(Aku google perkataan ‘surronding authority’ tapi tak jumpapun orang guna istilah ni, arghh, lantaklah)
Manusia di bentuk oleh belief system (sistem kepercayaan), dan belief system dibentuk oleh Surrounding authority seperti pendidikan ibu bapa, ceramah ustaz ulamak, ajaran cikgu di sekolah, pengaruh rakan sebaya, bahan yang di baca, filem yang di tonton dan lain lain yang berligar di sekitar kehidupan kita.
Jika Surrounding authority korang betul, maka akan betul lah belief system korang, dan akan betul lah akan tindakan korang, insyAllah.
Sama juga, Jika Surrounding authority korang salah, maka akan salahlah belief system korang, dan akan salah lah akan tindakan korang.
(betul dan salah disini terpulang pulak pada definasi korang sebab semua orang rasa mereka betul dan orang lain salah)
Contoh dalam kes sleep paralysis atau kelumpuhan tidur yang aku tulis baru baru ni, ramai yang butthurt sebab Surrounding authority mereka ajar bahwa itu adalah kerja hantu, mereka percaya bila tidur hantu tindih, mereka percaya itu kerja hantu sebab emak bapak mereka ajar macam tu, kawan kawan pun cerita yang sama, di tambah ‘ustaz’ pulak cakap itu kerja jin lagilah mereka percaya, kemudian mereka cakap mereka nampak pocong tindih mereka, padahal mereka ada masalah otak yang mana bila badan mengalami kelumpuhan sementara, otak jadi panik lalu terbayang benda yang paling mereka takut, apa yang mereka takut? Jika nampak pocong, itulah yang mereka takut, apa kejadah, umur 35 tahun tapi takut pada pocong?! Sebab tu aku suruh korang cabar hantu tu tunjuk muka! Tak payahlah nak tunjuk pandai dengan guna alasan tahyul untuk cover kebohohan korang tentang sains!
Dalam Al quran dah tulis dah dalam surah Al Mulk ayat 3 dan 4 (rujuk sendiri) bab sains, Jadi.. jika korang nak suruh aku percaya apa yang korang percaya, korang kena tunjuk bukti, tunjuk gambar, tunjuk fakta, jika itu kerja jin, kenapa jin tu nak tindih kau? Kenapa tindih waktu tidur, tindih waktu sedar tak boleh ke? Ayat mana dalam quran cerita jin kerjanya tindih orang bangun tido?!
Ni lah Pak pandir moden yang terbentuk kerana Surrounding authority, yang mana kemudah percayaan Pak Pandir pada semua cerita akan menyusahkan diri sendiri, senang diperbodohkan, itu semua kita tahu sudah, tapi bila Pak Pandir paksa orang lain untuk percaya apa yang dia percaya, ini yang bangang! Bengong dan hampeh!
Untuk hal ni, aku memang kena salahkan mak bapak korang dan surrounding authority yang telah didik korang untuk percaya pada semua benda.., terutama benda benda tahyul.., benda kebetulan, dan benda yang takde logic sains..
Nasihat aku, bila sakit, rujuk pada doctor, bukan pada bomoh, jika kedai tak laku, rujuk pada pelanggan, kenapa mereka tak datang?, bukan tuduh kedai sebelah pakai bomoh, jika mati pucuk, tengok balik ada kencing manis ke tak?, bukan salahkan awek lama yang bomohkan, jika badan ada lebam, jangan tuduh hantu ludah, mungkin suami kau buat love bite waktu kau tidur, tolonglah belajar what is possible/impossible, melalui basic science..
Korang tahu tak?
"Perkara tahyul jika kita layan dengan sains, dia akan jadi sains, dan perkara sains jika kita layan dengan tahyul maka ia jadi tahyul"
Apa lagi nak di kata?
Aku dah umur 34 tahun, di umur begini, kerap jugaklah aku hadir majlis re union bekas kawan sekolah rendah, sekolah mengengah, universti dan sebagainya, bila dah lepak 2 ke 3 hari di hotel, maka borak punya borak, aku dapati ramai kawan lama aku masih ada masalah dalam belief sistem.
Ramai lagi bekas kawan lama aku yang percaya di dunia ni ada hantu. Penakut nak mampus walau anak dah lima orang. Malulah kat anak sikit..
Ada yang percaya Obama, Napoleon Bonaparte atau Genghis Khan adalah Islam, bila tanya bukti, mereka akan ackap, ustaz cakap, cikgu cakap, blog sekian sekian cakap, FB sharing cakap, aduh,itulah masalah surronding authority mereka, dan masalah mudah percaya bila baca cerita gempak! Kemaluan dah beruban beb, tak kan lah nak percaya pada semua berita tanpa kaji?!
Ada jugak yang percaya David Copperfield yang popular zaman 80 an dulu, pakai jin bila buat silap mata, tapi tak mampu nak hilangkan jambatan pulau pinang sebab tok bomoh Malaysia dah pagar jambatan tu dengan jin islam yang lebih hebat.., Aduhai pakcik, dalam dunia ni mana ada silap mata, itu semua illusionist semata mata, David Copperfield pernah saman penulis buku Magic Herbert L. Becker sebab dedahkan rahsia dia, dan tahu tak, dalam dunia ni ada orang namanya James Randy (yang pernah kantoikan penipuan Cakra Alam) telah cabar mana mana ahli silap mata di seluruh dunia dengan USD satu juta kepada mana mana ahli silap mata yang mampu buktikan mereka mampu buat magic betul. Sampai sekarang takde sorang pun berani terima cabaran tu.
Ada kawan aku yang dah botak kelapa percaya bahawa Neil Armstrong mendengar azan di Bulan dan masuk Islam setelah kembali ke bumi, dah tentu sumber mereka adalah dari Surrounding authority seperti perbicangan usrah atau email forward. Kononnya Armstrong telah mendapat petunjuk ketika di Bulan, dan secara tidak langsung menunjukkan bahawa Islam agama yang benar. Woi bodoh! Aku percaya Islam agama yang benar tapi tak perlulah cerita-cerita karut sebagai hujah. Neil Armstrong dan buat sidang media bahawa tidak pernah masuk Islam, tapi korang bagitahu pulak Neil Armstrong tu palsu, yang sebenar telah diculik israel, bila tanya sumber, rujuk Email forward- bodoh!
Ada jugak yang percaya dunia ini di control oleh Illuminati, bila tanya sumber, mereka cakap rujuk video arrivals yang di minati oleh semua hantu teori konspirasi, ha ha, aku dah kutuk dah dulu.klik sini. Jika mereka baca tentu mereka tak nak kawan dengan aku, lantaklah, aku pun tak nak kawan dengan Surrounding authority yang boleh rosakan akidah aku, woha!
Yang lagi kelakar, kepada kawan aku yang ada silat gayung, mereka masih percaya Bruce Lee mati dibunuh oleh guru kepada guru mereka dengan pukulan batin, (Datuk Meor Abdul Rahman)dan untuk pengetahuan korang, berita bruce lee mati ni bukan di malaysia sahaja, di chinapun berita sama jugak, bruce lee mati kena pukulan yang bagi kesan selepas lima langkah berjalan, di indonesiapun sama, bruce lee mati sebab Zurkanain pukul dengan pukulan ghaib, kat negara lain pun sama, di india dan lain lain, habis tu bila bruce lee nak berlakon jika kerjanya asyik cabar orang? Dah malas aku nak berdebat dengan orang tua umur 35 tahun anak dah anak dara!
