(Hujung entry ini, bukan panduan untuk anak sahaja, panduan untuk ibu bapa pun ada, adohai..)
Soalan pembaca:
“Salam cik Hamka, macam mana nak rancang aktiviti yang murah dan berilmiah untuk anak anak sepanjang cuti sekolah?, kalau mak tak bekerja dan kaya, mungkin seronok, boleh makan angin. tapi kepada golongan yang kurang mampu agak membebankan. Saya rasa cuti akhir tahun sejak beberapa tahun ini agak terlalu lama iaitu 1 1/2 bulan. Saya lebih suka kalau anak saya pergi ke sekolah setiap hari bukan saja belajar tetapi dapatlah mereka bertemu dengan rakan serta guru daripada duduk di rumah dan menonton televisyen atau bermain video. Lagipun zaman sekarang ini sudah jarang sangat orang menghantar anak balik ke kampung sebab anak-anak akan bosan duduk di kampung kerana tiada kemudahan seperti di bandar. Ada tak apa apa idea atau aktiviti yang murah dan berilmiah untuk anak anak sepanjang cuti sekolah?”
Hamka keretamayat Said:
Aku ni ‘driver keretamayat’ sahaja, bukan pakar anak anak cuti sekolah, dan seperti biasa, korang boleh tanya aku soalan secara personal, tapi aku akan jawab secara umum berdasarkan pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain yang sudah berjaya.
Dalam bab anak cuti sekolah ini, aku hantar anak pergi TASKA khas untuk budak cuti sekolah, RM50 seorang selama sebulan, makan tengah hari free, bermula jam 8.00 hingga 6 petang, ini mungkin rezeki anak anak aku sebab dapat TASKA khas untuk budak budak dewasa dan murah gila, mereka pergi main, baca buku, mengaji, tengok TV dan balik.
Kadang kadang aku bawa mereka ikut aku ke pajabat, suasana kerja aku yang berada dalam bilik sendiri, membuatkan tak ada masalah anak ikut ke pajabat bermain internet atau baca buku dalam bilik yang tertutup.
Waktu malam, bini aku akan ajar mengaji dari magrib sampai isyak dan selepas isyak, mereka akan dengar pula bacaan hadis Nabi yang di baca oleh mereka adik beradik, dan didengar oleh kami Laki bini selama 20 ke 30 minit..
Lain macam jer cerita aku ni, patut aku jawab soalan: "Ada tak apa apa idea atau aktiviti yang murah dan berilmiah untuk anak anak sepanjang cuti sekolah?”
Aku jawab berdasarkan pengalaman sendiri, iaitu aku ada belikan mereka buku tulis yang mana setiap hari mereka kena tulis 'sesuatu' yang di arahkan oleh kami laki bini, lepas tulis, aku akan semak, dan di uji dengan hafalan, bila dah berjaya hafal, baru boleh makan malam, main game, atau tengok TV.
Contoh yang sempat aku ambil gambar pagi tadi dari buku anak berumur 7 tahun.
Nama Malaikat |
Peristiwa Bulan Islam |
6 Sifat Sahabat |
Lagu InsyaAllah English version pun ada? |
13 rukun solat |
Rukun wudhu ada 6(bagi mereka yang tak tahu, adohai..) |
Makna bacaan solat, mak bapak pun ramai yang tak tahu, jangan nak tipu, isk! |
Rukun Negara pun ada jugak? |
Kesimpulan:
Gambar di atas itu adalah contoh beberapa nota kehidupan yang anak aku belajar belajar tulis, siap aku semak dan bagi markah lagi, he he.., lirik lagu Maher Zain pun ada? adohai..
Aku rasa setiap orang perlu ada buku catatan yang di tulis
sendiri tentang nota kehidupan atau nota kematian, perlu di ingat, nota
kehidupan adalah tidak sama dengan diari. Diari di tulis tanpa isi ilmiah dan
lebih kepada peristiwa shok sendiri sedangkan nota kehidupan adalah fakta dan bahan
berilmiah atau peristiwa bersifat sharing and someone can learn from history.
