(Jangan menjadi hampeh..)
Melalui Email, soalan ini telah di tanya oleh sorang dua pembaca blog keretamayat sejak April tahun lepas lagi, tapi aku masih tak mengunakan kesempatan untuk mengulas hal ini di alam maya.., nak tulis sangat, tapi habitat buruk aku yang suka tertangguh tangguh dan akhirnya lupa pulak…(alasan hampeh)
Sehingalah munculnya segelintir pembaca blog keretamayat yang email dan berani mintak Nombor Phone aku, seterusnya berdialog dengan Phone akan cerita-cerita yang meningkatkan iman.., yang peliknya (cheh, buat buat pelik-tak pelikpun!) aku masih tak update blog keretamayat dengan isu yang penting ini.. alasan aku: lupa + perasan sibuk + malas? Oh!
Maka aku mintak maaf bebanyak kepada yang telah bertanya.., isk.
Dan kemudian ada jugak yang sanggup drive dari jauh datang jumpa aku lalu belanja minum teh tarik sambil bercerita tentang iman dan bagaimana nak tingkatkan iman.., bercerita juga cara cara nak selamatkan islam kononnya…, selamatkan islam dari kedai kopi? Hampeh!!
Akhirnya dari bulan ke bulan, entry ke entry, dan bila dah penat merepek dan membebel sini sana.. maka hari ini aku kembali untuk menulis jawapan kepada soalan yang berulang sejak zaman berzaman..., insyAllah.
Baiklah, para pembaca yang budiman sekalian, izinkan aku menulis tentang: Bagaimana Meningkatkan Iman?
Nampak begitu ilmiah dan begitu bersarjana tajuk ni bukan? Aku memang bukan real-ustaz dan mungkin entry ini tak seindah tajuk seterusnya tak dapat membantu korang dalam mejalani liku-liku hidup dalam meningkatkan iman, maklumlah aku hanya seorang ’kelindang keretamayat’.., dan dah tentu penerangan melalui tulisan berbeza melalui peneranganku di kedai kopi sambil korang belanja minum teh tarik, huh!
Satu lagi hakikat adalah: Pengalaman meningkatkan iman memang tak dapat di capai dari mulut ke telinga, atau dari telinga ke tulang, namun,.. dalam ruang yang ’bisu’ ini, boleh kot aku bagi sedikit FIKIR tentang bagaimana meningkatkan iman.., kita sama sama belajar, insyAllah.
Mula-mula, aku nak tanya korang semua yang dah akhil baligh:
APA ITU IMAN???
Dah berpuluh tahun korang mengaku beriman, boleh tak bagi tahu aku apa ke benda iman tu? Lantaklah korang nak jawab ikut skema buku teks KBSR ke?, atau format SPM atau standard Al Azhar., dan betullah apa yang korang belajar selama ini, yakni : Iman dari segi bahasa adalah bla bla bla,(isi sendiri), Manakala, Iman dari segi maksud pula adalah bla bla bla.. (isi sendiri ikut apa yang dah korang belajar)
Tahniah untuk korang :)
Baiklah, akupun nak tumpang jawab...., dengar ye?: )
Iman itu adalah... (telan air liur)
Iman adalah.. percaya 100% Cakap Nabi Muhammad SAW..
Iman adalah yakin 100% semata-mata atas apa yang di sabdakan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.
Maknanya, jika korang ada sesetengah part yang buat korang tak beberapa percaya atau kurang yakin pada sabda Nabi Muhammad SAW, maka pada tika dan waktu tu, korang boleh di anggap sebagai tidak beriman.. percaya tak?(naduzubillah)
Kenapa?
Kerana orang kapir jer yang tak percaya dengan Sabda Nabi..
Dulu, Pada awal-awal permulaan dakwah Baginda SAW, Nabi ada buat jamuan makan pada kaum kerabat dan penduduk Mekkah, masa tu penduduk Mekkah tak tahu lagi Nabi dah naik darjat jadi Rasul akhir zaman..
Dah lepas makan, Nabi naik atas tempat tinggi dan buat pengumuman.
Lebih kurang maksud Nabi bersabda:
”Percayakah korang, jika aku katakan di belakang bukit sana, ada tentera yang sedang bersiap sedia nak serang Mekkah?”
Pada waktu dan tika itu, mereka semua yang dengar telah percaya 100% cakap Nabi Muhammad SAW, mereka membenarkan cakap Nabi, kerana al maklumlah, bagi setiap penduduk Mekkah, Nabi Muhammad adalah seorang yang tidak pernah bercakap bohong gelama ikan nuri, dan orang yang paling boleh di harapi dan di percayai, di gelar pulak al-amin, tak pecah amanah punya orang..
Ada tafsir yang bagitahu: Andai lepas Nabi cakap begitu (ada tentera yang sedang bersiap sedia nak serang Mekah,) lalu mereka-mereka sumua pakat pergi belakang bukit dan tak jumpa pulak tentera musuh, maka mereka akan masih tetap percaya bahawa musuh yang Nabi cakap tu mungkin ada di belakang bukit yang satu lagi. Begitulah confidentnya mereka dengan seorang yang bernama Muhammad...
Tapi bila Nabi declare bahawa baginda adalah Nabi akhir zaman, maka masing masing mula tak percaya dan tuduh baginda berdusta dan gila.., panjang cerita- boleh rujuk sendiri, apa yang aku nak bagitahu adalah mereka semua jadi tidak beriman yakni kekal kapir dan korang dan aku juga boleh jadi kapir bila kita tak yakin lagi dengan sabdaan Nabi Muhamad SAW.. Naduzubillah!
Jadi… korang akan di anggap sebagai seorang yang beriman selagi korang tak mendustai Allah dan Rasul.. kerana hakikat iman adalah yakin 100% semata-mata atas apa yang di sabdakan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.
Nabi pernah bersabda: "Semua orang masuk shurga kecuali yang enggan.”
Sahabat bertanya: "Siapakah mereka yang enggan?”
Nabi jawab: "Orang yang tak ikut aku.... ”(lebih kurang maksud)
Ada satu cerita lain, selepas peristiwa israk mikraj, tak kala Abu Jahal dapat tahu bahawa Nabi telah pergi dari Mekkah ke Palestine dalam satu malam dan naik pulak ke langit jumpa Tuhan, Abu jahal rasa hippie semacam lalu dengan sukarela kumpul semua orang kampung dan bawa mereka pergi dengar cerita dari Nabi kerana sangka beliau lepas ni takde ler orang yang nak percaya cakap Nabi Muhamad SAW yang ’karut’ kononnya..
- Pergi ke Palestine satu malam?,
- Naik ke langit?,
- Tunggang binatang shurga?
- Jumpa tuhan?
Hehehe gelak abu jahal memperlekehkan cerita Nabi.. (agaknya)
Dan kemudian, Abu Jahal pergi jumpa dengan bestfriend Nabi iaitu Abu Bakar RA dan bercerita sambil mengejek: "kawan kau cakap dia pergi ke baitul muqadis dalam satu malam.”
Belum habis Abu jahal bercerita, Abu Bakar ra telah meyampuk:
“Jika Nabi cerita dia nak ke langit jumpa tuhanpun aku percaya”
Terus bengang Abu jahal, dan bertambah bengang bila semua orang islam percaya dan yakin 100% dengan cerita Nabi telah pergi israk Mikraj, dan jika Abu Jahal masih hidup lagi, lagilah dia bengang gila sebab kat Malaysia la ni tiap-tiap tahun ada cerAmah israk Mikraj, ada makan-makan pulak tu he he he..., dan korang sebagai orang islam semua, dah tentu percaya 100% Nabi pergi israk Mikraj bukan?
Selamat beriman!!!
: )
OK, lah kita balik kepada main topic, How to improve our Iman..
Tapi sebelum itu… biarlah aku tulis secara menyeluruh tentang Iman dan aplikasinya.., bagus untuk buat nota diri sendiri..
Untuk pengethuan bakal mayat sekalian, sebagai seorang manusia, kita kena buat 4 perkara untuk selamat hidup di dunia dan di akhirat…
Jika tak buat 4 perkara ini maka rugilah kita di dunia dan akhirat.., naduzubillah..!
Apakah 4 perkara itu?
Perkara pertama yang kita semua kena buat adalah:-
1) Korang kena ADA IMAN atau kena BERIMAN…
Iman adalah perkara yang sangat bernilai di sisi Allah..Dan orang islam mulia di sisi Allah kerana Iman.Iman satu perkara yang sangat berharga kerana seorang yang jadi mayat tanpa iman, Maka akan kekal dalam api neraka buat selama-lamanya tanpa jadi mayat.
Allah tidak akan hancukan dunia dan seisinya selagi ada orang beriman atas muka bumi ini, jika sudah tiada oran beriman, Allah bukan saje musnahkan dunia, malahan kaabah akan runtuh, masjid akan hancur, dan semua malaikat juga akan mati…
Begitulah bernilainya iman di sisi Allah sbt.
Di riwayatkan seorang yang berjumpa dengan Allah kelak, dan hanya membawa Iman sebesar zarah, maka nescaya Allah akan menukar dengan Shurga yang luasnya sepuluh kali ganda dunia.Hakikatnya, Iman adalah sangat di perlukan terutama bila tiba waktu nak jadi mayat, bahkan siapa yang ucapkan kalimah iman sejurus sebelum menghebuskan nafas yang terakhir, maka SHURGA wajib untuknya…, ada riwayat menyatakan siapa yang akhir kalam dapat ucap kalimah IMAN maka azab neraka di HARAMKAN untuknya!!!Iman sangat penting, sehinggakan dalam kubur perkara pertama yang akan di soal oleh malaikat yang mana jika tak dapat nak jawab kena azab adalah IMAN…Di padang mahsyar kalimah IMAN akan memberatkan Timbangan Kebaikkan..Di titian Sirat, Iman akan mencahayakan dan memudahkan perjalan meniti titian perjalanan..Dan nilai shurga adalah IMAN!!!Dan siapa yang masuk neraka dan pernah ucap kalimah IMAN maka pasti akan di keluarkan oleh Allah..Sahabat buat usaha atas IMAN selama 13 tahun di mekah, dan Nabi Muhammad SAW adalah GURU IMAN yang terbaik, dan sahabat-sahabat baginda adalah MURID IMAN yang terbaik,
Tanpa iman, manusia akan kekal menderita dalam Neraka buat selama-lamanya, no time limit, no way out.. isk.
Ahli neraka akan menyesal dan mintak kembali ke dunia walaupun sesaat hanya untuk hidup beriman, pendek cerita korang semua orang islam yang baca blog aku adalah sudah beriman, percaya 100 % cakap nabi Muhamad SAW…, insyAllah walau camne burukpun amalan korang, akhirnya masuk shurga demi iman yang ada dalam diri.., tapi takut takut kerana maksiat, iman kita akan tercabut, pagi beriman petang kapir dan takut takut mati dalam keadaan kapir.., naudzubillah!!!
Balik kepada 4 perkara tadi, perkara ke 2 yang korang dan aku kena buat untuk selamat hidup di dunia dan di akhirat adalah:-…
2) Korang kena KEKALKAN IMAN…
Kekalkan iman adalah tersangat penting kerana ramai orang yang lahir islam, tapi belum tentu menjadi mayat orang islam walaupun di kebumikan di perkuburan orang islam...
Jadi, bagimana Nabi ajar kita semua supaya kekal beriman?,
Ada dua perkara yang penting perlu di buat untuk KEKALKAN IMAN:-
a) Perbaharui Iman dengan Ibadat.
b) Menahan diri dari maksiat..
Perbaharui Iman dengan Ibadat.
Dengan Ibadat.., insyAllah IMAN akan berjaya di kekalkan dalam diri..
Dalam solat misalnya ada ucapan syahadah..., dan ada riwayat menyatakan orang yang tak solat boleh jatuh kapir, solat adalah ibu segala ibadat, maka penting di sini kita semua kena jaga ibadat masing masing, jika tadi rukum iman sekarang kita dah masuk rukun islam.., solat, puasa, zakat dan haji.., mengamalkan semua ini akan mampu kekalkan kita dalam iman, insyAllah...
Menahan diri dari maksiat..
Ada riwayat yang mengatakan, seorang yang buat maksiat boleh tercabut imannya.., Nabi bersabda lebih kurang maksud, orang yang berzina tercabut imannya, orang yang mencuri tercabut imannya dan lain-lain maksiat.., maka aku dan korang kena pandai jaga diri dari maksiat dan maksiat amat susah di tahan bila bersunyi diri..oh!
Pesan Nabi SAW kepada Hazrat Ubadah bin Samit ra.
Janganlah menyekutukan ALLAH dengan sesuatu apapun, walaupun kamu di bunuh, di bakar atau di salib,
jangan meninggalkan solat dengan sengaja, kerana sesiapa yang meninggalakan solah dengan sengaja akan terkeluar dari islam.
Jangan melakukan Maksiat kerana itu akan menyebabkan kemurkaan ALLAH.
Jangan minum arak kerana perbuatan ini adalah ibu segala maksiat.