Ada lagi, ada kawan aku yang percaya bahawa parti PAS itu mampu bawa pengundi nya ke shurga, dan orang parti UMNO, atau orang atas pagar (macam aku) semua masuk neraka, ini disebabkan Surrounding authority mereka yang hanya dengar cerita sebalah pihak, baca harakah sahaja,dengar ceramah mat sabu, atau ustaz taksub politik dan layan blog pembakang, memang tak dapat nak tolong..
Yang paling aku angin, kepada kawan aku adalah mereka yang bila buar re union, boleh pulak bukak katalog suruh masuk MLM, apa ke jadah! Memang aku maki, Arghh, malas dah aku nak mengumpat kawan aku, semua dah tua, tapi masih ada masalah dalam membuat keputusan sebab masalah Surrounding authority yang mereka pilih..
Nasihat aku, ubahlah Surrounding authority korang, Jangan baca Email forward hari hari, jangan terima bulat bulat FB sharing, juga jangan baca akbar Harakah sahaja atau Blog pro kerajaan sahaja, tapi bacalah Al quran dan hadith banyak banyak, dan bila dah banyak hadith dalam hati korang, maka hati korang akan jadi putih, bila hati jadi putih lama lama akan jadi bersih..
Teruskan lagi baca hadith nabi banyak-banyak sehingga dapat memadam kepercayaan korang pada benda benda yang tak betul, teruskan baca lagi kitab Fadhail amal, atau kitab mutakhab hadith yang akan penuhkan hati korang dengan benda benda yang betul.
Bila hati korang sudah penuh dengan benda benda yang betul, pada waktu tu, apabila sampah seperti paranormal, tahyul, toyol, komplot kapir, ejen yahudi, pendapat ustaz politik, MLM dan sebagainya dapatlah ‘pengesan sampah’ korang berfungsi dengan baik.., automatic korang akan reject semua cerita lembik dan cerita sampah.. Automatik korang dapat persoalkan benda-benda bodoh yang mengelilingi korang, dan automatic, insyAllah korang akan dapat challenge Surrounding authority yang korang percaya dari kecik, dan akhirnya dapatlah korang buat keputusan dengan fakta dan ilmu yang benar.., insyAllah.
Sebab tu tok guru aku pesan, jika nak belajar ugama, kena berhijrah, cari Surrounding authority yang betul, seperti bergaul dengan orang alim, bertikikafdi masjid bersama pendakwah, makan setalam dengan ulamak, dan banyakan membaca makna Al quran dan hafal hadith fadhail, insyALlah Surrounding authority ini akan menukar belief system kita kepada belief system yang sama pada Sahabat nabi yang membuatkan Allah redha kepada mereka, dan mereka redha kepada Allah.
InsyAllah..
Akhir kata, jika korang malas nak baca Al quran dan hadith sebab hati gelap, tapi masih berniat untuk membentuk Surrounding authority dan belief system yang betul, aku cadang, korang baca semua entry lama di blog keretamayat.
Woha!
Ps: Bila umur korang dah 40 ke atas, dan baru dapat Surrounding authority yang betul, dan dapat terima akhirnya bahawa aku betul dan korang salah, nasihat aku tak payah email aku mintak maaf atau berterima kasih, cukuplah bagi makan kepada 40 fakir miskin sebagai penebus kebodohan dan kesalahan korang, woha sekali lagi.
1st ke?
ReplyDeleteterima kasih sebab selalu buat entry yg tepat jitu dan padu. selalu terkesan. terima kasih sekali lagi.
ReplyDeletenice sharing..hihii..nk buat sharing..
ReplyDeleteNoted! Ok aku dah dapat jawapan..mekaseh En Hamka...
ReplyDeleteakhirnya terjawab sudah segala misteri ini..
ReplyDeleteHAMKA adalah Pak Pandir moden..
ReplyDeleteSurrounding authority? kah kah kah..bangang..ni namenye pak pandir moden..istilah mane ko amik ni pak pandir? tolol xabis2..klu xpasti dgn istilah jgn pki ler bangang..
ko kena bgaul ngn profesor2 kt Universiti2 lh aku rse..baru dpt knowledge sains yg betol..jgn pcaya sgt dgn google jek bai..haaa..ni contoh website nk dpt knowledge sains yg benar www.sciencedirect.com
kalau nk username n password mntak kt aku..aku kesian tgk ko ni..ilmu agama dh bagus dah..tp bile bcampur aduk dgn sains dari Mr Google, mmg ke laut knowledge ko..
Cadangan aku..g ler sambung belaja kt Universiti..sempat g tu..bru 34..
Ak rs en anonymous ni org y bpelajaran tggi melangit,x pn besh studen mane2 uni y pemes d kalangan lecturer2 or prof2..mgkin gak dia ni org y br dpt smbung blaja dlm bdg y susah mcm dr..
DeleteTp xseswai utk jd tpt rujukan mane2 pihak wlaupn dia ilmu mcm laut..sb dia ni mcm riak takbur je.
anonymous
ReplyDeleteaku nak sciencedirect punya username dan password... Boleh pakai untuk FYP nanti
ke 7....sempat sebelum solat juammat
ReplyDeleteheheh...entry yang direct dan berkesan.....semoga mereka yang rasa meraka adalah glongan terpelajar tetapi x rujuk pada sumber yang betul serta golongan yang berlagak pandai tetapi selalu percaya kepada benda tahyul sampai cuba mempengaruhi orang lain....spe sanggup nak tanggung dosa menyebabkan orang lain membuat perkara khurafat dan mengamalkaan amalan syirik....saya x sanggup.....sama2 lah kita membetulkan pa yang salah dalam pegangan agama....
kita selalu terpengauh dengan adat sehingg dicampur aduk dengan agama...fikir2kan lah wahai manusia yang tidak brfikir secara globalise serta selalu berada di takuk yang lama....sesungguhnya bill gates x guna bomoh dan tangkal untuk jadi kaya...
lee chong wei x mandi bunga nak jadi nombor 1 dunia..ashwarya rai x pakai susuk untuk jadi ratu cntik dunia...dan orang2 yang berjaya x perlukan bantuan jin dan syaitan untuk berjaya...mereka berjaya kerana usaha dan pemikiran mereka jauh ke hadapan daripada kita...
waallahu alam....
Anon 11:03, hero alam maya...
ReplyDeletekutuk orang punya hebat, last2 sorok belakang nama anon. buat malu je...
anon 11.03...nak gak u&p sciencedirect tu
ReplyDeleteanon 11:03 ni memang lembab. hamka sampaikan dengan nada santai,benda kecil macam tu pun kau nak argue rasanya kau tak payah baca keretamayat ni. Baca la dari sumber-sumber lain yang kau rasakan pendekatannya sesuai dengan jiwa kau kerana pada hujung usia keretamayat akan datang juga menjemput kau. semoga kau berbahagia.
ReplyDeleteAda kawan aku mulut tak reti mencarut kepada kerajaan. Terasa bangang jugak kekadang dapat kawan macam ni. Duk laung hudud tapi mulut mencarut, memaki.
ReplyDeleteKepada anon, di mana telurmu. Woha !
-aku paste dari komen aku kat "Dihimpit Hantu"-
ReplyDeleteTuan Hamka, Tuan2, Puan2 dan Anon2 yg budiman sekalian.
Simple. Aku kasi pecah rahsia. LAMBAT KORANG NIH!
Hantu tu wujud atau tidak bukan menjadi isu utama. Tak masuk Quran pun.
Isu utama ialah para Syaitan & Iblis sentiasa mencari jalan tanpa putus asa untuk menyesatkan umat Islam.
