Jul 16, 2007

Kenapa Hati gelisah?

(Aku, Dia, Doctor dan Tok bomoh)

Nota: semua cerita di bawah adalah di adaptasi daripada kisah benar, tapi telah di olah semula untuk memudahkan cerita..

Lepas Isyak ada seorang sahabat lama datang jumpa aku dan mengadu akan permasalahan yang sedang melanda hidup beliau..

Dia:
Hamka, aku ada masalah…, Aku rasa macam tak cukup kaki tangan..

Aku:
Kenapa tak cukup kaki tangan?
Kau nak jadi labah-labah kah?
(jawab aku melawak bodoh)

Dia:
Bukan!
(suara serius gila-tak bagi peluang lawakku untuk di tertawakan)

Dia lagi:
Aku tak tahulah kenapa lately ni aku rasa macam tak sedap hati jer, kemudian aku rasa seperti banyak benda aku nak buat, tapi rasa macam tak sempat, hati aku rasa tak sedap, aku rasa gelisah, kat tempat kerja focus aku hilang, aku rasa masa sangat cepat dan sempit..

Aku:
….
(diam)

Dia:
Sejak dua menjak ni, aku selalu bermimpi…

Aku:
Ok,…
(bersuara untuk menggalakkan dia bercerita)

Dia:
Aku mimpi langit telah turun sampai ke kepala aku, dan air telah keluar dari bumi sampai ke paras leher aku, dada aku sesak, aku rasa sukar bernafas, aku rasa macam nak mati..
Sekarang inipun, aku masih rasa sesak, rasa serba tak kena.., kau tahu tafsir mimpi?

Aku:
Hmmmm…
(berfikir, Aku tak tahu tafsir langsung bab mimpi sebenarnya.... oh!)

Dia:
Kau pernah alami mimpi-mimpi yang pelik tak?

Aku:
Aku? Hmmm, Aku selalu gak alami mimpi pelik-pelik, biasa aku mimpi jumpa mayat ler, kadang-kadang mayat orang yang aku tak kenal, ada jugak mayat member baik, mayat awek lama, kadang kadang aku mimpi aku dah jadi mayat, terbaru aku mimpi jumpa mayat Nabi.., tapi tak nampak wajah, sebab terlindung dalam kain kapan, masa tu makam Nabi runtuh, aku dan beberapa orang lain yang aku tak kenal di tugaskan keluarkan mayat Nabi…
Tapi aku tak pernah sekalipun dalam hidup aku mimpi jumpa hantu!!! he he he!

Dia :
Kau rasa.., apa maksud mimpi aku? Aku rasa jiwa aku sangat sesak, aku rasa macam nak mati..
(cheh! Dia tak pedulipun mimpi aku dan cerita dari aku, memang mamat ni ada problem jiwa.., hampeh)

Aku:
Aku sebenarnya tak pandai tafsir mimpi, betul! Aku tak pandai tafsir langsung, tak belajar ilmu kemimpian…, dalam bab masalah hidup, apa yang aku belajar, kita kena selesaikan sebarang masalah dengan ugama, insyALLAH..

Dia:
Aku setuju…, aku memang rasa nak buat amal sangat, tapi macam dah tak sempat.., sebenarnya aku ada gak jumpa bomoh, habis banyak duit aku, tapi kegelisahan hati aku tak hilang, bomoh kata aku kena buatan orang..

Aku:
(dah habis duit, baru datang jumpa aku, hampeh!)
Aku rasa kau bukan kena buatan orang.., orang yang kena ‘buatan orang’ adalah wanita yang mengandung hehehhe, (cuba berlawak bodoh-tak lawakpun)

Dia:
(masih serius)
Aku rasa gelisah tak tentu, takut pada banyak benda, dan rasa serba tak kena, orang tua kata ada benda buruk nak berlaku.. atau mungkin aku ni dah dekat nak mati (muram)

Aku:
Tak payahlah nak fikir sangat‘benda buruk nak berlaku’..
Bagi aku, apa yang aku faham, bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayat nak datang ke dalam diri engkau, hidayat ni bila nak bertakhta dalam hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan makhluk, maka masa tu hidayat ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat kau jadi gelisah.., aku selalu gak baca cerita kisah orang kapir yang bila nak dapat hidayat, akan datang kegelisahan dalam diri, Nabi kitapun bila nak dapat wahyu, badan berpeluh, hati jadi takut, lalu isterinya meyelimutnya…, kau nak aku selimut engkau sekarang?
(Senyum)

Dia:
(juga senyum)

Aku lagi :
Sebenarnya, memang kau akan mati tak lama lagi, bakal jadi mayat, Dan.. hari ini telah berlalu setengah hari yang bermakna sudah semakin sempit masa untuk kita buat usaha selamatkan diri dari azab api neraka!
Dan.. hari ini telah berlalu setengah hari yang bermakna semakin sempit masa untuk kita buat usaha masukkan diri ke dalam shurga.Peristiwa semalam, mati hidup balik pun kita tak dapat undur, langkahan hidup kita sentiasa ke depan… Langkahan kaki kita adalah ‘langkahan maut’...Menuju tempat menjadi mayat..

Apa kata kau lapangkan masa ikut aku belajar ugama di masjid esok dan lusa atau beberapa hari yang sempat.., belajar cinta Allah dan belajar buang cinta dunia? Sebelum malaikat maut datang., sebelum terlambat..

Dia:
Aku kerja esok..

Aku:
Kau cakap, kau hilang focus bila kerja, Kau ambiklah cuti rehat..

Dia:
……
(Diam..)

Aku lagi:
Biasa orang ambik cuti rehat untuk pergi makan angin, atau untuk balik kampong, atau untuk tumpukan perhatian pada kelurga dan hobi. Jarang ada yang sanggup ambik cuti semata mata untuk belajar ugama, …, inilah cinta dunia namanya.. (aku pulak beremosi-perasan bagus..oh)

Kadang kadang bila atap rumah kita bocor atau dinding rumah kita retak, atau kereta kita rosak, maka kita akan sanggup ambik cuti untuk betulkan harta kita tu, sape lagi nak tolong hantar kereta kita ke bengkel? Kalau bukan tuan punya kereta?

Tapi bila iman kita lemah, ilmu ugama kita kurang, maka kita tak sanggup ambik cuti untuk betulkan kedudukan Allah dalam hati kita, sape lagi nak tolong rawat iman kita? Ustaz-ulamak? Mereka pun kena bagi masa buat usaha atas iman, apatah lagi kita? Iman tak boleh di warisi., kita kena tolong diri sendiri.., aku belum lagi cerita pasal korban harta dan nyawa.., Tak sanggupkah kita korbankan cuti untuk belajar ugama?
(aku yang tak hikmah dan cakap sedap mulut ajer..oh)

Dia:
Cuti rehat aku dah habis..
(sedikit bingung)

Aku:
Kalau ambik MC?..
(chech! Aku ni macam lintah darat pulak..oh)

Dia:
Aku tak sakit.. mana boleh tipu majikan?
(betul apa dia cakap.)