(riwayat tabarani)
Seperara lagi, setan tak takut dengan ahli ibadat.., orang tengah solat, setan lintas lintas celah saf..., setan boleh ’buat’ ahli ibadat jadi riak, perasan bagus, jadi hampeh! dan dan banyak cerita ahli ibadat yang hebat-hebat akhirnya tersungkur di pintu shurga, masuk neraka kerana tertipu dengan godaan setan! Sampai boleh pulak minum arak, berzina, bunuh, dan akhir sekali : Murtad!! Naduzubillah, boleh rujuk ustaz untuk cerita detail,
Oleh yang demikian, iktibarnya adalah, amat penting untuk kita semua orang islam bukan sajer fikir setakat nak kekalkan iman, sibuk beribadat sampai lupa pada dunia.., asyik zikir sampai tak bergaul ngan masyarakat, padahal tak sedar dah masuk kelab setan selamba tipu.., ayhik beribadat di zon ’selesa’, rasa aman dari azab Allah dan perasan bagus serta confirm masuk shurga, pandang ahli maksiat sebelah mata.., orang lain semua ahli neraka.., tak sedar time tu setan dah bertenggek di kepala, iblis dah bermaharajalela di batu jemala.. oh!
Maka...
Perkara ketiga yang setiap orang islam nak kena buat selepas berjaya kekalkan iman adalah,:-
3) Kita kena buat usaha untuk TINGKATKAN IMAN…
Bagaimanakah caranya iman kita boleh meningkat?
Inilah yang jadi tajuk entry ini dan menjadi soalan sejak zaman berzaman..
Ok, jangan melencong lagi.., dan jangan berlengah lagi!
Salah satu cara yang mudah untuk tingatkan iman kita adalah dengan duduk dalam majlis yang bercerita tentang empat perkara:
1) Kehebatan dan Kebesaran Allah.
2) Kehidupan Akhirat
3) Kelebihan Amal.
4) Kisah kisah Pertolongan Allah kepada kekasih Allah.
Kehebatan dan Kebesaran Allah.
Bercerita tentang kehebatan dan kebesaran Allah adalah salah satu di antara cara terbaik untuk tingkatkan iman, contoh korang pergi melawat kilang buat pintu kereta kancil kat Nilai.., pergi tengok line assamble untuk setiap part.., maka korang boleh tengok, untuk manusia buat production pintu kereta kancil sahaja, dia punya kilang bapak punya besar, bersaiz beratus-ratus kali ganda dari pintu kereta kancil.., dia punya bising tak ingat..!!
Tapi bila Allah cipta aku yang besar cam bapak gajah ni, aku tengok ’kilang’ yang hasilkan aku tu, alahai kecik ajer.., sebesar perut mak aku.. dan dari perut mak aku tu bukan setakat aku sorang jer keluar, kakak aku yang bersaiz guni beras pun Allah ’buat’ kat situ jugak, abang aku yang bertapak kaki bigfoot, adik aku yang besar kepala, along yang berkuku waris jari hantu, angah yang bungcit, ucu yang longjong bla bla bla.. dan bermacam macam medium lagi yang keluar dari ’kilang’ tu.., hebat tak Allah?, lepas tu ’kilang’ tu senyap jer.., tapi bila keluar dah ada tangan kaki dan kemaluan.., subhAllah..
Sorry, bagi contoh standard budak tadika, nak cerita bahawa bila kita fikir, atau bermuzakarah tentang Kehebatan dan Kebesaran Allah.Tentang Kudrat dan KeEsaan Allah, on the sport, iman kita akan naik ., insyallah!
Kehidupan Akhirat
Bercerita tentang kubur, padang Mahsyar, Telaga Kausar, Mizan, titian sirat, neraka dan shurga, akan dapat meningkatkan iman kita... insyallah!
Kelebihan Amal.
Dalam majlis ilmu hukum hakam(Masail), belajar fardu ain atau fadrdu kifayah, iman tak dapat di tingkatkan, namun ilmu ini penting kerana tanpa ilmu hukum hakam, amal ibadat akan jadi rosak, maka wajib kita belajar ilmu hukum hakam di setiap permasalah yang timbul.. ini adalah wajib dan semua ummat islam wajib belajar..,
Namun, satu lagi ilmu yang lebih tua dari ilmu Masail iaitu ilmu Fadhail (kelebihan) yang sering di abaikan malah di perlecehkan oleh sesetengah pihak, sayang sekali! Kerana ini dalah sabda Nabi,.Dan Allah banyak cerita Fadhail amal dalam quran!!, Mendengar tentang janji Allah, yakin dengan ihtisab, akan dapat meningkatkan iman kita, Kelebihan amal perlu di pelajari setiap hari dalam membangkitkan kegharahan untuk beramal..
Kata Abu bakar RA: tiada ganjaran untuk mereka yang tidak berharap...
Dalam Al quran bagitahu: setiap rasul membawa berita gembira kepada ummatnya, tafsir ulamak berita gembira adalah janji Allah dalam setiap kebaikkan (fadhail)
Laku korang usul: Ilmu masail tak meningkatkan iman? Kau biar benar Hamka?
Relaks, aku bagi contoh.., dalam mempelajari ilmu wudhu misalnya, bila kita belajar hukum wudhu ada enam, 4 basah dan dua kering, yang basah adalah muka, tangan, kepala, dan kaki, manakala yang kering adalah niat dan tertib..,,ini adalah ilmu masail, tiada apa apa perubahan pada iman bila belajar, tapi penting! Wajib belajar...
Namun, bila kita belajar ilmu fadhail untuk ambik wudhu misalnya, setiap titisan Allah ampun dosa, Nabi akan kenal ummatnya melalui cahaya wudhu, membasuh tangan akan mudah mengambil kitab kebaikkan di padang Mahsyar, membasuh kepala akan dapat naungan arasy, membasuh kaki akan mudah lintas sirat dan lain lain.., maka semakin banyak kita yakin dengan janji ALLAH, semakin meningkatlah iman kita.. itu trtibnya..
Berkata Hanzalah r.a: Apabila kami duduk dalam majlis Rasulullah, maka seolah olah shurga dan neraka terbantang di hadapan kami.., subhanAllah...
Tentu korang pernah alami tak kala bila kita dengar janji-janji dari Allah, rasa nak mati sangat, tak sedar air mata berlinangan, terharu dengan kerahiman Allah.., takut ngan dosa nak nak bernasuha, rasa nak jadi super born muslimin.. bagus, bagus, bagus!!!
Kisah kisah Pertolongan Allah kepada kekasih Allah
dalam Al quran banyak cerita pertolongan Allah kepada nabi nabiNYA..
Allah tolong Nabi Ibrahim dalam api
Allah tolong Nabi Musa dengan perantaan air
Allah tolong Nabi Yunus dalam perut ikan
Allah tolong Nabi Yosof dari fitnah
Allah tolong Nabi Ismail dari di sembelih
Dan lain lain..
Juga dalam hadith.. . ada banyak kisah kisah Pertolongan Allah kepada sahabat RA
Semua boleh ambik iktibar dan menghayati kisah bagaimana kekuasan Alllah dan nusrah kepada hambanya, akan dapat meningkatkan iman kita... insyallah!
WALAUBAGAIMANAPUN..
Hari ini bila kita dengar ceramah, atau baca satu artikel hebat, kadang kadang kita teruja! Rasa sungguh bersemangat, rasa IMAN begitu meningkat, tanda iman meningkat adalah bertambahnya amal.., tapi yang mushkilnya, bila balik ceramah atau lepas habis satu satu program ugama, sampai jer rumah, semangat jadi hilang, kembali kepada asal.., masjid banyak yang kosong walaupun sebelum ini dah di jemput penceramah hebat. Dah 50 tahun merdeka, dan berjuta program ugama di adakan, dah beberapa kali semangat untuk tegakkan islam terbit, tapi esok pagi azan subuh, yang datang muka tu juga.. mana pergi orang yang bersemangat bertakbir malam tadi? Mana pergi orang yang berkokok macam ayam jantan, tapi lepas tu jadi hangat tahi ayam?
Maka perkara ini juga telah berlaku kepada Sahabat-sahabat Nabi SAW, sehingga Hanzalah RA bagitahu bahawa dia telah munafik hanya kerena semangat dan jazbah yang meningkat ketika dengar ceramah Nabi telah hilang sebaik saja balik rumah bergurau dengan isteri dan anak-anak..
Maka untuk perkara ini, walaupun iman kita dah meningkat tapi belum dapat di kekalkan selagi kita tak buat perkara yang ke empat...
Apakah perkara ke empat itu?
4) korang kena buat orang lain JUGA BERIMAN… (dakwah)
Ini adalah perkara paling penting dan utama serta merupakan tugas semua Para Nabi dan Rasul alahisalam,
Tanpa dakwah, ugama akan berkubur.., Ummat terdahulu, hanya Nabi yang berdakwah yang mana di setiap kewafatan Nabi mereka, maka ugama juga turut terkubur, menjadi rosak dan muncul bidaah, maka Allah akan hantar Nabi lain pula untuk betulkan kedudukan Allah dalam hati setiap ummat.., sehinggalah akhirnya tiba zaman yang paling cemerlang, gemilang dan terbilang yakni di zaman Nabi Muhammad SAW.., dan sebagai ummat yang terbaik, Nabi telah mewarisi kerja dakwah ini kepada setiap Ummatnya..
Dan dapatlah kita mengetahui bahawa Iman Nabi adalah Iman yang paling sempurna dan telah meningkat ke tahap tepu, yang mana jika di letakkan shurga ataupun neraka, iman para Nabi sudah tidak berganjak lagi..., ini adalah kesan daripada BERDAKWAH... dalam dakwah ada pengorbanan, dan melalui pengorbanan maka iman dalam diri manusia akan meningkat insyAllah..
Begitu jugaklah iman para Sahabat ra yang berdakwah bersama Nabi Muhammad SAW, iman mereka juga telah meningkat ke tahap tepu, tidak berganjak lagi iman mereka walau di letakkan shurga ataupun neraka di hadapan mata, sedangkan mereka adalah manusia macam kita, berak dan lawas, makan makanan dari tanah, dada tak di belah macam Nabi, tak naik ke langit jumpa Allah, tak lihat rupa malaikat yang asal.., tapi iman dalam dada, kukuh dan teguh!!! Kesan daripada hidup berdakwah.. Asbab mereka ugama talah sampai ke dalam rumah kita, seperti cahaya matahari yang bersinar.., subhAllah!!!
Yang hampehnya..
Hari ini kita semua sibuk cari bekalan hidup di dunia sampai abaikan dakwah..
Ada yang tak nak berdakwah dengan alasan diri sendiri belum cukup baik, padahal menjadi orang yang baik akan dapat di capai dengan berdakwah..., nampak macam tak logik bukan? Tapi bukankah Allah bagitahu orang yang bayar zakat dan bersedekah hartanya akan bertambah? , ugama tak boleh pakai logik...
Lagi satu ada yang tak nak berdakwah dengan alasan belum cukup ilmu, janganlah jadi bodoh bangang!..
Biar aku membebel sikit, memang benar bagi setiap individu, mendalami ilmu ugama adalah lebih penting daripada perkebangannya, Namun rahsia ilmu adalah, MENDALAMINYA HANYA AKAN DI CAPAI MELALUI MENGEMBANGKANNYA.., (berdakwah)
Macam gali lubang, makn dalam di gali maka makin luar diameter lubang, paham?
Tanpa terlibat dalam perkembangan ugama maka kefahaman ugama tidak akan mendalam. Inilah tertib dakwah Nabi SAW, setiap sahabat yang di islamkan telah menjadi pendakwah jam tu juga, Kat Madinah misalnya, bukan Nabi yang berdakwah pada orang madinah, tapi sahabat-sahabat di sana yang telah islamkan sebahagian besar penduduk madinah dan seterusnya menyediakan tempat menunggu kedatangan Rasululah SAW... (rujuk ustaz)
Sahabat berdakwah pada hari pertama mereka masuk islam.., sampaikanlah walau satu ayat!!Ok, di sini ada fakta(sila betulkan jika salah)Nabi Muhammad SAW ajar Sahabat r.a berdakwah sejak dari hari pertama mereka masuk islam dan berlanjutan di Mekah selama 11 tahun lebih.Dalam 11 tahun itu, Al quran telah turun yang mana sahabat telah belajar ayat demi ayat, dan dalam tertib ugama, sesiapa yang terlibat dalam perkembangan ugama maka kefahaman ugama akan menjadi mendalam dalam diri mereka.. Dan melalui kaedah inilah Nabi mengtarbiah sahabah... akhirnya mereka menjadi ummat yang terbaik yakni ummat yang mampu berdakwah tanpa Nabi di sisi, dan mampu mentadbir dunia sebagai Khalifah agung..!!
Moralnya adalah:- Dengan berdakwah! Kefahaman tentang ugama akan menjadi lebih dalam dan tentu lebih bermanfaat, kerana ilmu yang bermanfaat akan kekal sampai kiamat walaupun korang dah jadi mayat!!!
Nikmat mana lagi yang kita dustakan?, apa lagi nak di kata, bila ada yang sibuk beribadat dan mengabaikan dakwah.. oh!
Aku nak tanya:
Tahukah korang pada tahun berapakah solat 5 waktu di fardukan ke atas ummat islam?Baik! selepas Nabi dan sahabat berdakwah selama lebih kurang 11 tahun di Mekah dan sekitarnya, maka baru terbit cerita Israk Mikraj dan perintah solat di wajibkan, PERINTAH SOLAT 5 WAKTU yang merupakan Ibadat paling utama turun selepas 10 tahun lebih Nabi dan sahabat berdakwah.., nampak tak?