Sentiasa Syaitan & Iblis ini mencari kelemahan kelemahan manusia ini utk menggoyahkan kepercayaan mereka terhadap Allah Taala.
Satu contoh kelemahan manusia ialah, menggantikan ketakutan terhadap Allah Taala kepada ketakutan kepada "makhluk" lain.
Usaha Hamka menanam idea bahawa hantu itu tidak wujud dan terus membuatkan kita tidak takut hantu wajar ditahniahkan & dicontohi.
Usaha ini cuba menutup kelemahan kita yang "percaya-takut-hantu" supaya Syaitan ni tak ada chance utk "menyesatkan" kita lagi melalui jalan "percaya-takut-hantu" ini.
Menjelmalah macam mana pun. Himpitlah macam mana pun. Kita sudah tak takut kerana kita boleh reason dgn sains & logik. Kita boleh reason dgn Al-Quran & Hadis.
One day, Syaitan akan putus asa daripada menjelma & menghimpit. Dan, mencari jalan kelemahan lain utk teruskan usaha menyesatkan kita.
InsyaAllah, selepas itu, tiada lagi jelmaan2 / gangguan2 seperti ini lagi.
Mohon pembaca / pengkomen ulangkaji bab isi tersirat dalam karangan / rumusan. Itulah, dulu mak bapak suruh pegi sekolah untuk belajar, bukan bercinta.
Cakap SLOW, marah pulak.
ok, aku paham.
ReplyDeleteAku dah google perkataan ‘surronding authority’ tapi tak jumpapun orang guna istilah ni, kecuali Hamka, nampaknya Hamka tak guna surronding authority untuk sebarkan dakyah, tapi guna istilah sendiri, tahniah.
Saya malu kepada diri sendiri sebab guna nama Anonymous berbanding nama mak bapak saya bagi.
Saya mengaku, sayalah pak pandir moden.
Hamka, tolong respon komen saya.
suka!
ReplyDeleteWanita Bertudung Hijau
ReplyDeleteNampaknya begitulah...
--------
MyHeart
Kutuk member sendiri, memang tepat, ha ha!
--------
Lady Windsor
Sebagaimana dalam email..
---------
heal man
nilah yang dikatakan, lontar satu batu, dua orang menjadi mayat.
-------
detective nie
aku setuju.
--------
Raveneye
Jangan layan si Anon tu.. lama lama dia boringlah
--------
Akim Iqbal
Mereka hanya bincang apa yang kerajaan tak buat menurut islam, cuba bincang apa yang saya tak buat menurut islam, banyak faedah, sebab bila rakyat berubah, kerajaan juga berubah.
----------
skar
aku setuju dengan kau, dan aku setuju dengan diriku sendiri.
---------
nur chahaya abadiey
pun!
brilliant. simply brilliant bro. semua yang aku tak puas hati dengan mentaliliti masyarakat kita ni semua kau dah masukkan dalam satu entry. aku harap satu malaysia baca ni so that tak ada lagi berita bodoh pasal Konspirasi freemason and tahyul bodoh. aku bagi 10/10 for this one
ReplyDeleteanon butthurt la pulak..haha science direct ko ni pun kene google gak..woha!
ReplyDeleteKepada Hamka..
ReplyDeleteSebarkanlah ilmu yang pasti lagi benar..
Kalau xpasti simpan dlm diari utk baca sorg2 (jgn bagi bini or ank baca gak..t diorg plak yg sesat)
Cukuplah sorg2 sesat..jgn sesatkan umat Muhammad yg lain..
aku fhm..ko tgh berada di puncak keyakinan..kononnya ko sorg lh yg benar..ko sorglh yg pndai..ko dpt ilham direct dari Tuhan..ko sorg je lah yg ngaji agama..ko sorg je lah yg belaja sains..guru2 ko jelah yg bleh dipercayai..yg beza pendapat ngn ko bodoh2 belaka..yg beza pendapat ngn ko sumenye Pak pandir..
tidak ke ko tau Nabi akan bdiam diri klu dia xtahu..nabi xckp guna nafsu..moga ko berfikir dulu sebelum menyebarkan ilmu..
jgn berahi sgt nk berblog sampai menyesatkan org lain..
moga ko insaf..
Salam. Yo lah pakcik keretamayat, pakcik jo lah yang betol, dah surrounding authority pakcik gitu, orang lain salah ajo, pakcik ajolah yang betoi. Tapi tolong jangan tulis insyAllah, tolong tulis insyaAllah (cuba perati beza tu).
ReplyDeletekpd anon 2.50pm:
ReplyDeletehamka suruh byk ngaji quran dan hadis ko kate dye x benar?
kpa ayam terek:
bile mase hamka ckp dye sorang je betol?
Tahniah...blog yg mnarik dan ad nilai motivasi....
ReplyDeletetruskan bblog...
jgn pdulikan komen2 dr kwn2 si komeng yg dh basi...
ad org x tau yg dia tu x tau...
pak cik hamka... apa khabaq??.. Surrounding authority sapa yg salah skrg?? pakcik hamka ke atau golongan yang pakcik hamka dok kutuk 2?? ..
ReplyDeletemcm mna plak dah pakcik hamka bleh tau :
> neil amstrong wat sidang media cakap di bukan islam?
>david coperfield wat magic xpkai jin?
>dunia xdikuasai iluminati?
> kalau tdo 2 bukan kna himpit jin tp sbb sleep paralysis?
> bruce lie la apa la dan lain2 la...wahaha.. tau dari mna?
1. dari fakta sains yang tah dari mna tah pakcik hamka baca.. tah yang kaji 2 tah batul ke x? ..
2. erm.. dari internet yang maybe tah dari mna sumber tah.. dok pakai rembat dari google ja?
3. ke... dari rekaan pak cik hamka yang konon igt dah pandai n tau semua benda yang betul atau salah nie semata mata? ..
...surrounding authority rock !! ...
...>>> jgn marah-marah ye....
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletekadang2 nak marah pon sampai hati. pasal neil armstrong tu, tahu tak dia pernah visit malaysia. pernah ada press keluarkan pasal dia buat kenyataan xpernah masuk islam and etc.
ReplyDeletemembaca; kunci kejayaan mahupon pengetahuan. woha!
en hamka...kwn2 satu U kau,sklh rendah n sklh menengah kau memang mcm tu ka...huhuhu lawak giler...
ReplyDeletelepas nie jgn percaya email forward..huhu...semuanya hampeh....
bruce lee,neil armstronng.....obama,napoleon....huhuhu......nie memang konpirasi yg menrosakkan...
huhuhu...nasib baik aq x SLOW......alhamdulillah....
tak sangka aq....kalau org SLOW baca enrty nie..mcm2 dia cakap....merapu entah2 apa??
ReplyDeletewei yg SLOW tu,gi lah naik kan RAM laptop anda....jgn jadi SLOW...
"Kemaluan dah beruban beb, tak kan lah nak percaya pada semua berita tanpa kaji?!"khas pada yang SLOW...
kpd anon2 sekelian... kalu korang tak suka jgn baca! aku pun ada jugak perkara yang aku tak setuju dgn pendapat si hamka ni, tapi point dia masih tak lari, cuma pendapat atau penyampain si hamka je yg geng2 anon ni tak senang,,,contoh kalau korang ada pengalaman sendiri dgn hantu a.k.a jin ni, takan korang nak citer kat anak2 korang dan suruh mereka percaya pulak!? aku pun ada pengalaman sendiri tapi bukan lah masalah besar bagi aku, dan aku tak kisah pun kalau org lain tak percaya! not a big deal!!! tapi org melayu mmg suker benda2 camni, ni dah jadi "makanan" org melayu! (byk tgk tv sama mak bapak,dvd,wayang,baca buku hantu,novel cinta,harakah,utusan,dgr ceramah kelakar,momok sana sini,tgk seekers,email foward,teori konspirasi) cool.....
