(Teh “BOH” telah menghantui hidupku…)
Dari Klinik, sehinggalah melewati jalan ke rumahku, terpandang akan aku satu poster besar di bahu jalan…
Dalam poster itu ada seorang awek cun bersama abang hensem yang menggambarkan mereka berdua sedang tutup mulut dengan ke dua-dua belah tapak tangan, dan ada tulis kat tepi dengan besarnya akan perkataan; “TAK NAK!”
Tak nak hisap rokok ler tu!, yang mana jika jumpa gambar yang satu lagi akan terlihatlah awek cun dan abang hensem tadi sedang senyum bersama giginya yang burguk dan huru hara..!!
Mungkin lain kali boleh kot aku cadangkan supaya dapat kita taruk gambar awek cun dan abang hendsem yang menggambarkan mereka berdua sedang tutup kemaluan masing masing dan ada tulis kat tepi dengan besarnya akan perkataan; “TAK NAK!”
Bagi yang slow dan tuduh aku seorang gila seks mania, maksud aku, moral gambar itu adalah; “Tak nak seks bebas!, yang mana jika kita jumpa gambar yang satu lagi pulak, akan terlihatlah awek cun dan abang hensem tadi sedang menderita bersama kemaluan mereka yang buruk dan huru hara..!!
Woha!
Ok, bagi yang slow, kemaluan mereka yang buruk dan huru hara.. itu bermaksud penyakit kelamin..
Berbalik kepada kempen TAK NAK hisap rokok, aku nak bagitahu bahawa aku adalah seorang manusia biasa yang hidup dengan normalnya bersama empat unsur, iaitu:-, air, api, angin dan tanah.. dan aku memang TAK NAK hidup bersama unsur yang ke lima iaitu ASAP! Aku TAK NAK!! Kalau boleh aku nak kurangkan hidup aku kepada tiga atau satu unsur sahaja..oh! (kalau dapat) Namun, aku tak nafikan bahawa dalam hidupku ada satu unsur yang mengalir setiap hari dalam tubuhku iaitu Teh BOH!!
Hari-hari aku ketagih teh tarik, dan teh itu mesti berjenama Teh BOH!!
BOH ada UMPH!!!
Nota: aku tidak di bayar satu sen pun oleh syarikat BOH dalam menjayakan entry ini, harap maklum.
Walau bagaimanapun.., ketika entry ini di tulis, aku adalah dalam keadaan tenat dan sakit menderita demam selsema yang agak kritikal, modula oblongata berdenyut kencang di ikuti bengkak rahin leher sementara hingus pula berleluasa di seluruh lubang hidung lantas meluaskan sempadan kehingusanku ke kawasan misai dan janggutku,
Aku kelihatan sungguh burguk sekali!!
Dan buat pertama kalinya, doctor bagi aku MC 2 hari, dan bagi aku ubat yang mana mempunyai kesan kuat sehingga boleh jatuh tidur dengan segera dan aku di larang minum air coke..
Teh tarik berjemana BOH boleh minum tak?
(Yes!! Boleh he he he)
Lantas aku terus pulang ke rumah dan makan 4 jenis ubat yang berbeza warna, rasa, diameter dan bentuk, setiap satu di keluarkan dari plastic yang berbeza, dan tertulis di sampulnya tulisan pegawai farmasi:
-HABISKAN,
-MENGANTUK.
Isteriku yang baik hati dan hidup dengan penuh aura kasih sayang telah sediakan segelas teh tarik ‘kaw’ untuk aku..
Aku minum..
Arghh! Aku tak boleh nak telan, teh rasa pahit semacam..
“Adinda, teh jenama apa adinda pakai?”
“Jenama BOH ler bang.., “
“Kenapa rasa lain macam?,
Oh, patutlah! Aku demam, Allah tarik nikmat sikit.., dosa banyak.., isk!!!
Baiklah, Aku cuba ikut nasihat doctor untuk terus tidur lepas makan ubat tapi keinginan serta ketagihan yang melampau untuk mengecapi BOH seperti hari hari yang lalu.., menghantuiku!!
Aku di ambang gelisah, badan mengiggil, sesekali gigit bucu bantal, sesekali berselimut, sesekali berpusing-pusing 360 darjah tanpa motif, dah agak boring, aku ambik putik kapas korek telinga kiri, dan puas, aku hembuskan segala hingus pada bucu selimut.., arghhh!! apa aku nak buat??
Aku ketagih teh tarik yang menentang tidur dan lenaku.., bilakah mimpi bahagia akan datang menjemputku?
Lalu Aku bukak computer, duduk mencakung. bukak blog dan mula menulis.. , meluahkan segala apa yang terpendam dengan penuh emosi, sementara dari masa ke semasa hingus terus meleleh.., habis siku ke jari aku calit hingus yang tumpah,
Aku abaikan pesanan doctor yang suruh aku makan ubat terus tidur tapi aku lepas makan ubat, khusuk menulis!
Akibatnya, aku menulis dalam keadaan separa sedar, menulis di bawah pengaruh dadah (mabuk ubat) beserta gian teh tarik…
Sehinggalah aku ‘tertidur’ sambil menulis dan ber‘mimpi’ sambil menulis.. tak sedar apa yang aku tulis dan meracau sambil menulis..
Dalam ‘mimpi’ bertulis aku, aku melihat seorang aku sedang duduk di wad hospital, tidak berbaju dan hanya berseluar sukan coklat, agak pelik kerana aku nampak sungguh kurus tapi perut masih buncit sedikit.., aku lihat kedua dua kakiku telah tiada, berbalut kain putih, aku agak kena potong akibat kencing manis barangkali.. oh!
