tidur malam, lalu bini duduk termenung atas katil, laki yang sudah tidur
di sebelah tiba tiba terjaga lalu pujuk bini jangan sedih dan macam macam lagi
skrip.
Waktu tengok babak seperti tu, aku sempat tanya bini:
“Pernah tak kita alami situasi sama macam ni, yang mana awak
tak boleh tidur, lalu Abang bangun dan pujuk awak tidur. Pernah tak?”
Laju jer bini cakap.
“Awak jika dah tidur, tidur mati!”
Woha!
Ps: Kita tidur mati, tapi mimpi awak tau, hehehehe..
Kisah laki bini part 53
-------------------------
Dulu kami laki bini selalu tertekan.
Bila kami tertekan, masing masing akan miss call.
Sekarang masalah tertekan dari kami laki bini telah dapat
kami atasi.
Tapi timbul masalah baru, bukan tertekan, tapi ter’tap’
pulak, adohai
Adohai..
Ps. Nak bagitahu Laki bini tukar telefon lama jenis tekan kepada smartphone
lah tu-Woha!.
Kisah laki bini part 54
-------------------------
Tengok dalam TV, satu orang artis bila di tanya oleh
wartawan, jika dilahirkan semula, anda mahu jadi siapa?
Jawab si artis, mahu jadi ahli sukan sebab bla bla bla..
Terus Bini aku tanya:
“jika dilahirkan semula, abang mahu jadi siapa?”
Aku spontan jawab:
“Abang mahu jadi diri abang juga, sebab seronok jadi abang
kerana ada bini macam awak yang memberi layanan terbaik!”
Bini senyum mungkin kerana ada prosa ampuan melampau
walaupun aku ikhlas.
Giliran aku pula ulang soalan: :Awak pulak?”
“Saya tak mahu jadi saya, tapi mahu jadi abang, sebab nampak
macam seronok jer tengok abang lepak goyang kaki kerana ada bini macam saya!”
Woha!
Ps: Makan dalam... adohai.
Kisah laki bini part 62.
-------------------------
Antara part yang best bila ada bini adalah, mereka selalu
betulkan salah dan silap kita.
Sebagai contoh:
Kata Laki: “Aku kan pergi,Pergi ku mm mm mmm.., Tiba
masanya, mm mmmm mmmm”
Sampuk Bini: “Aku kan pergi, Pergi ku tak akan kembali, Tiba
masanya, Kau cari teman pengganti..”
Salah lirik pun kena tegur, Woha!
Ps: Salah mengajipun kena tegur gak..,. :)
Kisah laki bini part 63.
-------------------------
Laki berteka teki:
“Apakah itu?, kadang kadang panjang, kadang kadang
pendek,kadang kadang basah, kadang kadang kering..., dan sangat bagus jika di
gunakan di keheningan malam."
Bini terus bagi jawapan lucah.
Woha!
Jawapannya adalah “doa”.
Adohai...
Ps: Nota untuk orang slow: kenapa doa? Yelah, Doa panjang,
Doa pendek, Doa menangis, Doa tidak menangis, dan sangat afdal di sepertiga
malam, selamat berdoa, dan kenang Laki Bini dalam doamu.., chewah!
Kisah laki bini part 65.
-------------------------
Aku berteka teki dengan bini lagi:
“Di Malaysia, Artis perempuan manakah yang paling bagus?”
Setelah 5 kali cubaan, bini aku berjaya menjawab dengan
jawapan yang memuaskan hati aku, siap dengan alasan yang munasabah. He he.
Korang tahu siapa artis itu?
“Sharifah Aini..”
Kenapa?
Sebab lagu “Yayadan” nyanyian Kak Pah suruh kita solat
tahajjud, mana ada artis suruh solat tahajjud dalam lagu?, ibadat sepertiga
malam tu!, menangis insaf mendengarnya.. adohai..
Ps: “Carilah ketenangan dalam diri sendiri, Munajat di
sepertiga malam..”