Aku:
Iyelah tu.. kau tak sakit.., kat opis hilang focus, sakitlah namanya tu.., Kalau kau cerita betul-betul masalah kau kat doctor, insyAllah doctor bagi cuti rehat, doctor sendiri cakap sakit zahir datang dari sakit batin, kau sekarang sakit batin, jiwa kau sakit, iman kau sakit, kau perlukan rehat.., kau perlukan rehat untuh pulihkan iman engkau.. insyallah (aku pulak yang bersemangat)

Dia:
Aku boleh ambik cuti untuk belajar ugama, tapi aku kena ambik MC betul-betul,syarikat aku tak terima MC air liur..
(bagus mamat ni)

Aku:
Ok, pagi esok lepas solat subuh aku teman kau pergi jumpa doctor ambik MC..

*****

Esok pagi, lepas solat subuh, seawal jam 8 pagi, dia dan aku pergi klinik.., ada ramai jugak orang walaupun masih pagi.., akibatnya, dia pulak tertidur di bangku menunggu..

Sementara dia tertidur., biarlah aku teruskan bercerita tentang hati yang gelisah..

Bila hati gelisah.. kita rasa macam tak best sangat, gundah gulana bertalu-talu, susah hati tanpa sebab, jiwa jadi rawan dan sering bimbang sesuatu yang buruk berlaku..

Baiklah!
Di sini ada satu berita baik untuk orang yang sedang resah gelisah tanpa sebab...

Sebenarnya, bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayat nak datang ke dalam diri korang, hidayat ni bila nak bertakhta dalam hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan makhluk, maka masa tu “hidayat” terpaksa ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat korang jadi gelisah.., menang kalah, pilihan korang yang menentukan dengan izin Allah..

Masa tu korang akan keliru, hati start resah gelisah, dan mula rasa serba tak kena dan macam susah hati sangat, susah hati tanpa sebab, dan kebimbangan demi kebimbangan pada benda yang tak pasti dan sering menggambarkannya dengan imej yang buruk..

Padahal masa tu jika korang tumpukan perhatian kepada Allah, panjangkan doa dan zikir sambil menangis.., maka penyakit hati kita akan terlebur dan dengan begitulah hidayatpun mulai masuk dan bertakhta di hati.. best bukan?

Allah berfirman: hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang..

Dan macam yang aku cerita kat mamat tadi, akan cerita atau kisah orang kapir yang bila nak dapat hidayat, akan datang kegelisahan dalam diri, bila mereka tumpukan perhatian kepada Islam dan mendalaminya, akhirnya hati mereka menjadi tenang, tenang setenang tenangnya..

Dan korang orang islam pulak bila susah hati, itu tandanya Allah nak tambah hidayat dalam diri.., dosa yang ada dalam hati menghalang tetamu Allah yang baik ini, lekas tawajjuh sebelum tetamu ini pulang.., tumpukan perhatian kepada Allah dan belajar kehidupan Rasulullah SAW. insyAllah akhirnya hati korang yang terpilih itu akan menjadi tenang, tenang setenang tenangnya..

Ketenangan hanya ada dalam ugama.., tempat lain boleh korang cari ketenangan tapi hanya bersifat sementara, ada orang yang mencari ketenangan dengan muzik misalnya, baik, cuba korang buat lagu untuk hiburkan orang yang 5 minit lagi nak kena sebat atas kesalah rogol.., cubalah buat lagu untuk orang yang 5 minit lagi nak kena hokum gantung.., nak kena lempang? Cubalah.. huh!

Dalam ugama ada kebahagian, kesejahteraan, kemakmuran, keharmonian, kemuliaan, ketenangan, kedamaian, dan segalanya adalah tentang kesudahan yang baik (husnul kahatimah)

Siapa yang cari semua ini selain dalam ugama, mereka bukan sajer tak jumpa, tapi mereka akhirnya bertemu dengan kedukaan, kehinaan, kesengsaraan, kegelisahan, keperitan, kesempitan buat selama-lamanya..

Ada jugak orang yang bila hati gelisah, tak tahu nak buat camne, teruskan berpoya poya, minum arak, pasang muzik kuat-kuat, teruskan buat maksiat, makan pil kuda, berzina dan lain lain, yang mana akhirnya hidayat yang nak masuk itu berlalu, yang membuatkan hati mereka kembali ‘tidak gelisah*’ seperti dulu.., mereka sangka telah berjaya buat hati tenang dengan hiburan dunia, tapi kenapa akhirnya bunuh diri?

*(hati mereka masih gelisah, tapi tidak gelisah seperti dulu)

Maka terpulanglah kepada korang akan bagaimana caranya nak hilangkan kegelisahan yang melanda hatimu duhai sahabat…

Nabi Muhammad SAW pada mulanya bertawajuh mencari kedamaian dalam gua, bila malaikat jibril a.s datang nak bagi wahyu pertama, apa jadi? badan berpeluh, hati jadi takut, resah dan gelisah, lari terus balik rumah dan ‘bersembunyi’, lalu isterinya datang dan mententeramkannya…, kemudian bila pakcik Khatijah r.a menasihatinya., maka barulah hati Nabi SAW faham dan mulai bertawajjuh, hati kembali tenang dan faham kehendak Allah, sampai tahap Nabi pergi ke tengah-tengah padang pasir semata-mata untuk menunggu wahyu seterusnya.., dan Nabi rindu nak jumpa malaikat jibril a.s

: )

Sebenarnya kita akan masuk shurga bila kita mendapat taufik dah Hidayat dari Allah.Taufik dan Hidayat bolehlah di ibaratkan sebagai sebuah erti "kesedaran" yang Allah akan datangkan pada setiap manusia..

Apabila Hidayat ni nak datang,., maka hati akan rasa gelisah kerana berlawanannya sifat buruk dalam hati, lagi kuat perbezaan dalam hati, lagi kuat kegelisahan..

Dan hanya orang yang buat usaha atas kesedaran sahaja, (dengan cara itu) hidayat akan bertaktakta dalam hati..
Jadi untuk dapat hidayat. korang kenalah lapangkan masa buat pengorbanan untuk usaha atas kesedaran korang, Faham?
Sejauh mana kesedaran korang tentang pentingnya hidayat, maka sebanyak itu jugaklah pengorbanan atas usaha kesedaran.., Orang yang tak buat usaha atas kesedaran, Lama-lama Allah akan tarik kesedaran tu sehingga dia jadi tak sedar yang dia tu berada dalam kesalahan. Maka jadilah mereka ‘tenang’ dalam dosa dan maksiat..