Aku dari dulu selalu tulis nota secara ringkas bab ugama
dalam buku kecil, juga nota bab dunia seperti dialog filem yang bermutu,
falsafah falsafah dan apa sahaja yang aku rasa penting seperti Tamsil ceramah dari ulamak, ucapan ahli politik
yang kelakar, lirik lagu berseni, doa doa masnun, petikan kata kata hikmat buku
tertentu, dan sebagainya, tak lupa juga lukisan lukisan yang terlintas di sepanjang
usia muda.
Lebih kelakar, ada kawan kawan yang fotostat buku aku tu
sebab kata mereka, himpunan nota dalam buku catatan aku itu sangat tinggi nilai
kemanusian dan akedemik.
Wow, ini satu penghormatan, walau aku rasa tindakan mereka
agak pelik.
Bila masuk zaman blogger, aku transfer nota aku dari buku ke
blog, tulis balik dengan plot yang lebih terancang, tambah tambah dengan ilmu
baru kerana hidup sudah lebih
berpengalaman(kononnya), dan bila orang pelik serta hairan akan bagaimana aku boleh
update 3 entry seminggu dengan bahan yang lain dari yang lain, dari mana datang
idea?
Mereka sebenarnya tidak tahu, bahawa nota ugama dalam blog
adalah di tulis sejak aku remaja lagi dalam buku yang berkedut kedut kerana mengharung
suka duka naik masjid dengar ceramah, masuk penggung wayang atau tapak konsert,
ada yang koyak dan bertampal.., ada yang hilang beberapa muka surat entah ke
mana..
Alhamdulillah, sejak zaman internet, blog yang aku tulis
sebagai himpunan nota kepada diri sendiri, dan tanpa apa apa promosi, namun setiap
hari ada orang baca dan berterima kasih secara personal dan ada yang mengaku
hidup berubah kepada lebih baik lepas baca ‘nota ugama’ dalam blog aku,
Semua dari Allah, aku hanyalah pendosa yang hina,
Kesimpulannya, jika nak menulis, tulislah dengan ikhlas,
tulis dalam buku cacatan atau blog sebagai rujukan diri, dan jika ada orang
mahu fotostat, mahu copy/pate, itu adalah satu kehormatan...
Membaca itu bagus, tapi lebih bagus menulis balik apa yang
di baca dengan kefahaman yang sesuai, sama jugak, dengar ceramah itu bagus,
tapi lebih bagus jika kita menyampaikan pula dengan kefahaman yang sesuai.
Nasihat aku, jangan tunggu sudah tua, sudah pencen, baru nak
menulis tentang nota kehidupan, tulislah sewaktu di sekolah rendah ketika cuti
sekolah lagi (ehem, ehem)
Aku masih ingat, waktu aku masih remaja, ketika aku sangat
sedih akibat sesuatu peristiwa, aku dapat ilham memujuk diri dengan menulis satu
falsafah dalam buku catatan yang berbunyi:
“Sekiranya
beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa aku, alangkah ringan-nya penderitaan
ini...dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan aku dari azab api neraka
dan masukkan aku ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya'
penderitaan ini..."
Tidak aku
sangka, falsafah yang di tulis dengan penuh kesedihan bersama air mata di waktu
remaja itu akhirnya tercetak dalam buku permata yang hilang dan di baca oleh ribuan
orang, semoga ilmu yang bermanfaat akan terus aku nikmati walaupun mayat aku
sudah hancur di mamah bumi..
Rupa-rupanya,
tindakan kawan kawan aku fotostat buku nota kehidupan aku satu ketika dulu itu
adalah benar.
Woha!
Ps: Selamat
menulis nota kehidupan dengan niat yang paling ikhlas..
Menarik dan suatu idea yg sangat bagus dan berguna,, mekasih,,
ReplyDeleteNasihat yg cukup baik
ReplyDeleteBc entry ni dgn rse amat trharu...
ReplyDeletesesuatu yang boleh dicontohi :)
ReplyDeleteMacam xmnjawab soklan je hamka..tetibe citer buku nota..ngeh3x
ReplyDeleteMacam xmnjawab soklan je hamka..tetibe citer buku nota..ngeh3x
ReplyDeletecomelnye anak kau....
ReplyDeletefarhana : sama sama..
ReplyDeleteabah khalisha : setuju, kikikiki
cik wani : ku sapu air matamu dengan buku nota..
Amin A. R: Agree, : )
misz chronicaLz : tak menjawab sangat aku ni, tapi still get something, chewah
Anonymous : ha ha.
