Bila bicara bab ugama, dari dulu lagi aku akan merujuk
kepada 4 soalan ini.
1.Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)
2.Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?(dalil dan Nas)
3.Jika ini perintah Allah, bagaimana nabi Muhamad SAW
melaksanakannya?(Sunnah Nabi)
4.Bagaimana kamu akan mengistiqamah’kannya (membuat secara
berjadual)
Empat soalan ini adalah asas ilmu yang semua orang islam
perlu tau akan jawapannya untuk setiap ibadat yang kita buat.
Contoh bab solat, akan terjawab 4 soalan ini, iaitu aku
solat kerana Allah, ada dalil dalam Al quran yang menunjukkan bahawa solat
adalah perintah Allah, ada Hadith yang menggambarkan bagaimana Nabi bersolat,
dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan.
Begitu juga dengan Puasa, ada dalil yang menunjukkan bahawa
Puasa itu adalah perintah Allah, ada Hadith yang menggambarkan bagaimana Nabi
berpuasa, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan.
Malahan 4 soalan ini tidak tertakluk pada yang wajib sahaja,
yang sunnatpun begitu.
Sebagai contoh solat tahajjud, berzikir, baca Al quran,
semuanya kena niat kerana Allah, ada dalil yang menunjukkan bahawa semua itu
adalah perintah Allah, ada Hadith yang mengambarkan bagaimana Nabi melaksanakan
semua itu, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan mengikut keupayan iman
masing-masing.
Namun hari ini, telah banyak muncul pembaharuan yang di
anggap baik, walaupun banyak keburukkan. Pembaharuan adalah bila bukan perintah
Allah dan sudah tentu Nabi tak buat dan bertentangan dengan Sunnah Nabi, lebih
buruk apabila kamu mengistiqamahkan pulak pembaharuan itu dan bermati-matian
mempertahankannya.
Dan bila masuk bab berdemonstrasi , 4 soalan tu bila aku
tanya kepada peserta dalam beberapa entry sebelum ini di blog keretamayat, sejak
tahun 2007 hingga 2012, bukan mereka mahu jawab soalan aku dengan ilmiah,
sebaliknya caci maki aku sebab tak sekepala dengan fahaman ugama dan tuduh aku
sesat masuk neraka, yang kelakar bila ada yang tanya mana nas setiap amalan
kena niat kerana Allah?, memang bangang, dan ramai ramai yang berdemonstrasi itu
aku tengok ada juga yang cuba jawab di blog atau di FB akan soalan ikhlas aku
tapi malangnya, setiap dari mereka memberi jawapan yang berbeza dan kurang
tepat serta hilang arah, nampak sangat tak sekepala dan beramal tanpa ilmu
membabi buta, boleh baca komen mereka di sini, sini dan sini jika korang tak de
kerja.
Untuk pengetahuan korang, Ulamak berbeza pendapat bab berdemonstrasi
ini, ada ulamak yang cakap haram kerana tiada nas dalam Al quran dan perbuatan
ini menyerupai orang kafir dan akan cenderung kepada keganasan.
Ada juga ulamak yang cakap harus andai niat baik, dan
keamanan dijaga..
Dan ada juga ulamak politik yang cakap wajib dengan syarat tidak
bercampur lelaki perempuan, memberi salam, solat berjemaah dan tidak menggangu
ketenteraman orang awam.
Tapi aku tengok demonstrasi kebanyakkannya bercampur lelaki
perempuan, tidak tutup aurat, dan berlaku keganasan, maka mana pergi hukum ‘harus’
dan ‘wajib’ bila mudarat timbul walaupun niatnya baik, maka disinilah perlu
sebelum buat apa apa amalan, tanya empat soalan dalam diri masing masing..
1.Adakah aku buat ini kerana Allah? (IKHLAS)
2.Adakah apa yang aku buat ini adalah perintah dari Allah?(Dalil dan Nas)
3.Jika ini perintah Allah, bagaimana nabi Muhamad SAW
melaksanakannya?(Sunnah Nabi)
4.Bagaimana aku akan mengistiqamah’kannya (membuat secara
berjadual)
Aku tahu niat kamu baik, kamu niat kerana Allah, tapi bila masuk
bab perintah Allah sedangkan benda itu samar samar, di sini akan berlaku masalah
jika tak faham ugama, dan bila tiba bab bagaimana nabi Muhamad SAW
melaksanakannya? Lagi parah..
Namun aku nak ringkaskan entry, andai kata korang betul
betul bertemu dalil dan Nas yang mengatakan demonstrasi itu adalah jihad.
Maka biarlah aku ceritakan akan bagaimana kaedah yang Nabi
Muhammad SAW buat sebelum berjihad.
Sebelum berjihad, Nabi Muhammad SAW akan bagi semangat
jihad, dan apabila sudah ada yang bersedia, Nabi Muhammad SAW akan buat
tapisan, atau dalam istilah islamiknya ‘tafakut’. Ala ala temuduga gitu.
Jika kita rujuk Hadith, akan banyak kisah orang yang mahupergi
berjihad tapi Nabi tidak benar sertai jihad.
Antaranya:-
1.Orang munafik.,
Mereka ni jika nak patah balik, Nabi tak pernah halang,
sebab jika mereka ada dalam barisan jihad, akan rosak jemaah kerana suka menghasut
dan membuat kerosakan. Mereka biasanya diketuai oleh Abdullah bin Ubay.
2.Orang cacat.
Abdullah Mat tom yang buta dan beberapa lagi sahabat yang
cacat tidak dibenarkan menyertai jihad, kerana mereka akan menyusahkan orang
sihat, namun ada juga yang di izinkan selepas merayu seperti Amr bin jamoh yang
tempang kaki.
3.Orang perempuan.
Perempuan memang tidak dibenarkan angkat pedang selagi
keadaan tidak memerlukan kerana masalah bercampur gaul, aurat, dan mudah
menjadi tawanan musuh, namun dalam perang khaibar enam wanita telah ikut secara
sembunyi sembunyi yang di ketuai oleh Ummu Ziad, pada mulanya Nabi marah, tapi
setelah mereka ikut dengan alasan mengubat tentera luka, Nabi benarkan.
4.Kanak kanak,
Budak budak memang tidak boleh menyertai jihad kerana belum mumayiz,
namun ada kanak kanak yang bernama Umair anak Abi Waqqas telah senyap-senyap
ikut dalam perang badar, sewaktu Nabi periksa barisan, dia telah kantoi sebab
pedang lebih panjang dari badan, dan di arah pulang, tapi dia menangis mahu
mati syahid, Nabi benarkan dan dia mati syahid.
5.Orang tua yang uzur.