Seperkara lagi, orang yang beriman juga akan resah gelisah bila hidayat nak keluar dari hati, bila ujian dunia datang, orang beriman yang terperangkap dalam kesibukkan dunia.. akan rasa gundah gulana.., kerana waktu itu, kebesaran dunia dan bebannya telah datang meliputi hati dan memaksa hidayah keluar.., maka jalan yang terbaik adalah, kena patah balik kepada kehidupan berugama..

Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.. (Ar- Ra'd, 13:28)

Dan ketenangan yang di perolehi melalui mengingati Allah ini, tak mampu untuk di ceritakan dengan kecantikkan bahasa, tidak mampu di suarakan dengan melodi ahlan, atau di gambarkan dalam screen lebar.., ianya terlalu indah sehingga gagal di copy/paste dalam bentuk medium lain..

Ketenangan yang di perolehi dengan mengingati Allah, buat korang boleh berfalsafah tentang kematian.., boleh bergurindam dan bersyair tentang mayat, tidak takut untuk tidur berselimutkan kain kapan atau berbantalkan batu nisan, malahan tidur di dalam keranda juga menjadi mimpi indah.., kain batik mayat juga boleh buat sebagai kain basahan! Woha!

Korang juga akan suka dengan kereta mayat : )

Akhirnya kereta mayat yang sedang parking dalam halaman masjid bermadah:
Ahli dunia habiskan tenaga dan harta serta masa , demi mencari sebuah kebahagiaan.., telah banyak keringat, wang ringgit dan masa berlalu, tapi kesedihan dan kesempitan jiwa melanda, kalaulah mereka tahu, bahawa kebahagiaan itu ada di sini.., kalaulah mereka tahu, kalaulah..!

Selamat mencari ketenangan!!!

Satu lagi cerita benar..

Aku pernah ada kawan dengan doktor dan bomoh, menurut doctor yang aku pernah berkawan tu, bangsa yang paling takut mati adalah bangsa cina dan seterusnya bangsa india, cedera sikit dah datang jumpa doctor dengan wajah yang murung dan gelisah, kalau bapaknya kena penyakit kritikal, maka anak beranak pakat pakat datang jumpa doctor check sama takut mereka juga kena penyakit yang sama.. jika doctor cakap nyawa mereka tinggal 2,3 bulan lagi, alamak meraunglah mereka.. , mereka sangat cintakan hidup dan sangat takut ngan mati!!!(aku bukan nak hina mana-mana bangsa- fakta ni mengikut pengalaman doctor tu ler…, ada masa boleh rujuk doctor yang berhampiran),

Kawan kawan aku yang berbangsa cina, akan bengang bila aku cakap pasal mati!! Muka terus jadi marah dan merah., solilah brother.., hihihi gua tak sengaja..

Tapi aku kata, walaupun mereka takut mati, tapi kalau kat Malaysia ni yang paling ramai bunuh diri bukankah bangsa cina dan india juga, pelik bukan? Mereka takut mati tapi banyak kes bunuh diri!

Dan menurut pengalaman doctor tu lagi, Bangsa yang kurang takut mati adalah bangsa melayu.., bila bagitahu nyawa tinggal lagi 2, 3 bulan, orang melayu nampak cool..

Tiba tiba bomoh tu menyampuk:

“Arghh, mereka nampak cool sebab lepas dah putus harapan dengan kau(doctor) mereka datang jumpa aku, ha ha ha!, Orang kita(melayu) ni lebih percaya bomoh dari doctor..

Tiba-tiba pulak aku menyampuk:
“Sehingga sanggup berzina dengan bomoh untuk sembuh penyakit..!!!”

Suasana senyap seketika.., lalu doctor tu sengaja ketawa, dan aku serta bomoh itu juga ketawa..
Kami ketawa serentak ha ha ha! Memang buruk orang tua bila berborak..

“Tapi yang paling tak takut mati..” kata doctor tu pulak..

“Orang yang paling tak takut mati adalah orang islam yang buat kerja dakwah, jika cakap mereka ada 2,3 bulan lagi baki umur, siap boleh senyum dan ucap terima kasih..oh!”..

Mereka akan kata: “ini berita gembira” lalu terus keluar berdakwah 40 hari dan mati kat masjid ketika sedang beriktikaf… Wallahu’lam..

Ok, kita tamatkan cerita ini begitu sahaja.., member aku dah keluar dari bilik doctor dan dah dapat MC 3 hari!! Biar betul?

Aku:
Apa kau ‘kelentong’ doctor tu?

Dia:
Aku tak cakap apa-apapun..

Dia lagi:
Apa yang pastinya, aku tertidur ketika menunggu giliran, mungkin nurse dah panggil aku dua tiga kali tapi aku tak jawab, sekali di sergahnya aku terus bangkit dan tergesa gesa masuk bilik jumpa doctor, kau bayangkanlah muka orang baru bangun tidur, mata merah dan sedikit kebengingunan.., belum Synchronize lagi., bila doctor tu tengok rupa dan mata aku, terus cakap aku ada sakit mata dan bagi MC 3 hari ha ha ha!

Aku dan Dia:
Ha ha ha!!!
(bila mata merah, orang akan ingat kita hisap dadah atau bela jin..., eloklah tu dapt MC)

Sekian…

Ps: Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.., tidakkah korang mahu menjadi mayat yang bila di lihat: sungguh nampak tenang?

45 comments:

  1. mimpi dia macam peristiwa di padang mahsyar ? x gitu ?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum

    mncari hidayah bg ku adalah seperti mnuntut ilmu, smpai nak mati xkan abis...bila ko crita mcm ni, aku terasa...slama ni jiwa ku yg xtenang,byk dosa yg aku buat cthnya:jika aku derhaka pd mak aku-melawan kata, pastu aku akn gelisah kat hati ni...ya ALLAH...

    ya ALLAH,
    moga orang2 muslim diberi hidayah,amin
    moga penulis blog ini diberi hidayah,amin
    moga aku diberi hidayah,amin...

    -kelakarlah bc citer cara kwn ko dpt MC.hehehe...

    terima kasih hamka..
    ini adalah 1 cara dakwah melalui blog...

    p/s:terpenjara dlm hutan dunia

    wassalam

    ReplyDelete
  3. salam hamka, point yg bagus dalam artikel ni, cuma nak ulas juga sedikit. itupun kalau ruang komen ni sudi diterima sebagai ruang ulasan juga.

    hamka tulis:
    “Tapi yang paling tak takut mati..” kata doctor tu pulak..

    “Orang yang paling tak takut mati adalah orang islam yang buat kerja dakwah, jika cakap mereka ada 2,3 bulan lagi baki umur, siap boleh senyum dan ucap terima kasih..oh!”..