Tiba tiba terdengar bunyi riuh rendah hon kereta dan injin kenderaan, dari luar tingkap aku lihat beribu rubu ummat manusia datang membanjiri hospital, apa kejadah bunyi hon kat hospital, tak sekolah memandu ke?
Inilah akibatnya bila guru sekolah memandu tak pernah tampar pelajar yang buat salah..
Tiba tiba aku dapati diri aku berada di atas satu pentas sambil berkerusi roda, tidak berbaju tapi masih berseluar sukan warna coklat, dan di badan yang kudus ini, aku hanya berselimut dengan gebar kegemaranku.., arghh, mimpi selalu begitu, berubah lokasi sesuka hati jer..
Kemudian, dalam ‘mimpi’ bertulis ini, aku lihat.., Orang ramai mulai datang mengelilingiku, dan membanjari halaman pentas.., bila aku lihat-lihat dan mengamati, aku dapati semuanya berwajah ala-ala ustaz dan ulamak.., apahal pulak ustaz ulamak berkumpul di sini? Chewah…
Tiba tiba muncul seorang lelaki bersenjatakan AK 47, berserban dan berjubah ala ala Pakistan, munculnya dari sebelah kiri lalu menyerahkan aku sekeping kertas..
Aku baca..
“MASALAH UMMAT DAN JALAN PENYELESAIANNYA”
Lelaki Pakistan itu terus ghaib dan dari sebelah kanan mucul wanita berpurdah membawa dulang dan di atas dulang ada microphone dan bunga telor..
Aku ambik bunga telor dan sematkan di tetek kananku, lalu dengan menggunakan mikropohe aku mula buat testing testing, cubaan, satu dua satu dua, bola satu dari bola dua.., over roger!
Cheh, main-mainlah pulak!!
Aku angkat tangan kananku tinggi-tinggi sambil membuat symbol ‘V peace’ dengan dua jari..
Aku berkata sambil beremosi:
Dewasa ini.., ada dua perkara penting yang korang semua kena buat wahai ustaz dan ulamak untuk selamatkan semua ummat islam!!
Pertama, dalam mana-mana ceramah korang, tekankan solat jemaah!! Terang balik maksud fardu kifayah dan bukak kisah sahabat baginda SAW akan pendapat mereka tentang solat berjemaah.., hari ni ummat islam keliru kerana ada antara ustaz ulamak sendiri yang tak pergi solat jemaah, lepas tu galakkan pulak solat di rumah bersama anak bini, tak ke hampeh?!! akhirnya masjid jadi kosong..
Aku dulu pergi khusus kahwin buat kat masjid, sedang ustaz explain, azan asar berkumandang, aku angkat tangan keluar, ustaz buat donno dan teruslan lawak pengantin sampai 5 30 petang, tak ke hampeh??,
Aku tengok hari ini ada macam-macam kolej islam, sekolah pondok, universti islam, azhar lagi, madrasah lagi, setiap tahun beribu ribu ustaz dan ulamak graduate, tapi bila azan berkumadang, masjid masih banyak yang kosong, mana pergi graduan islam yang ribu ribu tu??
Tak payah aku bukak hadith quran, sebab korang semua lagi terer.., tapi tolonglah.., betulkan kembali tanggapan ummat islam terhadap pentingnya solat berjemaah, zaman Nabi dan sahabat, bila azan berkumandang, berbondong bondong orang datang ke masjid,
Solat jummat dan solat 5 waktu takde beza, malahan peniaga peniaga terus tunggalkan kedai mereka dengan segera bila dengar azan..
Abdullah bin Mas’ud r.a berkata ketika melihat kejadian peniaga peniaga meninggalkan kedai kedai mereka sebaik azan berkumandang:
“inilah orang yang Allah nyatakan tentang mereka dalam Al quran..”
Lalu membaca surah an-Nur ayat 37.
Hari ini, bila azan berkumandang, mana peniaga peniaga yang berani tutup kedai mereka dan datang penuhkan masjid?, tidak jadi hinakah akan rumah Allah ini di pandangan mata mereka?
Dan kenapa ada ustaz ulamak yang tak datang solat berjemaah?
Tahukah kamu bahawa semua ahli badar adalah ahli masjid?
Lalu Allah datang hantar malaikat Bantu mereka..
Dan tahukah kamu bahawa ahli parti kamu ada yang bukan ahli masjid?
Tahukkah kamu bahawa sahabat kamu yang sedang tunjuk perasaan itu bukan ahli masjid?
Tolonglah wahai ustaz dan ulamak.., tolonglah betulkan kembali akan pentingnya solat berjemaah ini kepada ummat islam!!!
Biarlah orang kapir sahaja tidak sedih melihat masjid kosong, kerana mereka adalah ahli neraka, korang pulak bukan kapir, kenapa tak sedih lihat masjid kosong???
Kenapa???
Baik, aku malas nak ulas lagi bab solat jemaah ni, kita pergi kepada perkara kedua..
Korang semua ni aku tengok tak putus-putus ceramah sini sana, baguslah, boleh dapat income lebih sikit, Cuma aku nak tegur sikit, Nabi SAW bukan kerja dia setakat nak bagi ceramah hari-hari, ada waktunya Nabi duduk bermusyuarat dengan sahabat tentang bagaimana nak majukan ugama, Nabi bagi kerja pada sahabat, ambik laporan dan baiki kerja.., dengan cara begini, ugama islam tersebar ke seluruh dunia..