Kisah laki bini part 67.
-------------------------
"Ayah, nak mainan baru!"
Anak anak selalu cepat bosan lepas main lalu buang merata
rata dan mahu main mainan baru.
Apa kami laki bini buat?
Kami sebenarnya dah lama sorok mainan lama yang anak sudah
bosan bermain satu waktu dahulu, jadi, bila anak mahu mainan baru, maka kami akan
bukak mainan lama yang di sorok. Dan mainan sedia ada kami sorok pulak.
Rupanya anak anak juga rindu mainan lama. Jadi mereka
kelihatan seronok mainan lama.
Bila mereka dah bosan main mainan lama, kami akan bukak
balik mainan sedia ada yang di sorok, dan sorok mainan lama sekali lagi,
Dengan cara ini, anak anak seronok, laki bini pun seronok
dapat tengok anak bahagia dan duit pun jimat.
"Lepas ni aku nak sorok baju bini pulak lah."
Woha!
Ps: Berjimat cermat amalan yang mulia, : )
Kisah laki bini part 72
-------------------------
“I love you and Wais
Wersa..”
Tanya bini balik sambil senyum:
“Vice Versa from Latin?”
Aku angguk.
Bini berbisik: “So sweeet”
Ps: Ini bukan cerita Uwais al-Qarni seorang tabi’in dari
tanah arab, ini adalah tentang ‘Wais Wersa’ dari Kerajaan Rom. So, I love you and vice versa, kepada bini orang
lain, sila google ok?
Kisah laki bini part 75
-------------------------
Laki: “Kahwin dulu, umur awak berapa?”
Bini: “22 tahun, tak kan tak ingat?”
Laki: “Antara kawan kawan awak yang sebaya, awak orang ke
berapa kahwin?”
Bini: “Saya rasa, saya orang pertama kahwin dalam kalangan
anak dara sebaya saya.”
Laki: “Itu tandanya awak cantik, sebab tu cepat kahwin.”
Bini: “Awak tu yang gelojoh, datang rumah dengan tak malunya
pujuk abah, mak dan semua orang kampung supaya kahwinkan kita cepat-cepat.”
Laki: woha!
Ps: Ini bukan gelojoh, bukan tak malu, tapi gentleman,
adohai..
Kisah laki bini part 78
-------------------------
Sedang drive, radio pulak berlagu bosan.
Aku off radio, dan suruh bini pilih lagu, biar aku menyanyi
secara live.
“Nak dengar lagu ‘Aerosmith, I Don’t Want Miss A Thing” ..,
boleh?”
Bini aku datang dari zaman 90-an, jangan salahkan pilihan
lagu dia, jadi aku setuju, lalu telan air, liur, betulkan tengkuk dan berdehem
serta batuk kecil, kemudan tarik nafas dan mulai menyayi sambil memandu.
“I don't want to miss one smile
I don't want to miss one kiss
I just want to be with you
Right here with you, just like this”
Aku tarik suara habis menerang, dan terus menyanyi, dalam
kepala boleh pulak terbayang Liv Tyler heroin Armageddon..
“I just want to hold you close
Feel your heart so close to mine
And just stay here in this moment
For all the rest of time.. Yeah.. yeah.. yeah”
Okey, dah penat menyanyi. Mari dengar apa ulasan bini aku.
Bila aku jeling sebelah,
Bini tidur siap mulut terganga,
Hampeh!
Ps: nasib baik lidah tak keluar, adohai..
Kisah laki bini part 76
-------------------------
Laki: “Maha Suci Allah, yang buat manusia ni, minat pada
benda yang tak sama.”
Bini: “Contoh?”
Laki: “Abang suka teh, awak suka milo, ada orang suka air
coco cola, ada yang suka kopi.”
Bini: “ ha ah, ada yang suka lagu metal, ada yang suka lagu
sentimental.”