En Hamka... kalau saya update status yang berguna kat fb pun leh kumpul2 buat himpunan nota kehidupan kan.
ReplyDeleteHihihh.
_anara
Wahh..untung la kawan ko yang dah fotostat nota ko..mesti dia xpayah beli buku ko sebab dah dapat copy nota ko..muahaha..
ReplyDeletetapi memang best cara ko ajar anak ko..yang paling 'sakit bontot' bab makna bacaan dalam sembahyang..aku pun masih xhafal semuanya..adohai..malu aku dengan anak ko..
anara
ReplyDeleteaku sendiri masih ada buku nota peribadi, sebab di blog dan FB ni kira macam berbentuk sharing, tapi ada benda tak perlu share seperti arg,, tak payahlah nak tulis, hihihi
--------------
aku_ein
kalau tak tahu doa iftitah, mungkin takpe, tapi jika tak tahu makna al fatihah, memang melampau, adohai..
iftitah tu doa apa?
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteIlmu yang baik akan terus memberi manfaat kepada orang yang menyebarkannya walau orangnya dah hancur dimamah bumi...
Allah SWT Maha Penyayang.
Wassalam.
anak lelaki >= 16thn: boleh suruh keluar 40 hari sendiri,
ReplyDeleteanak lelaki < 16thn > akil baligh: usahakan ayah bawa si anak keluar sekurang2nya 3 hari, jika ayah tidak sedia, boleh wakilkan pada orang lain,
--Arrow Amer Sab--
tulisan itu umurnya lebih panjang daripada penulis. semoga kau menjadi penulis yang disayang Tuhan. Gambar juga ceritanya lebih panjang berbanding memori pengambilnya. Doakan aku menjadi jurugambar yang disayang Tuhan.
ReplyDeleteMmg mantap. Brilliant! Simply inspiring...
ReplyDeleteDrp,
RidwanLau
Semoga anak-anak hamka, menjadi insan yang terbilang, cemerlang, gemilang dan berjaya di dunia dan akhirat.
ReplyDelete*Pandai didik anak. good. saya puji ni..
terima kasih saudara hamka atas panduan dan nasihat ini...
ReplyDeletehttp://buasirotak.blogspot.com/
Errr...mcm x menjawab soalan jek...tp jalan penceritaan dr dulu sampai skarang amat2 kreatif....
ReplyDeleteape kesedihan waktu remaja tu? boleh share?
ReplyDeleteRidwanLau
ReplyDelete: )
--------------
Watercolour
Ada yang puji, ada yang keji, inilah asam garam berblog, syukur kepada Allah atas segala nikmat.
-------------
Prince of Noob
Wah, beli buku bini najib pulak (rujuk link)
----------
Shukri Mohamad
Sunnah Nabi, bila orang minta sesuatu yang kita tak mampu, jangan biarkan mereka pulang dengan tangan kosong, chewah..
-----------
peminat setia
Baca permata yang hilang bab “siapa yang lebih menderita” panjang nak tulis, adohai..
lirik lagu maher zain dah pun bersemak.. soklan.. jadi berapa markahnya??..
ReplyDeletenak salin lah falsafah sedih tu buat pedoman diri pulak.
ReplyDeletekunjungan gan , bagi-bagi motivasi
ReplyDeletesemoga menjadi semangat .. :)
Jangan berusaha mencari kebahagiaan karena kamu tidak akan menemukannya. Kebahagiaan itu sudah ada di hatimu dan pikiranmu.
Anonymous
ReplyDeleteIftitah tu doa sebelum alfatihah, bukan ayat al quran.
-----------
Sky
setuju
-----------
--Arrow Amer Sab—
Lupa nak masukkan point ni.
Adohai...
-------------
CMP
menjadi jurugambar yang disayang Tuhan? First time dengar.. wow.
------------
just azura!