Kemudian pada tahun ke 13 datang pulak ibadat lain, zakat di wajibkan, tahun ke 15 pula, turun perintah untuk berpuasa fardu sebulan ramadhan, kemudian tahun 17 baru arak di haramkan dan tahun 21 haji pulak di wajibkan.. ( ini satu fakta sejarah, sila betulkan jika korang lebih mengetahui..oh)
Maka timbul soalan: Kenapa nabi ajar sahabat berdakwah dahulu baru belajar ugama, dan beribadat?
Jawapannya hanya Allah yang Mengetahui, kerana yang berlaku semua dalam kehendakNya, namun jika kita kaji sajarah, kefahaman ugama ummat islam akan didapati dengan berkesan apabila kita menjalankan kerja dakwah, dan begitu juga dengan ibadat, Ibadat akan di buat dengan lebih komitment apabila kita menjadi seorang pendakwah, betul tak?
Korang semua tahu maklum, bahawa bagi setiap individu, solat lima waktu adalah amalan yang mula -sekali akan di hisab di padang mahsyar, jika solat hampeh, maka semua amalan lain menjadi hampeh.., di sini ada satu HAKIKAT, orang yang buat dakwah (macam para sahabat ra),maka ibadat akan menjadi "hadiah” bagi mereka.
Orang yang tak buat dakwah pula. ibadat akan menjadi beban bagi mereka!,..
Aku ulangi:-
ORANG YANG BERDAKWAH, IBADAT AKAN DI ANGGAP SEBAGAI HADIAH DARI ALLAH..
ORANG YANG TIDAK BERDAKWAH, IBADAT AKAN DI ANGGAP SEBAGAI BEBAN..
Sebab tu Sahabat ra yang telah bersebati dengan kerja Dakwah, sebaik sahaja turun perintah solat, mereka teruja dan gembira!!
Mereka argue Nabi SAW KENAPA TAK TERIMA SOLAT 50 WAKTU SETIAP HARI, mereka sanggup buat, mereka solat sampai lupa malam pertama perkahwinan, mereka solat hingga tak rasa sakit di panah, dan di cabut panah.., mereka telah dapat hakikat ibadat, kemanisan ibadat, malahan mereka selalu menunggu-nunggu perintah Allah dari wahyu..., dan buat dengan suka hati, bila datang perintah puasa mereka buat dengan penuh komitment, dalam perangpun mereka masih berpuasa.., bila perintah arak di haramkan, maka madinah telah banjir dengan arak yang di pecahkan dari tempayan besar.., mereka telah merasa kemanisan beribadat hanya semata mata asbab kerja dakwah yang mereka jalankan..
KEMANISAN IMAN AKAN DAPAT DI CAPAI HANYA APABILA KITA BUAT USAHA ATAS IMAN.. (insyAllah)
Dan sebab tu korang (dan aku) yang tak berdakwah hari ini, tak rasa manis dalam ibadat, tak rasa ibadat tu sebuah ”hadiah” dari Allah, malahan berasa satu Beban pulak dalam mengerjakan ibadat, solat berjemaah selalu tinggal, solat di rumah pulak dengan lengah lengah dan malas, isk isk.., kalau boleh korang nak argue Nabi SAW : ”KENAPA TAK NAIK LAGI JUMPA ALLAH?” NAIK LAGI UNTUK MINTAK KURANG JUMLAH SOLAT AGAR JADI SATU WAKTU JER SETIAP HARI, Tak ke Hampeh?!
Dan hampeh untuk diri aku sendiri isk isk isk...
Moralnya adalah:- Untuk berjaya di dunia dan di akhirat kita kena buat 4 perkara iaitu:-
-Beriman
-Kekalkan Iman
-Tingkatkan Iman
-Buat orang lain beriman..
TAMBAHAN:-
Dalam membincangkan isu tentang bagaimana meningkatkan Iman.., ada satu perkara lagi yang sangat penting untuk di ambil perhatian..
Iaitu dalam apa-apa amalan yang berkaitan ugama, melakukan PENGORBANAN adalah satu kaedah paling asas dalam peningkatan Iman...
Ibadat yang di kerjakan sambil lewa dan tidak sanggup pula untuk membuat pengorbanan demi kesempurnaanya akan menjadi hampeh..
Solat misalnya, korang semua tahu Sunnah nabi bersolat adalah berjemaah di masjid, dan untuk istiqamah perkara ini korang kena buat pengorbanan, kena korbankan waktu lapang, korbangkan waktu sibuk, korbankan rangcangan kegemaran, korabankan berselimut di subuh hari, korbankan itu -korbankan semua ini!!
Mungkin sah jika korang solat tanpa pengorbanan, seperti solat lengah-lengah, tak solat di masjid, solat tak pakai baju, dan lain lain, dari segi hukum memang sah, tapi dari segi kesan, solat dengan cara ini akan buat iman menjadi bertambah lemah, merosot.. dan terperangkap dalam kehendak Nafsu, ya! Korang dah solat apa, taat perintah Allah tapi cara korang solat adalah kehendak nafsu! Itu yang boleh buat iman rosak...
Dan begitu jugak dalam berdakwah, kena buat pengorbanan macam Nabi SAW buat, pergi jumpa manusia direct dan cerita tentang berita gembira, cerita atas langit dan bawah bumi, atas langit adalah Kehebatan dan Kebesaran Allah serta Kelebihan Amal. Cerita bawah bumi adalah Kisah kisah Pertolongan Allah kepada kekasih Allah. Yang dah jadi mayat dan Kehidupan Akhirat mereka, boleh rujuk ustaz, nak bagitahu di sini, kerja dakwah begini memerlukan PENGORBANAN yan besar, nak jumpa orang bukan senang, nak cerita ugama boleh buat orang benci dan lari, mungkin kena caci atau kena pukul, kena bunuh pun boleh!! Tapi inilah pengorbanan yang telah di tunjukkan oleh Nabi kepada ummatnya, dan sahabat telah mencontohi!!
Ummat terdahulu di azab oleh orang kapir kerana bernci dengan dakwah orang islam..
Orang kapir hari ni azab orang islam kerana benci dengan perangai buruk orang islam..
Macam mana perangai tak buruk, nak tunggu ada ilmu dulu baru nak berdakwah?, nak tunggu baik dulu baru nak berdakwah? Tak ke hampeh..
Yang mengaku berdakwah pula, tak buat pengorbanan macam Nabi, berdakwah ikut nafsu, macam orang solat kat rumah gak, suka hati dia jer.., maka yang berdakwah tak pergi jumpa umat, suka hati dia jer nak berdakwah ikut nafsu suka yang mana, yang suka komik, berdakawah ikut komik, yang suka menyanyi berdakwah dengan lagu, yang suka filem berdakwah sambil menonton, yang suka main solaitare sambil korek hidung(aku ler ni..isk) berdakwah melalui blog kononnya, tak ke hampeh?
Sedangkan berdakwah macam ni mungkin baik dari segi tertentu, tapi dari segi PENGORBANAN yang tidak semujahadah Dakwah Nabi yang asal, maka hasilnya pendakwah itu sendiri hanyut dengan perasan bagus sampai tak leh pulak aku tegur, apa kes?
Akhir sekali bila pengorbanan tidak di buat maka kesannya Iman akan jadi bertambah lemah..
Dakwah tanpa Mujahadah, bukanlah dakwah namanya.., ianya jadi hiburan,
Tak apa lah korang nak berhibur dengan komik islamic, lagu islamic, nasyid islamic dan blog kelakar islamic misalnya, yang penting bila sampai masuk waktu solat korang pergi solat jemaah, nampak ummat menderita, pergi jumpa mereka dari hati ke hati., telinga ke tulang... jangan pulak abai zikir sebab dengar lagu nasyid, jangan sampai lengah solat sebab asyik baca komik islamic, baca quran pun tak leh jika waktu solat dah nak habis inikan pulak baca blog aku?dan yang paling utama, jangan pulak tinggalkan sunnah Nabi dalam berdakwah hanya kerana beranggapan boleh sajer berdakwah ikut mana nafsu suka.., wah wah wah, meriahnya hidup..
Aku teruskan menasihati pendakwah moden... masalah yang besar apabila kita berdakwah selain cara Nabi SAW, adalah ganjaran dan imbuhan akan dapat serta merta, sedangkan ugama ini berkembang melalui MUJAHADAH...
Apa itu MUJAHADAH?
Mujahadah adalah besusah payah kerana Allah dan ganjaran tidak dapat serta merta..Apabila ganjaran dapat serta merta iaitu dapat duit dan dapat Nama, dapat mahsyor dan di puji sini-sana, maka ada banyak larangan ugama yang suruh tinggalkan medan itu serta merta, Kata Nabi kepada Ummatnya, ganjaran untukku akan di beri Allah di akhirat.., so moralnya di sini, janganlah ambik upah dan niat nak cari nama dengan ugama.., ada azab yang dahsyat untuk mereka yang mencari dunia dengan ugama.. oh!
Dakwah hendaklah di buat dengan niat mencari keredhaan Allah dan yakin dengan ganjaran di akhirat, bukan niat nak orang puji, blog engkau sungguh best, lagu kau sungguh merdu, komik kau sungguh ironi, ceramah ustaz X sungguh lawak, forum islam tu sungguh teruja bla bla bla.., last-last semua jadi hampeh!!
Namun aku akui bahawa bukan semua pendakwah moden ini yang hampeh, ada penulis buku yang boleh membantu korang untuk sampai ke satu tahap yang tertentu dalam ugama, its Ok, walau bagaimanapun, hakikatnya ugama tak akan berkembang jika semua orang berdakwah secara moden ini, basic ugama kena buat pengorbanan dan dah tentu kena ikut cara Rasulullah SAW, walaupun berbuih mulut aku terangkan, dan sudah berpeluh jari jemari aku menulis dan AKU TAHU bahawa blog aku ini TIDAK MAMPU untuk mengembangkan ugama dan mengekalkan IMAN yang sedang meningkat, just membantu sorang dua antara korang mencapai ke tahap tertentu dalam ugama.. da hanya bersifat sementara,
tahniah dan terima kasih, tapi apabila, apa yang patut KITA BUAT, tapi tak buat, maka dah tentu kita banyak habiskan masa buat benda yang TAK PATUT kita buat…, buat benda yang hampeh.., buat benda yang bidaah., tahukah korang?
BIDAAH berlaku adalah apabila kita tinggalkan SUNNAH..!!!,Hampeh!!
OK, korang boleh abaikan celaan ini jika korang seorang yang cacat atau menderita penyakit berjangkit, maka boleh kot korang hidup berdakwah cara yang terhad itu... ataupun memang korang berbakat dalam seni penulisan dan sebagainya, tahu adab-adab ugama, maka teruskan aktiviti ‘sihat’ korang tu cuma kena ambik perhatian tentang apa yang aku tulis di bawah, baca betul betul kerana aku dah malas nak ulang-ulang lagi:-
Ugama islam yang di berkati ini tidak dapat di fahami dan di mengerti hanya dengan membaca, mendengar dan berhibur. Ke tahap tertentu ia dapat membantu namun tak akan boleh pergi jauh., Sebab tu walau Al Quran dah sempurna perfect, still Allah hantar Nabi untuk JUMPA MANUSIA dari HATI ke HATI, dari MATA ke MATA, dari PINTU ke PINTU, dari TELINGA ke TULANG, eh silap, dari SYARIAT ke TARIQAT dari MAARIFAT ke HAKIKAT, dari budak ke MAYAT, dari SEMUA ITU ke SEMUA INI dan dengan beginilah cerita tentang ugama bermula.., semua sahabat ikut step ni dalam menjayakan program reality duniawi ukrawi mereka..
Maka penting dan mustahak bagi korang semua yang terlibat dengan pendakwah gaya moden ini agar dapat melibatkan diri secara lansung ke dalam masyarakat.., aku tak nafikan apa yang korang buat sedikit sebanyak membantu orang yang baru nak kenal dunia, belum buat maksiat dan belum ternoda, tapi bagi mereka yang dah sesat jauh ke hutan maksiat dan suka pulak sesat di sana serta tak berniat pulak untuk pulang ke pangkal jalan, maka penting untuk kita yang di iktiraf sebagai ummat terbaik, pergi ‘selamatkan mereka’..
Dan dah tentu korang akan menjadi hampeh bila selamatkan mereka hanya dari jarak jauh, membebel sambil minum teh tarik di warung, buat forum di universiti, debat perdana/debat online, ceramah hebat hebat dan berakhir dengan wallahu’lam, korang timbul yang jahil terus tenggelam, rakam album insaf dan ada peminat yang bodoh bangang tinggalkan zikir dan quran kerana dengar nashit korang yang di anggap ‘ibadat’ bagi mereka, ada pulak yang berperang dengan komik orang kapir, mereka cipta batman korang cerita mukjizatman dan apa ke jadah lagi ntah? Tak ke hampeh?!!