Mereka yang jenis kena papah atau terlantar atas katil, atau duduk atas kerusi roda memang tidak di benarkan sertai jihad. Duduk rumah berzikir dengan niat
menyertai jihad lebih baik bagi mereka.
6.Pemuda yang orang tuanya sakit.
Inipun ada dalam kitab, tapi aku lupa namanya.
7.Orang kapir.
Memang Nabi tak benarkan mereka bersama walaupun mereka
bersedia kerana musuh yang sama, rujuk kisah perang uhud. Muawiyah di waktu orang kapir ajak bergabung serang saidina Ali pun tolak ajakkan orang kapir dengan mengatakan, baik aku bergabung dengan saidina Ali serang kamu.., rujuk kitab
8.Dan lain lain.
(malas pulak nak cerita panjang panjang)
Ringkas cerita, inilah kaedah yang Nabi buat sebelum
berjihad(baca: sebab korang dakwa demonstrasii itu jihad) iaitu membuat tapisan
(tafakut) agar orang yang beriman dan berkompiten sahaja yang layak menyertai
jihad, bukan main takat muat macam sekarang.
Hari ini dalam demontrasi yang korang dakwa jihad itu, aku
tengok ada orang tak sembahyang, ada gengster, ada penagih dadah, ada mamat
punk (rambut macam trojan), kemudian ada orang kapir, ada wanita kapir yang
seksi, ada wanita islam yang seksi, ada juga wanita pakai tudung labuh tapi
berhimpit betina jantan, ada budak budak yang menangis bila terkena pemedih
mata, ada orang tua yang naik kerusi roda, ada orang kurang upaya, ni semua
pergi ber ‘jihad’ ni, siapa yang buat tapisan?, atau korang main redah sahaja
ikut nafsu iblis, mana pergi Sunnah Nabi? Mana pergi ustaz ulamak yang anjur demonstrasi?
Aku tak kata demontrasi haram, tapi korang yang claim ini
sunnah Nabi sedangkan pergi ber’jihad’ tanpa tapisan akan mendatangkan
kemudaratan sehingga di Libya, ada orang yang terbunuh sedangkan mereka tak ada
kena mengena dengan sasaran.., sama juga BERSIH tempoh hari, akan ada gengster
yang ambil peluang pukul polis atau polis genster yang ambil peluang pukul
pendemo.
Bila huru hara, korang salahkan kerajaan atau polis,
sedangkan in the first place korang tak ikut sunnah Nabi dalam bertafakut.
Tak ke hampeh!
Di Malaysia bab demontrasi bantah kerajaan memang akan
berlaku huru hara, tapi baru ni bab bantah filem hina Nabi masih terkawal,
alhmadulilah, tapi di sesetengah negara
lain, sampai ada orang kafir yang tiada kena mengena dengan filem itu dibunuh,
inilah yang berlaku apabila sunnah Nabi tidak di ikut kerana peri pentingnya ‘tafakut’
sebelum ‘jihad’ adalah yang terbaik.
Nasihat aku selepas ini, jika mana mana pihak nak buat demonstrasi,
pihak pengajur yang kena bertanggung jawab ‘menapis’ peserta kerana dalam sunnah
Nabi, bukan semua orang layak untuk amal sesuatu perintah, ada syarat syarat
yang perlu di patuhi...
Kepada ustaz Parti so call islamik, lepas ni jika nak
berjihad pakai baju kuning menentang kerajaan dengan niat menegakkan islam,
pastikan buat tafakut kepada peserta jihad, jangan membabi buta konon faham
ugama tapi kantoi bab sunnah nabi dalam bertafakut, jangan nampak terdesak sehingga orang perempuan,
budak budak, orang tak solat, orang cacat dan orang kapir pun di ajak berjihad,
buat malu nama islam sahaja jika benda basic dalam jihad di abaikan.
I rest my case.
Ps: Tak salah berdemontrasi secara aman, itu hak bersuara, yang
salah bila tak ikut sunnah Nabi dalam menegakkan ugama islam, adohai. Patut ada
satu sepanduk: "This is not the behavior of Muslims."-Woha!
1st?..
ReplyDeleteok bru nk baca
hmmm......
ReplyDeletesembahyang berjemaah subuh barulah nak pi demonstrate!!!
jap.... apa function demonstrate..???? 0_o??? tu bukan the way of non-mukmin represent their statisfied ke??? mmm...... boikot barangan dyorg lg bgus....kalu nak ada more benefict semua owg islam bersatu dalam boikot barangan producer... itu lg baik... hmm...
ReplyDeleteterbaek.
ReplyDeleteEhemmm... Komen dulu sblm baca boleh?
ReplyDeleteloser dok ko hamka..blaja agama katne ko?? ko dah mcm ulama plak keluar kn fatwa...
ReplyDeleteTolak PAS hihihi
ReplyDeleteterbaikkk..
ReplyDeleteSaya orang PAS, baru tahu ada sunnah Nabi yang dinamakan tafakult, ustaz PAS tak pernah ceritapun, terima kasih hamka, awak membuka minda saya.
ReplyDeletePak cik!
ReplyDeleteTu bukan demokrasi, Tu Protes!
Pak cik!
Pak cik!
Pakkkk cikkkk!!!!
hamka kalau demo bersih tu nak kira demo Islamik ka lagu mana?
ReplyDeleteorg kapir takleh join?
tapi motifnya agenda nasional
urmm!!!
ReplyDeleteambe sokong!!!
kat tmpat aku ada buat rapat umum lepas solat jumaat, siap announce lagi tu pas solat jumaat,mmg hampeh,
ReplyDeletedaripada berhimpun dipadang untuk demon-stress-i lebih baik berhimpun dimasjid buat solat tahajud dan berdoa ramai-ramai..
ReplyDeleteagree :)
ReplyDeleteAri tu aku terperasan ada pengumuman kat tv, malam ni (khamis malam jumaat), umat islam negara ini digalakkan untuk solat hajat n berdoa beramai2 di masjid berdekatan..
ReplyDeleteaku bukan nak nafikan kuasa doa, adakah cukup sekadar berdoa..apa tindakan kita untuk perkara sebegini untuk tidak berulang..mungkin ni adalah tanda umat islam xbersatu, maka mudah musuh islam nak wat pape pun pada islam..
kalau kita ada tindakan lain (mungkin aku xtau), pastu baru berdoa, ok kot..mintak tolong sapa2 yang tahu untuk wat pencerahan..
to taufik:
ReplyDeleteHamka kata BERSIH sebab peserta BERSIH claim itu jihad... kalau bukan kerana agama, bukanlah jihad namanya. dop gitu hamka?
http://www.youtube.com/watch?v=SNreh94ew3s&feature=relmfu
ReplyDeletenie ulasan darai habib zainal abideen al hamid bila ada org tanya tentang reaksi umat islam yg bertindak melampau dalam protes filen hina Rasul...