    Mereka akan kata: “ini berita gembira” lalu terus keluar berdakwah 40 hari dan mati kat masjid ketika sedang beriktikaf… Wallahu’lam..


    walaupun tak pasti samada itu doktor tu sebut atau hamka (kalau ikutkan warna tulisan, mungkin hamka), cuma jika para sahabat radiallahu anhu bila ditanya di manakah mereka mahu mati, maka mereka akan jawab "mati di medan perang (syahid)".

    pernah juga aku dengar cerita tentang khalid al walid, yang selalu mengemudi tentera islam untuk berjihad kerana ingin kejarkan shahid, namun Allah tidak memakbulkan impiannya kerana dia akhirnya mati di atas katil. namun aku dengar, rasulullah menyebutnya telah pun mendapat shahid itu.

    shahid inilah mati yang dikejar-kejar oleh semua orang beriman. walaupun para ulama menyebut, shahid boleh didapati dengan amalan jihad di medan lain selain perang seperti jihad di medan ilmu sebagaimana para ulama, atau jihadnya seorang ibu untuk melahirkan anak juga, namun tidak dapat tidak, semua ulama bersepakat shahid yang paling besar dan mulia adalah shahid di medan perang.

    dewasa ini tanah-tanah umat islam telah banyak dicerobohi. dan peperangan telah dihalalkan oleh Allah jika tanah-tanah kita dicerobohi musuh.

    ya, terorisme tidak diterima di dalam islam, dan islam meletakkan kaedah berperang mestilah dengan strategi. kita bukan teroris jika bercita-cita untuk shahid.

    untuk berjihad di medan perang, semestinya kita perlu siapkan segala kekuatan dan kelengkapan kita, sebagaimana yang diperintahkan Allah.

    adalah suatu yang bodoh jika aku mengajak semua orang yang baca mesej aku untuk berperang, jika kalian semua tidak menyediakan kelengkapan yang perlu untuk mengejar shahid sebagaimana para sahabat rasulullah (bukankah kita kata mahu contohi para sahabat?)

    antara kelengkapan perang di zaman rasulullah tentunya senjata2 seperti panah, kuda, mahupun baju besi. kemahiran bermain senjata perlu diajar dan belajar.

    dan di masa sekarang, perang juga perlukan senjata. ya, kita perlukan kemahiran menggunakan senjata yang setaraf dengan musuh. kita perlu dapatkan pengetahuan itu. selain kita siapkan para engineer untuk bina senjata, kita juga siapkan doktor2 untuk merawat pejuang2 kita nanti.ya, semua ilmu itu berguna untuk perang ini. hatta, sekarang musuh menguasai ilmu matematik untuk berperang juga dengan sistem cryptography seperti dalam filem a beautiful mind (2001).

    dan jangan lupa senjata umat islam yang terkuat adalah doa. dan sesungguhnya doa orang2 beriman itu saja yang didengar Allah selain doa org yang teraniaya.

    oleh itu persiapan iman memang perlu. dan janganlah kita mahu play safe dengan meletakkan cita2 perjuangan iman kita setakat iktikaf ke masjid sahaja. shahid perlu dikejar. itupun kalau kita betul2 nak ikut rasulullah dan para sahabat.

    NAMUN! tak semua orang itu wajib keluar berperang walaupun shahid itu kita cita-citakan. mestilah dipersiapkan segolongan untuk tinggal di belakang untuk menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu.

    di sini, ilmu itu adalah teras segalanya. yang pergi perang kena ada ilmu senjata, ilmu untuk beriman dan berdoa. yang tak pergi perang pun kena ada ilmu dan sebarkan ilmu. maka ulama kenalah kita hormati. jangan kita herdik para ulama, sebab itu ulama dipanggil pewaris nabi. walaupun disebut di akhir zaman ini akan muncul ulama2 jahat yang ramai.

    tapi ilmu memang penting.

    dan kerana itulah juga, rasulullah yang gelisah dan tak tenang, yang berkhalwat di gua akhirnya didatangi malaikat dengan membawa wahyu pertama, "iqra".

    iqra ertinya baca. bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan...

    bacalah al quran.
    bacalah ilmu para ulama.
    bacalah mana-mana blog, ia tak salah. sebahagian besar ilmu Allah disampaikan dengan kita mmebaca.
    maka jadilah pembaca, dan fikirlah apa yang kita baca.

    sesungguhnya rugilah orang2 yang tak berfikir.

    wasalam.

    ReplyDelete
  4. salam wbt hamka,

    kau macam tau2 aje aku ni gelisah sejak 3 minggu kebelakangan ni..alhamdulillah aku harap hidayah la menang dalam pertarungan jiwa aku yang kusut ni..uhuk..

    alhamdulillah, semalam aku hadir majlis bayan (buat pertama kalinya) dan di situ la baru aku dapat rasakan suasana iman..ohh..aku siap termimpi2 lagi pasal majlis tu semalam...

    aku sentiasa doakan hidayah buat engkau dan keluarga engkau dan muslimin dan muslimat seantero dunia..amiin..

    ReplyDelete
  5. thanks alot bro.

    ReplyDelete
  6. *bila ade doktor maka ade le pulak cik misi nye*

    aku ade baca tulisan seorg alim tapi dlm english le...bertajuk 'The Reality of Body and Soul'.Oleh krn teks asalnya agak pjg maka aku cuba ringkaskannya seboleh mungkin dgn terjemahan sekali(sket lbh kurang ikut ayat mudah aku)

    Beliau menulis ruh dan
    jasad kita adalah umpama seorg penunggang kuda (ruh)yg sdg memacu kuda (jasad).Hakikatnya ialah penunggang kuda yg kontrol kudanya dan bukan sebaliknya...begitu jugalah ruh yg kontrol semua aktiviti jasad krn apabila ruh dicabut maka semua aktiviti jasad akan terhenti.

    Apa yg berlaku kpd kita hari nie ialah kita sibuk memberi makan kuda kita(jasad)dgn makanan yg lazat dan bervitamin dgn harapan kuda ini (jasad)akan kuat berlari setiap hari....tapi syg 1000x syg kita abaikan makanan si penunggang kuda nie (ruh) dgn memberi mkn ala kadar aje sbb bila si penunggang kuda nie (ruh) tak cukup mkn maka dia akan jadi lemah dan tak boleh kontrol kudanya (jasad)dgn baik...walaupun kudanya itu segar bugar....(paham dak apa yg aku tulis nie )

    maka jadilah kudanya itu(jasad)melilau kesana sini tanpa arah tujuan (buat perkara2mungkar...tak solat,minum arak etc...etc...)walaupun dia (jasad) sihat sejahtera.

    Bila jasad jatuh sakit doktor akan memberhentikan sementara makanan yg biasa jasad tu makan cth roti,pasta,speghetti...ohh...segala makanan yg enak2...sbb dia tak de selera nak makan masa tu...jadi diberinya ubat pil atau injection (mcm kat hospital tu) sampai baik...barulah blh makan semula makanan kesukaan ramai.

    Begitu juga dgn ruh pun blh jatuh sakit. Tanda2 ruh sakit ialah bila org tu tak taat lagi perintah Allah...dan oleh krn ruh nie dtgnya drp Allah maka ubatnya jugak kenalah drp Allah....iaitu kena selalu berada di masjid,duduk dlm majlis2 ilmu dan zikir dan buat dakwah.