ReplyDeleteKepada semua pembaca, xkira la korang setuju atau x dengan Hamka..
ReplyDeleteKalau korang rasa Hamka salah, tegur dengan cara yang ada etika..kalau rasa marah sangat, gi berdiri (kalau tengah duduk la, dll)..kalau rajin gi la amik wudhu..
Kita xdapat puaskan hati semua orang, mungkin Hamka puas dengan apa yang ditulis, kalau xsetuju, bagi pendapat korang..ada bukti atau fakta yang berkenaan lagi bagus, kita boleh bincang sama..
Ni bukan blog pro mana2 parti, so kita berbincang secara ilmiah, xkira la korang nak guna quran n hadis ke atau guna google etc..
@skar: aku yakin syaitan xakan putus asa untuk sesatkan manusia..sebab dia dah berjanji sejak dari zaman nabi adam lagi..cara mana dia nak sesatkan kita mungkin berbeza ikut peredaran zaman..xpun bergantung kepada surrounding authority..
Subjek mengenai illuminati (dan segala perancangan rapi mereka) pernah menjadi salah satu subjek saya (Sejarah Pemikiran I) di universiti. Diajar oleh Prof Dr Sulaiman Noordin (bapa Yassin Brothers).
ReplyDeleteOh ada di sini: http://malaysiaaktif.my/v2/index.php/News/Issues/Freedom-the-Illuminatis-Slogan-to-Topple-the-Govt.html
Apa komen saudara Kereta Mayat?
hamka yg hensem...
ReplyDeletepersekitaran sdg mempengaruhi diri...
kuatlah..
@hanakirana
ReplyDeletehaha..i like lah u..mmg iluminati tu wujud..freemason tu wujud..tp Si Hamka ni xcaya sbb dia pakai filter 0.01micron..kecik sgt..sume bnde nk difilternye..yg kuar utk die letak dlm cawan aka otak die, air kosong jek..habis sume khasiat..tggl yg basic2 jek..cam basic science yg die slalu repeat (skrg dh xcite dh bab basic science der hamka..even sifat sebenar electron n nucleus pun dh berubah xmcm skolah menengah dulu)
sentap hati bile ayat jgan terima share fb bulat-bulat. betul-betul buat aku insaf ni :)
ReplyDeletekelakar tengok komen anon2 yang menghentam Hamka. Kalau nak hentam, sila hentam dengan berilmiah dan baertatasusila. Jadilah anon yang berjaya, jangan jadi anon bodoh. Awal2 lagi kat tepi blog Hamka dah tulis, rujuk al-quran dan al-Hadith, jangan terus terpekik melolong menghentam.
ReplyDeleteJom Layan The TOUCH Phone Project. Everything is connected. Everyone is connected. 15 phones/15 cities. Millions of connections. Millions of stories. Are you connected? What’s your message to the world?
ReplyDeleteFox Studio - Kiefer S..
Assalamu'alaikum....
ReplyDeleteBacalah Untuk Mengambil Manfaat....Kalau Rasanya perkara Tu Baik Untuk Diri Sendiri Ambil Dan Buat Pngajaran..Kalau Tak Suka , Maka Tinggalkanlah..
Seandainya Kita Rasa Tak Setuju Dgn Sgala Pemikiran Dan Pndapat Yg Diluahkan Oleh Encik Hamka, Kita Hormatilah Pendiriannya...
Org Yg Jujur Biasanya Akan Memberi Nasihat Dan kritikan Dgn Baik. Bukan Hanya Cuma Menyamankan Hati Semua Pihak Sehingga Kita Terus Menerus Melakukan Kesilapan Tnpa Disedari....
Muhasabah Diri Selepas Membaca Blog Ni..Adakalanya Terasa Seperti
'Pahit' Membaca Yg Mana Sebenarnya Ia Adalah 'Penawar'........=)
Surrounding authority?...macamnike?
ReplyDeleteBila cucu makcik (belum 2 tahun) nak terjatuh, makcik kata "ooops!", Tapi cucu makcik kata "Allah..!"
Bila makcik kata "nasib baiikk, tak jatuh.", cucu yg umur 5 tahun kata, "Alhamdulillahh.. la nenek..!"
Bila makcik mengeluh mengapalaa mangga tu busuk-busuk.., anak makcik ingatkan, "periksa amalan, baiki solat.."
Bila makcik borak2 kosong, cucu kata "asyik cakap pasal kain, kenapa tak cakap pasal Allah? Allah tu hebat."
Adakah maknanya suasana membentuk kita? Ada yang mengingatkan makcik, kalau dalam rumah, kita malu nak cakap agama dengan anak-anak, kita tak biasakan anak2 cakap agama, takut-takut nanti bila bila mamanya nazak, anak2 malu nak talkinkan atau nak ajar mamanya mengucap.."engkola, engkola.."..last2 mamanya pergi gitu aje... na'uzubillah..
makcik enon
yeayy.. ke 38, ahahahaha...
ReplyDeleteAlhamdulillah..ada jugak yang sependapat ngan aku.
ReplyDelete@aku_ein
ReplyDeleteMohon ulangkaji komen aku 2 3 kali lg.
Aku pun sokong & yakin.
aku perasan sibuk, komen aku.
ReplyDeleteaku sokong dan bersetuju dengan mereka yang setuju dengan diriku dan aku juga menyokong diriku sendiri.
Woha!
Aku SPM tahun 1994- SAINS dan PENDIDIKAN ISLAM dapat A.
ReplyDeleteadakah ini membantu?
Woha!
kesian sungguh dengan mereka-meraka yang dipengaruhi dengan surrounding authority yang negatif ni, isk isk isk
ReplyDeletenasib baek aku tak mudah dipengaruhi oleh persekitaran:-)
Entry ni best sangat tepat dengan keadaan masyarakat sekarang
ceq setuju nngn pakcik hamka ttg belief system masyarakat kita. ceq pun ada pengalaman terkena apa yg ustaz2 dok kata gangguan. tp dr pengalaman ceq dan pendapat sahih org yg berilmu, semuanya kerja syaitan. dah janji dia nak sesatkan umat manusia. kalau dh kita sbg hamba Allah selalu leka, tak ingt tuhan, dok wat maksiat, memang la syaitan suka nak dekat. masa tu lah dia dok bisik2 kat hati suruh percaya ni kerja hantu tu, hantu ini, (ikut apa yg kita percaya). lgpun cuba pk logik, knp hantu melayu, hantu cina, hantu org putih tu lain2. dh sah2 sbb perbezaan tu adalah disbbkan belief system bangsa masing2. ceq rasa menda ni semua common sense. leh pk sendiri.so buka hati , bersedia terima teguran dan rujuklah yg arif.
ReplyDeletebosan.. huahhhhh..
ReplyDeleteyeayyy, aku seorang yang mudah larut dalam persekitaran
ReplyDeletetime kasih la kat persekitaran.. weeeee
amik yg jernih buang yg keruh..matlamat utama nak dapat ilmu yg bleh buat bekalan ke syurga..makanya xperlu lah smpai gaduh kutuk mengutuk..nnt lari plak dari matlamat utama.. pd yg rasa ada maklumat yg salah bg la pendapat n hujah..nak jugak dgr kedua2 blah pihak..pastu timbang2 mn yg betul yg bleh jd pengajaran.. plus klu guna ayat cantik skit kan lg bagus..berhikmah...xlah termalu klu budak2 terbaca blog ini jd dia pun dpt yg baik2 bkn yg x baik.. pkai ayat cantik pun msg leh sampai jgk..kt mmg xmampu nak jd mcm Rasulullah tp cuba lah..dapat sipi2 pun alhamdulillah...