Salam ukhuwah..
ReplyDeleteaku tertarik dengan pandangan seorang penceramah di IKIM. Katanya
"ramai orang yang sangat marah apabila Nabi dihina, tapi tak ramai yang cuba mencintai Nabi sebagaimana yang sepatutnya.."
aku buat ghast kerana Allah,
ReplyDeleteada perintah dalam al quran suruh amal maaruf nahi mungkar cara Nabi iaitu cakap lemah lembut dengan orang di depan rumah mereka, dan aku istiqamah seminggu sekali buat ghast.
terima kasih Hamka kerana bagi aku meliaht elbih jelas
aku keluar berdakwah kerana Allah,
ReplyDeleteada perintah dalam al quran suruh keluar berdakwah cara Nabi iaitu tinggal anak bini dan jumpa orang yang jauh dari Allah ajak supaya dekat kpd Allah, dan aku istiqamah 3 hari sebulan keluar berdakwah
terima kasih Hamka kerana bagi aku meliaht elbih jelas
rapatkan saf penuhkan masjid dengan surau setiap waktu solat dulu...
ReplyDeletedulu, kampung saya pn macam tu jugak
ReplyDeletetp lepas kami buat rondaan, kami dapat tangkap depa
dengan bantuan polis..
pertanyaan:
ReplyDeleteantara 3 golongan golongan ni ;
fasik , munafik dan kafir which one lagi licik?
pewdiepie
kafir zimmi* correction
ReplyDeletepewdiepie
Alhamdulillah Allah bagi hidayah dan inspirasi pada kamu en Hamka... saya dah share di facebook..semoga ramai yang buka mata dan paham ape erti Jihad yang sebenar...
ReplyDeleteape komen ko dgn cara kerajaan skg ni..dorg ekot ke sume hukum hakam islam..xpenah plak ko komen psl tu..nak gak dgr pndgn ko
ReplyDeletesebenarnya aku yang salah nabi dihina.. Aku tak wat dakwah sungguh sungguh.. Aku pancung umat ikut nafsu aku.. Aku takder pikir risau yang sama macam nabi.. Aku tak amal sunnah nabi.. Aku tak hidupkan sunnah nabi dalam diri aku.. Aku malu nak bela janggut.. Aku beli kete dengan riba.. Aku pentingkan dunia, pekerjaan aku lebih aku besarkan dari solat berjemaah.. Aku tak der rasa ape2 bila awek2 ramai tak tutup aurat.. Aku tak rasa ape2 member2 aku tak sembahyang.. Aku biarkan masjid aku kosong tanpa amal.. Aku suke salahkan orang lain tanpa cermin diri aku sendiri.. Aku tak nangis depan allah untuk umat ini.. Aku tak doa untuk umat ini sungguh2.. Aku lupa aku siapa.. Aku ingat aku dah betul rupa2nya aku ingat aku la paling islam.. Bila orang kapor mati aku tak rasa menyesal pun.. Aku gunakan masa aku lebih lama depan internet dari usahakan wat dti sungguh2.. Sebenarnya perkara ni berlaku salah aku.. Aku tak usaha sungguh2 untuk umat islam ini bersatu.. Aku biarkan mulut aku bercakap dunia lebih lama dari akhirat.. Aku biarkan telinga aku dengar benda dunia lebih lama dari dengar perkara akhirat.. Bila lepas isyak aku jadi antara orang yang pertama balik umah.. Aku tinggalkan masjid aku begitu je.. Aku tak bagitau pun aku tak pesan pun pada masjid aku.. Wahai masjid aku balik umah dulu ye tido esok subuh aku datang kita usaha lagi...... Aku biarkan masjid aku sedih.. Aku tak sayang masjid aku macam mana rasulullah sayang kat masjid.. Aku bleh tido lena kat umah biarkan masjid aku tertunggu tunggu aku kata nak wat dti.. Aku tak faham perasaan masjid macam mana rasulullah faham.. Aku tak rindu kat masjid aku pun.. Macam2 lagi la sebenarnya.. Wahai allah ampunkan aku ya allah.. Aku lemah dalam segala hal.. Bantulah aku untuk usahakan marhalah aku ya allah.. Dan bantulah kawan2 aku di marhalah2 mereka ya allah.. Wahai allah.. Kami nak tebus semua perkara yang menyebabkan rasululullah dihina.. Kami akan usahakan marhalah2 kami sungguh2.. Wahai allah.. Walaupun kami tak pergi demonstrasi.. Walaupun kami tak pergi mengundi walupun apa masyarakat pandang pada kami hanya engkau yang tahu betapa sayangnya kami pada rasulullulah.... Betapa cintanya kami pada rasulullah.. Ampunkan kami semua dan seluruh umat ini..
ReplyDeletesaya pembaca senyap blog ni sejak tahun lepas.
ReplyDeletetapi entry semenjak dua menjak kebelakangan ni berbaur sangat hampeh.
penulis blog ni yakni encik hamka tertelan pil kuda ke ?
Alhamdulillah...
ReplyDeletesaya tanya cik hamka tertelan pil kuda ke ? adalah kerana saya tidak mampu menjawab 4 soalan yang cik hamka tanya sejak dulu lagi, sebenarnya saya lah yang hampeh, saya akan kembali menjadi pembaca senyap.
ReplyDeleteape komen ko dgn cara kerajaan skg ni..dorg ekot ke sume hukum hakam islam..xpenah plak ko komen psl tu..nak gak dgr pndgn ko..
ReplyDeletedan aku tanya ni sebab aku tak mampu jawab 4 solan ko.
Ahli politik adalah individu-individu yang mereka sangka mereka mengenali masyarakat dan tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk mereka. Selain itu, mereka juga sangat pakar dan mahir dalam ilmu untuk memperdaya rakyat dalam menerima sesuatu perkara yang mereka mahukan ke atas rakyat.
ReplyDeleteDari situ berlumba-lumbalah ahli politik dari kerajaan dan pembangkang untuk memperkenalkan gaji minimum pekerja. Kemahuan golongan persatuan pekerja ini tidak dilayan pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir kerana beliau mungkin tahu baik buruk polisi ini.
Atas desakan yang kuat, kerajaan Perdana Menteri sekarang terpaksa akur dan menetapkan gaji minimum ini kepada pekerja.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan kenapa penetapan ini adalah satu idea yang nampak berniat baik tetapi sebenarnya sesuatu yang buruk bagi masyarakat miskin dan orang berniaga.