Tahukah korang? Orang kapir ini ibarat bayi yang masih dalam perut, dan orang islam ni pulak ibarat bayi yang sudah di lahirkan., apabila bayi sudah di lahirkan dengan izin Allah, maka amat penting semua orang ambik tanggungjawab untuk besarkan bayi ini.., jika tidak ia akan manjadi mayat sejuk di tong sampah.., di basahi air embun dan hujan banjir, ia akan di gigit nyamuk dan di gonggong anjing, tak kasihankah kita kepada mereka?
Mungkin korang akan berkata:SEKURANG-KURANGNYA… bla bla bla.. (isi sendiri alasan korang yang hampeh)
Wah wah wah! Meriahnya hidup.., Untuk dunia korang takde pulak berkata ”Sekurang-kurangnya” ., takpelah bos, saya takde kereta, sekurang-kurangnya saya ada basikal, takpelah gaji saya tak naik, sekurang kurangnya gaji saya tak turun.., takpelah tak de orang nak kahwin ngan saya, sekurang kurangnya saya tak menderita penyakit gila., takpelah saya tengok web prono, sekurang kurangnya saya tak melancap, takpelah saya hampeh, sekurang-kurangnya saya nampak kool bla bla bla..., takdenya korang nak bagi alasan sebegitu, tapi untuk ugama selamba korang jer cakap: sekurang-kurangnya.
Contoh sekurang-kurangnya yang hampeh:-
Takpelah berdakwah melalui blog, sekurang kurangnya saya tak hisap dadah.,
(pergi jadi mayat)
Takpelah berdakwah melalui lagu nasyid, sekurang kurangnya saya tak menyanyi lagu dangdut yang ada unsur seks,
(pergi mati!)
Takpelah berdakwah melalui lagu dangdut yang ada unsur seks, sekurang kurangnya saya tak jadi pelacur.,
(pergi mampos!)
Hoi!
Dalam ugama mana boleh cakap sekurang-kurangnya!!, alamak jatuhlah iman bila korang dah berpuas hati dengan amal ibadat korang, ada hadith cerita kisah orang alim masuk neraka walaupun rajin beribadat hanya kerana bila maksiat berlaku ia langsung tak berkerut kening.., (risau ummat)
Moral: Jangan Jadi Hampeh!
Nota: pesan kat diri sendiri sebanyak 90% dan 10 % lagi kat diri sendiri jugak, jangan perasan! Aku yang tulis blog ini untuk nota ugama aku, dan kesannya adalah, aku yang akan baca, baca, baca, baca.. sampai menempel di telinga dan lekat ke tulang, sampai jadi mayat...
*****
Aku tahu bila kita menyalahkan orang lain dalam masalah ummat maka korang akan rasa lega kerana al maklumlah sudah terlepas dari tanggungjawab dan setan pulak bisik korang dah gerenti masuk shurga dan orang lain semua masuk neraka wah wah wah meriahya hidup..
WOI! SI HAMPEH!
Merasa AMAN dari azab ALLAH bukanlah tindakan yang betul bagi orang islam, sahabat yang dah jamin masuk shurga siang malam menangis takutkan hari akhirat, korang selamba buat statement declare masuk shurga.. tarik janggut tu karang baru tahu!dah dah dah pergi cari aib sendiri! Kalau tak jumpa aib sendiri korang adalah seorang yang....Hampeh!
KESIMPULAN:-Apabila kita berdakwah dengan cara yang tidak PATUT kita berdakwah yakni bukan cara Nabi SAW… maka kita akan berdakwah dengan cara yang tidak PATUT kita berdakwah...
Dan apabila kita telah buat perkara yang tidak PATUT kita buat, maka kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita korbankan!
Demikian! Bila kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita korbankan, maka takut-takut kita akan jadi mayat di tempat yang tidak PATUT kita jadi mayat!
Dan apabila kita menjadi mayat di tempat yang tidak PATUT kita jadi mayat, maka kita akan bangkit bersama dengan orang yang tidak PATUT kita bangkit!!!!
Dan apabila kita bangkit bersama dengan orang yang tidak PATUT kita bangkit maka kita akan duduk ke tempat yang tidak PATUT kita duduk iaitu Neraka jahanam!!!Naduzubillah,
PATUTKAH begitu?Memang TAK PATUT…!!!
Moralnya, dalam kehidupan ini, (dah letih)
Untuk berjaya di dunia dan di akhirat.. kita kena buat 4 perkara iaitu:-
-Beriman (dengan ucapap kalimah tauhid)
-Kekalkan Iman ( beribadat)
-Tingkatkan Iman (belajar ilmu ugama)
-Buat orang lain beriman.. (berdakwah)
Dan semua di atas perlu di buat dengan MUJAHADAH/PEGORBANAN!!
Selamat berkorban!!!
Ps: Jangan Menjadi Mayat yang Hampeh, Jadilah mayat di tempat yang patut kita jadi mayat (mati di jalan Allah) errr.. Dah selalu update blog, mungkin jadi mayat depan PC.. oh! Mati sambil main solitaire? Isk!
aku said...
ReplyDelete(di petik dari Bagaiamana jadi pendakwah part 1)
aku nak cakap beberapa perkara pasal dakwah.
PERKARA PERTAMA
aku rasa korang sume dah tau apa itu dakwah dan apakah kaedah2 dakwah.cuma sbg refresh balik sila baca kaedah dakwah yg dikeluarkan oleh pejabat mufti negeri selangor.
1.Berdakwah Dengan Cara Ikhlas
Iaitu menyampaikan dakwah dengan penuh kebijaksanaan yang meliputi perkara-perkara berikut:
a. Menggunakan tutur kata yang lemah lembut dan menarik.
b. Hujah-hujah yang konkrit yang mudah difahami yang dapat menyingkapkan kebenaran dan menghilangkan keraguan.
c. Menggunakan unsur-unsur psikologi untuk menjinakkan manusia dengan Islam.
d. Dakwah yang disampaikan sesuai dengan tingkat pemikiran seseorang.
e. Mengenali dan memahami sasaran dakwahnya.
2.Dakwah Bil Katabah
Dakwah dilaksanakan melalui aktiviti yang melibatkan penulisan seperti risalah, majalah, artikel, cerpen, sajak, poster, carta daan sebagainya. Penulisan ini di terbitkan samada secara berkala, mingguan, bulanan atau tahunan.
3.Dakwah Bil-Hal
Dakwah yang dijalankan dengan menunjukkan contoh teladan yang baik melalui perbuatan, sikap, pandangan, tingkah laku yang positif, kerja-kerja amal yang dilakukan dan aktiviti-aktiviti sosial. Ini bererti pendakwah itu sendiri melaksanakan apa yang diucap olehnya dan tidak sekadar tukang cakap dan tukang tunjuk sahaja. Firman Allah dalam Surah Al-Safaya 2:3
. "Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu kamu tidak melakukannya."
.............................
ketahui olehmu bahawa dakwah bilkatabah/penulisan adalah dikira dakwah.dan adalah tidak wajar kalo ko menamakan org yg berdakwah dgn penulisan sbg ahli bidaah.
mmg dakwah dgn cara menulis di blog/website/majalh etc adalah bidaah hasanah.tp ketahui olehmu bahawa azan menggunakan microphone itu juga bidaah, bersugi dgn ubat gigi juga bidaah tetapi kita tdk menamakn mereka sbg ahli bidaah.ahli bidaah adalah gelaran utk mereka yg melakukan bidaah dholalah/sayyiah harap maklum.
...............................
PERKARA KEDUA
aku mahu terus terang bahawa aku bdk tabligh (aku tak peduli penulis blog ni tabligh ke tak).tp aku nak mintak utk bg aku peluang tegur sikap beberapa pengikut tabligh
1.menganggap berdakwah itu lebih utama dari menuntut ilmu
ketahui olehmu bahawa sudah disepakati oleh ulama' ahli sunnah waljamaah bahawa menuntut ilmu itu lbh utama dari berdakwah.tp ko jgn jd bodoh.bila org cakap menuntut ilmu itu lbh utama bkn bermaksud ko kena tuntut ilmu sampai ko mati.
ketahui olehmu bahawa setiap org islam WAJIB menguasai 4 perkara:
1.ilmu
2.amal
3.dakwah
4.sabar
kalo ko menuntut ilmu semata2 tanpa dakwah maka adalah sia2 kerana ko meninggalkan kewajipan yg wajib ko laksanakan.
begitu juga kalo ko dakwah tanpa ilmu juga adalah sia2.
DAN USAHLAH BERTANYA "BERAPAKH LIMIT ILMU YG PERLU AKU ADA UTK BERDAKWAH SEBAB KO KATA BERDAKWAH PERLU KPD ILMU"
kerana ini adalah soalan yg bodoh.
dan ketahui olehmu bahawa maulana ilyas pengasas gerakan tabligh telah menggariskan 6 point WAJIB utk setiap ahli jemaah antaranya: 1. iman 2. solat 3. ILMU ........dan yg ke6. meluangkan masa utk berdakwah.
maka jgnlah kamu memandang remeh akan urusan menuntut ilmu kerana jelas bertentangan dgn ulama' ahli sunnah wal jamaah termasuklah pengasas gerakan kamu itu sendiri.
2.menganggap mengajar ilmu agama itu bukan dakwah
ketahui olehmu bahawa mengajar ilmu agama itu kdg2 boleh menjadi dakwah.cthnya kalo ustaz itu ajar kepentingan solat berjemaah dan mengajak utk solat berjemaah bukankah itu dakwah.tapi aku ingin berpesan kpd ustaz2 atau bakal2 ustaz yg akan mengajar ilmu agama bahawa kalo kamu sekadar mengajar di sekolah pastu balik rumah makan, tido pastu esok buat benda yg sama sampailah kau mati bermakna ko telah mensia2kan ilmu kamu. masa ko belajar kt mesir/jordan etc ko kata bila balik m'sia nak sebarkan dakwah kpd masyarakat.tp itu semua bullshit.ko hanya mengajar kat skolah atau university untuk duit.bila ko dah pencen ko bukak bisnes lain.(bukan semua)
luangkanlah masa kamu wahai ustaz2 untuk bertemu masyarakat.kerana kamu org yg lebih arif dlm ilmu agama berbanding bdk2 hingusan yg pergi berdakwah dr rumah ke rmh.
kalo ko malu nak gi sorang2 ajak member2 tak pun join je jemaah dakwah. sheikh soleh uthaimin dah kuarkan fatwa bahawa boleh ikut serta jemaah dakwah(tabligh) asalkan kau org yg berilmu.bila mereka(jemaah tabligh) buat benda bidaah kamu boleh tegur.(fatwa ni dikeluarkan bila org report bahawa jemaah tabligh buat benda bidaah cam puja kubur maulana etc.tp alhamdulillah kat m'sia takde benda2 camni)
ketahui olehmu bahawa islam sampai di m'sia kerana adanya usaha dakwah.bayangkan kalau ulama'2 kt negara arab/india/china pd zaman dulu buat mcm korang - mengajar kt skolah2 pastu blk rmh makan, tido.bila dah pencen tanam kurma,ataupun diorang cuma dakwah dgn menghantar surat kpd parameswara - ko agak2 sampai ke islam kat nusantara ni?
................................
PERKARA KETIGA
aku nak ceritakan sebuah kisah benar.
satu hari aku gi jln2 ke lubnan ngan member2.kitorang singgah kat beirut.
fullamak...awek2 kat beirut mmg cun gila wa cakap lu...tp sayangnya takde sorang pun pakai tudung.kalo ko boleh jumpa 5 org pompuan yg tutup aurat kat bandar beirut bermakna ko salah landing.itu bkn beirut.
pastu kitorg jln2 jumpa sorg brader arab.pastu sembang2 ngan dia sekali dia tanya "korang minum arak tak?"(dia tanya dlm bahasa arab la)
uish.kitorg ckp kitorg muslim.dia pun ckp dia pun muslim. ces..tp kitorg tak terkejut sbb mmg dah tau ramai muslim kat lubnan terutama bandar beirut dah rosak gila iman diorang.minum arak selamba je.sampai ko boleh jumpa kedai runcit yg tulis "di sini tidak dijual arak" bermakna kedai lain sume jual arak.
skang apa yg aku nak highlightkan kat sini ialah di sana ada golongan2 yg dah deviated dr jalan islam.iman diorang dah di tahap kritikal.mungkin kat m'sia korang tak jumpa masyarakat camni.tp ketahuilah masih ramai org islam perlu kpd bimbingan.kalo ko gi kampung2 ko akan sedih tgk masjidnya besar tapi jemaahnya hanyalah imam dan pak bilal.
bila masjid kosong camtu bermakna iman penduduk kat situ dah di tahap kritikal.ni cume sebahagian contoh masalah iman yg berlaku dlm masyarakat kita.sebenarnya ada banyaaaaaaaak lagi...
skang aku nak tanya diri aku dan korang sume.apakah peranan kita?
ya....kamu sume akan menjawab "kita perlu dakwah mereka"
skang aku nak tanya...
"mana blog2 dakwah kamu?"
"mana majalah2 dakwah kamu?"