ReplyDelete*maaf klu ada kata yg mengguris..pendapat dri yg kurng ilmu..
hamba Allah said:
ReplyDeletebtol lah tuh..tak kisah la siapa pun hamka nih tak pandai sains ke, lemah fikiran ke..tapi mmg btol, kita kene ubah diri kita, keluarga kita daripada takut dengan hantu dengan takut pada Allah..masuk neraka yang selama-lamanya, lagi takut kan~ peace no war..
Akim Iqbal
ReplyDeleteBgtau kat kawan2 ko tu..dalam kerajaan tu,bersepah2 orang parti pembangkang..so kawan ko kutuk siapa sebenarnya? ahaks..mulut busuk dari hati yang busuk..
50! yey!
ReplyDelete(komen aku nampaknya tidak diperlukan, sebab semua sudah matang)
hamka,
ReplyDeleteumur 34 ka?
sama la kita...
p/s: harap aku pun matang juga..dan tak SLOW..woha!!!
ye, betul aku berumur 34 tahun,
ReplyDeletesebahagian diri aku adalah orang tua yang terperangkap dalam tubuh orang muda, dan sebahagian lagi diri aku adalah budak budak yang terperangkap dalam tubuh orang muda.
Akhirnya, jadilah aku: Hamka keretamayat.
Woha!
HAHA , serius kelakar tengok komen(s) . Biasalah manusia mereka bercakap . Entah . Bgai aku tiada yg betul atau salah ila bercakap pasal pendapt stiap org pendapat masing-2. Tulis pendapat , kita tk belajar benda tu kat sekolah so dia takde jawapan yh specific . Betul tak ? HAHA
ReplyDeleteaku tak jadi anonymous. aku jadi aku sendiri.
ReplyDeleteinilah yang syaitan nak. kite dok balah same diri.
kredits to orang yang suke berbalah. korang jawablah nanti kat rasulullah... tengok nt, die gembira, atau sedih tengok perbuatan angpa suma...
ini ke sebab rasul di utuskan ke bumi? nak tengok kite berbalah ker?
rasul di utuskan tidak lain dan tidak bukan untuk menyempurnakan Akhlak!
-aku malu tengok bangsa kita, yang beragama islam... dok balah sama diri...-
kami mana ada gaduh, hanya berbalas balas komen sahaja.
ReplyDelete: )
hati-hati dengan apa yang anda tulis.. kerana setiap apa yang kita lakukan akan sentiasa dipertanggungjwabkn.
ReplyDelete~Always.
-sungguh, setiap satu penciptaan Allah, xda yang sia-sia. setiap perbuatan manusia, akan sentiasa memberi kesan, kepada sesiapa saja. hatta bukan manusia.
~ikhlas.
Makin lama makin mengarut penulisan hamka... Dulu minat gak nk ikut. Skrg rasa malas dah. ni pon tgk kot2 ada benda baru dari dia. tp hampeh... Hamka bercakap ikut nafsu.
ReplyDeleteTp takpe... manusia ni tak lepas dari wat salah. Termasuk aku lah. tp wajib menegur kalau nampak ada kepingcangan cth mcm penulisan2 berbaur nafsu mcm ni.
Utk Hamka... aku maafkan ko klu ko tahu ko salah. Dan maafkan aku sbb tegur ko mcm ni.
Naper aku tegur Hamka...
ReplyDeleteAku pon pandai sains gak mcm hamka...
Tp yg aku belajar sains itu benar jika agama kata itu benar. Dan sains itu salah jika agama kata sebaliknya. Dan aku diam klu aku tak tahu.
Agama kata jin, iblis dan syaitan ada. Sihir itu ada. Jadi takkan aku nak kata semua tu mengarut atas sbb sains kata takde.
Makhluk halus boleh mencederakan kita dengan Izin-Nya. Jadi takkan aku nak sangkal hanya sbb sains kata takde.
Makhluk halus akan rosakkan manusia dengan apa saja cara. dari segala aspek tidak kira secara fizikal or mental or kerohanian. Jadi takkan aku nak sangkal gak hanya sbb sains kata takde.
Mcm orang tetiba mati muntah darah. Takkan ko tak terlintas langsung yg mungkin org itu kena santau? ke ko rasa ada sbb dari segi saintifik...
Ko kena ingat. Ada banyak juga kematian atau penyakit yang doktor letak dalam rekodnya sbgai "kematian mengejut" dan "penyakit yg tidak diketahui". Klu ko tak caya ko tanya doktor.
Salam..
ReplyDeleteAziz oh Aziz...
aku bukan nak backing sangat saudara Hamka ni..tapi rasa2nya takdelah pulak Hamka menafikan adanya santau atau sihir? Ke memang ada?
Muntah berdarah, ada minum air sirap tak tadi?
ReplyDeletewoha!
Salam..
ReplyDeleteAziz oh Aziz...
aku bukan nak backing sangat encik Hamka ni..tapi rasa2nya ko tu tak paham apa yg cuba disampaikan. lalu membebel mcm mak nenek.
kalau ko tk setuju dengan apa yg encik hamka tulis.. ko ulaslah pada contoh yg dia bagi. (spt sleep paralysis ke David Copperfield ke)komen mana yg tak kene.
malangnya ko cipta contoh baru yg tak selari langsung dengan maksud.
komain lagi .. penulisan berbaur nafsu.. cuba ko baca balik apa yg ko tulis.. ko cakap diri sendiri ke.
Hamka buat post yg memajukan orang melayulah pulak. Pasal hantu jin pun nak brdebat. Tak dpt ayam KFC pun nak marah-marah. Oit,Hamka letak iklan pape kat blog ni. Masuk gak duit. Pahala dpt,duit dpt. Apakata ko iklankan blog aku dulu haha.. RM50/5k pengunjung. adaberada.blogspot.com
ReplyDeleteAku setuju biarkan mereka dengan hantu2 mereka! Ini bukan masalah percaya atau tidak!, ni masalah kepercayaan dan keyakinan mengarut org melayu, sikit2 santau,sikit2 hantu, sikit2 org buat! Letih!
ReplyDeleteHamka, dlu klu aku x silap...post2 yg ko publish mengundang ratusan komen2...tp skrg ni dah brkurangn dgn begitu ketara...itu pun sbb byk yg repeat...adakh post ko dah x menarik lg? Atau org dh bosan dgn coretan ko? Atau kereta mayat dh byk hantu, tu sbb org lari krn takut...
ReplyDeletehuhuhu...sapa makan cili dia rasa pedasnya...sapa yg bising2 tu....memang terasa kot...sapa yg terasa tu bererti di buat kot perkarayg en.hamka bg tau....huhuhu....bila dah kena batang hidung baru nak riuh sekampung...woha..memang SLOW lah....sapa yg terasa tu....
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM WBT... Sapa nak msuk syurga angkat tangan... wuhaha!! ramai yang dah mendaftar anda bila lagi????..
ReplyDeleteTakpelah komen sikit tapi membina, dulu komen ratus ratus datang dari anonymous yang dengki, sekarang kebanyakan dah insaf, mereka memilih untuk diam sebab setuju, lagipun mereka dah takde idea nak bantah, tinggal kau sorang jer yang dengki..