1. Tidak Adil Bagi Semua
Jika benar kerajaan dapat meningkatkan pendapatan golongan miskin dengan menetapkan gaji minimum, kenapa kerajaan tidak hanya menetapkan gaji minimum ini kepada RM 5000 sahaja. Dengan mudah semua buruh akan mendapat gaji tinggi dan semua orang pun akan gembira.
Bagaimana gaji meningkat ? Gaji meningkat apabila produktiviti per kapita setiap rakyat di sesebuah negara itu meningkat. Apabila produktiviti meningkat, pendapatan meningkat, perniagaan berkembang dan seterusnya gaji pekerja akan meningkat dan ini meningkatkan taraf hidup rakyat secara keseluruhan.
2. Memusnahkan Perniagaan Kecil
Jika buah epal dijual dengan harga RM 1.00 meningkat kepada RM 2.00. Secara logik mudah, orang akan kurang membeli buah epal. Ini juga yang akan terjadi kepada pasaran buruh di sesebuah negara apabila kerajaan menetapkan gaji minimum.
Jika saya mempunyai 10 orang pekerja. Penetapan gaji minimum mungkin hanya mempunya kesan kepada 2 orang daripada pekerja saya. Tetapi peningkatan ini akan mengakibatkan saya untuk menaikkan gaji bagi kesemua pekerja saya. Tidak mungkin pekerja yang sudah 5 tahun bekerja dengan saya akan bersetuju dengan gaji pekerja yang baru masuk kerja bulan lepas.
Itu yang pertama, yang keduanya saya sebagai pemilik perniagaan akan memilih untuk mengurangkan penggunaan pekerja sebagai langkah untuk berjimat supaya saya tidak rugi dalam perniagaan yang saya sedang ceburi.
3. Peningkatan Jenayah dan Meningkatkan Pengangguran
Apabila peniaga mengurangkan bilangan pekerja kerana tidak mampu membayar gaji minimum. Golongan buruh bawahan ini tidak akan mendapat sebarang kerja dan ini akan meningkatkan pengangguran dikalangan masyarakat.
Seperti yang anda sudah ketahui, peningkatan pengangguran akan menyebabkan kadar jenayah juga meningkat.
4. Beban yang terpaksa ditanggung oleh semua
ReplyDeletePenetapan gaji minimum akan menyebabkan peningkatan harga barang. Manakan tidak, kos pembuatan sesebuah barangan itu telah meningkat jadi sudah tentu kos ini akan digilirkan kepada pelanggan yang akan membeli sesebuah produk.
Dengan itu akan berlaku peningkatan harga barang serta peningkatan kadar inflasi. Ini akan menyebabkan semua orang terutamanya pengguna terpaksa menanggung kerugian
Dalam pasaran bebas, harga barangan dan gaji pekerja tidak seharusnya ditetapkan oleh sesiapa samada ahli politik atau kerajaan. Ianya seharusnya dibiarkan terapung dan bebas.
Pernah dalam satu pertikaian pada zaman Rasulullah, baginda dipanggil untuk menetapkan harga roti di pasar. Baginda bersabda
“Aku tidak mahu darah mereka ini di tangan aku di akhirat nanti”
(“An Islamic economic system largely supports a market mechanism for coordination
of economic activity. This is based on a hadith reported by Ibn Majah and Tirmidhi
on bread prices in Medina where the Prophet refused to intervene to set prices (of
wheat) saying, “I don‟t want to have the blood of these men on my hands in the
hereafter” because there was a shortage due to natural causes (drought).”)
Ini dengan jelas menunjukkan Islam sendiri mengakui dan mengesahkan pasaran terbuka sebagai satu mekanisme yang terbaik dalam pemerintahan dan hal-ehwal perniagaan dalam sesebuah negara.
Tidak banyak yang kita dapat buat sekarang. Polisi ini tidak akan ditarikbalik dalam masa terdekat dan Pakatan Rakyat juga sedang berjuang untuk meningkatkan lagi gaji minimum dalam manisfesto mereka.
Nyata kita telah terperangkap dikalangan kedua-dua ahli politik kerajaan dan pembangkang yang mengejar undi tetapi secara bodoh sanggup menggadai masa depan ekonomi negara kita.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
aku pentingkan diri sendiri sangat ke?
ReplyDeleteAtau aku ni orang bawahan yang berpendidikan terlalu cetek?
Haha..
Ahli politik ke tak ahli politik ke semua tu makhluk.. Kalo makhluk tu nama manusia dia kena ikut perintah allah cara rasulullah..
Gaji minimum ke gaji maximum ke semua tu makhluk..
Sekarang ni banyak citer x de.. Gaji maximum xde kuasa yg berkuasa allah.. Polisi ke pak polisi ke semua tu pun xde kuasa yg berkuasa allah..
Mana bleh camtu syeikh kita kena usaha.. Usaha pun datang dari allah.. Semua allah.. Dapat publish comment ni pun allah.. Demo ke tak demo ke allah.. Wat usaha makami ke x wat usaha makami ke allah.. Ish ish ish ayat aku ni macam tak ikhlas kerana allah je dari tadi.. So dah la tu tak nak panjang2 sangat.. Semelekom..
Hamka telan pil kuda ke tak telan ke pun dari allah..
Kalo telan pill kuda bleh stone ke bro hamka? Bleh kut.. Stone pun dari allah.. Pill kuda pun makhluk... Semua makhluk... Semua makhluk...
bila baca komen diatas.. memang tepat sekali hujah diberikan.. tgk nama macam pernah nampak.. sekali google.. perghh memang patut.. pro.. terima kasih encik atas pencerahan yg diberikan..
ReplyDeleteoh saya jumpa hasil catatan encik disini..
http://www.shahabudeenjalil.com/
macam biasa, orang PAS tak jawab, tapi salahkan Hamka tak kutuk UMNO macam mereka, wakawaka
ReplyDeletekalau xsalah, dulu hamka ada promote shahabudeenjalil ni tentang bisnes di china..tahun lepas kot..malas lak nak cari balik..huhu..
ReplyDeletetapi idea dia memang best..nak komen, aku ilmu ekonomi xde..cuma aku rasa komen dia kurang tepat untuk isu ni..ada sikit2 kot..
salah satu ulasan yang bernas... just nak berkongsi pendapat di sini apa yg kita boleh buat untuk protes filem anti-Islam itu...
ReplyDeleteim disagree with mr shahabudeen.