Laki: “Masa sekolah dulu, ada perempuan hodoh dan gemok kat
sekolah, dalam hati, abang fikir dia ni takda sape sape nak, dia akan die
alone. Tapi bila dia add FB abang, anak dah lapan, laki hensem pulak tu, Maha
Suci Allah, yang buat manusia ni, minat pada benda yang tak sama.
Bini: “Betul tu, dulu saya pernah jumpa lelaki yang tak
hensem, tapi sekarang dapat bini lawa.”
Laki:”Macam mana awak tahu, dia add FB awak ke?”
Bini: “Awak ler.. Woha!”
Laki: “Cheh!, main kasar nampak, adohai.”
Ps: Jangan salahkan bini aku, kadang kadang aku buat lawak
poligami, dan bini aku pulak buat lawak ganas-ganas, kami okey jer.. : )
SEKIAN.
(Klik sini untuk Kisah laki bini versi pendek, atau sini untuk versi panjang.
ps: Sila like FB fan Hamka (keretamayat) untuk update terus kisah Laki bini versi latest. (terkini: part 122) harap maklum dan terima kasih.
ps: Sila like FB fan Hamka (keretamayat) untuk update terus kisah Laki bini versi latest. (terkini: part 122) harap maklum dan terima kasih.
Boring-boring-boring-boring-boring
ReplyDeletedekat pesbook pun post ni, dekat blog pun post ni, sigh!!
tapi aku first, kat FB selalu tak dpat first, he he he
ReplyDeletehehehehe terbaik!
ReplyDeletecik anom, maafkan aku sebab boring, tapi ada pejuang islam yang boikot FB, sebab FB milik yahudi, dan email aku mintak aku copy paste kisah laki bini di blog supaya mereka boleh baca juga,
ReplyDeletejadi, jangan salahkan aku, salahkan yahudi dalam hal ini..
woha!
Yup.bende yg same je.
ReplyDeletehanya 'the greatest mom' mengerti kisah laki bini, anom tu mungkin forever alone sebab tu boring, adohai..
ReplyDeleteNabi ader gelak2 x hamka bila jumpe bende lawak. Aku tanye sbb lawak sangat kisah ko tulis nie n nk ikut cara nabi.
ReplyDeleteSila balas komen aku. hehehe...
Musang
Ibnu Umar ditanya, "Apakah para sahabat Nabi tertawa?"
ReplyDeleteDia berkata, "Ya, tetapi iman di dalam hati mereka adalah seperti gunung. "
Kisah lawak Nabi Muhammad dan Saidiana ali.
ReplyDeleteAli makan 5 biji kurma , begitu juga nabi .. dah habis makan , Ali ambil sisa biji kurma itu letak kepada sisa biji kurma nabi ..
Ali berkata ; dahsyat kau ..lapar sangat sampai makan sampai sepuluh biji kurma..
Nabi Muhammad : Ali , walaupun aku makan sepuluh biji kurma , tapi kau lagi dahsyat ..aku lapar aku makan buah je .tapi kau lapar sampai makan biji biji sekali ...
woha!
ps: hamka, tolong cari dalil cerita ini.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemusang,
ReplyDeleteNabi senyum jer bila dengar cerita lawak.
ada kisah sahabat, bila dia bersetubuh dengan bini lain waktu giliran bini tua, maka bini tua ambik pisau nak tikam dia sebab cemburu, dia cakap, saya akan baca al quran (untuk buktikan dia bukan dalam keadaaan hadas besar)
bini dia pun percaya yang laki dia tak hadas besar, lalu bila cerita kat Nabi dia bagitahu, dia memang hadas besar, tapi yang di baca adalah syair arab berbunyi ala ala al quran..
Nabi senyum dengar kisah lawak laki bini tu, adohai..
moral: pada orang perempuan, jika jahil ugama, senang kena tipu dengan lelaki, woha!
Bukan masalah forever alone, tapi sebab asyik baca benda yang sama ni boleh mendatangkan kebosanan.