ReplyDeletetakpe, budak sekolah kan? tidur awal ye, jangan lupa basuh kaki, nanti datang lidah hantu dari bumbung jilat muka kau, habis tumbuh jerawat..
hihihi..
Aziz, makhluk halus memang banyak mengganggu aku, pernah sekali aku tertumpah gula terus mereka serang, nasib baik aku ada penyapu, terus aku sapu ke longkang.
ReplyDeletela la la..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteDisihir itu sunnah. Nabi saw pernah disihir....begitu juga dikeji, dimaki, diperlekehkan dan sewaktu dengannya oleh Abu Jahal dan Abu Lahab.
Dimana ada Muhammad saw, disitu ada Abu Jahal atau Abu Lahab. Sinonim.
Kalau tak silap aku, kerana tu Allah swt turunkan ayat Kul a'uzubirabbinnaas. OK, perhati tengok...makna ayat pembisik dan penghasut dari kalangan manusia dan jin.
Hantu @ makhluk halus dan seangkatan dengannya adalah fatamorgana.....nampak macam hantu he..he..tapi bukan hantu.
Wallahu'alam.
Khalid
apa kata kalau ulama2 nizamuddin /raiwind ckp memang illuminati wujud?
ReplyDeletehoi anon 11:03, ko saje nak troll ke atau ko memang bodoh dan bangang?
ReplyDeleteape kejadahnya baca science direct, ko ingat journal2 yang dah publish zaman skrang ni (even kat nature sekalipun)ko bleh percaya 100%? ko mesti tak penah wat research and tak pernah publish journal kan?
haha kesian...
p/s: professor and scientist tak perlu result yang baik untuk publish, hanya kena pandai 'auta' dan twist sana sini, (atau pakai orang dalam),bila2 masa je diorang boleh publish macam post comment kat facebook. woha! (terpengaruh surrounding authority kereta mayat)
Rilek la bang...x kan bila bgtau komen dh brkurang, ko jauh atie plak...dh kenyataan pon...aku ingtkn ko akn tulis..."eh, aku x kisah pon sbb ni nota tuk diri sndiri...". Tak pe2, aku hrp kwn2 kat sini tolong pakat ramai2 tulis komen byk2...pos 5-6 kali pon x pe..bg semangat balik kat hamka...
ReplyDeletehik hik hik
percaya lah kat dunia nie banyak tempat keras dan makhluk halus..
ReplyDeletemaka, berhati hati lah sumer..
ahahaha
Salam H.A.M.K.A (pastinya bukan nama sebenar), saya ada beberapa soalan yang buat saya tertanya2 dalam hati, kadang2 saya rasa saya dapat jawapannya, tapi kadang2 saya ragu2 pula..
ReplyDelete1. Kenapa HAMKA (apakah niatnye) ni suka cerita pasal bersetubuh ek? Adakah elok menceritakan perihal dalam kelambu/selimut/bawah katil etc published utk bacaan umum?
2. Kenapa (apakah niatnye) HAMKA berbangga2 diri dalam rupa paras fizikal sendiri? Adakah elok kita membangga2 sedangkan berbangga(puji diri sendiri) tu perangai setan..? Ke saya yang salah, sbb saya mmg bukan org pandai dan arif bab2 perangai sebenar setan nih..
3. Memandangkan HAMKA org yang cepat bosan, maka saya tangguhkan je soalan2 berikutnya ye..
Hamka nama sebenar tuan punya blog.
ReplyDeleteSoalan puan tidak relevan dengan entri kali ini. Saya tidak menyokong atau menafi apa yang Hamka tulis, tetapi jika mahu buat provokasi, ruang ini bukan tempatnya.
Nama betul ke?
ReplyDeleteMaaf sebab tersalah, anggap soalan saya yang lain batal.
Hamka, sila reply komen saya cepat, penat sudah refresh.
Mana Hamka? cepatlah balas komen, saya dah nak habis waktu rehat ni, sudah penat refresh,
ReplyDeleteBlog abang Hamka tak best, tapi setiap entry saya komen, lagi 10 minit saya akan refresh tunggu abang Hamka komen.
Hamka, cepatlah balas komen saya, hik hik hik.
kepada mereka yang tak tahu, Seri Dewi Malam Bulan Mengambang adalah bukan nama sebenar saya.
ReplyDeletesaya malu nak letak nama saya sendiri, sebab saya takde telur.
saya komen jam 1.30 ptg, belum solat zohor, abang Hamka tentu pergi solat zohor, balik nanti, tolong reply komen Seri Dewi Malam Bulan Mengambang ye..
sebenarnya, blog ini best!
haha kesian aku tgk troll2 ni.. terdesak dahagakan kasih sayang ko hamka.. haha
ReplyDeleteSkrg ni hamka banyak wat post citer hantu lah... tapi dlm bentuk antogonist... Aii... blog makin dah tak laku dah ke?
ReplyDeleteKe nak seiring dengan filem sampah semasa... tp dlm bentuk konon2 lebih menentang dan mendidik.
Apa kata klu tak yah wat citer apa2 tang ni... lebih bagus kan.
saya pun pelik kenapa orang PAS suka guna syurga n neraka..dlu ada sorang hamba Allah ni cakap kat ayah saya kalau tak masuk PAS tak boleh masuk syuga.Ayah saya tanya die "kenapa, syura n neraka tu PAS punyer ke?", terus die diam.
ReplyDelete-cik suha-
aku lupa nak masukan tiga benda lagi yang orang sanggup percaya padahal benda tu tipu.
ReplyDelete1. WWF, atau WWE, semua lawan ikut skrip, bodoh sape yang percaya.., kalau nak gusti betul, tengok UFC.
2.Cannibal holocause (1980) itu bukan domentary, itu film yang setaraf dengan filem REC (zombie), Cloverfirled (raksasa), atau Chronicle (superhero)
3. Face of death, sama jugak, dokumnetari tu tipu.
I love you Hamka..haha
ReplyDeleteHi bro Hamka...
ReplyDeleteThanks atas posting ni. Sebahagian boleh diterima, tapi sebahagian tak boleh diterima.
Bab yg ko cadangkan rujuk kitab fadhail amal tu aku kurang setuju sikit sebab kitab tu banyak hadis dhoif. Jadi rujuklah kitab yg lebih muktabar seperti hadis riwayat bukhari, muslim dan lain2.
Ko memang tabligh sejati bro.
haha..
Thanks.
Assalam
ReplyDeleteDah bertahun-tahun kitab ini diperlekehkan. Tak terusik sikit pun, malah lebih ramai pembacanya.
Mana-mana masjid yang ada usaha dakwah akan ada kitab ni. Malaysia, Indonesia, Thailand...Paris, London and Rotterdam.
Berjuta-juta orang baca kitab ni siang dan malam, berjuta-juta manusia kembali ke pangkal jalan membaca kitab ni.
Kesiannya kau...hanya nampak keburukan kitab ni. Tak perlah...kalau nak hadis sahih bacalah muntakhab hadith. 100% sahih.
Bukan Hamka jer..kena bertabligh. Semua ummat kena belajar bertabligh. Fahamilah perkara ini dengan hati yang terbuka......
Aku sayang kau.