ReplyDeleteminimum wage implies pro and cons .
every policy does.
and if you want to talk more about politic than economy and judging pakatan, put bad image on them, i had to say bn more corrupted and incapable to be good governance.
i dont sideline pakatan blindly but let them rule for one term. i say let put less damage on 500-800 billion country debt.
aku_ein
ilmu ekonomi is everywhere my dear. not really necessary to get into business school(except you into profesional stuff). get access to library, google scholar etc . knowledge is everywhere and almost free. read ,read and read. ;)
piewdiepie
ilmu agama yg cetek. tetapi nak berblog. begini lah jadinya. mujurlah blogspot tak kenakan IQ-test dan tengok kelulusan. what a lame.
ReplyDeleteko cakap sape yg cetek ilmu agama???
Deletehamka?sory to say brader...ko tak knal hamka jgn nk menyalak mcm org2 parti so call islamic ok....ko boleh bce blog. lain....jgn nk tuduh2...
_wan calon mayat_
Terima kasih sebab bagi saya ilmu baru. Insyaallah saya akan cuba mendalami ilmu ini... =)
ReplyDeleteNice entry by the way.. =)
-cahaya pemelihara-
salam hamka and the geng.
ReplyDeletedari entry yang lama lagi aku dah masuk forum di tranung on line minta ustaz atau geng usrah jawab 4 soalan ni, tp mereka semua tidak menjawab sebaliknya menuduh saya pencacai umno, sedang sy penyokong PAS, saya sedih dengan layanan ustaz dan abang usrah itu..
tahun lepas saya tanya soalan sama, ustaz itu cakap tdk perlu jawab solan tahap rendah, saya tak faham, saya ikhlas bertanya, tapi begitu layanan saya.
Blog ni selalu mmeberi hujah ugama yang berbeza dengan ustaz PAS, saya rasa macm jahil sgt bila bc blog ini, tpi bila pergi ceramah PAS rasa mcam sudah faham ugama, sy menyeru kepada orang PAS yg fhm ugama, sila jawb 4 soalan dgn ikhlas,
tapi fikir bali, bab cara Nabi sudah terjwab, pengkiut pas tak tahu apa tafakut, cuba test, tanya org PAS, apa itu tafakut sblum jihad, tak ada yg tahu kecuali orang yg baca entry ini, dan mubaligh dari sri petaling.
panjang pula komen,
penyokong PAS boleh BERAMBUSS!!. jgn nak menyemak pulak kat sini. jgn jadi sengal dan slow.
ReplyDeleteSalam Ukhuwah...
ReplyDeleteini bukan blog politik..kenapa terlalu ramai komen beralaskan emosi?
salahkah berbincang dengan fakta yang ilmiah?
"
1) Demi Masa,
2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,
3) KECUALI mereka yang beriman, DAN beramal soleh
4) DAN berpesan2 pada kebaikan, DAN berpesan2 pada kesabaran.
"
Boleh tak saya nak bagi pendapat?
ReplyDeleteBoleh tak kita terima pendapat tak kisah daripada siapapon, selagi pendapattu bernas?
Tak kisahlah pas ke umno ke pkr ke dap ke, kalau terbaik untuk negara and agama, kenapa kita xsokong saje? and bukan hanya condemn?
Saya bukan penyokong mana-mana parti, sebab semua parti ada kekurangan dan ada kelebihan, saya cuma sokong selagi mereka benar, dan saya sokong setiap kebaikan yang mereka anjurkan.
Kesimpulannya saya ambil yang terbaik daripada mereka. So yang mana baik saya akan kata baik, yang mana buruk saya akan kata buruk. Dan bukan sokong melulu. Jangan terlalu diikutkan perasaan. Bila terlalu ikutkan perasaan benda yang baik macam mana pun nampak buruk, benda yang teruk macam manapun nampak bagus.
Pendapat saja.
-cahaya pemelihara-
salam tn yang mulia.. allah muliakan tuan dengan nikmat iman dan islam..
ReplyDeleteaku_ein.. wa bukan kadi kluang.. kadi kluang Mohd Khalil bin mohd noor.. tp wa sebagian dari mereka..
wa memang bz gaks.. ni pun tgh bengkel kat unit ict wat programer.. sambil2 nak tunggu solat jumaat wa bukak la blog kegemaran..
tauliah jurunikah negeri johor dah nak mati taun ni.. jadinya wa kena uruskan pelantikan baru..sediakan modul ujian demi ujian , periksa demi periksa.. periksa lisannya lain.. periksa bertulis nya lain... temuduganya lain.. payah tu nak pilih jurunikah.. di tambah lagi ada SOP baru utk jurunikah..
akan datang ( tak tau bila) jurunikah nikahkan orang dah macam orang tnb cek meter.. bawak ipad dengan printer kat pinggang.. hahaha..
Bernas pendapat tuan..tapi perlu dilihat dari pelbagai sudut pada hari ini. dengan keadaan masyarakat yang mengelirukan. corruption yang berlaku depan mata tetapi masyarakat dibutakan dengan "terms" yang sukar difahami.
ReplyDeleteDemostrasi menyatakan bantahan itu tidak mengapa. lebih baik dibuat solat hajat. Tetapi umat islam semakin ramai yang bengong.
aku kompius dengan anonymous yg buat karangan panjang2 tu...
ReplyDeleteorg citer pasal demontrasi.. dia gi bukak pasal gaji minimum ar..memusnahkan perniagaan kecil ar meningkatan jenayah dan pengangguran la.. dan pelbagai lagi...
tolonglah anonymous jangan magam2 bleh tak
Demontstrasi utk protess kerana....
ReplyDeletecakap elok2 org kapir dah tak nak dengar dah...
Tgk la...asyik nak provoke umat Islam jerr..
Protess secara kekerasan tak berkesan...Kalau betul kita nak Protess...Kena Protess ekonomi..
ZAMAN DULU, KETIKA UMAT ISLAM ADA AMIRUL MUKMININ, JIKA ADA APA2 MASALAH UMAT, MAKA DAPATLAH DI BAWA KEPADA AMIRUL MUKMININ. SEKARANG NI UMAT ISLAM TAK ADA LAGI AMIRUL MUKMININ. MAKA DI MANA LAGI KITA NAK MENGADU NASIB? PAKAT DEMONTRASILAH DI SELURUH DUNIA. KAN BAGUS JIKA UMAT INI BERDEMONTRASI DISELURUH DUNIA UNTUK MEMILIH SEORANG AMIRUL MUKMININ. SUPAYA DAPAT MEMIMPIN SELURUH UMAT ISLAM.
ReplyDeleteANTARA SUNNAH2 NABI YANG PALING BESAR DALAM BAB PEMERINTAHAN IALAH UMAT INI PERLU ADA SEORANG AMIR. IAITU AMIRUL MUKMININ. BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK KITA SEMUA USAHAKAN AGAR UMAT INI KEMBALI MEMPUNYAI AMIRUL MUKMININ?