"mana komik2, filem2 dakwah etc yg kamu dok bangga2kan?"
kenapa penduduk kg tu still tak gi solat di masjid sdgkan ko siang malam dok update blog dakwah...ko hari2 tulis artikel kat majalah?
kenapa org2 islam beirut jd mcm tu sekali(bukan sume.tp ramai)?sdgkan dlm internet ada berjuta2 artikel2 dakwah yg ditulis oleh ulama'2 arab?
kenapa..?
skang ko dah tau jawapannya...
sbb dakwah tak sampai...
sbg conclusion, aku bkn nak korang yg ada blog dakwah, website dakwah etc spy tutup blog/website korang tu...biarkan kat situ.kalo nk update updatelah tak kisah.sbb mungkin ada sorang dua yg sesat masuk blog dakwah bosan ko tu pastu dia terkesan ngan dakwah ko...
tp bagaimana pula ngan penduduk2 kg yg takde kemudahan internet? adil ke ko wat camtu?
so aku mengajak diri aku dan korang sume utk keluar berdakwah.kalo korang taknak join jemaah dakwah pun tak kisah.ajakla member2 korang pergi kampung2...kalo dok hostel pergi bilik ke bilik...supaya dakwah itu sampai...
last sekali kpd bdk tabligh termasuklah aku, jgn taksub dgn jemaah.sila rujuk balik tujuan penubuhan jemaah.kalo org taknak join jemaah korang pon tak kisah asalkan mereka kuar berdakwah di jalan Allah.kerana itulah cara yg ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat...
dan kpd korang sume kalo baca majalah dakwah/blog dakwah etc jgn terburu2 nak tuduh yg bkn2.jgn ko gi ckp kat dia
"apalah wat blog dakwah.abis tu org kat papua new gueanea tu mcm mana?"
sbb itu adalah kata2 yg bodoh.mungkin brader tu mmg kuar gak dakwah ikut cara nabi.ko mana tahu.
tp kalo org tu ko mmg tahu cara tu je dakwah dia takpela kalo ko nk ckp camtu...pastu ajak dia kuar dakwah...bukan kutuk blog dia je...pastu ko pun kena kuar sama...
hamka...haha...aku mintak maaf guna nama samaran.tapi aku rasa ko boleh teka sapa aku...
adios
sambungan...
PERKARA KEEMPAT
oh last sekali...aku rasa pelik apsal org islam asyik dok bertekak benda2 ni...
ahli jemaah A kata: kita perlu utamakan dakwah dr kampung ke kampung, dr rumah ke rumah...
ahli parti PQRS ckp: tak tak...kita perlu laksanakan hukum Allah, amar makruf nahi mungkar...sistem pentadbiran islam perlu dilaksanakan...
ahli parti XYZ kata: tak tak... kita takleh mundur... umat islam perlu tumpukan kpd pembangunan....
bla bla bla.........
kenapa dok bertekak..? org lain dah maju ke hdpn...dah sampai ke bulan dah pun...ko masih nak bertekak tak habih2...
kenapa tak sekalikan semua...
wujudkan suasana seperti zaman nabi, shbt dan tabi'in....
islam berkuasa penuh dlm pentadbiran,ekonomi,pendidikan,pembangunan etc...tp pada masa yg sama dakwah tetap berjalan
kan ke best tu...?
(di petik dari Bagaimana jadi pendakwah part 1)
ReplyDeletepecinta dakwah said...
assalamualaikum wbt..
terbaca blog ni sbb ade member bg link..alhamdulillah ade yang baik dan mungkin ada yang sedikit tidak bersetuju..n nampak cam hangat saje dibincangkan kat sini..moga Allah merahmati kita semua..
pape pn,ana mengajak antum semua kembali melihat apa sebenarnya dakwah yang dibincangkan ini..dakwah itu sudah semestinya memerlukan objek dakwah dan medan untuk berdakwah..
di zaman Rasulullah, jelas sekali cara berdakwah dan mengajak orang kepada islam bergantung pada medan dakwah dan objek dakwah ketika itu...dan sememangnya melihat pada peribadi dan sirah Rasulullah sendiri, baginda memaparkan berbagai method dakwah..ada ketika Rasulullah berdakwah dengan
1. kekerasan
- mari merujuk kisah seorang sahabat yang cukup mulia bernama Abu Dzar dari suku Ghifar yang terkenal sebagai kaum yang agak keras..ada suatu ketika, beliau berkata kepada Rasulullah untuk berdakwah secara terang-terangan sedangkan Rasulullah menolak..kerana jiwa menyampaikan haq itu cukup bergelora dalam diri,Abu Dzar ini pergi ke depan kaabah dan melaungkan lailahaillah secara terang-terangan..lalu,orang ramai membantai dia kerana ketika itu dakwah tidak diterima oleh kaum quraisy..namun,Abu Dzar terus membuat benda yang sama..berdakwah dan dibantai..berdakwah dan dibantai..lalu Rasulullah menghantar Abu Dzar ini ke kaumnya sendiri untuk berdakwah..menghilang lah sahabat ini sampai perang uhud hingga khandak dan akhirnya ketika hijrah, subahanallah beliau membawa 5000 famili yang dah didakwahi bersama..(moga Allah memberi kekuatan kepada kita sepertinya)
-method kekerasan ini juga boleh dilihat jelas ketika Rasulullah menegakkan kalimah lailahaillah dengan pedang..boleh rujuk banyak sirah tentang peperangan
2. lemah lembut
dakwah yang Rasulullah bawa juga ada yang secara lembut..
"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk rahmat bagi semesta alam" (al-anbiyaa:107)
bagaimana Rasulullah dengan orang kafir yang kencing didalam masjid yang akhirnya msuk islam..bagaimana Rasulullah dengan seorang wanita kafir yang buta yang akhirnya masuk islam..ini semua adalah atas lemah lembut dalam dakwah Rasulullah..malahan lihatlah bagaimana ketika Allah memerintahkan Musa dan Harun untuk berdakwah kepada firaun:
"Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas..maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut" (Thaha:43-44)
dan dua cara ini sama ada keras maupun lembut,boleh dituruti dengan platform dakwah yang berbagai-bagai..
"Barangsiapa melihat kemungkaran, ubahlah ia dengan tangan (kuasa). Jika tidak mampu, maka dengan lisannya, jika tidak mampu, maka dengan hatinya..itulah selemah-lemah iman" (HR Muslim)
ada pun dakwah secara kekerasan dan lembut ini boleh digunakan secara
a) lisan
contohnya memberi ceramah, mengajak orang ke masjid untuk berjemaah, nasyid dan berbagai-bagai lagi
b) tangan (kuasa)
andai berkuasa, boleh menegakkan islam dengan undang-undang dan yang berkaitan
c) akhlak
malahan akhlak sekali pun adalah satu cara untuk berdakwah,
"jadilah kamu seperti rama-rama, tidak berkata tetapi menghiasi" (Hadith)
Saad bin Hisyam bin Amir berkata:
"Aku bertanya kpd Aisyah tentang akhlak Rasulullah". Dia berkata "Akhlak beliau Al-quran" (HR Muslim)
d) Hati
"itulah selemah-lemah iman" (HR Muslim)..dengan hati juga yakni merasa benci kepada kemungkaran dan mendoakan objek dakwah untuk berubah juga adalah method dakwah walaupun ianya tingkatan terendah
Jadi..marilah sahabat sekalian..ana mengajak antum melihat bahawa didalam berdakwah ini perlu ada pemahaman mengenai objek dan medan dakwah yang dihadapi..lihat Abu Dzar yang dihantar kepada objek dakwah dan medan dakwah yang agak keras..lihat bagaimana Musa dan Harun berhadapan dengan lemah lembut terhadap firaun..semuanya berdasarkan medan dan objek dakwah..apakah akan terjadi andai Musa dan Harun berkata keras kepada Firaun? pasti ia dan pengikutnya lari..
begitu jugalah wahai para dai di zaman ini..ada yang objek dakwah dan medan yang memerlukan dai itu untuk pergi ziarah ke rumah-rumah mengajak kepada kebaikan..ada juga yang membuat dakwah umum dengan menyedarkan melalui ceramah-ceramah..ada yang membuat perbahasan dengan kaum-kaum yang belum beriman..dan ada yang menulis buku-buku serta mungkin blog-blog,artikel dan berbagai lagi..ini semua adalah bergantung kepada medan dan objek dakwah..bukanlah disini ana ingin mem'back up' penulis blog/artikel/webpage-webpage islamic,cume ana ingin menampakkan,sesungguhnya mereka ini ada method tersendiri dengan melihat objek dakwah dizaman 'it' ini menggunakan teknologi-teknologi yang canggih..tetapi tidak perlu dinafikan dai-dai masih memerlukan untuk hadir dalam masyarakat yang kurang maju ini..ingatlah para dai sekalian, Rasulullah mengajarkan kita satu benda yang cukup penting dalam berdakwah..namun ia makin hilang dalam ummat sekarang, yakni "al-hikmah"
"Allah mengaruniakan al-hikmah pada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa diberi al-hikmah, itu telah dikaruniai kebajikan yang melimpah. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran" (al-baqarah:269)
"Serulah kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik" (an-nahl:125)
Kerana itulah wujud berbagai-bagai method dakwah yang terkadang hinggakan ada yang disebut bidaah..sesungguhnya sememangnya dalam hadis arbain,hadis ke-5 mengatakan setiap yang baru itu adalah bidaah (HR Bukhori & Muslim), namun dari segi melihat method dakwah (hikmah) yang sesuai dengan masyarakat kita tidak boleh menolak kemungkinan wujudnya method-method dakwah yang baru seperti melalui internet..masakan dalam isu ibadat sekali pun,dari segi dakwah perlu terkadang berurusan dengan soal bidaah..mari kita berfikir andai sesuatu masyarakat yang mengamalkan berzikir beramai-ramai selepas solat, membaca yasin dan berbagai amalan bidaah dan kita sendiri terus mengatakan
"ini sesat..ini bidaah..itu tiada dalam islam..ini bukan sunnah"
sudah pasti mereka ini akan timbul rasa adakah ini islam ? bukankah islam itu, mengajak kepada kebaikan ? lihat para dai sekalian..tiada gunanya berdakwah dengan cara seperti ini..ubahlah mereka dengan hikmah..contohnya,antum sendiri menguruskan bacaan yasin pada malam jumaat..kemudian menukar perlahan-lahan kepada pembacaan terjemahan yassin..dan kemudian menukar perlahan kepada pembacaan al-kahfi,yang mana dalam hadis sahih ada mengalakkan pembacaan surah kahfi pada malam jummat..bukankah itu cantek? bukankah ini yang dibawakan oleh Rasulullah dalam berdakwah? inilah sunnah yang sebenarnya! inilah yang dinamakan al-hikmah..
wahai dai-dai yang dikasihi..bergelumang didalam arena dakwah bukanlah sesuatu yang mudah..pemahaman dan pembelajaran method dakwah Rasulullah yang sebenar perlu difahami..bagaimana mungkin Rasulullah sendiri bersabda
"sesiapa yang meneyakiti zimmi (kafir yang tunduk pada pemerintahan islam), sesunguhnya ia menyakitiku,sesiapa yang menyakitiku sesungguhnya ia menyakiti Allah"
inikan kita terhadap sesama islam sendiri..hendak dibandingkan dengan Rasulullah menjaga orang kafir zimmi dengan kita, sesame islam yang hanya cuma melakukan bidaah hasanah,bukan dholalah..lihat betapa indahnya cara Rasulullah berdakwah..subahanallah..
mungkin terlalu panjang pula ana menulis..mohon maaf pada tuan punye blog..mengharapkan kita semua dapat kembali kepada sunnah dan ajaran islam yang sebenar...dan kesempatan ini juga,ana ingin mengajak antum untuk tidak menimbulkan perkara-perkara yang khilaf seperti contoh yang jelas- bidaah, method dakwah jemaah, jemaah islam dan berbagai perkara-perkara khilaf lain...membincangkan perkara seperti ini, tidak akan membawa antum semua kepada penyelesaiaan..setiap dari antum pasti yakin pada pendapat dan pendirian antum...masing-masing ada hujah masing-masing..cukuplah kita berpegang pada hujah masing-masing dan terus melakukan dakwah..
ingatlah..musuh utama kita adalah orang kafir..mengapa kita masih sibuk membincangkan benda-benda khilaf hingga membuatkan kita lupa untuk berdakwah dan akhirnya merugikan..ayuh,tinggalkan lah segala perdebatan yang tidak bermanfaat ini..
masing-masing ada cara masing-masing,ada hujah masing-masing,ada pendapat masing-masing, teruskan berdakwah dengan cara masing-masing..musuh utama sedang bergembira andai kalian masih berdebat-debatkan isu yang remeh temeh...andai setiap dari kalian membuat dakwah dengan cara kalian tanpa menceburi bidang perdebatan pasti kalian akan lihat, setiap dari kalian pasti saling lengkap-melengkapi..contohnya,lihat bagaimana tabligh melakukan dakwah dari rumah ke rumah dan kemudian mengajak keluar 3/40 hari untuk mensucikan diri, kemudian para pendakwah moden pula melakukan dakwah menerusi internet dengan hadir dengan website islamic dan blog-blognya, dan kemudian pendakwah yang berceramah di masjid dengan dakwah umumnya..masyaAllah, subahanAllah, bukankah kita saling lengkap melengkapi sesame sendiri..ana yakin suatu masa, pasti islam akan tertegak dengan hebat sekali...
k la,moga kita bersama sebagai para dai yang cintakan Allah dan agama islam mengambil pengajaran..ambil yang baik dan tinggalkanlah yang buruk..waallahualam..