Hari ni korang ceramah punya ceramah dah masuk 50 tahun, tapi ummat masih tak berubah, orang muda makin jahat, orang tua makin perasan bagus, dan hidup memuji zaman dulu dulu.., padahal apalah salahnya seminggu sekali bila tiba time berceramah, cuba cakap kat orang kampong, hari ni saya bukan nak berceramah, saya nak bermusyarat dengan semua ahli surau tentang bagaimana nak majukan ugama, lalu bagi kerja pada orang kampong, ambik laporan dan baiki kerja mereka.., dengan cara begini, ugama islam akan tersebar ke seluruh dunia.. insyAllah..
Ini tidak! Ceramah ceramah, habis gitu jer.., tutup majlis bukak majlis, yang datang jadi perasan bagus, dan tujuan ceramah jadi hilang arah, para pendengar pergi kuliah just sebab ustaz tu best, lepas tu buat perbandingan, ustaz tu best dan ustaz tu tak best.., dan ceramah pulak jadi merepek serta buat lawak bodoh.., sampai tahap jemput penceramah perempuan pulak demi tarikkan, dan bestlah para pendengar sebab korang tak bagi mereka kerja, hari hari dengar ceramah, tapi kerja tak buat, nafsu akupun suka jika pergi kerja just dengar ceramah..!!
Ok!! ye betul, korang ada suruh para pendengar supaya bersolat, puasa, itu semua betulah tu, dan benda tu memang dah wajib orang islam buat, sekarang cuba bagi kerja kat peminat ceramah korang supaya pergi berdakwah pada jiran-jiran yang tak datang, dan jangan biar mereka buat kerja sendiri, pantau mereka, ambik laporan, dan bentang takazar, jika ada silap, baiki kerja mereka,.. hari ni ummat islam yang terkesan dengan ceramah korang pergi berdakwah suka hati mereka, pakai lagu, pakai blog, pakai otak logic dan takde ustaz ulamak nak pantau, kalau aku tegur terus naik syekh, tuduh aku ortodok dan tidak kool, ya aku tidak cool, dan aku peduli apa?..
Bukankah dalam Quran ada surah Al syura, perintah Allah suruh ummat islam bermesyuarat, Nabi hari hari mesyuarat dengan sahabat baginda untuk kembangkan ugama, korang pulak nak kembangkan ugama just bagi ceramah dan dengar ceramah?
Kerana itulah ummat islam mundur, tak tahu nak buat apa.. isk!!
Untuk majukan dunia, kat opis hari-hari bos mesyurat dengan anak buah bagi kerja, ambik laporan dan pantau, tapi hari ini ustaz-ulamak nak majukan ugama, tapi tak fikir ke jika just bagi ceramah yang boleh buat orang nangis kira ugama boleh kembang ke? Reality dah depan mata.., duduklah mesyuarat dengan ahli jemaah masjid dan pakat pakat sambut takzar ugama.., insyAllah..
Ok, baiklah ada sebahagian antara kamu bermusyuarat, terutama mereka yang ada parti so call Islamic, aku pernah hadir dalam mesyurat kamu, tapi aku tengok kenapa dalam menyuarat nak tegakkan islam korang bermusyuarat cara yahudi?
Dalam mesyuarat guna kuasa majoriti, lepas tu potong cakap, hina cadangan kawan, tekankan kelebihan pandangan masing masing, bagi cadangan ikut masalah peribadi, bangkang cadangan dengan serang peribadi, dan bila cadangan di terima rasa bangga riak takkabbur, dan di tolak terus bengang gila!! Arghh malas aku nak ulas,
Bukankah Nabi ajar dalam mesyuarat biar amir buat keputusan, tak ikut majority,, tak boleh potong cakap, jangan hina cadangan kawan, jangan tekankan kelebihan pandangan masing masing kecuali di minta berbuat demikian, jangan bagi cadangan ikut masalah peribadi, dan bila cadangan di terima kena istigfar, takut jadi fitnah,dan jika cadangan di tolak ada rasa syukur kerana sudah menunaikan tanggujawab dalam memberi cadangan dan redho dengan keputusan amir, Arghh malas aku nak ulas, korang semua dah tahu!!
Kesimpulannya dalam masalah ummat islam hari ini adalah pertama tak jaga solat jemaah, kedua tak bermusyuarat dengan cara yang betul untuk tegakkan ugama dan ummat terbiar dalam menegakkan ugama, tiada kerja dan pantauan di buat.., maka lahirlah perpecahan demi perpecahan dan lahirlah bidaah demi bidaah.. oh!
Sesungguhnya yang merosakkan ugama Nabi-Nabi terdahulu bukanlah ahli maksiat mereka, tapi yang merosakkan ugama adalah ahli kitab yang mengubah makna kitab..
Yang merosakkan ugama kritian bukan ahli maksiat mereka, tapi yang merosakkan ugama kristian adalah ahli kitab mereka…
Maka wahai ustaz dan ulamak yang ku kasihi, janganlah rosakkan ugama islam ini demi nama baik pewaris Nabi Muhammad SAW!!!!
La I-La Ha-ILLALLAH!!
Oh, ye! , rupa- rupanya aku masih ber’mimpi’.., dan aku pulak sudah jatuh di tiup angin.., kain selimutku terbang dan tinggallah aku sehelai sepinggan, mereka tak lama membiarkan aku terbaring begitu.., lalu terus datang dan membogelkan aku, kemudian mereka memandikan aku, menekan perutku dan membersihkan sisa tahik di punggungku.., kemudian mereka balut aku dengan kain putih dan bersolat ke atas mayatku..
Last sekali mereka kebumikan aku di dalam tanah.., aku sudah jadi arwah rupanya,
Oh…
Tak lama kemudian, aku lihat datang seorang wanita berpurdah hitam telah datang menziarahi kuburku, beliau ku lihat berdoa dan menabur bunga mawar di atas pusaraku,
Sebelum beredar, beliau menyiram kuburku dengan air mawar.., eh bukan, perempuan itu menyiram kuburku dengan Teh TARIK!!! Ini sudah bidaah!!