ReplyDeleteI expect more form kereta mayat not just the same ideas, dulu lagi best, skng mcm dh hilang rentak blogging pasl ugama.
yang boikot fb tu,mn die tahu kat fb ada post-post ni? nampak sangat mulut ckp boikot tp still bukak, haha
NAMPAK TAK KESUNGGUHAN SAYA MASUK BLOG NAK BACA RESPON HAMKA SEBAB SAYA SUKA BACA BLOG NI, SO HIBURKANLAH HATI SAYA DENGAN BACAAN ILMIAH YANG LEBIH MENARIK, WOHA!!!
Thankz meka..
ReplyDeletePasni mesti org pelik ngape aku senyum sorg² depan pc.
lol...
Musang
terima kasih, dekat blog aku akan update bahan berilmiah sahaja, dekat FB lebih santai, namun, untuk slot laki bini ni aku akan kumpul jugak sebab dekat FB juga orang mengadu susah nak baca kisah laki bini yang lama..
ReplyDeleteapa yang aku faham, 8 ribu folowwer blog, bukan semuanya 30 ribu follower FB, jadi abaikan entry ini, ada bahan ilmiah akan aku update lagi.
terima kasih sebab refresh dan terus respon, korang memang pembaca yangs setia.
thanks,. : )
ps: jika boleh gunalah nama samaran, tak paham2 lagi, adohai..
hahaha lawak betul baca kisah2 laki bini ni... harap ana pun akan dapat bini yang baik dan sporting mcm cerita hamka tu...
ReplyDeletewoha!
best..
ReplyDeletelenggang kangkung adalah pembaca yang mengerti akan diri ini, chewah..
ReplyDeleteAhh..xbest la kisah laki bini--->kata aku sambil gelak depan pc..k pe..release tension jap waktu rehat ni..
ReplyDeleteaku pernah cuba jawapan ko Hamka, tapi bini aku dah ble tau jawapan tu, walhal dia xbaca pun blog ni..adakah bini aku lagi advance pemikiran dia..hohoho...
Prince of Noob, la.., tak kahwin lagi rupanya
ReplyDeletearrrr....hamka, aku nak kawin, doakan aku kawin cepat. Aku ada musykil sikit dengan sesuatu. aku ada baca dlm buku, seburuk-buruk org disisi Allah pd hari kiamat kelak adalah org yg suka membuat manusia ketawa(direkodkan oleh bukhari). Mohon pencerahan skek..
ReplyDeleteaku takde akaun FB,so baguslah Hamka post kat sini.
ReplyDeleteDuuhh. Sama je macam kat FB. Tapi tak sama bila baca kat blog. Terima kasih kerana arkibkan di blog. Senang nak baca dan skroll. FB di tempat kerja saya kena block sebab kami boikot McD. Woha!
ReplyDeleteHahahahaaa terbaekk kisah suami isteri ni saya suka.. comel je lawaknya walaupun ada unsur unsur makan dalam kahkahkah.... korang mesti sweet couple mcm gula gula hacks :)) hahahahahaaaa
ReplyDeleteTabik spring: toinkk toinkkkk!!!
CaMmmmP
ReplyDeleteBab hukum buat orang ketawa, elok tanya ustaz azhar idrus, adohai..
-----------
TheInsider
Kan? Bukan semua orang ada FB.
-----------
依之汉
((FB di tempat kerja saya kena block sebab kami boikot McD.))
Serius?
-----------
aloNgwaNida
aku tabik korang sambil makan gula gula, kikikiki
----------
menusuk hati
woha!
teruskan copy paste dari fb sobab den xdo fb. org glemer mcm den xleh ado fb. keh3.
ReplyDeletebtw, suka kisah laki bini ekau.
klakor..gelak guling2x..tp tang women driver xleh blah..sbb husben akan tido dengkur dan buat2 mengantuk sbb mls nk drive..die xheran pn lau kite bwk laju ke mane..sehidup semati gamaknye..woha
ReplyDeletewat berkobar2 nk tukar ke status married. woha! :D
ReplyDeleteYeayyy! Hamka matured, lawak laki bini ni banyak perli memerli.