ReplyDeletedi tulis oleh: Amir Hafizi (penulis skrip Merong Mahawangsa)
ReplyDeleteKononnya, filem tu kutuk Nabi Muhammad S.A.W, kutuk Islam dan membuat filem dengan pelakon yang memainkan watak Rasulullah.
Punyalah marah, orang Islam ada yang kononnya menyerang kedutaan dan konsulat di Mesir, Yemen dan Berlin.
Aku harap, orang Islam di sini tak perlu menyerang mana-mana kedutaan. Aku rasa, benda macam ni kita boleh selesaikan dengan cara aman dan tak perlu bunuh-bunuh orang. Itu cara zaman jahiliah. Kita yang kononnya bertamadun ni, yang bersopan, tak payah lah nak emo macam unta kena kembiri.
Aku baru bercakap dengan member aku pasal filem tu. Aku dah tengok Innocence of Muslims dan aku rasa memang dibuat untuk mengapi-apikan orang Islam yang senang diapi-apikan. Aku tak fikir pelakon dan krew tahu filem itu untuk apa, sebab tang nama-nama Muhammad, Khadija semua, dia main letak dubbing. Aku terbaca dalam artikel, masa kat set, watak Muhammad tu nama dia asalnya Master George dan filem tu untuk tunjukkan gaya hidup orang Mesir zaman purba.
Filem tu memang buruk dengan kesan khas yang murahan dan nampak macam dibuat dalam masa 12 jam sahaja. Agendanya pula, aku rasa memang jelas hendak cucuk orang Islam supaya pergi bunuh orang; mengacau sentimen kebencian yang berkelodak.
Kita tak boleh nak mengawal mtindakan orang lain, tapi hati-hatilah dengan tindakan diri sendiri.
Aku selalu kelakar bila orang kat sini bercakap pasal maruah. "Filem ini merendahkan maruah Islam," kata kawan aku. Aku gelak je. Dia marah.
Berkuasa sungguh filem tu sampai boleh merendahkan maruah Islam, ya? Rendah benar ke maruah Islam, kalau pasal filem bodoh tu pun boleh terkelar?
Maruah bukan terletak pada apa orang kata. Bila orang puji atau kutuk, maruah tu tak naik dan tak turun. Martabat pun sama. Maruah yang sebenar, yang jitu, hanya wujud dalam diri sendiri. Bagi aku, maruah itu pandangan diri kita sendiri pada diri sendiri. Maruah Islam adalah pandangan umat Islam sendiri pada agamanya. Bukan pandangan orang lain.
Kita ni, hidup bukan untuk merasa bangga sebab orang puji. Itu riak namanya. Bongkak. Sombong. Itu halatuju hidup yang palsu dan rapuh. Pengakhirannya hanyalah sesuatu yang bodoh.
Maruah kita adalah pegangan kita; integriti kita. Terletak pada kata-kata dan perlakuan kita, bukan pada kata-kata atau perlakuan orang lain - walaupun bercakap pasal kita.
Banyak orang puji aku. Ramai jugak kutuk aku. Adakah maruah aku naik atau turun dengan kata-kata mereka? Tidak sama sekali. Walau dijulang 44 kaki pun, aku masih berdiri atas bumi yang sama. Aku masih menongkat langit yang sama yang aku tongkat sejak aku lahir.
Jadi, kalau kau mahu kembali pada ajaran agama, adakah Islam menuntut kita umatnya pergi bunuh orang yang memfitnah agama kita? Nabi buat apa? Dia hanya menyerang mereka yang menyerang dahulu, dan bila kita cakap pasal serang, aku maksudkan serangan yang setimpal. Tidak adil untuk membunuh orang kalau mereka hanya berkata-kata.
Kalau kau marah, maka tujuan mereka yang buat filem ini sudah tercapai, sebab memang dia nak buat orang marah pun. Dia nak buat orang Islam marah, pastu bunuh orang tak tentu hala, lepas tu dia boleh cakap lagi yang orang Islam ni tak bertamadun dan takde kemanusiaan. Bila ini terjadi, mereka boleh bawak bala tentera, bunuh dan rogol semua orang Islam dalam negara orang Islam sendiri.
Kalau kau bodoh, maka pergilah berarak dan susahkan semua orang pasal filem yang tak seberapa tu. Pertahankanlah 'maruah' kau yang hanya wujud di hujung lidah orang lain, dan tidak dalam diri sendiri.
wow . hot betul. tajuk post pasal
ReplyDeletedemonstrasi tapi si pandai sembang
pasal gaji
minimum, kutuk pembangkang, kelaut
topiknya. bangang.
keep your politician story to yourself assholes.(maki-ing u in non emotional way)
demonstrasi hak rakyat.
tapi jgn emotional. emotional ruins
everything.
daripada entri hamka sampai semua komen komen emo,semuanya tak boleh lawan dengan amir hafizi (penulis skrip merong mahawangsa) punya komen tepat padat dan berkhasiat...
ReplyDeleteitupun kalau korang semua boleh telan...dan yang paling penting korang boleh hadam...
tapi,aku rasa tak ramai yng boleh telan.apalagi nak hadam...pasal berdasarkan komen komen kat atas tu semuanya takat main rasa rasa kat lidah je....
lepas tu ludah balik....
tipikal malay.....
Islam sebesar zarah pun tak tercalar dgn filem provoke tu! dan Islam tidak akan maju atau berkembang dengan demostrasi! Demostrasi mcmni yahudi nasrani buat lagi gempak!
ReplyDeletebaca komen amir hafizi, baru aku faham entry hamka, ha ha sarscam!
ReplyDeletepatutlah org PAS marah.
Amir Hafizi kata, kalau kau bodoh, pergilah berarak dan susahkan semua orang pasal fiem yang tak seberapa tu...
ReplyDeletemaknanya amir hafizi anggap semua yang berarak tu bodoh!
amir hafizi yang tak berarak yang tak bodoh...
subhanallah..
nampaknya dimata amir hafizi umat islam diseluruh dunia yang berarak tu bodohlah ye...
Kata Nabi SAW " Barang siapa yang hidupkan SUNNAHKU, maka sesungguhnya dia MENCINTAIKU, siapa yang mencintai aku, dia akan bersamaku di Syurga " ( Au kama Qaala Rasulullah )
ReplyDeleteSoalan : Adakah demonstrasi satu SUNNAH Nabi ? Yang pasti Solat berjemaah 5 waktu adalah SUNNAH Nabi.
kalo cinta nabi.. buatlah sunnah nabi
ReplyDeletebukan buat demontrasi yg takde zaman nabi..