Lalu secara tiba-tiba, angin bertiup kencang. Langit bertukar menjadi gelap dan awan menjadi huru hara, kilat sabung menyambung, di susuli rebut petir, dan telah memanah beberapa pohon kemboja.., keadadaan menjadi kelam kabut..
Tiba tiba, kubur aku merekah.., dari kubur keluarlah satu tangan, bila di amati tangan itu adalah tangan kanan berdasarkan kedudukan ibu jari..
Kemudian, ibu jari di tegakkan lalu terdengar suara:-
“BOH ADA UMPHHHH!!!!”
(tak berniat buat lawakpun, sengaja menghampehkan diri..oh)
Ps; Argggg!!! Maafkan aku kerana menulis dalam keadaan pengaruh dadah (mabuk ubat) dan ketagih teh tarik, cerita di atas ada yang benar terutama bab aku sakit, namun sebahagian besar cerita dalam mimpi adalah khayalan penulis semata mata dan tidak kena mengena dengan yang hidup atau yang telah jadi mayat, jika terkenapun adalah dalam takdir ALLAH jua..
Wallahua’lam!!
salam wbt,
ReplyDeleteKembalilah kita berpegang pada tali Allah. InsyaAllah perbezaan pendapat/idea tidak menjadi hal yang meruntuhkan umat Islam. Kita perlu saling menghormati dan bersetuju untuk tidak sekepala (agree to disagree)
HAMKA, minom le air cap badak pulak@!~
ReplyDelete*get well soon*
pesanan: Takmo la lelong akuk, aku dah tunang@!~
ni baru menulis dibwh pengaruh dadah(ubat doktor)
ReplyDeletemcm mana pulak kalo brader menulis dibwh pengaruh dadah jenis kokain.morfin.heroin.
...
hohohoh.
aku rasa dari buat iklan taknak ni taknak tu.
baik buat iklan yg menggalakkn umat supaya solat berjemaah.
Alhamdulillah, aku sudah sembuh, cuma batuk batuk berkehak hijau pulak...
ReplyDeleteterima kasih sudi berdoa untuk aku..
err, siapa pandai 'tafsir' mimpi aku?
Wakakakaka.....hahahha...hehehe....ada ker siram ngan air BOH, ko ni memang gile teh la hahahaha....(gelak 2 hari x berenti)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemindtripper
ReplyDeletedari hadith lebih kurang cerita..
dalam sebuh kapal ada dua golongan, satu duduk atas, satu lagi duduk bawah, orang bawah berpendapat tebuk lubang boleh dapat air dengan cepat dan banyak..
nampaknya kita juga tidak perlu bersetuju untuk bersetuju dengan tindakkan yang telah di persetuju oleh pihak lain..
(disagree to agree)
-------------
Jiji, 24
Dah bertunang rupanya..
Sory..
: )
----------
yang.mati.akal
Iklan baru:
Selamat naik kereta mayat. Anda tidak mampu mengubahnya!!
Errr, aku baru tulis dibawah pengaruh dadah(ubat doktor)
mcm mana pulak kalo aku menulis ketika air naik kepala...
hohohoh.
---------
STEFENO
Tolak teh boh, dan abaikan mimpi aku, sila baca tulisan yang bewarna teh tarik sahaja he he he..
ada beberapa perkara yg aku tak setuju pasal kebykkan (bukan semua) ceramah agama dewasa nie...
ReplyDelete1. byk lawak - kononnya nak buat interesting dan supaya audien tak ngantok.ada pulak tu siap menyanyi lagi dan lps tu baca pulak hadis dan ayat2 quran...mcm rojak dah jadinya.
2. kurang cerita kisah2 nabi dan para sahabat.
3. kurang malah amat jarang didengar kisah2 nikmat syurga dan azab neraka hingga menyebabkan hati gerun tapi byk ketawa adalah...lantas lupa apa sebetulnya mesej ceramah tu.
4. kurang cerita tentang nusrah/bantuan Allah kpd org2 beriman/beramal soleh.
5. aku suka kalau ada tabir yg memisahkan antara lelaki+penceramah lelaki dgn wanita supaya semua org boleh fokus kpd apa yg dikatakan dan bukan kpd wajah penceramah...ehh ko tengok tu...hensem/cun lah ustaz/ustazah tu...(blh menimbulkan fitnah)
6. kdg2 aku rasa ceramah agama sekrg nie dah jadi mcm kelas motivasi pulak...kurang pengisian rohani.
7. seorg alim menulis... ilmu yg tak diamalkan (oleh penceramah/pendakwah) tak akan memberi kesan kpd pembaca/pendengar.
aku baru aje 'bertekak' dgn sorang patient aku tadi...
ReplyDeletedia merungut dan mengeluh yg sakit gatal2 kat jarinya tu tak jugak sembuh2 walau dah byk klinik dan farmasi dia pergi...
aku pun terangkanlah kat dia ikut sedikit sebyk ilmu yg aku ade...dan pd pengalaman aku sakit kulit mcm nie (dermatitis) amat sukar utk sembuh dlm erti kata sebenarnya...dan kerap jugak ianya berulang2..
...dia mcm tak puas hati sbb bg dia kalau mcm tu tak gunalah jumpa doktor dan ambil ubat kalau sakit tak sembuh....( aku dah mula nak naik 'angin' masa nie sbb pada aku yakin dia dah salah )
lalu aku kata kat dia " yg bagi sembuh Allah bukan ubat...memanglah kita kena usaha cari ubat tapi kalau masih tak sembuh jugak tak bolehlah nak salahkan ubat atau doktor "....lagi dia tak boleh terima cakap aku...