    Maka bila hati kita gelisah bermakna ruh kita sdg sakit...maka carilah ubat dgn mendekati Allah.

    ReplyDelete
  7. Nama saya ialah maon. kawan saya memanggil saya dengan nama maon.

    Saya ada pantun untuk orang yang gelisah.

    Burung merpati patah sayapnya,
    Kau umpama merpatih putih,
    Kalau anda sedih,
    Cari orang yang lebih sedih.

    Bunga serai wujudkah ia,
    Halia boleh dicampur teh,
    Janganlah anda sedih,
    Kalau sedih minumlah teh.

    Awan mendung di tengah hari,
    Mari kita pergi ke pekan,
    Akan tiba suatu masa nanti,
    Kain putih pembalut badan.

    sekian untuk kali ini,
    ada ubi kita bertemu lagi.

    -maon-

    ReplyDelete
  8. Boleh terangkan tentang maksiat hati plak x?maksiat hati pun yang paling buat org gelisah rasanya..

    ReplyDelete
  9. mudahan mereka yang cuba mencari ketenangan di internet ni jumpa blog ni. takdir allah, dia nak bercakap dgn encik hamka. mudahan kalian menjadi sahabat dunia akhirat. ukhwah fillah. insha allah.

    ReplyDelete
  10. Aku ni lebih dari gelisah, setiap gelisah yg datang di tunjukan juga setiap jalan keluar dari allah. Tak pernah tidak. Aku neh terlalu cepat berpaling kearah dunia.

    *Sunyi*



    *tsk*






    *mencari penyelamat diri*

    ReplyDelete
  11. bagus

    Moga hati gelisah, pintu menuju hati yang bahagid. Dengan RabbNYA

    ReplyDelete
  12. terima kasih berkongsi cerita ni...

    ReplyDelete
  13. topic ni mcm di tujukan khas untuk aku...mmg tgh resah gelisah gundah gulana ni..buat ape sumer x kene..kpale pun dah botak macam navy rasenye..huhu..baru ku paham mengapa..tq bro

    ReplyDelete
  14. hatiku gelisah bila...

    tak cukup duit
    kontrak tak dapat
    bisnes tak untung
    pinggang tak ramping
    'anu' tak mantap

    hatiku TAK gelisah bila...

    solat 2 out of 5 atau 2x setahun
    makan ber'suap'
    tayang body
    puasa 'yang yuk'

    ReplyDelete
  15. Bro Hamka,

    Terima kasih kerana menulis entry ini.

    Bukan mudah untuk berdakwah, bukan mudah mengeluarkan manusia daripada kegelapan.

    Tambahan lagi bila kita berdakwah ikut cara Rasulullah...berdakwah daripada pintu ke pintu. Semua orang tak suka, semua orang benci, sampai kita dilempar dengan "batu", dilempar dengan najis. Terima kasih Bro Hamka, sekurang-kurangnya entry bro ini menguatkan semangat saya untuk terus berdakwah seperti dakwah Rasulullah.

    Teruskan menulis

    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Buat kali pertama aku kerja, dengan izin Allah, aku di beri MC oleh doktor selama 2 hari..

    aku tak nak!
    doktor kata ubat ni lepas makan terus mengantuk dan kena tidur..

    ok, gua nak tidur dulu, dah sihat gua jawab korang punya komen!

    woha!
    (mabuk dadah dalam ubat)

    wasalam...

    ReplyDelete
  17. "..Sebenarnya, bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayat nak datang ke dalam diri korang, hidayat ni bila nak bertakhta dalam hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan makhluk, maka masa tu “hidayat” terpaksa ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat korang jadi gelisah.., menang kalah, pilihan korang yang menentukan dengan izin Allah..

    Masa tu korang akan keliru, hati start resah gelisah, dan mula rasa serba tak kena dan macam susah hati sangat, susah hati tanpa sebab, dan kebimbangan demi kebimbangan pada benda yang tak pasti dan sering menggambarkannya dengan imej yang buruk.."

    ohh patut laaa gelisah.
    tehehe.
    berkesan betul dgn isi entry kali ni.terima kasih.
    mabok-khayal dadah-perempuan-internet.
    ttp gelisah.ttp tak tenang.ttp tak gembira.
    "..tiada sudahnya dunia yg dicari.."

    ReplyDelete
  18. http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=497&Itemid=63

    macam tau je article yg di paste tu dr mana :D

    ReplyDelete
  19. alan zed

    maka, dan tentu padang mahsyar itu jauh lebih dahsayt bukan kerana yang dekat kepala adalah matahari dan air pulak adalah peluh dan nanah.., isk!

    ---------------
    terpenjara dlm hutan dunia

    waalaikumusallam

    semoga, dengan kasih dan sayangNYA, Allah mengabulkan segala doa yang baik-baik,,

    amin..
    : )

    --------------
    muhammad fakhrul razi

    Dalam filem the matrix, ada cerita tentang ‘real world’ atau ‘true world’ yang mana setiap manusia yang hidup dalam matrix ada satu plug yang bersambung pada satu program yang di kawal oleh system AI..

    Terdapat sebahagian manusia yang terpilih yang berjaya mencabut plug di belakang kepalanya yang mana dia faham tentang matrix dan real..

    Itu hanya filem yang aku tonton 8 tahun yang lepas..

    Aku harap satu hari nanti dengan izin Allah, aku dapat cabut ‘plug’ di belakang kepala kau.., barulah kau tahu apa itu ‘real’

    Wallahu’lam

    -----------
    nurzaiti

    salam

    berada dalam majlis membesarkan Allah adalah satu keuntungan yang besar,..
    semoga kau dapat hadir lagi dan bukan untuk kesekian kalinya..

    : )

    Ps: aku tak tahu kau gelisah..

    -----------
    MISSY

    Kalu kau rajin boleh bukak blog baru dan translate blog aku dalam BI.., he he he

    *bila ade tok bomoh maka ade le pulak cik (isi sendiri) nye*

    He he he

    ----------
    maon

    Nama saya ialah Hamka,. kawan saya memanggil saya dengan nama Mekar.

    Saya tiada pantun untuk orang yang gelisah dan untuk maon

    : )

    Sekian terima kasih

    -----------
    Anonymous

    Maksiat hati yang besar itu ada banyak, iiatu-
    -syirik
    -tak khuyuk
    -jahil
    -lalai
    -buruk sangka
    -dengki
    -kianat
    -curiga
    -hasad
    -dendam
    -buruk sangka
    -pandang buruk
    -riak
    -takkabur
    -ajub
    -perasan bagus
    -hampeh
    Dan lain-lain..

    (lain kali aku cerita.., insyAllah)

    -------------
    ainee

    ukhwah fillah lestari selamanya..
    woha!!