Errr.. dulu ada sorang tok guru so call islamic kata haji tu demontrasi??? tu yg agaknya diorg jadikan dalil buat demontrasi ..
kpd mereka2 menyertai demonstrasi yg merasakan sedang berjihad atau merasakan beramal amalan agama pada kemuncaknya, sambil bawak banner dan menjerit " bro! im ready to DIE, for the HONOUR of prophet muhammad saw!"
ReplyDeletewhat?
YOU not ready to LIVE your life with sunnah of Prophet saw you say you wanna die for him?
you know how often you hear some brothers saying
"bro! im ready to DIE for ISLAM!"
you not ready to LIVE for islam and live like a MUSLIM, you say you wanna DIE for ISLAM?
no seriously! have some self respect.
EMPTY SLOGANS!!!!EMPTY SLOGANS!!! EMPTY SLOGANS!!!
look at our communities, our way of living, HOW DEFUNCT THEY ARE NOW!!!!
selagi masjid tak penuh utk solah jemaah spt penuh waktu solah jumaat,
selagi wanita dedah tubuh badan dan tak berhijab menutup aurat dgn sempurna
selagi kemanisan jiwa org2 melayu kita dlm bermaksiat
selagi org melayu kita hanyut dgn dunia dan tinggalkan agama,
selagi hidupan rock n roll hiphop yahudi nasara bertapak dlm kehidupan,
selagi sunnah nabi saw ditinggalkan dpd amalan harian kehidupan setiap org2 islam,
selagi masa kelapangan disia2kan dgn melayari facebook, instead of habiskan amalan infradi,
selagi kita masih bermusuhan, tuduh kafir mengkafir atas perbezaan fikrah, parti, pendapat,
selagi dakwah ditinggalkan, pengorbanan utk agama dan usaha atas iman terhenti
DONT COME OUT WITH EMPTY SLOGANS!
kisah nabi berdakwah di TAif....
ReplyDeletedakwah nabi ditidak diterima, malahan dihalau dan dilontarkan degan batu oleh budak2 TAif supaya nabi Muhammad keluar dari Taif...di sebabkan itu nabi dan zaid cedera dan Malaikat datang berjumpa dengan nabi...menawarkan nabi untuk menghempaskan gunung2 di sekitar Taif ke atas penduduk Taif....tp nabi menghalangnya...dan lantas Nabi berdoa dengan tangan nabi diangkat setinggi2nya sehingga jatuh lengan baju nabi...mendoakan agar Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada penduduk taif serta memohon ampun atas sikap penduduk Taif kerana sesunguhnya mereka adalah golongan yang tidak mengetahui...
disebabkan kisah ini...setiap kali saya terdengar dan terjumpa sesuatu perkara yang menghina nabi dan menghina islam...saya akan berdoa agar org ini diampunkan dosanya dan mendapat hidayah serta petunjuk agar kembali kejalan yang benar. dan memarahi org yang memarahi golongan ini dan mengingatkan kepada mereka yang Nabi x pernah memarahi org yang menghina Baginda..tp sayang dan kasih kepada mereka..kerana apabila mereka sedar dari kesilapan mereka...sesungguhnya merekalah yang paling kuat memperjuangkan islam...
contoh yang terbaik..
saidina umar bin alkhattab
ikramah bin abu jahal
wahsyi(yang membunuh saidina hamzah)
hindun isteri abu jahal
khalid bin alwalid
abu sufyan bin abi talib
dan ramai lagi sehingga kini masih ada keajaiban yang allah kurniakan ini berlaku tp kita x pernah sedar dan terus menerus protes org yang menghina dan mengutuk islam....
sesungguhnya...kutukan dan penghinaan menjadikan seseorg lebih matang dan lebih kuat...supaya dapat membuka mata org yang menghinanya...
kepada pemboikot dan pemprotes yang hebat dan tajam akalnya..
berfikirlah seperti seorg yang islamic bukannya seorg yang extrimist dan seorg yang logic semata....sesungguhnya kau telah mensia siakan anugerah tuhan kepada anda yang jarang ada pada org lain....drpd anda memboikot...baik anda menaikkan produk islam sendiri....drpd anda memprotes...baik anda berusaha memperbaiki islam dalam diri anda sendiri....sesungguhnya....seorg manusia yang berusia 19 tahun yang masih mentah dan masih baru dalam dunia ini dapat berfikir dengan lebih terbuka drpd diri anda...malahan menggunakan kisah yang biasa kita dengar sejak dari kecil lagi...tp kenapa anda selalu lupa? ywahai yang dewasa dan yang bijaksana....
KITA ni cakap kosong je! HIDUP ISLAM! HIDUP ISLAM! SANGGUP MATI DEMI ISLAM! ni sume ckp kosong! ISLAM bukan cakap kosong je tapi ada KERJA nak kena buat! BUKANBERDEMO! kalau DEMO! MASALAH TAK AKAN SELESAI! KALAU KERJA KEMPEN PANGKAH KERTAS JE PUN MASALAH TAKAN SELESAI!
ReplyDeleteHamka,
ReplyDeleteSolat tarawikh 20 rakaat berjamaah
Adakah ianya sunnah nabi? Jika betul
Boleh tolong jawab bagaimana nabi melakukannya?
No offence
aku rasa macam hamka ni duplicate aku..... semua yg hang cakap sama nada dan dalam kepala aku.... cuma aku sangat malasssss dan x der masa nak berblog.... ini termasuk kegemaran tonton semua cerita bergenre zombie.... -.-' mungkin kite pernah makan setalam suatu ketika dulu yang menyebabkan neuron2 kita saling bertukar....
ReplyDeletehehe dan jangan cakap hang tak masuk TKO dan baca "Bulan2 terakhir Tabligh bertabligh"
hang lahir bulan 12? 2?
dan... request from me, boleh entry pasal syiah melayu & kaitannya dengan PAS? I know u know something.... well....
66 komen kemudian...
ReplyDeleteerrr, komen korang, bernas bernas belaka. tahniah.
: )
yg peliknya..knapa ramai sgt yg trasa maruah agama dorg jatuh hanya sbb filem tu..pdhl dh sah2 filem tu org non muslim yg bt,dan kita suma tau,dh mmg tujuannya nk provoke..