....last2 aku suruh dia jumpa doktor pakar kulit...(kalau tak sembuh gak ,nasib ko le..)
lepas tu aku pulak yg mengeluh sbb inilah satu2nya 'EHWAL ISLAM' yg amat jrg kita nak tanamkan dlm diri kita....bab yakin Allah yg Berkuasa dan makhluk langsung tak de kuasa.
Selagi belum ditakdirkan yg kita akan sembuh jumpalah pakar satu dunia pun tetap takkan sembuh....
ini aku bukan suruh korang tak payah usaha...sedangkan nabi sendiri suruh sahabat ikat tali unta supaya jgn terlepas....
usahalah tapi bila usaha masih tak membuahkan hasil bermakna Allah belum izinkan lagi sakit ko tu nak sembuh....jgnlah pulak nak marahkan ubat,doktor,hospital,farmasi...
....tolonglah betulkan iman yakin...sape nak ubatkan aku nie?
masalahnya TAK NAK dah jadi NAK, TAK ? hehe.
ReplyDeleteada rahsia untuk berhenti merosakkan paru2 ?
Anonymous
ReplyDeleteAku tak suka dengar ceramah isu berebentuk pendapat dari kepala otak..
Bila sahabat nabi dah berijtihad.., tak payahlah nak bagi pendapat..
Kau sape ha!!
Tapi, kita di ajar oleh Nabi agar memuliakan ustaz ulamak…, maka dalam kuliah, sila tanya soalan yang tidak paham kerana itu akan menggembirakan mereka
: )
---------
tabib moden
ni bab tauhid, aku ada tulis dulu bab ni, tapi lain kali aku nak tulis lagi.., sama sama belajar insyAllah..
----------
alan zed
aku tak pernah ketagih rokok, jadi tak tahu sangat hal ehwal merokok..
nanti jika aku jumpa petua kea pa, aku tulis..
he he he..
harap jgn salah faham....
ReplyDeletekomen aku tu bukan menghina ustaz/ulama...hanya pemerhatian aku secara kasar je....mcm jugak apa yg ko tulis dlm entry ko tu...soal bab solat berjemaah tak ditekankan lagi sekrg...betul apa?..adakah ko jugak menghina ustaz/ulamak?...aku rasa tak...
memang betullah kata ko kita kena memuliakan ustaz/ulama tapi sekrg nie cuba bukak website2 tertentu...kerja menyerang, caci mencaci peribadi seseorg ulama tu dah jadi mcm perkara biasa dah just becoz pendapat ulama tu tak selari dgn kita , siap bagi gelaran2 yg aku pun tak sanggup nak tulis kat sini....ini baru aku kategorikan sbg tidak memuliakan ulama..
...sama2lah kita perbaiki diri...
: )
ReplyDeleteaku rasa kau pulak salah paham..'
cuba baca balik, dan anggap aku bukan tulis untuk jawan kau punya komen..
"kau sape ha!"
bukan di tuju pada kou..
tapi di tuju kepada ustaz ulamak yang tafsir al quran ikut suka hati..
point yang kau tulis tu betullah tu, aku baru nak tulis point tu tapi kau dah tulis dah, maka tak payahlah aku tulis lagi.. he he he
cuma masa menulis jangan sampai menghina (belum berlaku dalam tulisan kau, aku just nasihat untuk akan datang)
err, kau sape ha? tak taruk nama pun
:)
(yang ni tuju untuk kau he he he)
salaam
ReplyDeletepakcik, maaf lambat beritahu. saya link pakcik pada blog saya ok! kat blog mama saya.
xyah riso la pakcik saket, ada umi baik jaga kan. hehe. tapi bila sakit dan teringat Allah nak ampunkan dosa, tu pun satu ubat jugak. nguatkan semangat untuk trus wat keja.
kalau pasal alim ulamak, ustaz saya cakap, kena bersangka baik. niat diorang nak bwk kebaikan pd masyarakat. kalau mereka salah, tegur ngan berhemah. sy rs yg penting, respect. cr yg pakcik ckp dlm entri sebelum ni yg camane nak tegur pemimpin dan org2 atasan tu, pd pandangan saya ok n boleh jalan.
paling penting sy rasa, x kiralah kita deal ngan sape pun, org tu mesti trust kita dulu dan rs selamat ngan kita. sekarang br saya nampak effect al-amin pd Nb. sebab sbg manusia, kita xkan denga ckp org yg kita x percaya. walaupun ape yg org tu ckp betul sepanjang masa. dan cr nak dapatkan kepercayaan org, pd pndangan saya kena dptkn respect dulu. kdg2 terpk gak, kenapa mesti alameen, kenapa x altampan ke ataupun al-kaya ke ataupun al-bijaksana ke ataupun al-lemahlembut. dr akal sy yg cetek ni, sy faham konsep kepercayaan tu amat penting dlm dakwah. sebab org x denga ckp org yg diorg x percaya. (dan ade lg sebab2 lain sebenarnya, dr pihak pendakwah dan org yg nak didakwah) sebijak mana pun dia, sehensem mana pun dia. dan sekali kita dapat buat org percaya n rasa selamat ngan kita, insyaAllah sikit2 kita boleh tackle dia. wallahualam.
-aqilah amir jamalullail-
Cuma nak maklumkan Iraq menang piala Asia.
ReplyDeleteInsaf aku.
Ulama' jugak yang salah, korang aje yang betull....
ReplyDeleteTeruskanlah
Tak kan lah ulamak tak salah langsung, kan hamka kan?