Khalid
@Bro Khalid
ReplyDeletebukan memperlekehkan Kitab Hadis tersebut..but aku takot dgn umat akhir zaman nih..selamba jek berdebat guna hadis yg dia xtau hujung pangkal..sedangkan ulama' yg mengumpulkan hadis tersebut pun pesan jgn berdebat atau berhukum dgn hadis2 yg dhaif..
situasi berdebat guna hadis yg xtau hujung pangkal nih berlaku bro..terutama di sekolah2 agama (aku lah salah seorgnye ex budak skolah tersebut..sgt sedih..moga Allah ampunkan aku)..budak2 bru nak naik..kdg2 hadis yg mereka guna jatuh pada kategori palsu..
tqvm..
tak payah nak bising bising
ReplyDeleteapa kata sape yang percaya kat benda tahyul mahyul ni,kita pakat pakat hantar santau angin kat hamka.
sapa sapa yang tak percaya tahyul mahyul jom kita pakat pakat gelakkan sape sape yang percaye kat santau angin..!
buarhghhhhaa aha ah aha aha aha ah...bulp!
: )
ReplyDeletesblm baca blog ni, baca dulu "peraturan membaca blog keretamayat"..terutama sekali kt bahagian 'amaran'..
ReplyDeleteWoha!
- Surrounding Authority = World View
ReplyDelete- Follow je Quran / Sunnah, kalau rasa susah sangat, cuba pikir logik sikit apa Rasulullah akan buat kalau ditempat korang
- kthxbai
Assalamualaikum Hamka & sahabat2 sekalian..
ReplyDeleteAku nak cerita pengalaman diri aku sendiri. Dulu aku juga seorang “minah konspirasi.”
Percaya sangat tentang iluminati & freemason. Selidik semua tentang konspirasi dunia. (kononnya nak muhasabah diri supaya diri lebih baik dari segi agama). Aku menjadi takut sebab dunia ini telah dikawal oleh tentera dajal (oh!jahilnya aku ni). Tapi ironinya tak jugak bertambah amal ibadah. Masih jugak buat apa yang Allah larang dan tinggal apa yang Allah suruh. Pada suatu hari pada Ramadhan tahun lepas, 2011, ada seorang sahabat yang perkenalkan aku pada blog Hamka Kereta Mayat. 1st entry yang aku baca adalah “Solat best”. Entry tu buat aku nak baca lagi dan lagi entry2 blog ni. Dari blog ini aku ‘diperkenalkan’ oleh Hamka tentang kitab Fadhail Amal dan Muntakhab Ahadith. Setelah itu aku terus tanya pada sahabat aku(seorang karkun atau lebih dikenali sebagai tabligh) berkenaan kitab2 itu. Pada mulanya aku mengalami kesulitan untuk mendapatkan kitab2 itu. Mungkin itu adalah ujian dari Allah untuk melihat kesungguhan aku. Puas cari tapi tak jumpa. Pada satu hari, Allah telah meringankan jari jemari aku untuk meng”google” beli kitab Fadhail amal dan Muntakhab ahadit. Aku jumpa link “Pesan dan Sampai” Aku buat pesanan dan orang tu datang sendiri ke rumah aku untuk menghantar kitab2 yang aku order melalui sms. Teramatlah mudah. Dan, dengan kuasa Allah, selang beberapa hari, sahabat aku juga telah menghantar kiriman pos berupa kitab fadhail amal dan muntakhab ahadith kepada aku sebagai hadiah katanya di atas kesungguhan aku untuk mencari kitab itu. Subhanallah… Sekarang aku ada dua kitab fadhail amal dan kitab Muntakhab Ahadith. Satu baca kat rumah dan satu lagi baca kat ofis… Demi Allah, ketika aku membaca kitab itu buat pertama kalinya, aku menangis macam budak kecik. Aku rasa kerdilnya la aku ni. Aku teringat dosa2 lalu aku. Kini, aku sedang belajar istiqamah untuk membaca kitab2 tu selepas aku baca alquran. Aku mula belajar solat sunat tahajud yang selama ini aku tak pernah buat. (InsyaAllah, aku sedang istiqamah untuk bangun setiap malam menunaikan solat sunat tahajud). Dan sekarang aku lebih tenang berbanding dengan kehidupan aku yang dulu.
Aku cerita pengalaman aku ni bukan untuk suka2 je. Tapi aku nak beritahu, DENGAN NAMA ALLAH, ASBAB BACA BLOG NI LA AKU MULA MENDEKATKAN DIRI DENGAN AGAMA YANG DAH LAMA SANGAT AKU TINGGALKAN. ILUMINATI??? FREEMASON?? DAJAL?? HANTU?? DENGAN TAKUT DAN BERCERITA TENTANG PERKARA2 INI AMAL IBADAH TAK MENINGKAT PUN!!! LEBIH BAIK CERITA KEBESARAN ALLAH DAN PERJUANGAN RASULULLAH DAN PARA SAHABAT. DENGAN ITU, AMAL IBADAH AKAN BERTAMBAH, INSYAALLAH…
Dunia ni hanya tempat untuk kita membina akhirat sahabat2 semua. Maka kumpul la amal ibadah banyak2 sementara masih hidup.
Yes, Hamka hanya manusia biasa. Dia bukan nabi yang maksum. Wajar kalau dia silap sana dan sini. Tapi, apabila kita melihat seseorang, lihatlah kebaikannya bukan keburukannya wahai sahabat2 sekalian. Yang betul ambil, dan yang salah ketepikan. Itu je, simple.
Maaf Hamka, panjang pulak komen aku ni..
Aku selalu doakan kau Hamka dalam setiap doa2 aku. Semoga kau dan keluarga kau diberkati Allah. InsyaAllah…
Assalamualaikum Hamka & sahabat2 sekalian..
ReplyDeleteAku nak cerita pengalaman diri aku sendiri. Dulu aku juga seorang “minah konspirasi.”
Percaya sangat tentang iluminati & freemason. Selidik semua tentang konspirasi dunia. (kononnya nak muhasabah diri supaya diri lebih baik dari segi agama). Aku menjadi takut sebab dunia ini telah dikawal oleh tentera dajal (oh!jahilnya aku ni). Tapi ironinya tak jugak bertambah amal ibadah. Masih jugak buat apa yang Allah larang dan tinggal apa yang Allah suruh. Pada suatu hari pada Ramadhan tahun lepas, 2011, ada seorang sahabat yang perkenalkan aku pada blog Hamka Kereta Mayat. 1st entry yang aku baca adalah “Solat best”. Entry tu buat aku nak baca lagi dan lagi entry2 blog ni. Dari blog ini aku ‘diperkenalkan’ oleh Hamka tentang kitab Fadhail Amal dan Muntakhab Ahadith. Setelah itu aku terus tanya pada sahabat aku(seorang karkun atau lebih dikenali sebagai tabligh) berkenaan kitab2 itu. Pada mulanya aku mengalami kesulitan untuk mendapatkan kitab2 itu. Mungkin itu adalah ujian dari Allah untuk melihat kesungguhan aku. Puas cari tapi tak jumpa. Pada satu hari, Allah telah meringankan jari jemari aku untuk meng”google” beli kitab Fadhail amal dan Muntakhab ahadit. Aku jumpa link “Pesan dan Sampai” Aku buat pesanan dan orang tu datang sendiri ke rumah aku untuk menghantar kitab2 yang aku order melalui sms. Teramatlah mudah. Dan, dengan kuasa Allah, selang beberapa hari, sahabat aku juga telah menghantar kiriman pos berupa kitab fadhail amal dan muntakhab ahadith kepada aku sebagai hadiah katanya di atas kesungguhan aku untuk mencari kitab itu. Subhanallah… Sekarang aku ada dua kitab fadhail amal dan kitab Muntakhab Ahadith. Satu baca kat rumah dan satu lagi baca kat ofis… Demi Allah, ketika aku membaca kitab itu buat pertama kalinya, aku menangis macam budak kecik. Aku rasa kerdilnya la aku ni. Aku teringat dosa2 lalu aku. Kini, aku sedang belajar istiqamah untuk membaca kitab2 tu selepas aku baca alquran. Aku mula belajar solat sunat tahajud yang selama ini aku tak pernah buat. (InsyaAllah, aku sedang istiqamah untuk bangun setiap malam menunaikan solat sunat tahajud). Dan sekarang aku lebih tenang berbanding dengan kehidupan aku yang dulu.