ReplyDeletedan yg peliknya lg..dorg tu x trasa apa2 plak bila org islam sndri yg mainkn agama sendiri. korg bole nmpk sndri brapa rmai org islam yg berbaris masuk pusat karaoke time azan mgrb bkumndang..betapa ramai lg yg msih bersuka ria kat disco smpi pg..brapa ramai lg yg minum n main no ekor..
yg tu suma korg x rasa malu ke??? org islam permainkn agama sndri.
cmna la kita nk org respect agama islam mcm ni.sikit2 demo..tp mslh x setel jgk pn.tu pn dh cukup utk tunjukkan cara tu x btl..
x phm apa yg org skrg tgh pk..
dorg bt suma tu sbb mmg dorg nk bt, atau cuma ter ikut ikut..
xde pegangan sendiri..
klu btl syg kat Rasulullah..bt la cara yg btl.ikut sunnah..ikut perintah..
kenal Allah..cerminkan sifat pribadi muslim yg btl..brula org respect dan fhm islam.bru la org tertarik nk kenal islam..then baru la org nk provoke cmne pn,xdela kita nk melatah x tntu pasal..
ape2 pn..teruskan berfikir...
yg_masih_mencari
alah..jangan risaulah..seminggu dua lagi redalah isu ni..dan lain2 tahun, muncul balik, dan orang2 kita ramai lagi akan melalak macam ini. Tapi solat tetap hujung2 waktu.
ReplyDelete70 komen kemudian...
ReplyDeletesenyum senyum baca komen korang. :)
senyummmmmm jeeee hahaha
ReplyDeletepopcorn* nom~nom~nom~nom
ReplyDeletetak tahu nak komen apa lagi dah, adohai..
ReplyDeletesemekom bro..
ReplyDeleteNi aku nak share sket ilmu sangka baik..
Alhamdulillah Allah pilih saya kita ramai yang dulunya lebih hina dari yang hina..
Lebih bodoh dari yang bodoh lebih jahil dari segala yang jahil.. Alhamdulillah..
Bila difikirkan kalau kita tidak dipilih oleh Allah untuk wat usaha yang tinggi ni mungkin skang ni aku lebih teruk dari yang teruk.. Mereka@yang wat demo kat luar sana walaupun mereka wat dijalan yang lari dari kehendak nabi tapi mereka ikhlas.. Hati mereka terusik terguris.. Mereka2 yang berdemo tu pun pilihan Allah.. Bahkan mereka2 ni lebih baik dari kita.. Kita yang ada 99 kejahatan dalam diri Allah pilih untuk wat usaha agama ni kena banyak berdoa untuk mereka.. Tapi mereka yang ada 99 kebaikan diluar sana Allah tak pilih mereka.. Mungkin ini saja cara terbaik bagi mereka.. Dan Allah tau semua tu.. Perkara ni berlaku dengan izin Allah.. Salah mereka atau salah saya? Istigfar bebanyak pada Allah.. Asbab saya yang banyak dosa ni nabi dihina.. Asbab saya tak berusaha sungguh2 nabi dihina.. Mereka diluar sana hanya mampu untuk bawa sepanduk atau pangkah pada kertas mungkin itulah perkara yang terbaik yang Allah bagi pada mereka.. Kita kena doa untuk mereka.. Semoga Allah terima pengorbanan mereka.. Dan kita yang Allah pilih untuk wat usaha agama ni kita usaha sungguh2 bleh tuan2? Kita taskil mereka keluar 3 hari tapi akhlak kita sama macam penyokong bola sepak mana Allah nak pandang.. Saya lah tu..
-aku yang panggil lu bro-
(((Hamka, Solat tarawikh 20 rakaat berjamaah
ReplyDeleteAdakah ianya sunnah nabi? Jika betul
Boleh tolong jawab bagaimana nabi melakukannya?
No offence)))
eh, ada soalan yang aku tak perasan..
isu ni sama lebih kurang bab bukukan Al quran, Nabi tak pernah buat pun, tapi saidina Umar yang cadang bila tengoj ummat zaman selepas Nabi, solat terawih tu pun begitu. saidina umar yang cadang lepas tengok ummat zaman nabi.
simple.
oarng ni terkeliru orang tu mengelirukan orang ni jangan terkeliru orang tu kekeliruan tak paham betul hahaha...
ReplyDelete-aku yang panggil lu bro-
bukankah Allah swt itu maha berkuasa atas segala-galanya...... dan bukankah kasih Allah kepada Muhammad saw mengatasi atas segala-galanya....
ReplyDeleteikut logik akal kita yang daif ini... bukankah Allah dapat musnah hancurkan semua penghina nabi tanpa bantuan korang buat demonstari pun, BAHKAN Allah boleh hancurkan mereka sebelum mereka lahir lagi ke dunia ini...
Akan tetapi..hari ini..penghina nabi itu(penerbit,pelakon, pengarah, penaja filem) tersebut masih lagi menjalani kehidupan mereka macam biasa ...
Lu pikirlah sendiri ini salah siapa.. hahahaha... salah orang islam sendiri(saya sendiri).. sebab tidak mahu ikut sunnah nabi dan tidakmahu menjalani kehidupan macam nabi suruh..
nabi hidup sedrhana dan miskin dan doa mati dalam keadaan miskin.. hari ini orang islam mahu hidup kaya raya dan doa menjadi semakin kaya sampai mati...
nabi bermati-matian melepaskan keinginan dunia semata-mata menjunjung agama..hari ini umat bermati-matian menjatuhkan agama semata-mata nak dapatkan dunia.
Orang kapir menghina nabi bukan perkara baru, bahkan masa nabi hidup pun banyak orang kapir menghina dan mencederakan nabi... apa yang nabi dan sahabat buat ? buat demonstrasi?
Lu pikirlah sendiri.. sebenarnya orang islam sendirilah yang menghina nabi pada zaman ini sebab bebal tak mahu ikut sunnah dan kehidupan nabi saw (termasuk saya sendiri)
Merenung sejarah
ReplyDelete1989
1. Novel tulisan Salman Rushdie diterbitkan di UK, The Satanic Verse
2. Muslim ber'DEMOSTRASI' Just to show Muslim do disapprove this novel.
=====================================================================
14th January 1989-Demostration of Muslim against The Satanic Verses
=====================================================================
3. Buku ini dibakar lambang untuk menggesa pengharaman novel ini
4. Bukan Islam membantah atas alasan kebebasan bersuara
5. Para pendemo mula diapi-apikan supaya merancakkan demostrasi
6. Demostrasi tersebar dan semakin liar
7. Ayatollah Khomeini, 1st Supremek Leader of Iran mencelah
8. Salman Rushdie dijadikan buruan untuk dibunuh
9. Para penyokong buku ini turut dibunuh dalam pemburuan tersebut
Implikasinya(waima hanya lebih kurang 0.007% Muslim sahaja yang terlibat)
Islam makin dihina, Rasul kita makin dicerca
Namun ada yang mendapat hidayat
(Ajaib! Benarlah hidayah ditangan Allah)