ReplyDeleteaku setuju dengan komen korang dan setuju dengan diri sendiri-woha!
ReplyDeletemohon copy paste
ReplyDeleteblog ada gambar berfalsafah tkde ag ke bro?
ReplyDeleteblog tu aku tutup, sebab terlalu banyak komitment, aku fokus pada FB dan keretamayat sahaja, jika ada gambar pun aku akan post dekat FB..
ReplyDeletepada mulanya aku tak minat FB sebab susah nak trace macam kat blog, tapi yang bagus di FB, ramai pembaca, jadi untuk atasi masalah susah trace, aku buat part by part.
kisah laki bini, dah part 100 lebih
ada part tanya sama keretamayat.(ada 24)
ada part falsafah bergambar.(ada 10)
ada part, perkara menyesal dalam hidup (baru satu)
nampaknya, keretamayat semakin canggih, tapi aku akan tetap menulis entry berilmiah di Blog ini, insyaAllah.
hahhaaaa..
ReplyDeletesempoi der, sweet2 :D
wah! semakin sibuk la kau ngan blog dan facebook.....
ReplyDeletebila pulak kau nak ketuk pintu rumah aku...??
seminggu sekali update blog, memang sibuk, ketuk pintu rumah orang, seminggu hanya dua kali, sabar ye.., jika aku lambat, malaikat maut datang dulu..
ReplyDeletebest!
ReplyDeleteWa caya lu....
ReplyDeleteaku mude n blom kawen tapi sangat mengerti kisah laki bini ni?
ReplyDeletewoha!
macam dah wajib kawen je ni? ho ho ho
adohai..
ReplyDeleteanon kene chillax sikit..kalau bosan sgt p la beli buku kat kdai. kan byk.
ReplyDeleteMak ai! penat saya baca semua... ade yang lucu gila dan x kurang yang memberi manfaat...
ReplyDeleteSaya wish hanya yg terbaik utk kereta mayat dan utk tahun 2013 yang mendatang...
Jom mulakan langkah baru 2013: Blog Bisnes Online
tu lah tu
ReplyDeleteSalam Hamka.
ReplyDeleteAku nak beri peringatan pada aku dan sume kawan kawan.
Orang lama lama kita ada berpesan
jangan berdebat dan tinggalkan perdebatan kerana malaikat meninggalkan majlis perdebatan.
Apa yang sepatutnya kita sume lakukan ialah menguatkan DTI. Allah yang akan menjatuhkan sume kebatilan kalau kita buat dengan tawajuh.
Kepada saudara pengomen dari Endau. Saya pun ada dapat karkuzari yang sama ketika di JB.Sama sama kita ikut nasihaat orang tua kita. Buat DTI.
alamak
ReplyDeleteaku tersalah masuk komen la hamka.
aku nak komen kat lain. nanti aku kopi.
alamak
ReplyDeleteaku tersalah masuk komen la hamka.
aku nak komen kat lain. nanti aku kopi.
abg hamka..nak tanya..macamana nak handle lelaki yang selalu ingat dia betul aje..walaupun dia salah dia akan tetap diam..dia sanggup dengar org perempuan membebel..lepas tu dia tak jawap dan buat bodoh?
ReplyDeleteabg hamka..nak tanya macamana nak handle lelaki yang sangat ego dan tak pernah mengaku salah..dia sanggup dengar orang perempuan membebel..dia tak akan respone apa apa..adakah dia tu boleh terima hakikat yang dia tu memang bersalah? atau dia langsung tak ambil endah?
ReplyDeleteorang lelaki tu memang!
ReplyDeleteaku rasa dah dua tahun baru terbaca soalan ni, dan nak ajwab macam dah tak releven, aku rasa suami awak dah berubah.
huhuhu