Mana yg lagi penting? Cara berdakwah ke Dakwah tu sampai ke tidak?
ReplyDeleteMana yg lagi penting? Menegur orang yang berdakwah Atau menegur orang yang bermaksiat?
Kadang-kadang sebelum menulis, fikir dulu kesan yang akan kita bawa.
muhasabah dakwah
ReplyDeletekomik dakwah bidaah:
cinta maut
assalamualaikum
ReplyDeletedakwah...diri ini masih perlu didakwahkan..diri ini perlu mendakwahkan diri...diri ini perlu mendakwahkan keluarga dahulu...diri ini perlu mendakwahkan saudara mara...diri ini perlu mendakwahkan masyarakat...tetapi diri sendiri belum menjadi ada pendekatan dakwah itu lagi...hinanya diri ini pd Mu Ya Allah, malu diri ini pada ALLAH...
sedih lihat keadaan diri ini n diri sekeliling....
p/s: terpenjara dlm hutan dunia
wassalam
ORANG YANG BERDAKWAH, IBADAT AKAN DI ANGGAP SEBAGAI HADIAH DARI ALLAH..
ReplyDeleteORANG YANG TIDAK BERDAKWAH, IBADAT AKAN DI ANGGAP SEBAGAI BEBAN..
hamka, sori aku terslow..knape orang yang berdakwah anggap ibadat sebagai hadiah, orang yang tak berdakwah anggap ibadat sebagai beban?
Takpelah berdakwah melalui lagu dangdut yang ada unsur seks, sekurang kurangnya saya tak jadi pelacur.,
ReplyDelete(pergi mampos!)
Rofl utk ayat di atas.../*tringat aku dkat lagu minah tudung--> jom2 nyanyi chorus sesame: Minah2 tudung zaman sekarang ramai cacat otak..BODOH!!*/
eyh boleyh pulek comic dakwah eyy??
org yg hampeh = org yg gagal mengucap dua kalimah syahidah di hujung kalam. ok tak ? :)
ReplyDeleteAnonymous
ReplyDeleteKadang-kadang sebelum menulis, aku tidak fikir dulu kesan yang akan aku bawa. Oh!
Errr, hari hari polis tangkap orang jahat, apa kata aku tangkap pulak 'polis' jahat hehehe
--------
muhammad fakhrul razi
kawan kawan tabligh aku bila baca komen kau suruh aku delete balik entry aku kerana boleh buat orang salah sangka tentang tabligh…, aku mudah terpengaruh hasutan rakan, aku akan edit balik supaya tidak berbau tabligh.. insyAllah :)
mereka pesan, bukan maulana ilyas yang karang kitab fadail, tapi maulana zakaria..
ok,lah aku pun bermonolog jugak, tulis kat engkau tapi publish pada public.. hehe
maafkan aku bila ada antara korang kecik hati,..
mintak maaf aku tanpa jemu..
Aku tak letak hukum, aku lah antara yang hampeh sebenarnya..
Macam kau tulis, akulah sebenarnya yang hampeh itu.., maafkan aku..
Aku tulis dan mencaci diri sendiri, dan mencaci jugak kawan kawan aku yang hampeh..
Mungkin kerana di kelilingi kawan kawan yang hampeh, yang berdakwah melalui blog dan tidak melibatkan diri secara lansung ke dalam masyarakat.., rasa dah cukup buat apa yang ‘Nabi tak buat”.. maka aku terus lepas geram kononnya..
Cuma..
Saudara, sampai bila bila pun blog ini di tulis, JANGAN KUTUK TABLIGH.., aku tak keluar 40 hari(lagi) dan takde orang orang tabligh yang dapat perintah berdakwah melaui blog..
Bila kau kutuk Tabligh, aku rasa bersalah kepada orang tabligh yang aku kenal, aku memalukan mereka…
Bila Bush benci pada orang yang pakai serban semata-mata kerana osama berserban, itu memang bapak segala hampeh, maka andai aku bercakap macam orang tabligh, janganlah korang ambik kesempatan untuk benci dan kutuk tabligh.., tolonglah..
Wakau camne dahsyatnya aku bila berdosa! Jangan sekali kali kau kutuk mereka yang berkawan dengan aku, jangan salahkan kerajaan, jangan salahkan tabligh, jangan salahkan mak bapak, salahkanlah aku seorang… aku lah yang hampeh itu,..
Jika orang kapir nampak dosa aku, Jangan hukum dosa aku sebagai wakil orang islam..
Andai aku hampeh, islam tetap agung dan terpuji, macam mana buruk pun akhlak aku, takde kena mengena dengan ajaran islam..
Aku bersalah, dan aku memang hampeh!!
-------
terpenjara dlm hutan dunia
salam…
terima kasih : )
-------
shuet
dulu aku ada tulis detail sikit bab ni dalam entry “kenapa solat tak khusuk”.. boleh rujuk
(ada masa aku tulis balik-dah nak azan)
---------
mAdMiKe
kalau ada lagu tu boleh email kar aku hehheee
--------
alan zed
semoga aku dank au dan semua umat islam dapat mengucap dua kalimah syahidah di hujung kalam.
:)
Al Akhul Muslim:
ReplyDeleteRasa-rasnya poem ni insyallah sasuai kot untuk menjawab persoalan siapa hampeh sebenarnya.
The Signs We Make
Stick up and split your index and middle finger,
and put them straight on their face,
don't you be amuse or wonder,
how it'll trigger a smile and even a pink lace,
now,
put down either one of those finger,
and point it straight at their face,
and prepare to run faster than a swelled river,
to save your self from what would come after.
Then,
Stop running and try opening up your arms,
add a little bit smile as a charm,
you'll see that they'd become calm,
and even offer you some ale as alms,
or,
Stop running and put up your fists,
add a little bit of hiss as a twist,
stand your ground like a dying priest,
and don't forget to be gratefull for all God's bliss.
Then after,
Remind me back which one you are,
the chaser or the one being chased so far,
for both makes no different seing from a moving car,
all the same in man's mad war.
salam..
ReplyDeletedear hamka,
bila saya letak comment kat blog ko.. memang ianya mengingatkan aku rasa hampeh... dah tak larat nak buat dakwah macam org tabligh... so saya pun beralih arah baca blog.. blog tabligh dah lama tutup atas nasihat orang-orang tua kite..
tapi ko punyer blog adalah tempat luahan rasa pada usaha atas iman yang telah lama saya dan ko tinggalkan... mana lagi tempat kita nak belajar islah.... dulu jemaah yang benar-benar dakwah atas iman dan islah diri sendiri ada, tapi bila kite lihat rakan seusaha pun pecah hati.. bagaimana orang-orang baru nanti..
apa-apa pun rajuk, rintih dan rindu kita pada Allah swt, Nabi Muhammad SAW dan paling penting usaha agama ini.. cukuplah pada setiap titis pena kita ada titis doa kita
'Ya Allah.. saya dah jauh dan begitu lama menahan sabar untuk berjuang dengan uslub seperti kekasihMu... tapi saya sendiri.. terimalah saya untuk kekal dalam usaha agama ini Ya Allah...'
hidayah itukan milik Allah.. kelak bila Hamka dapat hentikan blog dengan rasa bersalah... maklumkan
tapi bila rasa nak layan juga.. teruskan... cuma we will miss u so much.. so tanda iman meningkat ialah bila banyak amal meningkat..
begitu juga bila mana tulisan di blog amal Hamka dan saya meningkat maka Hamka teruslah tulis lagi dan saya akan baca lagi...
-abu zar
assalamualaikum hamka.. aku minta maaf sebab mengkambinghitamkan tulisan blog kau..
ReplyDeletesemakin hari semakin ramai kawan-kawan tabligh aku terpengaruh dengan hujah-hujah ko atau hafizbar, sampai dah jauh sangat dari adab-adab dakwah sebenarnya.
aku tak kisah sangat sebenarnya bila orang kutuk-kutuk bidaah ni. aku dah lali. tapi dalam masa yg sama aku terluka dan terus terluka. kalau dulu, aku rajin juga hantar karya-karya komik aku dari jepun ni ke malaysia, ke sekolah2 yg nak usahakan risalah dakwah, nak selitkan sikit komik dalamnya. atau persatuan-persatuan pelajar kat ipt. tapi, sekarang, aku cukup depressed. bila orang mintak tolong aku lukiskan komik dakwah sikit, aku akan balas, "maaf, kawan saya kata berdakwah dengan komik adalah bidaah".
bukan semua golongan boleh sampai dakwah islamiyah yg diusahakan oleh org tabligh. walopun org tabligh yg aku kenal selalu kata kat aku, yg usaha dgn dakwah selain mengetuk dari rumah ke rumah takkan berjaya, tapi ada juga beberapa kesan yang baik aku tengok bila dapat sampaikan mesej melalui komik ni.
budak2 antara golongan paling ramai mengunjung cyber cafe dewasa ini. diaorang banyak terpengaruh dengan game-game dan selalu tertarik pada imej-imej grafik yang menarik. aku tengok laman-laman web islam pun makin banyak yang jadikan imej-imej lukisan kartun berunsur islamik menjadi penghias supaya menarik budak2 yang selalu mencari bahan grafik supaya lebih tertarik pada imej grafik yang mengingatkan mereka diri mereka sebagai muslim.
walaupun aku setuju, penyanyi nashid, pelukis komik dakwah, mahupun ustaz-ustaz motivator ada yang tersasar jauh niat dieorg dan hanya beralasankan dakwah, tapi uslub dakwah sebegitu tak salah, tak haram, yang salah adalah pembawaan dieorg. aku pun banyak jadikan komik-komik aku sebagai metod untuk aku tegur golongan pelukis komik itu sendiri, sebagaimana yang aku selalu buat kat laman web komik alwan. sekurang2nya dieorg akan kembali insaf dan ingat balik tujuan utama dieorg melukis, bukan untuk cari duit semata2 tapi ada tanggungjawab untuk sampaikan mesej2 berguna melalui hasil karya dieorg.
sebenarnya dakwah ni setiap masa. itu iktikad aku. aku tak peduli org lain nak kata, dakwah ni harus buat sekian-sekian waktu, perlu bahagi2 hidup kita ni, ada masa bekerja, ada masa berdakwah. aku tak fikir camtu. aku fikir semua tindakan, perilaku kita adalah dakwah selagi kita adalah muslim.
mgkin kat malaysia budaya fikir camni tak kuat sangat. tapi kalo duduk kat negara org kapir ni, kita akan sentiasa ingat yg diri kita adalah ejen dakwah islam. bila kita berbual dengan sensei, dengan kawan bukan islam, kita memberikan gambaran kat dieorg tentang islam sebenarnya.
hatta kat oversea mmg biasalah kalo muslim solat kat tepi jalan, kat taman-taman, solat juga satu uslub dakwah di oversea. orang kafir akan perhatikan semua ini.
dan aku tak setuju jika semua orang boikot internet,sampai internet ni kosong dari bahan dakwah sebab beranggapan berdakwah dalam internet ni satu bidaah.
aku bagi contoh laman salafi alahkam.net saja selalu dijadikan rujukan budak2 oversea untuk dapatkan hukum hakam agama, sebab tak banyak laman-laman berbahasa melayu yg dapat menghuraikan hukum hakam islam. budak2 ni sanggup print untuk sebarkan artikel-artikel dakwah dari alahkam.net. kat sini mana ramai orang tua nak ajar agama. ada satu tempat tu orang islam 3 orang je, lepas tu kena pulak tiga-tiganya masih muda dan jahil bab agama. jadi internet ni banyak jadi saluran untuk dapatkan informasi. kalau kat malaysia angka pengguna internet mmg bertambah. nak nak dekat PRU ni, lagi ramai orang nak guna internet sebab nak baca skandal.
kalau kat jepun ni, internet mmg tak boleh lari dari kehidupan kat sini. selain penghebahan satu-satu maklumat untuk komuniti islam yang dipancarkan dari tokyo ke serata jepun, internet sajalah ruang untuk dapatkan pengisian rohani dari para ustaz yang sudi menulis samada kat blog, atau buat konferens online untuk bersoaljawab.
pendakwah jarak jauh tak haram,tak bidaah yang tercela. ditambah pula ekonomi umat islam yang dicengkam kapitalis dewasa ini, bukan mudah untuk biaya pasukan tabligh untuk sampai ke serata dunia dalam setiap masa. padahal dakwah perlu setiap masa, kerana ancaman musuh adalah setiap saat dan setiap masa. syaitan takkan berhenti menggoda dan menghasut.
apa-apapun, bukan kau sorang yang berhujah macam artikel kau sebelum ni. ramai budak tabligh terutama yang muda-muda selalu guna hujah serupa macam kau.masa aku kat UM lagi, kawan aku dah memperlekehkan usaha aku melukis komik, walaupun dia tahu aku selalu tak tidur di kolej, samada aku iktikaf kat masjid berkunci ar rahman depan UM, atau kat surau kat jabatan mikrobiologi kat pasum. aku dah banyak kali terluka dgn org2 yang dah rasa cukup byk iktikaf.