ReplyDeletedan tak kan salah bila tegur...
kan kan kan?
moral: jangan jadi slow
rukiah mahmood dan anak-anak
ReplyDeletesalaam
terima kasihlah wahai rukiah mahmood dan anak anak kerana prihatin kat pakcik ni..
pakcik dah sihat Cuma batuk batuk berkehak hijau, banyak dosa nie..isk!
pasal ustaz ulamak, sebenarnya pakcik ada kawan kawan yang bertaraf ustaz ulamak, lepas tu adik lagi abang lagi, bapak saudara, jiran dan sepupu, semua tu ustaz ulamak, jadi anggapler pakcik just menasihat keluarga sendiri..
dan pakcik setujulahh dengan aqilah amir jamalullail pasal respect tu, kau respect tak pakcik?
He he he
------------
dingin
“kenapa saya suka rumah saya?”
-------------
Aku patut tak layan komen dari Anonymous. tapi dalam islam kena jaga maruah orang yang malu bertanya tapi nak bertanya atau malu nak komen tapi nak komen, so lantak korang ler..
Gua tak angkat pot..
Yelah, kat tempat korang kan MASJID PENUH GILER sebab korang memang selalu bagitau semua orang akan kepentingan solat jamaah sampai orang terkesan dan ikut apa yang korang cakap dan berbondong2 orang datang smayang jamaah di masjid sampai macam satu pesta tiap kali waktu solat...
ReplyDeleteBukan macam kat tempat2 yang ustaz2 / ulama' bagi ceramah tu, masjid kosong dan tak penuh! Tulah, sapa suruh ustaz / ulama' tu ceramah aje, tak ajak orang gi masjid. Ustaz2 / ulama' tu memang tak pandai berdakwah!Ada ke patut ustaz2 / ulama' tu dok ajar kitab Feqah, Tauhid, Tafsir dan Hadith aje, tak ajak langsung orang ke masjid solat jamaah! Better korang je yang pergi ganti ustaz2 / ulama' tu bagi ceramah, mesti orang berbondong2 ke masjid!
Tengok kat pasar malam kat masjid ustaz2 / ulama' tu mengajar! Time maghrib lagi ramai orang yang datang.. Cuba banding ngan tempat korang, time maghrib terus kosong pasar malam, peniaga2 semua tinggal barang jualan pergi solat jamaah. Tengoklah lagu mana korang dakwah dan tarbiah! Mantap beb!!
Kan kaedah dakwah korang pun SANGAT2 MENEPATI HADITH NABI dan orang lain tu semua buat benda bidaah je! Ada ke nak berdakwah ikut Internet dan guna majalah or komik!BIDAAH! BIDAAH! JANGAAAAANNN!!
Yelah, korang aje yang betul dan akan masuk syurga...Semua yang lain yang tak ikut cara korang, mesti akan masuk neraka ataupun masuk syurga lewat sket dari korang..kan?
pandainya si anonymous tafsir mimpi si hamka..
ReplyDeletehamka hanya bermimpi, mungkin lepas beliau terjaga, akan terkejut giler tengok masjid penuh dan pasar malam kosong..
walaupun ustaz ualamak just ceramah sahaja..
walaupun ramai pendakwah bidaah..
hamka, cepatlah bangun dari tidur dan lihat dunia nyata.. apa yang kau bebelkan dalam mimpi kau tak sama dengan dunia nyata..
yamakahei
ps: sesekali best jugak jadi anonymous
percaya and respek.
ReplyDeleteselagi boleh. hehe
salaam
Assalamualaikum...
ReplyDeleteRelax bro anon, aku paham maksud ko tapi jangan terlalu ikut nafsu nanti lesu (aku selalu kena malam2 jumaat..)
Tapi aku rasa inilah antara apa yang dikatakan oleh Dr Yusof Al Qardhawi berkenaan antara sebab lemahnya umat Islam sekarang adalah kerana terlalu bertelagah di dalam benda yang furu' (cabang) sehingga terlupa perkara pokok dan akar.
Aku tahu skrgni ramai golongan yang nak perjuangkan Islam. Masing2 dengan cara masing2. Ada guna politik, ada guna komik, ada guna kaedah dari rumah ke rumah dan sebagainya. Baguslah kalau macamni. Sekurang2nya masing2 saling lengkap melengkapi..kan?Kalau dah diversified mcmni maka roh Islam akan diserap ke seluruh cabang perkara dunia yang manusia suka... Kan bagus tuh>
Ada manusia suka ke masjid, maka perlu ada golongan pendakwah yang duduk di masjid dan bawa manusia ni ke arah Islam.
Tapi ada gak yg tak suka ke masjid tapi suka baca komik jer. So kalau ada pendakwah2 yang buat komik Islamik yang cuba terapkan kepentingan solat jamaah, lama kelamaan insyaAllah terkesan jugak kat mamat tu, kita doa moga bila dia ni dah banyak sangat baca komik berkenaan kelebihan solat jamaah,lama2 dia tryla jugak gi masjid solat jamaah. Bila dah syok maka insyaAllah istiqamahlah dia nanti. Dia pun boleh bawak geng2 kelab komik dia sekali pegi solat kat masjid. Mudah-mudahan.. InsyaAllah...
Ada pulak manusia yang suka lepak kedai kopi sembang2 politik kalah wakil rakyat. Sembang bab projek milion2 kalah PM. So perlu ada golongan yang nak dekati orang2 ni dan bawak mereka ke arah Islam. Mula2 pengaruhi pakcik kedai kopi suruh tukar pot ke tempat dekat2 masjid, biar time azan tenggelam suara geng2 sembang ni dek kelunakan azan. Kalau dah dekat masjid, nampak orang lalu lang pui masjid, dia nak sembang time solat pun lama2 jadi malu sebab kantoila beb, kununnya nak jadi pemimpin masyarakat sembang juta2, tiba2 tak smayang jamaah..