Aku cerita pengalaman aku ni bukan untuk suka2 je. Tapi aku nak beritahu, DENGAN NAMA ALLAH, ASBAB BACA BLOG NI LA AKU MULA MENDEKATKAN DIRI DENGAN AGAMA YANG DAH LAMA SANGAT AKU TINGGALKAN. ILUMINATI??? FREEMASON?? DAJAL?? HANTU?? DENGAN TAKUT DAN BERCERITA TENTANG PERKARA2 INI AMAL IBADAH TAK MENINGKAT PUN!!! LEBIH BAIK CERITA KEBESARAN ALLAH DAN PERJUANGAN RASULULLAH DAN PARA SAHABAT. DENGAN ITU, AMAL IBADAH AKAN BERTAMBAH, INSYAALLAH…
Dunia ni hanya tempat untuk kita membina akhirat sahabat2 semua. Maka kumpul la amal ibadah banyak2 sementara masih hidup.
Yes, Hamka hanya manusia biasa. Dia bukan nabi yang maksum. Wajar kalau dia silap sana dan sini. Tapi, apabila kita melihat seseorang, lihatlah kebaikannya bukan keburukannya wahai sahabat2 sekalian. Yang betul ambil, dan yang salah ketepikan. Itu je, simple.
Maaf Hamka, panjang pulak komen aku ni..
Aku selalu doakan kau Hamka dalam setiap doa2 aku. Semoga kau dan keluarga kau diberkati Allah. InsyaAllah…
Surau flat ijau yg femes di putrajaya,dipenuhi pekerja2 dari negara luar pd waktu subuh,dimana org2 kita yg cuma sekerat hadir bbanding dengan kapasiti dan kuantiti bangunan yg gah dgn penghuni2nya..!
ReplyDeleteSituasi surau2 di tempat anda..?
adakah org2 kita sibuk mengakses intenet hingga keletihan untuk mcari pdedahan2 konspirasi dan sbagainya..?
Dimana orang2 muda melayu khususnya??bangsa diuar-uarkan yg mbawa panji hitam dari Timur..?
kpd Hamka dan saudara2 seagama,teruskan perjuangan..
ReplyDeletesaya tahu,kalian semua selalu mengamalkan Surah Al-Baqarah ayat 155 - 156 bila ditimpa ujian bukan..?
jangan pernah ada 'letih' bila berjuang..
kerna syurga menanti..
terima kasih kerana doakan aku, i need it
ReplyDeleteJemaah tabligh adalah satu jemaah yang ajaib. Aku dah join, dan aku telah catat sukatan pelajaran yang ada dalam jemaah ni. Ada 6 sifat sahabat yang boleh kita pelajari. Dan banyak perkara lagi yang hebat2. Kalau nak tau, joinlah sendiri.
ReplyDeletekau salah tajuk ni.
ReplyDeleteLa..ekau ni mudo lai..Ingatkan umor kau dah hampir lima puloh..Kih..kih
ReplyDeleteTak po..eloklah tu mudo2 dah ingat tuhan..
badan muda, tapi cara buat keputusan, macam orang tua, woha!
ReplyDeleteTabligh adalah juzuk2 agama islam ... Adakah islam hanya terhenti pada tabligh semata ?
ReplyDelete@latif
cari jalan yang betul, dan mulakan pecutan, bukan 'berhenti'.
ReplyDeleteEh? kna leave comment ke?
ReplyDeleteMaaf la en2 annon semua, sy rasa ilmu sy x brapa cukup utk comment entry En.Hamka, jadik sy juz jadik silent reader. And sy rasa ramai yg jadik silent reader sebab rasa x payah la comment sebab kitaorg nk ilmu dari en.Hamka, nak tgk ramai x suka penulisan En.Hamka tgk la follower dia, 1st time sy join masa tu follower en.Hamka dalam 600++ je...
skrg dah 8000 org nak bertambah dari hari ke hari,mesti bertambah...
renung-renungkan n selamat beramal En.Hamka
okey!
ReplyDeleteSalam, First time comment! Berhati-hati bila mengulas perkara yg diluar kepakaran tuan. Tuan pakar dlm bidang dakwah, kerharmonian hidup, kaedah bergaul dan yg sewaktu dengannya..tapi tidak dalam bidang ilmu batin. Belum berlaku dalam ahli keluarga tuan yang kena serangan Jin, Santau, dan yang sewaktu dengannya. Tuan tolak urusan perubatan alternatif dan depankan kaedah Yakin pada Iman, seterusnya ikhtiar dengan jumpa doktor. Fahamilah tuan yang iman kita tidak sehebat dgn sahabat. Ini berlaku pada saya, bila masalah yg timbul dlm ahli keluarga saya, Solat taubat, solat hajat, Yasin, bermacam lagi amal lagi dibuat tanpa henti namun baru saya sedar yang "Selesai masalah dgn solat dan sabar" hanya dibibir sahaja, jauh sekali solatnya kita dan para sahabat Nabi saw. Kepada yg ahli jugalah(perubatan alternatif) perkara ini dirujuk dan disitu baru saya nampak kehebatan doa seorang hati nya ikhlas(secara rahsia) pada Allah.
ReplyDeletePesan saya kepada tuan yg sy sayang kerana kebijaksanaan yg dianugerahkan, berhati-hati komen perkara yang diluar bidang. Tak lupa juga, 2 perkara akan datang menguji Tuan : (1) Kuasa (2) Harta.
Pastikan tidak tertewas dengannya.
Kalau nak buat self-study pasal alam batin nih, saya suggest : bentengjiwa.blogspot.com
Bila saya membaca satu artikel, di akhir pembacaan saya, saya akan buat satu kesimpulan.
ReplyDeleteSekiranya saya tak dapat buat kesimpulan, maknanya saya sekadar membaca tapi tak memahami.
Kesimpulan artikel abg Hamka ni, saya rasa abg Hamka cuma nak sampaikan jgn terlalu taksub atau percaya pd sesuatu yg xada bukti yg sahih.
Neil Amstrong, Jin, Bruce Lee tu smuanya contoh, bukan topik utama.
Itu kesimpulan saya. Hehee. Betulkan klu salah.
Woaha!
108 komen kemudian.
ReplyDeleteBETUL!
Aku percaya kalau Neil Armstrong pernah dengar azan di bulan..ini perkara ghoibiah..azan ghaib..bukan mengarut.aku pernah dengar..mula2 dikanan lubang telinga..lepas tu dikiri..sila tulis hati2 apa2 di blog ni..jgn ingat semua benda kau boleh buat lawak..sbb aku pernah terkena..menyungkur bumi tidak ada apa yang mustahil bg Allah jika ia hendak beri hidayah pd ssorg itu...nasihat je..tapi tulisan kau bagus..membuka minda..
ReplyDeletebagus dah percaya neil armastrong ke bulan, lulus 50% ujian sains, tapi bab dengar azan kantoilah pulak sebab ada wartawan kita tanya neil armasrong baru ni kat KL, beliau nafikan. :)
ReplyDelete