kita semua lemah hamka. aku suka baca artikel yang kau tulis, walaupun aku tau ko tulis blog, sbb nak jadikan nota agama kau. kau tak pernah ajak org datang blog kau, tapi kami yg datang sbb nak kongsi semangkuk.
aku sedar dan tau, ada segelintir dari kita bermegah-megah dgn blog diaorg dan mendakwa usaha dieorg tu dah cukup untuk ditabal sbg dakwah islamiyah. kita abaikan je org2 perasan. tapi tak semua dieorg tu takde manfaat pada dakwah islamiyah.
laman saifulislam byk dirujuk dan dibaca oleh budak2 oversea untuk dapatkan semangat dan motivasi. dan ustaz hasrizal sendiri bukan terperap depan pc semata2 bangunkan laman dia tu, tapi dia sendiri atas usaha menulis artikel2 yg bernas telah dipanggil untuk berikan ceramah2 dan kursus di beberapa negara. dia tetap keluar berdakwah, bertemu bertentang mata dgn mata dgn budak2 muda, bg nasihat dan sbgnya, sama seperti bayan2 org tabligh sama. dia sendiri adalah bekas imam masjid di ireland, tentu solat jemaahnya tak tinggal.
aku tak peduli kau nak tulis atau edit apa dalam artikel baru kau nanti, tapi aku mmg terluka baca artikel kau sebelum ni, dan macam kau katalah, blog ni tempat kita luahkan apa2 saja,takde kaitan dgn dakwah, tp akhirnya semua org pun akur, bahawa artikel yg kita tulis mgkin beri impak yg kita tak sedar termasuk artikel yg ada kat blog aku. aku tak kutuk org tabligh, tapi aku mmg rasa usaha org tabligh belum cukup nak ditabal sebagai dakwah sunnah paling tepat.aku sokong org tabligh berdakwah, sepertimana aku sokong sape2 je yg rasa nak dakwah melalui bidang masing2. doktor pun boleh berdakwah pada pesakit seperti dalam jemaah ikhwanul muslimin.
aku cenderung kepada usaha hassan al banna sebagai metod dakwah yang paling hampir dengan sunnah rasulullah. sebab hassan al banna hantar pasukan berdakwah ke seluruh masyarakat, hingga ke pasar2. hassan al banna juga hantar pasukan berperang dan berjihad.
time kasih membetulkan aku yg fadhail amal ditulis oleh maulana zakaria.
aku yg hampeh,
mfr
Pesan orang alim kepada aku..
ReplyDeletetakpelah kalau kita tak dapat nak ajak orang ikut Islam..
tapi jangan disebabkan kita orang tu jauh dari Islam..
so, sama2lah kita bermuhasabah..
Dear brothers semua,
ReplyDeleteSemangat juang (dakwah) perlu kukuh, tak kira apa pun keputusannya ... kerana hanya Allah yang maha mengetahui, tapi ingat.. jangan menghina diri kerana itu ibarat menghina asalmu.. (fkirkanlah...) moga Allah beri kekuatan kita semua, amin .
Salam,
ReplyDeleteApsal enche edit.
Aku syorkan enche tambahkan unsur2 18sx
Berkenaan saranana di atas , anggaplah aku sekarang sedang dirasuk
Gatal nak mengomen..
ReplyDelete'Hampeh' itu subjektif sdra Hamka. :)
manusia nie terkesan dgn suasana...dan nak dptkan iman kena duduk dlm suasana iman...apa suasana iman?iaitu majlis yg didlmnya memperkatakan kebesaran Allah,hadis2 nabi,kisah sahabat,zikir, etc...
ReplyDeleteingat blh dpt iman depan tv ke?kat museum ke?kat supermarket ke?atau bersenang-lenang di rumah?
pernah dengar tak kisah Ibrahim Adham (betul ke eja nie)...kalau Ahmad Idham tu..penahlah jugak dgr kisahnya...
Ibrahim Adham nie kira org alim le...sufi ke apa tak ingat pulak aku..satu hari dia mundar-mandir dlm rumah dia..pikir mcmana nak dptkan iman.Puas dia ke hulu ke hilir cari jawapan.
Last2 Allah tarbiyah dia.Dia dgr mcm ada benda kat atas bumbung rumah dia dan keluar ,tengok ada org(sebenarnya malaikat menyamar jadi manusia) atas bumbung rumah dia.Dia pun tanya "Ko buat apa kat atas bumbung rumah aku nie"
Org tu jwb "aku cari kambing aku yg hilang"
Dia jwb balik "bodoh betul...nak cari kambing pergilah kat pdg rumput sana...mana ada kambing kat atas bumbung nie?
Org tu pulak jwb "Ko pun sama..nak cari iman pergilah keluar jln Allah...bukannya mundar-mandir dlm rumah"...lebih kurang begitulah ceritanya.
So...moral of d story...nak dpt beras kena buat usaha atas beras..kena tanam padi kat sawah padi ( sbg mediumnya)...nak dpt anak,kenalah buat usaha atas anak...'bertenggek'siang malam..
begitu jugak le sunatullahnya...nak dpt iman...kenalah buat usaha atas iman..kena keluar jln Allah iaitu berdakwah. (sbg mediumnya)
thanks for the tazkirah.keep it up...
ReplyDeletedemonsinme
ReplyDeleteterima kasih sahabat, boleh tak email aku, ada benda nak cakap sikit..
: )
---------
Abu zar
Hidup tak lama… kena buat keputusan cepat tentang hala tuju.., oh!
----------
muhammad fakhrul razi
terima kasih kerana sudi bertandang dan menegur..
semalam bini aku sakit dan tidur awal, anak anak juga ikut tidur sama, jam 10 malam aku terperangkap depan TV ruang tamu, depan pada TV ada PC, sedang up date blog.., tiba tiba terpandang pada TV yang bukak siaran 8TV, ada cerita yang macam menarik.., bertajuk Pay i Forward, aku tak pernah tengok cerita begitu fokous, aku tutup PC dan layan..
cerita bermula dengan dua kisah, sorang budak 11 tahun yang duduk ngan ibu bapa kaki mabuk.., kat sekolah cikgu bagi tugasan untuk cipta satu kaedah untuk selamatkan dunia! Ok! aku terover.. maksud cerita tu untuk ubah dunia, lalu budak ni cipta idea dia yang begelar ‘Pay it Forward’, ala ala dakwah, tapi lebih kepada iqram.. tolong 3 orang, dan orang yang di tolong pergi pulak tolong 3 orang lain..
maka budak tu tolong orang di sekelilingnya, tolong maknya dengan cuba menjodohkan dengan cikgunya, tolong penagih dadah, tapi dunia memang kejam, dan budak itu mula merasa hampeh..
cerita lain kisah wartawan yang di tolong dalam satu kemalangan, dia Tanya kenap kau tolong aku? Orang tu cakap sistem “pay it forward” ini di mana semasa di hospital anaknya kena asma tapi doctor tak layan lalu datang negro tembak lantai paksa doctor selamatkan budak permpuan tu, sebelum masuk penjara negro tu cerita pulak konsep Pay it forward.., lalu wartawan tu mula menjejak siapakh yang memulakan konsep ‘pay it forward’.., panajng cerita akhirnya wartawan tu bertemu budak tu.., dan budak tu masuk TV jadi terkenal, dan sistemnya telah berkembang ke seluruh dunia.., namun akhir sekali budak tu mati kena bunuh ketika sedang selamtakan dunia…
sedih sangat, rasa nak nangis, cis buruk rupa aku jika menangis..,
aku suka filem itu..
aku tak kenal sangat pelakon.
Yang aku tahu:-
Budak tu pernah jadi robot dalm AI
Cikgu tu jadi lex dalm superman return
Mak budak tu jadi hero dalam filem twister..
Sekian
(saje nak borak ngan orang jepun.. hehhehe)
----------
ali
sama samalah kita : )
----------
Anonymous
Allah suka orang yang sedar diri dia hina dan menghina dirinya, Allah suka orang yang mengaku bersalah..
aku jahil…
Dan banyak dosa..
----------
dingin
takde idea, bini tak sihat.., oh!
---------
blackpurple
wah! Sahabat lama..
akulah si hampeh itu..
doakan aku!
----------
XY
Benar!!!
(macam kenal, siapa ko?)
----------
Aini..
“pay it forward”
Akhi Muslim:
ReplyDeleteBak mai emel anta.
Ana punya afreindlikenoother@gmail.com
Akhi Muslim:
ReplyDeleteForgive me in advance for flooding your comment section with my words. This poem I wrote, are the summary of a question that have lingered in my head for quit some time. I really need to find an answer, at least one that would satisfy me for a short while.
If you don't mind, do share with your insight. I ask of this as it is my believe that you and others that ask are among the best enlughtened minds that I have ever had the chance to encounter.
I understand if u don't and wish thus deleting it.
I thank you in advance.
WHY AM I DEAD?
Hey mister,
why so somber?
the world is full with colour,
live up enjoy the splendour.
It's because I'm dead.
No mister you can't be dead,
your face id still red,
look, even that wound still bled,
and you look like a man well fed.
Really, I died.
Mister, why do you lie,
I can tell from from eyes,
I know you have just cry,
how could you say you have died?
Boy here's why,
Could you feel that the air is so dry,
and the soil beneath your covered with sly,
and both fought seeking to be beautified,
by seeping the river's blood dry,
there's no more space for me forehead to shy.
Besides, I have nothing to sing.
no, not even one of 'em shining things,
and me belly is no larger than a string,
you know how 'em bitches love those shiny shiny things,
on the head and the bellies of a dying king.
Yup, you're dead.
and I better fled,
being with you is most definately bad,.
Hey, I did told you am dead.
Aku sunyi tanpa iman.Sunyi amat hingga menangis.
ReplyDelete*tsk*
di satu wad emergency (kecemasan) telah diusung masuk satu jasad yg koma(lum jadi mayat lagi nie) yg begitu parah keadaannya akibat terlibat dlm satu accident.
ReplyDeletetulang peha kanannya patah 2 dan terperosok keluar...menembusi kulit..perutnya pulak terbelah, hampir2 terkeluar isi perut...mata kiri hancur...tempurung kepala retak dan begitu byk sekali luka2 diseluruh bdn,kaki & tangan...
...this man is bleeding to death!!!..
pas tu dtg pulak sorang doktor...cehh...kool aje dia tengok bendalah yg berdarah2 dpn dia tu....korang tahu tak apa dia buat?mana satu nak tackle dulu?mata ke..perut dulu ke...atau tulang peha dulu?...atau luka2 kat serata bdn?...baiklah aku tolong jwbkan.
1st n foremost...doktor nie akan periksa dulu BLS ( BASIC LIFE SUPPORT ) pd jasad tu n try to maintain /secure BLS nie dulu..
BLS = ABC = 1.Airway 2.Breathing 3.Circulation....
sbb dlm medic BLS nie le merupakan asas/basic yg Allah dah beri utk seseorg tu hidup...if u tackle keparahan yg lain dulu n ignore this BLS...alamat naik kereta mayat cepat le jasad tu...(tumpang kereta leh en.hamka...nak antor mayat nie ke kubur)
So...now comes the main issue...
Anggap jasad yg kat atas tu mcm keadaan umat islam sekarang nie...dgn segala 'keparahan' umat yg berlaku...mana satu nak tackle dulu?
...ekonomi?pertahanan?akhlak/sosial?kewangan?kepandaian?kepakaran?negara?...u name it...semuanya parah belaka sekrg nie...
Tackle le yg basic dulu...sbb bila basic/foundation dah strong...automaticly yg lain akan survive (jadi baik)...ape basic dlm agama?
Lagi mau tanya ka?...IMAN...le..dan inilah yg Rasulullah buat pd sahabat2 selama 13 tahun di Mekah...mantapkan IMAN dulu dlm diri kita melalui usaha dakwah (jgn asyik nak mantapkan si"anu" je)...barulah jadi 'kami dengar dan kami taat' bukannya 'kami dengar dan kami bantah'
Siapa yg tak sokong ekonomi Islam, pemerintahan Islam, hukum-hakam Islam dan segala2nya pasal Islam?...woii...aku sokong 100%..weh...jgn tuduh aku kapir.....akan tetapi...
Berbaloikah dgn ekonomi Islam jika rakyatnya masih amal rasuah/riba...bank Islam dah ade...pinjaman perbankan Islam dah ade..tapi org Islam masih sibuk join pelaburan haram, tikam ekor,judi..blaa..blaaa...
Yg lain tu korang citer le sendiri...aku malas nak cerita (sori hamka tiru u punya style)
Satu je kesimpulan yg aku buat dlm hal ini...iaitu umat Islam sekarang nie dilanda krisis/penyakit IMAN yg amat dahsyat ( iman aku pun belum mantap gak nie..wehh)
Satu kisah yg sampai kat telinga aku ( sahih atau tak...wallahua'lam tapi ada pangajaran di sebaliknya )....sorang mamat nie, sekarang dah bertaubat ( dulunya seorg pencuri)telah dipotong ke2 tangannya sbb kerja mencurinya...dan bila ditanya 'kenapa tangan kau kena potong'...dia jwb (lebih kurang)...'tangan yg mencuri tidak layak berada pd jasad yg mengucap kalimah Laaillahaillallah'....inilah natijah drp iman yg mantap...