Hakikatnya, masing2 ada cara masing2. Dan uslub dakwah ni tidak rigid, asal BIL HIKMAH. Rasulullah dulu baginda dakwah 1440 minit sehari. Time berniaga jadi dakwah, time memerintah jadi dakwah, time ceramah jadi dakwah, time berjalan pun jadi dakwah.
So kesimpulannya, daripada korang dok sibuk pikir apa lagi hujah nak downkan golongan2 pendakwah lain yang tak "sebulu" ngan korang, baiklah korang pikirkan hujah apa nak bagi kat golongan2 musuh Islam, hujah apa nak bagi supaya orang semakin ramai datang masjid, hujah apa nak bagi supaya orang tinggal benda2 haram etc...
Kan bagus kalau PAS, Tabligh dan semua sekali berganding bahu untuk serap nilai Islam dalam masyarakat? Tabligh guna cara tersendiri yang target group dia lain. Pas or mana2 lagi pertubuhan dakwah, guna cara masing2 yang boleh masuk untuk target group yang lain pulak. Kalau tak boleh bersatu dalam satu pertubuhan pun, janganlah sampai gaduh2 kata orang tu tak betul orangni tak betul.
Kalau ada nampak ustaz/ulama' yang sampai perkara tak lengkap (dok baca kitab jer tapi tak ajak orang smayang jamaah), daripada dok hentam dia baiklah kita amik inisiatif bagitahu pulak. so kita dah jalankan tanggungjawab kita sebagai ahli dakwah. Kita nampak puak tu tak lengkap, kita cuba tutup kelemahan dia dengan buat cara kita pulak.Saling lengkap melengkapi. Kan bagus kalau macamtu? Amacam bro anon n bro hamka? hehehehe
Satu lagi, Allah tak pandang hasil dari dakwah kita. Hasil tu Allah yang kurnia. Yang penting kita usaha walau start dengan sedikit. Labah2 boleh tolong Rasulullah masa berhijrah dengan toong buatkan sarang je kat pintu gua. Nak harap dia pergi berperang ngan kaum musyrikin dia tak mampu. Sekali kena pijak je dah penyek. Tapi Alhamdulilah dengan usahanya yang sebegitu sedikit pun dah banyak membantu kejayaan Rasulullah dalam berhijrah. Allah tak pandang hasil, Allah pandang niat, kesungguhan dan komitmen...
Arrgh! Malaslah layan korang, baik aku gi makan mee bandung yang wife aku masak. Aku ngan wife sengaja amik cuti arini, nak bermesra2 kembali setelah 2 minggu aku outstation dan hasyafah tak dapat bertemu hasyafah... Hari ini adalah hari IBADAT!!!
aqilah amir..
ReplyDeletekirim salam kat makcik rukiah mahmood...
----------
ustazrock
wah! bestnya ko dapat makan mee bandung, Favorite aku tu, pecah air liur aku, kalau hujan, aku suka sangat makan mee bandung bersama teh tarik berjenama boh..
perghhh!!!
nak nak kena sms bini aku..
copy/paste SMS
(sila baca komen terbaru entry abang, guna akauan B untuk menjayakan misi tersebut.)
soalan 'ehwal islam'...
ReplyDeletesatu patung EMAS buddha diletakkan di depan kamu.apa reaksi kamu?
tentu saja..." jauhkan patung itu dari aku...pergi2...buang dia jauh2 "
dlm situasi lain, patung yg sama diletakkan didepan kamu tetapi kali ini dtg sipolan memecah2kan patung emas itu sehingga ianya menjadi ketulan2/serpihan2 EMAS yg kecil hingga tiada berbentuk patung lagi....lantas apa reaksi kamu?
[] hmm...bisa saja diambil...bisa
dijual...untung sikk...
[] err...nak amik ke tak ?
[] aku tetap takkan amik walau
secubit
soalan bonus : apa 'moral of d story'?
sila jwb...silakan2...jgn malu2..
Hamka,
ReplyDeleteAku lebih suka kalau hasyafah bertemu hasyafah.... bukan setakat air liur je yang keluar!!!!
Nyum...nyum...nyum...
Nanti wife ko dapat sms dan dia bukak sini, tengok KOMEN TERBARU aku..muahahahaha
salam.hamka baru2 ni aku ada g program rehlah.kiranye aku baru nk di jalan tarbiyah.aku nk tanya ko :
ReplyDelete1) masa aku gi rehlah aku solat zohor pukul 3.45 ptg. bila aku tanya akak2 tu mereka cakap takpe.
-maaf, mungkin aku banyak tak tahu tentang islam.ko boleh terangkan kenape akak tu cakap takpe?
2)aku rehlah tu mandi air terjun..
tapi aku pelik gak kenapa mandi sekali ngan lelaki.
cth: lelaki kat bahagian bawah perempuan bahagian atas. dekat je jarak dalam lingkungan 20 meter.
maaf sekadar bertanya..aku mmg tak tahu
anonymous yg ke brape ye?
ReplyDeleteAku malas nak kira, tapi kalau nak kira, ada ler sejuta perpuluhan enam
soalan 'ehwal islam' ko bukan untuk di jawab, tapi untuk di pikir.
Oh!...
--------------
ustazrock
bini aku baru call, Tanya: adakah perlu mengulang kenangan malam tadi?, aku rasa tak payah nak cerita he he he..
errr, umat sekarang termasuk aku, lena di celah kankang isteri, sudah 50 tahun merdeka, takut untuk berjihad, kelak, bila orang kapir datang, barulah mahu mencari shurga agaknya..,
oh!