    -----------
    Jiji, 24

    Sunyi?
    mencari penyelamat diri?

    Woi kawan-kawan, sape nak kahwin dengan jiji pergilah pinang cepat!!!

    (aku ‘agak-agak’ sajer he he he)

    ---------
    alqasam

    Amin…

    ----------
    Mak Su

    Berkonsi cerita sajer yang dapat.., kalau boleh nak berkonsi MC he he he

    ----------
    shuet

    Syukur pada Allah, yang hebat itu Allah..

    ---------
    xx

    kedamaian yang ku cari, masih jauh terbukti, jauh lagi perjalanan ini..
    Jiwa tak pernah tenteram, kasih lama tenggelam, di lubuk hati yang paling dalam..

    (teka? Lagu sape)

    ---------
    Junior Messanger

    Syukur pada Allah, yang hebat itu Allah..

    Semoga semua kekal dalam hidayat.., kita fakir iman, kerana itu kita kena buat usaha atas iman dan mengemis pada Allah..

    ----------
    yang.mati.akal

    Syukur pada Allah, yang hebat itu Allah..

    ----------
    Anonymous

    Tau takpe!!!
    Tapi ustaz tu banyak edit, kena tapis ler pulak.., hampeh!

    ReplyDelete
  20. huhu..
    aku jua pernah gelisah.
    kita ni manusia bila susah baru cari Allah, bila senang 'action' lagi dengan Allah.

    Petanda Allah sayang kita, dia beri kita ujian, datangkan keresahan supaya kita balik 'bertemu' dengan Nya.

    semalam aku gelisah sangat, blur, blank, nak tercabut nyawa pun ada. Yela, impian aku takkan aku nak biar ia musnah begitu je.
    Kembali kepada Allah. Memang tawakkal gile ar, sbb aku da buntu sgt.

    Alhamdulillah, sume settle, ending nya tak sesusah seperti yg aku sangka. Mudah sgt.

    Moga diri ini lebih tabah.

    Klu kita rasa kita banyak masalah, orang lain lebih banyak masalahnya.. :)

    ReplyDelete
  21. nice post. hanya dgn mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..

    ReplyDelete
  22. Al-Akhul Muslim:

    No comments, just a gift for you to give to your loved ones.

    DARLING

    Neither diamonds nor golden rings,
    even crowns of a king,
    or the breasts of queen,
    shall mend this lonely sting,
    if you whom my heart sing,
    hid like the moon in morning,
    and shy like the sun in the evening,
    leaving me forever yearning,
    for the kiss from the one I call darling.

    ReplyDelete
  23. sorry just menyebok jer...
    Abu Hurairah reported that the Prophet salallaho alayhey wa sallum, said,
    " When a man goes out of his home, two angels accompany him. If he says,"Bismillah" they would respond by saying,"you have been guided."
    And if he said, " La hawla wala quwwata illa billah (There is no will and no power except in Allah.)", they would respond by saying, " You have been protected."
    And if he said, "Tawakkaltu'ala Allah," (I depend and trust in Allah,) they would respond, "You have been satisfied."
    If his two associates met him, they would say, "What do you want from a man who is guided, protected and satisfied?" (Ibn Majah)

    ReplyDelete
  24. Di blog saya hari ni ada cerita tentang perjalanan seorang mayat.

    http://afyan.com/ver1/?p=123


    www.afyan.com

    ReplyDelete
  25. syukron hamka,

    alhamdulillah, aku ingat nak hadir ta'lim je semalam, rupanya ada lagi majlis bayan(jemaah dari kedah datang ke tempat aku)..memang semua Allah dah aturkan..ohhh..

    semalam bingcang pasal topik fikir ummat, dan betulkan yakin terhadap Allah..juga diselitkan pasal kusyuk solat, tentang jangan berputus asa dari rahmat Allah..bla bla bla..dan wanita sebagai sayap kiri perjuangan sang lelaki dalam bidang dakwah, banyak laaa..alhamdulillah..

    ps:tapi banyak yang disebut dan kisah2 yang diutarakan dalam bayan tu macam serupa idea dari ko la hamka..ha ha ha..entah2 ko yang berada di sebalik tabir itu? siapa tahu? ohh...

    ReplyDelete
  26. pengembara

    Apabila kita sudah putus asa dan susah hati, akan ramai orang di sekeliling kita yang terpaksa berkongsi rugi..
    Kenapa merugikan orang lain?

    Selamat mengembara ke duniaku yang aman…

    : )

    -----------
    fairy_tale

    lama kau tak komen.., terima kasih juga sudi singgah..

    ---------
    demonsinme

    darling.
    why u not call me by h/p?

    ----------
    AkuInsanKerdil

    TQ

    --------
    afyan

    : )

    ---------
    nurzaiti

    bila bingcang pasal topik fikir ummat, insyAllah semua serupa sebab datang dari sumber yang sama, al quran+ hadith..

    errrr, aku dah lama tak duduk di sebalik tabir…

    ReplyDelete
  27. beberapa hari lepas aku ade tengok video ceramah sorg ustaz tu...itupun sbb staff aku yg psg kat ofis jadi aku pun tumpang seMATAlah..

    aku bkn nak bgtau pasal ceramah dia tapi aku nak bgtau ustaz tu ade selitkan beberapa klip video pasal balasan Allah pd hambaNya dlm cdnya tu...

    dan yg plg aku gerun video menunjukkan balasan Allah kpd org yg tak solat...

    kisah nie berlaku di Oman, tahun brape tak tahu le sbb ustaz tu pun tak mention...

    ade sorang remaja nie dlm umur 18 thn telah meninggal dunia di hospital,x tau sakit ape dan telah dikebumikan tapi bapa budak nie tak puas hati dgn diagnosis pihak hospital dan menuntut kubur anaknya digali semula...

    lalu kubur anaknya digali semula selepas 3 jam ditanam tapi sibapa amat terkejut dgn keadaan mayat anaknya sdgkan semasa dikebumikan mayatnya tak mcm tu..

    dlm video tu memang jelas ditunjukkan mayat remaja tu yg biru birat lebam seluruh bdn dr kepala sampai kaki,rambut beruban penuh,hidung dan muka kemek dan keadaan matanya yg senget satu dan satu lg hampir tersembul menunujukkan penderitaan yg amat sangat....astaghfirullah..

    dan bapa budak tu memberitahu yg anaknya tidak solat,terlalu bebas dan selalu buat maksiat...

    semoga Allah ampuni dosa2 remaja itu...kesian tengok mayatnya...

    gelisah...resah....bgmanakah pengakhiran kita nanti...moga2 menjadi mayat husnul khatimah....

    p/s : alo hamka buat le entry baru...mcm 'tak laku' je site nie..hee..he..he..aku syor ko buat entry psl wanita dan tabarruj...ok set..