Mcmana nak mantapkan iman?...takde cara lain melainkan keluar berdakwah...lagi dan lagi dan lagi...sampai bila?....sampai jadi mayat....
sekian celoteh saya.
demon
ReplyDeleteapsal aku email kau tak dapat?
silap kot..
--------------
jiji
moga aku menajdi terkenal dalam doamu yang baik..
----------
XX
ps: aku copy paste dari entry " ijtihad"
Akhi memang silap la...
ReplyDeleteAku yang hanpeh rupe-rupenye....hehehehe
- afriendlikenoother@gmail.com
salam..
ReplyDeletebenarkahlah...
memang dalam dakwah terlalu banyak kesusahan..
di dalamnya pelbagai penyakit hati yang sangat2 sukar manusia untuk ubati...
1.syirik dan sombong
2.kebongkakan
3.kebodohan dan kelalaian
4.pentingkan diri sendiri
5.keriakkan
6.kekikiran
emm.. en.hamka i leave it to u to explain about 6 points.. good luck,
doa untuk ambo k.
- abu huzaifah
demon...
ReplyDeletekan dah kata?
alu pun dah email..,
:)
----------
abu
apa yang kau tulis tu adalah kesan dari meninggalkan 6 point.., insyAllah., lain hari+ada masa+rajin
assalamualikum en hamka dan pembaca blog ni... saya cume nak buat pembetulan sikit atas niat kerana allah.. bukan kerna sakit hati atau perasan bagus diri ini.. jikalau itu yang dirasakan.. saya disini ingin memohon ampun dan maaf...
ReplyDeleteen hamka said :
Kisah kisah Pertolongan Allah kepada kekasih Allah
dalam Al quran banyak cerita pertolongan Allah kepada nabi nabiNYA..
Allah tolong Nabi Ibrahim dalam api
Allah tolong Nabi Musa dengan perantaan air
Allah tolong Nabi Nuh dalam perut ikan <---yang betul adalah nabi yunus..
Allah tolong Nabi Yosof dari fitnah
Allah tolong Nabi Ismail dari di sembelih
Dan lain lain..
setiap benda akan buruk...
ReplyDeletebaharuilah iman kamu dengan zikir "la ila ha illallah"
terima kasih..
ReplyDeletesaya edit!
Aku rasa kesimpulannya, janganlah dok kutuk2 orang tu tak betul, orang ni bidaah hanya kerana dia tak buat seperti yg orang buat. Tu namanya riak dan takabbur. Kununnya dia punya dakwah je yang Allah pandang...
ReplyDeleteMasing2 ada peranan dan tanggungjawab masing2. Kalau korang rasa korang dah bagus giler sebab korang sampaikan dakwah dari rumah ke rumah yang kununnya ikut Sunnah nabi (aku dok mintak hadith berkenaan hal keluar 3hari, 40 hari ni dari dulu dah daripada mereka yang berdegar2 kata ada hadith berkenaan hal ni tapi still tak dapat2), teruskanlah. Tapi jangan;ah sampai tahap memperlekehkan usaha orang lain yang nak turut serta dalam dakwah.
rileks la anonymous...buat pe nak emosional sgt...kalau diorang nak riak/takbur...itu urusan dia dgn Allah dan salah satu sifat pendakwah ialah kena sentiasa tawadhuk (rendah diri).
ReplyDeleteJgn disbbkan sorg ko nak pukul rata semua.Hari nie berapa ramai yg benci Islam disbbkan perbuatan org Islam sendiri krn mereka pandang kpd 'diri' org tu...bukannya amalan Islam itu sendiri.
Pada aku yg takde 'ilmu' nie tapi still nak jugak buat dakwah...aku tak kisah dia org nie nak keluar berapa lama pun...hatta yg keluar selama 7 bln dan setahun pun ada (harap sape tak faham jgn buat fitnah)...yg penting bukan berapa lama masa ko keluar tetapi AMALAN yg dilakukan semasa keluar jln Allah.
'Betul' jugak cakap ko nabi tak keluar 3 hari,40 hari etc sbb nabi berdakwah dan buat usaha atas iman siang malam,non stop 24 jam....tapi hari nie ade ke lagi masjid yg amalannya hidup 24 jam?....kalau takde.. tak payahlah ko pertikaikan kenapa diorang nie keluar 3hari etc...
aku nie hanya menyampaikan...yg bagi faham ialah Allah...peace.
Thanks untuk peringatan tu..
ReplyDeleteAku bukan pukul rata kat semua ahli tabligh, aku PUKUL RATA kat semua orang yang rasa diri terlalu hebat kununnya dia dah dakwah betul2 dan orang lain yang tak ikut dia semua bidaah dan tak layak dipanggil pendakwah....
Aku setuju pendapat ko. Rasulullah dulu tak keluar 3 or 40 hari sebab Rasulullah buat dakwah 365 HARI SETAHUN. Tapi aku PUKUL RATA sekali lagi kepada mereka2 yang bila ditanya keluar 3 or 40 hari tu sunnah or just satu nizom (sistem)? Depa berdegar2 kata ianya sunnah dan ada hadith mengenainya. Bila ditanya di mana hadithnya, siapa rawinya, apa matannya, jawapannya "Nantilah aku bagitahu".
Aku tak kutuk tabligh. Bagus usaha mereka untuk menyedarkan orang lain. Memang ada kekurangan sana sini tapi biasalah hakikat manusia, lemah. Mana mungkin nak banding dengan sistem ciptaan Allah Yang Maha Sempurna.
Cuma aku kadang2 hairan dan sedih tengok ada yang terasa diri dah betul2 hebat bila dah keluar 3 hari or dah pegi IPB. Sampai rasa kalau dakwah tak guna cara depa, TAK IKUT SUNNAH, BIDAAH dan PASTI TAK BERJAYA. Seolah2 dakwah itu milik dia dan puak2 dia je.
Kalau nak diikutkan takrifan BIDAAH semata2 sebab Rasulullah tak buat, yang dia naik keta tu tak ke BIDAAH? Dia naik kapalterbang ke IPB or pegi haji tak ke BIDAAH? Dia makan roti canai dan teh tarik tu tak ke BIDAAH? Dia pakai cermin mata tu tak ke BIDAAH?
Fikir2kanlah...
ana cadangkan anta jumpa org yg lebih arif dlm hal ini iaitu ustaz/ulamak dlm majlis syura di masjid sri petaling atau markas yg terdekat dgn anta(mengenai 'hadis' yg anta maksudkan tu ).
ReplyDeletesamalah jugak org yg asyik hentam PAS (aku bkn org PAS )..kan lebih baik jumpa TGNA sendiri/majlis syura mereka utk menyatakan ketidakpuasan hati msg2.
p/s : naik kereta/basikal/kapal terbang/unta/jet sekalipun bukan bidaah sbb dlm hadis Rasulullah tak mention jenis kenderaan (rujuk hadis asal ) tapi disebut 'kenderaan yg baik' dan nabi masa naik unta baca doa naik kenderaan (doa umum) bukan doa naik unta. Di zaman nabi kenderaan yg baik/elok ialah unta,di zaman kita kenderaan yg baik ikut kemampuan kitalah kereta/basikal/bas etc.
Makan roti/capatti/sushi/nasi etc...bukanlah bidaah sbb dlm al-quran tak disebutkan dgn terperinci apa makanan tu...cuma diperintahkan makan makanan yg halal dan baik...jadi makanlah apa2 makanan pun asalkan halal,tak memudharatkan dan mengikut kemampuan msg2 murah atau mahal.
Terima kasih Abdullah...
ReplyDeleteSeperti yang aku cakap, aku tak pernah tak puas hati kat tabligh.. Malahan aku rasa perlu tabligh kat Malaysia ni untuk membantu menyebarkan agama islam.
Yang aku tak puas hati adalah golongan2 yang berlagak seolah2 hanya dia yang layak huni syurga sebab hanya dakwah dia yang diterima. Bukan sahaja org tabligh, tapi kepada semua yang berpendapat sedemikian...
Maaf kepada sahabat2 tabligh / Pas / apa2 sahaja jemaah yang terasa. Siapa makan cili dia rasa pedas. Jadi minumlah air banyak2
ada mulut tanya,
ReplyDeleteada otak pakai
ada bijak guna
ada akai pikir
lantak korang ler...
he he he
assalamualaikum bro hamka.. aku ni duk USA ni.. aku ni tengah lemah longlai dipukul syaitan kat USA ni.. nak keluar xdapat, nak buat gash xdapat.. yang aku dapat wat bace blog ni je.(sedihnya aku).. makin lame makin lemah, makin lemah.. sape2 yang berminat nak tolong aku tanye syura kat Sri Petaling ape yang perlu aku wat bleh email aku kat talamiz87@yahoo.com ( aku sedih walaupun aku ni karkun 40 days...) oh!!
ReplyDeleteThe scenes are prolonged, which allows against the ineluctable appear up of randy tension. When it comes to girl-on-girl oppression, we women should filch our heyday, unregulated up the senses, instal a launch our irreconcilable personalities smoothness be means of, you pick holes in the idea. Opinion Erock Diva knows how to action the strap-on with utter dependence and screwing press, and you’ll be skilled to oppose again her because she uses it from an special determine to the other of the “girls’ sunset out.” I settlings this to be imposing and a turn-on looking at how period in and heyday away from I dependability g/g porn (which is PERKS OF THE MOST SIDE) and respect myself saying, “Ugh. I could do so much better.” Some viewers may proceeds strap-ons intimidating, but those utilized in ErocktaVision are cissified, moreso resembling a g-string than the quintessential straps.
ReplyDelete[url=http://pronere.freehost123.com/index.html]hot fuck online[/url]
[url=http://pronere.freehost123.com/map.html]hot fuck online sitemap[/url]
[url=http://cumshot.webng.com/index.html]realy cumshot video[/url]
[url=http://cumshot.webng.com/map.html]realy cumshot video sitemap[/url]
24916.....69193
ReplyDeleteKomen Terbuka utk M Fakhrul Razi (MFR):
ReplyDelete1 . "Tp akhirnya semua org pun akur, bahawa artikel yg kita tulis mgkin beri impak yg kita tak sedar termasuk artikel yg ada kat blog aku."
Aku jawabkan: Bergantung kepada tahap kritikal thinking. Dan tahap penghadaman seseorang. Ade jugak yg jenis sembelit bila baca. Ade jenis lawas. Dan aku rase ko sembelit. Ehh. Kalau boleh hadam dan ulang baca banyak kali agar mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang blogger. Kalau kawan kau kutuk kau cakap buat lukisan tu bidaah, kenapa kerana seekor lalat. Eh kerana seekor nyamuk kelambu dibakar. Habis semua kena tempias. Mungkin seorang orang tabligh yang kutuk kau cakap biadaah tu dia tak paham. (ramai orang tabligh yang tak kutuk kau melukis kan?) Boleh jadi dia dapat sumber lain bukan dari blog Hamka (Note: Husnodzan) Aku tau kau kecewa. Aku hadiahkan kau sepotong ayat chenta: Al Ankabut verse 2 & 3. Aku yang perasan faham bila baca Hamka tulis nak jawab: 90 persen kita kena ada kat lapangan, turun ke masyarakat. 10 persen je melukis.
2. "Aku tak kutuk org tabligh, tapi aku mmg rasa usaha org tabligh belum cukup nak ditabal sebagai dakwah sunnah paling tepat.aku sokong org tabligh berdakwah, sepertimana aku sokong sape2 je yg rasa nak dakwah melalui bidang masing2. doktor pun boleh berdakwah pada pesakit seperti dalam jemaah ikhwanul muslimin."
Aku jawabkan: Dah tu tak kutuk? Tapi kate. Eh.. Note: Wahai diri sentiasalah dalam prasangka baik. (Husnusdzan) Wahai diri janganlah merendah rendahkan usaha mereka yg berjuang di jalan Allah.
3. "Aku cenderung kepada usaha hassan al banna sebagai metod dakwah yang paling hampir dengan sunnah rasulullah. sebab hassan al banna hantar pasukan berdakwah ke seluruh masyarakat, hingga ke pasar2. hassan al banna juga hantar pasukan berperang dan berjihad"
Aku jawabkan: Maaf, jujur aku dapat hidu bau bau Jemaah disini. Bahaya kau ni. Aku berpasangka baik la, mungkin masa ni kau tak terdedah lagi dgn jemaah lain. Skop kau kat situ je. Aku nak bagitau aku juga jemaah sekian sekian. Aku join usrah, aku bawak usrah. Dan aku bukan jemaah Tabligh. Yang pengasasnya Maulana ape entah. Tapi ko tak boleh cakap macam tu. Jemaah lain jugak mungkin ade yang ke mana mana. Cuma kita tak tahu. Aku doakan kau berfikiran jauh ke hadapan dan kritikan thinking bila baca belog.
Jemaah itu seperti Pelangi. Mereka berbeza warna tapi mereka saling melengkapi dengan MATLAMAT yang sama. Jangan kita memperlekehkan yang lain dan rasa riak dengan diri sendiri.
Pesanan tak berapa ringkas: Rasa nak komen secara umum, tapi emosi membawa aku banyak tembak kau ar. Istighfar istighfar. Aisshhh. Tasbih kifarah jap. Aku harap kau tak terluka lagi bila kembali ke sini setelah beberapa tahun meniggalkan jejak komen kau ni.