Mendapat kehormatan lagi, hihi
--------
saifudin
falsafah tu..!
just a simple picnic,hiking with the family,jogging subuh2 1 family,program hafazan dan tasmi' di rumah,bring them to the library,master chef own version di rumah ( parents ajar anak2 masak,uli2 kuih pau ker,karipap ker,buat rmi2 kan seronok).erm boleh jg buat satu buku baca dlm seminggu nanti berkumpul santai2 huraikan jalan cerita,pandangan,moral ( setiap ahli keluarga kena buat ).parents saya didik saya dan adik2 macam nih.tak payah keluar duit sangat,tapi pengisian dan merapatkan hubungan sesama ahli keluarga yang penting.masa anak2 cutilah parents dapat tengok sepenuhnya perkembangan anak2 puas2.kalau ibu & ayah buat,pelawa anak2 untuk join skali dengan penuh kasih sayang,inshaAllah boleh.ms nih lh pn nk tayang dpn ank2 how romantic you are in front of your kids.hihi.
ReplyDeletekunjungan gan , bagi-bagi motivasi
ReplyDeletesemoga menjadi semangat .. :)
Jangan berusaha mencari kebahagiaan karena kamu tidak akan menemukannya. Kebahagiaan itu sudah ada di hatimu dan pikiranmu.
[url=http://multibars.ru/multibar-skachat-besplatno.html]multibar[/url]
ReplyDeleteSekadar perkongsian. Saya juga ada menyuruh anak anak menulis ayat ayat al quran serta terjemahan pada setiap pagi sabtu dan ahad.
ReplyDeleteAnak anak akan menulis setengah helai ayat alquran dan terjemahan sehari. Sekadar setengah jam diperlukan sehari untuk menyiapkan penulisan itu.
Dan setiap malam jumaat, kami akan berkumpul bersama untuk membaca surah yassin di rumah.
Baru nak mulakan pembacaan hadis di rumah secara bersama. Pengalaman saya, bermula satu persatu. Pesan nabi kita, amalan yang terbaik adalah yg berterusan..
:-)
Putat
salam ziarah...suatu perkongsian yang menarik...harap boleh manfaatkan cuti yang tinggal 2 minggu lbh jer lagi...
ReplyDeletesalin terjemahan ayat al quran.. wow
ReplyDeleteboleh tiru ni, like.
sangat menarik..
ReplyDeleteNota kehidupan di alam kenyataan.
ReplyDeleteCara didik anak yang terbaik adalah mengikut Sunnah Nabi s.a.w.
Di zaman para sahabat Nabi dulu tak ada sekolah dan tak ada taska.
Rumah rumah mereka adalah madrasah terbaik untuk anak anak sehingga melahirkan anak anak yang Hafiz Quraan, lagi Mualim dan menjadi Daie sebenar.
Ya Allah ampunilah hambamu ini kerana tidak mampu menyediakan rumah menjadi madrasah untuk anak anak ku.
Tapi aku berazam untuk seberapa mampu mendidik anak anak mengikut sunah Nabi s.a.w
Hanya cara hidup dan Sunah Nabi s.a.w sahaja membawa kejayaan dunia akhirat. Selain cara itu akan membawa kegagalan.( Ini adalah kata kata ulamak yang aku sering ulang kepada anak anak aku.)
salam 1 malaysia hamka..nice info keep it up!
ReplyDeletenajib ali
assalamualaikum..... terbaaaeeekkkk laaa encik hamka! (: rasa sgt best^^
ReplyDeleteteknik mendidik ini tidak akn diimplementasi kpd anak, tp ''pengisian cuti sem'' utk diri sendiri.
ReplyDeletesyukran :)
dah menjawab soalan per?
ReplyDeletekaedah murah: beli buku nota.
berkesan.
terbaik
like!
slm
ReplyDeleteyg gambar catitan handwritten tugas malaikat (israil dan izrafil) tu betul ke. bukan the other way round ke
anyway, cara pengisian cuti sekolah yg sgt bagus & praktikal utk diamalkan
Ok lah tu.... Menjawab soalan juga. Owhhh... Ada taska untuk cuti sekolah rupanya. Baru dengar hari ni
ReplyDeletealin
ReplyDelete: )
---------
Aku dari Pualu Tioman.
Ada kursus iktikaf 3 hari di masjid, sempat jugak hantar anak, huh u
-------------
najib ali
: )
---------
qanaah
akupun tumpang best.