    ReplyDelete
  28. maaf sebab belum update entry baru...

    inyAllah, 2 ke 3 hari lagi aku akan cuba post.., insyAllah.

    terima kasih kerana terus 'menggalakkan' aku..,

    ps: setiap kali lihat bilangan on line user, rajin sikit aku menulis kot..

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum semua!

    walopun da lama x komen, selalu berkunjung sebenarnya =)

    "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."-Al-Baqarah,186

    ReplyDelete
  30. muhammad fakhrul razi said...

    assalamualaikum En. muhammad fakhrul razi.... saya harap en jgn marah eh dengan apa yang saya bagi tahu ni.... sebelum saya bagi tahu apa apa ni fokus jiwa awak 100% ke Allah jangan diikutkan hati(emosi)... kerna syaitan lagi pantas berada dihatimu... INGATLAH....

    sebenarnya begini.... saya seorang pembaca senyap dan tiada kena mengena dengan en. hamka, jangan ingat saya backup en.hamka atas tujuan membodek atau apa2 sahaja... semua nya saya bagitau kerana Allah.

    apa yang saya nak cakap... bila en membaca sesuatu mengenai islam, tolong fokus lah dan tafsirlah mengikut akal yang diberikan Allah yang amat lebih maha berkuasa(rujuk surah ar ra`d ayat 11),janganlah mengikut perasaan yang diterbitkan syaitan dan Allah swt amat mengetahui isi hati mahluknya(rujuk surah ali imran ayat 154)... kenapa saya berkata begini? kerana syaitan lagi pantas berada dihati kamu untuk mentafsir yang bukan2 dan membuat kesimpulan terhadap sesuatu... yakinlah pada Allah..... setiap kali mendengar nasihat atau menbaca article cam ni semua control jiwa dan minda 100% ke Allah... kerana seperti tadi syaitan lagi pantas menyesatkan kamu... dan dia tidak akan mati sehingga kiamat... Ingatlah yang berkuasa adalah Allah.. sekali pun dajal muncul dan berkata dirinya tuhan(rasanya kamu dah tahu).... Percayalah juga Allah tidak akan wujudkan dirinya kecuali di padang masyar iaitu hari kemurkaan nya....dan ingat pada kembali syaitan yang suka menyesatkan mahluk Allah iaitu kebanyakkan en. protes kata2 en. hamka dengan cara halus dan saya tak cakap en. ni syaitan atau apa cuma perasaan kita dihasut syaitan. jangan marah yea en.. saya tak berniat nak memdebat kata2 en... cuma nak bagitahu kerana Allah.

    sebenarnya article dalam kereta mayat ni en boleh baca dan berfikir sendiri jika mana yang tak berkenan en. boleh lupuskan dari fikiran seperti kata salah seorang sahabat nabi ambillah yg mana betul sahaja, jadi disini anda sendiri boleh memikirkannya... dan jangan percaya padanya.. percaya lah pada Allah... kenapa saya cakap cam ni... kerana takut terjadinya syirik... tapi kenapa? contohnya jika anda jumpa bomoh atau sapa saje lah dan dia cakap anda kena mandi buang sial atau apa saja kata2nya ada sesetengah org percaya... disitu lah syirik... sama juga disini jangan percayakan en hamka juga... percayalah pada Allah dan kerana Allah dia menyampaikannya... tujuan en hamka menyampaikan dan atas perintah Allah dan rasulnya.(sila rujuk quran dan hadis) kerna ciri2 akhir zaman pun camni... bila ada org bercakap sesuatu tentang agama banyak yang pertikaian.. fikirkan lah wahai sahabat...

    jangan dipertikaikan kerna jika ada ayat yang tak dapat dihuraikan akal syaitan akan cuba memesongkan akidah kamu. jadi jika tidak tahu sepatutnya bertanya... bukan dengan cara berdebat(walaupun cara kamu guna untuk berdebat sungguh halus) maafkan aku jika aku tersalah anggap kerna Allah lebih mengetahui isi hati kamu...

    dalam quran banyak mengingatkan .. hendaklah kita sentiasa menyebarkan islam... oleh itu berusahalah kamu seperti mana muhammad menyayangi umatnya. lakukan lah dengan ikhlas dan jangan lah cemburu atas kejayaan org lain.

    lagi satu tentang jihad... jangan lah kamu semua salah ertikan... islam tak pernah mengajar mengunakan senjata untuk berperang sebaliknya cuma mengguna kan kata2 sahaja... tapi ada org tanya... di dalam quran banyak menyuruh berperang(jihad) dan di benarkan membunuh.... isk... jangan lah kamu tafsirkan al-quran dengan begitu.... sesunguhnya ayat quran diturunkan selalunya berkait dengan cerita yang berlaku pada waktu itu. dan maksud berperang dengan jalan allah adalah berdakwah bukan menggunakan senjata.... ok logic nya untuk ditafsirkan akal adalah disini... semua org tahu cerita sejarah nabi2 dan rasul kan.... pernah kah semasa mereka berdakwah mereka disuruh membunuh org kafir tentu tidak kan... malah mereka berdakwah dan terus berdakwah membawa kepada kebenaran yang nyata... malah ada satu kisah nabi yunus yang mana Allah berfirman "adakah aku menjadikan org kafir itu sia sia".... pas tu ada org tanya... habis tu nabi muhammad berperang boleh plak... ok cam ni.... nabi muhammad berperang adalah kerana diminta perang oleh org2 kafir zaman itu kerana tidak setuju dengan ajaran islam.(satu contoh jika ada org hendak membunuh kamu.. pastinya kamu akan pertahankan dirimu kan?) sama juga nabi pada masa itu... berperang kerna mempertahankan agama islam dan bukan tujuan sengaja berperang untuk membunuh org2 kafir. dan atas sebab mereka meminta perang baru lah kamu dibolehkan menggunakan senjata.

    kepada muhammad fakhrul razi jangan lah kamu marah terhadap aku yea... aku cuma memberitahu je ni... jika ada dendam dihati terhadap aku... maafkan lah aku... dan aku ingin meminta maaf jika kata2 aku ini menyinggung kamu... apa pun tujuan aku adalah untuk menerangkan perkara sebenar.

    ReplyDelete
  31. ada 'plug' yang belum tercabut..

    ps: rujuk komen aku yang lepas.