-----------
Anonymous
Aku dulu ada gak ustaz ajak gi rehlah, bila aku tengok tentative, aku tolak..
-Dalam rehlah suka hati solat lengah-lengah..
-Lepas tu bergaul lelaki perempuan, ya tak bersentuh, tapi arghh, malas nak ulas.
-Buat program bodoh, ubah lagu, cantum gambar, berlari sambil jawab soalan tentang islam,, kiram cam explorace.. hampeh
-Bini tinggal laki 2 3 hari, tak ke hampeh?
-buat program menasihat orang yang sedang ‘mabuk’..
-islah diri di tempat jin bertendang, cth: tepi pantai, air terjun dalam hutan, naik bukit.
-ada banyak slot bergambar, apa motif ntah..
-banyak hiburan.. bernasyid, bersair, bersajak..
-ada peluang untuk kutuk kerajaan, sistem, polis dan semuanya..
-
-hampeh
-Hampeh..
Lain kali aku tulis kot… panjang lebar, tapi aku kena interviu ahli rehlah ni betul betul, supaya fakta tidak auta! Dan apa yang aku tulis tu adalah hasil interviu sepintas lalu dengan seorang muslimat yang baru pulang dari rehlah, kena paksa ngan majikan dia katanya, jadi pengerusi..,
Lain kali aku ulas, insyAllah.., (maknanya tahun depan ler..)
ps: kalau ada benda lain yang lebih pekdah, baik tak payah pergi rehlah..
ps2:kirim salam kat kakak yang cakap takpe, suka hati dia jer solat lengah lengah cakap takpe, nanti haid datang, sape nak qadho solat engkau? mangkuk.
ps3: boleh nak mandi sama sama,nabi buat jugak dengan isteri dia, tapi jika bukan muhrim, hmmm, boleh jugak, perempuan mandi kat atas air dan lelaki 20 meter di dalam air, orang lelaki tak boleh timbul, biar mampus semua!
maaf, sedikit emosional..!
hampeh untuk diri sendiri!
Tambah satu lagi Tak Nak!pada rasuah....ermm nak letak gambar apa eh?
ReplyDeleteinsap aku.pada masjid yg dah lama aku tak raikan.
ReplyDeleteentahlah.dulu time kolej aku ada surau,bolehlah nk pigi wpun ada beberapa kali mmg btul2 kosong.(aku jugak yg mberi markah kosong tu jugak!adus!)
tp aritue,ada ustazah ckp ngn aku yg seeloknya ppuan solat di rumah mbuatkan sbhagian kwn2 aku guna alasan dulu bila diajak nk bjln kaki ke msjd..mmgla aku paham,tp salahke kalau nk solat jemaah sbrnye?
pelik ke tak.kita kata ppuan elok solat kat rumah sbb tak elok ppuan jln ke luar rumah,tp bila beli mknn,shopping,bla bla bla (aktiviti ppuan),takpe pulak.
aku mmg musykil lagi jahil.huhu!
ula......
ReplyDeleteana pun sokong cakap zackyah tu...
pompuam selalu dibelakangkan.. Ana bukanlah pro laki2 @pun pompuan. Selalunya laki yang lebih. Pompuan tah digalakkan sembahyang jemaah di masjid bab boleh menyebabkan fitnah. Masalah nya sekarang setakat manakah ianya menyebabkan fitnah.Bagaimana dengan pergi kerja, belajar, shopping n jalan2..
Setakatmana sensitivity kita tentang fitnah ni dan orang sekarang masih fikir ke sal pompuan boleh menimbulkan pelbagai fitnah ni?
Well brother hamka camna? Isteri n anak pompuam brother Hamka sal fitnah ni? Wife brother hamka keje kan?
Ana masi insan kerdil tapi bukan serangga.......
muin
ReplyDeleteRasuah?
Letak gambar kereta mayat, ok kot..
Ps: dah lama tak dengar khabar, kau antara pembaca terawal blog ni.., masih lagi berimej spiderman.., harap semua sihat.
----------
zackyah fimiyun
peremuan tak terlibat dalam memberi markah kosong pada masjid..
tapi jika nak gi tak salah.., Cuma elak dari fitnah..
Ps: kau pun sama, dah lama tak dengar khabar, ingat dah jadi mayat, harap semua sihat.
-------------
Cik anom
Pempuan bukan pergi masjid sajer kena jaga tertib supaya tak timbul fitnah, pergi pasar, peri sekolah, pergi kerja semua kena jaga..,
Dalam islam galakkan muhrim bersama wanita, nak pergi haji, nak pergi kerja, nak pergi mana-mana, bawalah muhrim..
Moralnya adalah: perempuan kena cari muhrim cepat-cepat : )
wokey...
ReplyDeletekirim salam pada umi juga.
To Anonymous yang pegi rehlah..
ReplyDeleteKo solat Zohor lewat masa rehlah?Ustaz dan ulama' yang salah!
wa'alaikumusallam..
ReplyDeleteAda orang cakap susah nak komen kat blog ni kerana box komen ada error, dari link comment,aku cadangkan korang clik yes ke no ke lantaklah lepas tu undo masuk ke blog keretamayat dan klik lagi sekali kat kotak komen, insyallah dapat.
ReplyDelete:)
ps: he he he, anakku kecil lagi untuk di jadikan menantu, selain korang kena tapis dulu sebab dah ramai mohon, tapi jika di jalanan kau jumpa aku yang belum cecah umur ahli shurga dan belum cecah umur superman ini.. he he he, tak tahulah, susah nak cakap sebab bini aku pandai buat teh tarik..kikikiiki
(mengada-ngada)