-----------
nars
mak bapak lagilah perlu pada nota kehidupan, adohai
-----------
kipas
tq
------------
deleteled
betullah, the other way round , aku yang careless, adohai
----------
Mama Adam
Hu hu
Assalam
ReplyDeleteAda jemaah ulama dari Indon. beri targhib:
Nabi Ibrahim a.s kerana perintah Allah swt sanggup sembelih anaknya Nabi Ismail a.s
Kita bukan sekadar tidak sanggup sembelih anak malah, untuk kejut anak bangun solah subuh pun tak sanggup walaupun perintah Allah. Kita akan kata "Kesian kecil lagi"...betul kan?
Sembahyang kena SMS...
Solah Mengikut Sunnah
Berdasarkan hadis Nabi saw suruh anak solah umur 7 tahun dan rotan umur 10 tahun maka ulama indon ni tegaskan bahawa Tidak bawa anak-anak lelaki 10 tahun keatas ke masjid adalah dosa besar bagi seorang bapa.
Wallahu'alam
Semoga aku boleh amal dan terlepas dosa sebagai bapa
Khalid
Alhamdulillah satu perkongsian yg sangat bermanfaat. Ibubapa acap kali takde idea, maka anak2 terbuang masa begitu saja. Apa kata hari ni bagi assignment --> hafal makna2 bacaan dalam solat. Nanti mlm tasmik dgn papa. Jazakallah.
ReplyDeleteSemua salah UMNO-BN
ReplyDeleteYg latest comment tu bodoh dan x berakal. Klau ko asyik salah kan org lain. Nnt Allah ubah orang lain tapi diri ko x berubah baru ko tau.
ReplyDeleteBy cucu wak tadi
[url=http://thenewsit.ru/2012/05/samsung-galaxy-s3-protiv-iphone-4s-11939.html]самсунг s3[/url]
ReplyDeleteentry yg bagus,
ReplyDeleteada tak entry "sebab-sebab karkun menjadi sejuk?"
Jika belum ada harap abg Hamka dapat buat...
by Budak sejuk
assalamualaikum bang Hamka, abg boleh tak luangkn mse tengok blog sy. mne taw abg blh komen pape k. sy prlukn tnjuk ajar abg ah. sy suke gle blog abg. syukran.
ReplyDeletesiapamahubahagia.blogspot.com
Betul tu hamka bila malam Taklim Taklum Mula2 5 Minit pon okay... Rutin Harian.. Cara Nabi Hidupkan 5 amal Jazakallah
ReplyDeleteBetul tu hamka... mase nak tido baca Taklim Rumah.. heeee~ Hidupkan 5 Amal InsyaAllah rahmat datang.. Jazakallah
ReplyDeleteBagus lah cadangan ni tapi cuti dah nak habis ni heheheh.....
ReplyDeleteKhalid
ReplyDelete“Tidak bawa anak-anak lelaki 10 tahun keatas ke masjid adalah dosa besar bagi seorang bapa.”
Aku cuba amal dengan kata kata di atas, terima kasih berkongsi.
-----------
School Of Tots
Jazakallah.
------------
By cucu wak tadi
Sabar.
-----------
Budak sejuk
Bab bagaimana buat bedak sejuk pun belum tulis, adohai
----------
tari
bab menulis blog, aku belum bagi tip lagi setakat ini, rasa diri tak layak nak bagi tip bagaimana nak berblog, oh..
----------
K-LINK
Jazakallah
------------
Mahamahu
Masih sempat tulis beberapa nota.. : )
mana entry krismas bro..?
ReplyDeleteI need this!setelah sekisn lama aku tak kunjung sini...hala didik anak bukan hal remeh!aku yg belum ada ank pun dh pk bab ni....useful tips hamka!
ReplyDeletelama tak dengar cerita, adohai
ReplyDeletememang terbaiklah cara ni. jgn kembang ye hamka. nnti aku ada anak nak buat lebih hebat dr yg mg buat. tengkiyu.
ReplyDeletebolehlah berbesan, woha!
ReplyDeleteKenapa hamka selalu mengeluh "adohai" ?
ReplyDeleteSeolah-olah melepaskan nafas mengeluh atas sesuatu..
Nasihat dari hamba insan yang kerdil,tak payah la adohai2 banyak sangat.
Kalau rasa tak boleh nak juga adohai terpulang.Apapun gudluck utk dunia dan akhirat
Adohai tu ganti "hampeh"..
ReplyDeletemengeluh kelemahan diri, adohai...