    ReplyDelete
  32. :) gelisah hati membawa mati - hati mati kerna kurang jati - jati diri pulanglah pada Ilahi
    dan saya?
    masih dalam selok belok ke arah ketenangan :)

    ReplyDelete
  33. Thank you for this:

    "Dan korang orang islam pulak bila susah hati, itu tandanya Allah nak tambah hidayat dalam diri.., dosa yang ada dalam hati menghalang tetamu Allah yang baik ini, lekas tawajjuh sebelum tetamu ini pulang.., tumpukan perhatian kepada Allah dan belajar kehidupan Rasulullah SAW. insyAllah akhirnya hati korang yang terpilih itu akan menjadi tenang, tenang setenang tenangnya..Ketenangan hanya ada dalam ugama.., tempat lain boleh korang cari ketenangan tapi hanya bersifat sementara, ada orang yang mencari ketenangan dengan muzik misalnya, baik, cuba korang buat lagu untuk hiburkan orang yang 5 minit lagi nak kena sebat atas kesalah rogol.., cubalah buat lagu untuk orang yang 5 minit lagi nak kena hokum gantung.., nak kena lempang? Cubalah.. huh!Dalam ugama ada kebahagian, kesejahteraan, kemakmuran, keharmonian, kemuliaan, ketenangan, kedamaian, dan segalanya adalah tentang kesudahan yang baik (husnul kahatimah)Siapa yang cari semua ini selain dalam ugama, mereka bukan sajer tak jumpa, tapi mereka akhirnya bertemu dengan kedukaan, kehinaan, kesengsaraan, kegelisahan, keperitan, kesempitan buat selama-lamanya.."

    ReplyDelete
  34. Thank you for this:

    "Dan korang orang islam pulak bila susah hati, itu tandanya Allah nak tambah hidayat dalam diri.., dosa yang ada dalam hati menghalang tetamu Allah yang baik ini, lekas tawajjuh sebelum tetamu ini pulang.., tumpukan perhatian kepada Allah dan belajar kehidupan Rasulullah SAW. insyAllah akhirnya hati korang yang terpilih itu akan menjadi tenang, tenang setenang tenangnya..Ketenangan hanya ada dalam ugama.., tempat lain boleh korang cari ketenangan tapi hanya bersifat sementara, ada orang yang mencari ketenangan dengan muzik misalnya, baik, cuba korang buat lagu untuk hiburkan orang yang 5 minit lagi nak kena sebat atas kesalah rogol.., cubalah buat lagu untuk orang yang 5 minit lagi nak kena hokum gantung.., nak kena lempang? Cubalah.. huh!Dalam ugama ada kebahagian, kesejahteraan, kemakmuran, keharmonian, kemuliaan, ketenangan, kedamaian, dan segalanya adalah tentang kesudahan yang baik (husnul kahatimah)Siapa yang cari semua ini selain dalam ugama, mereka bukan sajer tak jumpa, tapi mereka akhirnya bertemu dengan kedukaan, kehinaan, kesengsaraan, kegelisahan, keperitan, kesempitan buat selama-lamanya.."

    ReplyDelete
  35. semoga Allah berikan kita ketenangan itu..

    ReplyDelete
  36. selama ni duk cri ubat penenang hati,bru terasa igt kat Yang Satu...

    nk cri msia wat tong sampah curah perasaan pun xleh.manusia...setakat mne blh fhm perasaan org lain?(termsk laa Hamka yg wat2 lawak mse org tgh curah mslh..^^)

    ReplyDelete
  37. En Hamka,

    mana nak join majlis-majlis agama macam Nurzaiti beritahu tu?majlis bayan bagai..saya nak sangat join majlis-majlis agama ni (bukan setakat ceramah forum perdana) tapi tak tahu cara..masjid di kawasan rumah setakat buat solat jemaah je mana ada tazkirah etc..ke ada cadangan untuk saya sertai mana-mana persatuan ke..(di daerah Kuantan terutamanya)..

    Terima Kasih~

    ReplyDelete
  38. salam, pergi mana mana masjid sekitar kuantan, jika nampak budak budak tabligh, tanya mereka, tahu tak rumah cikgu jaafar?

    mereka akan bagi plan, insyallah..

    majlis setiap minggu hari ahad jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

    tempat: permatang badak, masuk ikut simpang masjid lama permatang badak.

    sampai sana, kau akan jumpa ramai muslimah, tanya mereka tentang masalah ugama, dan insyAllah masalah akan selesai

    ReplyDelete
  39. Salam..

    Lepas Encik balas komen tu terus saya pergi cari Masjid Permatang Badak Lama..mula-mula silap masjid tapi alhamdulillah masa nak balik terjumpa..dah tanya pakcik-pakcik kat situ, dia cakap majlis untuk lelaki je selepas Subuh di masjid tu..bila ditanyakan pasal Cikgu Jaafar diorang tak tahu..pun cuba datang semula hari Ahad pagi pukul 9-10 lebih tapi tak ada orang pun..setakat ni tak jumpa lagi (tak kenal) budak tabligh..melilau juga cari di area masjid-masjid terdekat..eh dekat jalan masuk dari Masjid Permatang Badak Lama tu ada satu rumah batu besar..macam rumah ustaz or ustazah je tapi tak 'proper' pula ketuk rumah orang tetiba tanya kan..huhu~

    psst 1: dah lama nak tanya semula tapi kunun nak berusaha dulu cari baru tanya kan..ni dah sebulan pun tak jumpa lagi Cikgu Jaafar tu..ye lah, takut kena marah je sebab tak usaha tapi tanya macam-macam..so ni rasa dah berusaha dan ditunjukkan jalan cuma tak betul-betul jumpa je lagi..hee~ agak-agak ada cara lain tak??

    psst 2: dah cuba call JAIP dan Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan..telefon tak berangkat dan beberapa masalah minor yang lain..kunun-kunun nak lah tanya bila ada kelas KAFA ke apa kan..tapi takpe, sabar je lah..ni antara dugaan kot..hee~

    Terima Kasih :)

    ReplyDelete
  40. salam, ucapan maaf didahulukn sekiranya penulisan sy ini menyinggung perasaan saudara,

    semua melayu itu muslim, tp bukn semua muslim itu melayu, hal ini krna agama Islam buknlah hanya tertumpu d Malaysia saja,

    dlm Islam kita dibiasakn dgn konsep percaya kpd konsep Qada' & Qadar, maka x hairanlah ramai diantara muslim yg lbh bsifat kterbukaan & mnerima, pbandingn bangsa mgkin akan menyinggung hati dah perasaan brother & sister yang baru revert ke Islam, sekian terima kasih, wassalam

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum hamka, saya berasa sangat berterima kasih pada hamka. kerana, setelah memebaca artikel ini, hati saya yang gelisah tadi menjadi tenang. saya mula berasa gelisah pada kelmarin hari setelah membaca tentang tanda tanda kematian kat internet. ada satu artikel tu menyatakan tentang 100,40,7,3 dan 1 hari sebelum kematian.saya berasa amat takut dan apabila saya membuka artikel yang lain, saya baru sedar bahawa semua artikel yang saya baca itu adalah bohong kerana kita tidak dapat menjangka kematian. tetapi, biarpun setelah mengetahui bahawa artikel tentang kematian itu adalah bohong, saya masih berasa gelisah. dan setelah saya membaca artikel yang hamka buat ni, hati saya berasa sangat tenang. jadi saya sangat sangat berterima kasih dan moga Allah memberi hidayat kepada mu, amin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete