Jun 29, 2007

Benarkah Isreiliyyat ?

(Di sebalik Israilliyat...)

Apa khabar korang semua wahai mahluk Allah yang bernama manusia dan terima kasih kerana sudi menghabiskan baki hayat dengan membaca dan cuba memahami entry ini, mudah mudahan korang dapat menafaat dan bila korang dapat manafaat, of course aku pun dapat menafaat. Woha! (insyAllah)

Sebagai orang islam, kita semua percaya kepada takdir, bahawa segala yang berlaku, telah berlaku, sedang berlaku, atau yang akan berlaku, semuanya di dalam gengaman kudrat Allah yang Esa..

Bersyukur lagi dan lagi, kerana Allah telah takdirkan kita semua sebagai manusia, bersyukur tak terhingga kerana hakikatnya Allah boleh jadikan korang semua sekeping papan playwood, atau sehelai daun ketum, atau Allah boleh jadikan korang lendir lutut unta, gigi garham arnab, serpihan kayu sugi atau apa sahaja! , Dah tentu juga Allah boleh jadikan korang batu-bata, nak lebih haru: Allah jadikan korang batu neraka! ,dan yang lebih dahsyat lagi, jika Allah jadikan kita setan!! Naduzubillah.!!

Namun sedar tak sedar, walaupun hujung hayat kita semua akan bertukar menjadi sebuah mayat di pembaringan, tapi hakikatnya, manusia itu sendiri mampu menjadi ‘syaitan”, mampu menjadi lebih dahsyat dari setan, menjadi setan yang bertopengkan manusia... oh!

Dah panjang intro, entry ini di mulakan dengan sebuah soalan yang berbunyi...

Kenapa kita kena rasa beryukur yang amat di atas nikmat menjadi manusia..?

Kata cikgu, untuk jawab soalan, kita kena ulang balik soalan berserta jawapan sekali, maka jawapannya adalah:-

Aku kena rasa beryukur yang amat di atas nikmat menjadi manusia adalah kerana...

Pertama:-
Kerana Allah jadikan kita semua ni dengan ‘tangan’ Allah sendiri.., tak payah aku ulas tentang ‘tangan’ Allah, Cuma nak bagitahu, makhluk lain Allah berkata “KUN” maka terus Fayakun, (kata ‘jadi’ terus jadi) tapi bila mahluk manusia ni Allah cipta dengan “tangan” bermakna, ada rahsia besar dan ada kenginan yang khas dari Allah untuk Manusia yang paling di beri perhatian oleh Allah, pencipta segala-galanya.. jap lagi aku ulas.(lain kali kot)

Kedua:-
Kerana Allah declare bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian, lebih baik dari malaikat, lebih baik dari teras emas, lebih baik dari buih air zam zam, lebih baik dari awek bidadari, lebih baik dari semua yang telah di cipta, Allah pencipta, selain dari Allah semua di cipta, dan manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik, namun, walaupun manusia itu sebagai sebaik-baik kejadian, tapi ada jugak manusia yang berperangai setan, maka untuk jadi sebaik-baik makhluk masih tertakluk kepada terma dan syarat , rujuk Surah Al-Bayyinah Ayat 7 bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk..

Ketiga:-
Dalam banyak hal, Allah akan menyebelahi manusia.., ok, masuk bab ni aku nak kena cerita detail sikit, insyAllah

****

Dulu, Bila Allah nak jadikan manusia di muka bumi, Maka telah adalah makhluk malaikat yang nak bantah:

Malakat argue: kenapa perlu Allah nak cipta makhluk yang akan buat kerosakan atas muka bumi dan akan menumpahkan darah?, kemudian malaikat bagitahu bahawa mereka adalah sudah terbaik kerana senantiasa bertasbih dan memuji Allah, Korang tahu apa jawab Allah? Allah berfirman: aku tahu apa yang korang tak tahu (lebih kurang cerita, detail boleh rujuk al- baqarah ayat 30.

Itu satu, kemudian bila Allah cipta manusia, (Nabi Adam a.s,) maka Allah perintahkan pulak (termasuk yang bantah tadi) supaya semua malaikat sujud untuk muliakan manusia, korang semua dah tahu cerita, bahawa semua malaikat telah sujud kecuali ketua malaikat yang argue, apahal pulak nak kena sujud dengan ciptaan dari tanah?, aku dari api, lebih mulia what? Pendek cerita, Allah sumpah beliau menjadi setan bla bla bla..

Untuk lebih detail, korang boleh rujuk ustaz, aku bukan apa, just nak cerita akan betapa mulianya korang semua di sisi Allah dan Allah akan sentiasa mempertahankan ciptaanNYA…

Malahan Allah bagitahu pada malaikat dengan perasaan bangga bila ada manusia yang sedang bertaubat, Allah akan puji manusia itu depan-depan malaikat..

menurut satu riwayat menceritakan, yakni pabila Allah melihat sekumpulan malaikat Rahmat yang sedang duduk bertindan-tindan dari dunia sampai ke langit, lalu Allah tanya, dari mana kamu semua?, malaikat jawab mereka datang dari majlis zikirullah, majlis mengingati Allah yang di adakan oleh manusia di bumi, sedangkan Allah Maha Mengetahui, sajer tanya malaikat nak tunjuk kat korang semua betapa Allah sayang pada korang, lalu Allah bagitahu pada malaikat sebagai saksi bahawa semua peserta majlis itu di ampunkan dosanya.., dan dosa kedua-dua ibu bapa peserta majilis itu jugak di ampunkan.. kemudian ada malaikat bagitahu ada orang yang just duduk kebetulan ada urusan lain, Allah bagitahu manusia itupun termasuk dalam mendapat keampunan.. best bukan?

Ada lagi cerita yang dah banyak kali aku tulis, kisah pembunuh 100 manusia termasuk bunuh orang alim, bila mati malaikat faham dia hali neraka, Tapi Allah masukkan dia ke dalam shurga kerana pembunuh itu mati tanpa niat membunuh, err maksud aku mati dalam keadaan INGIN bertaubat…, malaikat macam tak berapa setuju, Allah perintah malaikat tu ambik jarak di antara mayat si pembunuh dengan dua tempat, tempat dia bunuh orang dengan tempat dia nak pergi bertaubat, mana yang lebih dekat, dan kita semua tahu bahawa tempat dia mati adalah dalam takdir Allah, hanya sejarak satu ibu kaki sajer beza-jarak lebih dekat dengan tampat bertaubat.., apa lagi nak di kata?

Ada lagi cerita lain, juga popolar, kisah pelacur yang bagi minum pada anjing, Allah boleh ampunkan dosa manusia ni dengan apa sahaja alasan, hakikatnya, Allah sangat sayang pada aku dan korang semua… Allah selalu mencari alasan untuk ampunkan dosa manusia, hingga Allah bagitahu Nabi Musa a.s kalau firaun bertaubat padaKu: akan Aku terima.., benar Allah Maha Pemurah..

Malahan Allah bagitahu pada malaikat sekiranya manusia itu memuji Aku di hadapan orang ramai, maka aku akan puji manusia itu di hadapan himpunan semua malaikat, tak jelous malaikat?

Kemudian Allah bagitahu lagi jika manusia itu datang kepadaNya berjalan, Allah akan datang dengan Berlari..

Dan Allah akan terima taubat semua anak adam walaupun dosanya tinggi menggunung mencapai awan.., dengan syarat tiada syirik.. ini yang setan bengang gila!, lalu tipu manusia dengan rosakkan niat dan buat amalan bidaah yang di sangka hasanah, lalu tak bertaubat lagi..oh!

Bertaubatlah wahai aku dan korang semua.., setiap manusia itu berdosa, dan sebaik baik pendosa adah orang yang tidak menagguhkan taubatnya…

Apabila ada manusia yang bertaubat sambil menangis nangis, walaupun seorang penjahat, maka Allah akan memuji manusia itu di hadapan malaikat..

“lihat, hambaku merayu kepadaku.. bersaksillah Aku telah ampunkan segala dosanya”

Dah banyak sangat Alllah puji manusia, maka sekali lagi malaikat argue..

Malaikat argue Allah?

Begini ceritanya..

Apabila dah selalu sangat Allah puji dan lebihkan manusia, dan bila manusia macam mana jahatpun bertubat, maka tetap Allah akan terima.. maka malaikat mula argue bahawa mereka adalah LEBIH BAIK dari ADAM (manusia), mereka selalu beribadat kepada Allah tapi takdelah pulak Allah nak puji lebih lebih..,

Maka Allah yang selalu membela manusia berfirman:
“Pergilah Panggil ke mari dua malaikat yang terbaik. Aku akan turunkan mereka ke bumi dan berikan nafsu seperti manusia, dan kamu akan dapat melihat apa yang dilakukan kedua-dua malaikat itu!”

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, bahawa Allah berfirman kepada malaikat, “Pilihlah tiga yang termulia antara kamu!”

Malaikat menjawab, “Tuhanku, biarlah Harut dan Marut saja yangmelakukannya!”

Pendek cerita, dua malaikat yang bernama Harut dan Marut pun diturunkan ke bumi dan diberi sifat-sifat yang sama seperti manusia iaitu Allah taruk 7 nafsu....

Akrian, Duduk kejap kat bumi dah lapar perut, bila lapar nak makan, tapi duit takde, nak kena kerja, pendek cerita kerja dapat gaji pergi makan dah kenyang nampak pulak perempuan cantik, air mula naik kepala.., dan aku pendekkan cerita, akhirnya mereka berzina dan ketika mereka berzina Allah telah bukak pintu langit di hadapan semua malaikat lalu tunduk dan sujudlah semua malaikat kepada Allah kerana takut akan kemurkaan Allah dan membenarkan bahawa manusia adalah sebaik baik kejadian, sebaik baik mahluk kerana malaikat yang telah lihat Allah dan beriman sempurna bila taruk tujuh nafsu macam manusia pun masih gagal, maka alangkah hebatnya akan manusia ciptaan Allah yang tidak pernah lihat wajah Allah, tidak lihat shurga-neraka, hidup hanya bersandarkan percaya 100% dengan sabda Nabi Muhammad SAW dan mampu mentaati Allah sebagaiamana malaikat..

So the moral of the sory is:-

JIKA MANUSIA BUAT AMALAN BINATANG, MAKA DIA AKAN JADI LEBIH HINA DARIPADA BINATANG, TAPI APABILA MANUSIA BUAT AMALAN MALAIKAT MAKA IA AKAN MENJADI LEBIH MULIA DARI MALAIKAT.

Satu lagi moralnya adalah,

ALLAH SAYANGKAN MANUSIA LEBIH 70 KALI GANDA DARI SAYANGNYA SEORANG IBU KEPADA ANAK..

Ada satu hari tu, adaler sorang makcik bersama dua anaknya datang ziarah rumah Nabi SAW kerana lapar, tapi nabi takde pulak kat rumah dan yang ada hanya isterinya Aisyah RA..

Oleh kerana rumah Nabi takde stock makanan (sebulan macam rumah aku..isk), hanya ada 3 biji kurma, Maka Aisyah r.aha bagi sorang satu, maka dengan cepat si anak dua orang tu makan sorang satu, si ibu pulak baru nak suap, tapi terhenti kerana parasan kedua dua mata anaknya sedang focus kurma di tangan si ibu, (nak lagilah tu!), lapar sangat, makan kurma sebijik mana cukup beb?, aku pulak bukak puasa dengan 3 kurma sebagai intro untuk menketedarah..oh!

Maka si ibu telah potong dua kurma tersebut lalu bagi sorang satu bahagian dan berlaparlah si ibunya…

Aisyah r.aha terharu melihat kerahiman si ibu lalu berhamburlah air mata tengok pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu, maklumlah beliau tak ada anak dan tak faham perasaan seorang ibu..

Apabila Aisyah r.ha cerita kat Nabi Muhammad SAW, akan seorang ibu yang sanggup berlapar demi kasih sayang pada anak-anak, lalu Nabi bagitahu bahawa Allah ljauh ebih sayangkan manusia 70 kali ganda lebih dari ibu tadi sayang akan anak dia, nikmat mana lagi yang aku dustakan? dan orang yang bertuabat bukan setakat Allah ampun dosa, malahan Allah tukar dosa kepada pahala..., kerana itulah bila ketua malaikat argue tentang kemuliaan manusia, rasa diri lebih baik dari manusia, ALLAH sumpah jadi iblis...

So cerita tadi, akhirnya malaikat Harut dan Marut pun kena azab..

Aku copy paste dari hikayat Harut dan Marut sikit:

Diriwayatkan Makhul daripada Mu’adz, ketika kedua-dua malaikat Harut dan Marut itu sedar dari dosa, maka datanglah dari sisi Allah malaikat Jibril kepada mereka.

Pada saat Jibril datang, kedua-duanya menangis dan Jibril ikut menangis sambil berkata, “Cobaan apakah yang membuat kamu hanyut seperti ini?”

Mendengar ucapan Jibril itu, tangisan kedua-duanya menjadi semakin kuat. Jibril berkata, “Sesungguhnya Tuhan kamu sudah memerintahkan kepada kamu untuk memilih antara azab di dunia atau azab di akhirat.”

Maka mereka tahu bahwa dunia ini hanya sementara, sedangkan akhirat kekal abadi dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang kepada semua hamba-Nya. Kedua-dua malaikat itu akhirnya memilih hukuman di dunia dan menyerahkan nasibnya kepada kehendak Allah.

Riwayat lain berkata, “Harut dan Marut pada saat itu berada di wilayah Badil, Parsi. Mereka digantung di antara dua gunung pada sebuah gua bawah tanah. Setiap hari mereka diseksa hingga pagi.”

Ketika berita hukuman itu diketahui malaikat yang lain, mereka mengepak-ngepakkan sayap sambil berdoa di Baitullah: “Ya Allah, ampunilah anak cucu Adam kerana kami kagum bagaimana mereka dapat menyembah dan taat kepada Allah, padahal mereka dikelilingi beberapa kesenangan dan kelazatan.”

Al-Kalabi berkata, “Seterusnya malaikat pun sentiasa memohon ampun kepada anak cucu Adam. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah, “Dan malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang-orang yang ada di bumi.”

End copy/paste.


Keterangan:-

Aku pada mulanya agak teragak-agak untuk menulis dengan lebih lanjut cerita HARUT dan MARUT. kerana banyak perbezaan pendapat dari ulamak akan cerita itu samaada benar atau tidak? aku mengaku jahil dan buta ugama, aku ada dengar banyak kali gak orang argue akan kesahihan cerita ni, ustaz kampung aku meriwayatkan cerita ni masa aku kecik lagi, la ni di pun dah jadi mayat dan tak sempat pulak aku nak tanya.. isk

Apa-apapun, Aku ringkaskan perbalahan di kalangan ustaz akan riwayat Israiliyyat dalam bentuk dialog:

Ustaz A: cerita tu karut.

Ustaz B: cerita tu ada dalam al quran. Rujuk surah Al Baqarah ayat 102

Ustaz A: tapi tafsirnya salah..

Ustaz B: apa yang salahnya?

Ustaz A: mana boleh malaikat bantah Allah?, Membantah ALLAH boleh membawa kepada kafir. Ini adalah perkara yang mustahil dan berlawanan dengan sifat Malaikat yang disebut di dalam al-Quran. rujuk ayat quran yang bermaksud:- (Mereka para Malaikat) tidak menderhakai ALLAH atas apa yang diarahkan kepada mereka, dan mereka lakukan apa yang disuruh kepada mereka."

Ustaz B: tapi dalam Surah Al-baqarah ayat 30, ada cerita malaikat bantah Allah masa nak cipta Nabi adam..,

Ustaz A: dan Allah sumpah jadi setan bukan?

Ustaz B: begitulah harut marut kena azab jugak akhirnya..

Ustaz A: mana boleh malaikat derhaka pada Allah, Sesiapa yang beri'tiqad dalam kisah Harut dan Marut bahawasanya mereka berdua adalah malaikat yang diazab atas kesalahan mereka, maka orang itu kafir terhadap ALLAH yang maha agung.".

Ustaz B: wah wah wah! masa kat bumi tu mereka dah di beri nafsu manusia dan dah jadi manusia, tak pelik manusia buat dosa, bunuh orang, zina, rogol, parasan bagus, dan kapir mengkapir bukan?

Argghhhh, lantak korang ler, aku bukan ustaz, bukan ulamak, buat apa nak bergaduh dan caci mencaci?, Allah tak pandang umat yang caci mencaci.., lagipun pengajaran dari cerita cerita dia atas just nak tunjukkan bahawa betapa MULIAnya manusia pada pandangan ALLAH melebihi segala makhluk..

BUKANKAH KEKASIH ALLAH ITU SEORANG MANUSIA? (Nabi Muhammad SAW)

Ok, stop bergaduh..

Baiklah.. sebagai pengajaran lain kali, kalau benar itu cerita Israiliyyat:, tetap ada hokum untuk meriwayatkannya kerana dalam Al-Quran sendiri banyak menceritakan cerita-cerita Bani Israil dan cerita-cerita tentang umat terdahulu. Ulamak juga mengisyaratkan keHARUSan merujuk kepada Ahli Kitab.

Aku copy dua hadith:-

Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami...”

(Al-Bukhari, Sohih Bukhari, hadis nombar 4485)

“Sampaikanlah daripadaku sekalipun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israil, tiada salahnya. Sesiapa melakukan pendustaan terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya dalam neraka”

(Bukhari, Sohih al-Bukhari, Hadis Nombar 3461)

Namun ulamak menyatakan Hadis Nabi S.A.W yang mengharuskan periwayatan Israiliyyaat tidak bermaksud bahawa keharusan itu adalah mutlak.

Ia terikat kepada apa yang baik atau sesuatu cerita atau perkara yang tidak dipastikan statusnya yang mana ia boleh dianggap benar atau dusta, tetapi tiada petunjuk yang memperlihatkan dusta atau batilnya. Contohnya, riwayat-riwayat yang menyebut bahagian anggota lembu yang diambil untuk memukul si mati dalam kisah bani Israil.”

Riwayat-riwayat Israiliyyat yang jelas dustanya atau yang tidak boleh diterima akal yang waras, maka tidak harus disebarkan melainkan dengan disebut kebatilannya..

Wallahualam,

sekian, wabillah hi taufik wal hidayah..
jangan hisap fit jangan hisap dadah..
jangan jadi mat rempit jangan buat jenayah.. (tak lawak)

Asalamulaikum warah matullah hi wabarakatuh..

(cheh, macam ustaz ler pulak aku rasa-woha)

End.

Ps: Allah sangat sayang kat kita, lagi lagi sebelum jadi mayat kita banyak menangis mintak ampun segala dosa, Allah akan sebut nama kita di kalangan malaikat.., Allah bangga orang yang belum jadi mayat, belum lihat Allah tapi taat segala perintah Allah, jangan jadi macam orang kapir, bila dah masuk neraka, baru nak menangis, masa tu jika nangis air mata darah sekalipun.. bolayan!!

29 comments:

  1. MENGEMIS KASIH.

    Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
    kepada manusia yang alpa jua buta
    lalu terheretlah aku dilorong gelisah
    luka hati berdarah kini jadi kian parah

    Semalam sudah sampai kepenghujungnya
    kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
    tak ingin lagi kuulang kembali
    gerak dosa yang menghiris hati

    Tuhan dosaku menggunung tinggi
    tapi rahmatmu melangit luas
    harga selautan syukurku
    hanyalah setitis nikmat-Mu dibumi

    Tuhan walau taubat sering ku mungkir
    Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
    bila selangkah ku rapat pada-Mu
    seribu langkah Kau rapat padaku

    ReplyDelete
  2. Al Akh Hamka:

    I wrote this for Al Akh Master Wailer, and for an unknowingly strong urge, shared it with Master Shariman.

    And since I'm at it, I would to share it with you too.

    Lead Steel

    Take the gun and a sword to compare,
    and there'll be no use for a chair,
    torso and chest is much better than the head,
    so honor will embrace the greatest despair.

    Between lead and a steady steel,
    one would chain a man with a rosary's reel,
    either the hair and the broken heels,
    which would one choose to steer the wheel?

    (mahap la pake bahsa omputeh, copy n paste, tak larat nak tulih balik).

    ReplyDelete
  3. en. hamka, aku sampai la nie x faham kenapa bangsa israel rase diri bangsa mereka terpilih, walhal manusia ni same sahaje; cuma amalan kita yang berbeza. tul tak ?

    (adakah aku silap jika secara diam2 aku sokong hitler sebab penghapusan etnik israel itu ?)

    harap dapat beri penjelasan.

    terima kasih. :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam

    secara analoginya soalan alan zed boleh dikupas dengan soalan juga.

    mengapa bangsa israel rase diri bangsa mereka terpilih,walhal manusia ni same sahaje; cuma amalan kita yang berbeza. tul tak ?

    1. mengapa bangsa israel rase diri bangsa mereka terpilih?

    kerana seperti yang kita sedari atau tidak, golongan para nabi dan rasul sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w adalah dari bangsa Israil.

    adakah anda merasa bangga jika bangsa anda menjadi perhatian pelusuk dunia?

    2. cuma amalan kita yang berbeza. tul tak ?

    benar sekali, kerana amalan mereka suatu masa dahulu dan disambung ke anak cucu cicit mereka menjadi teras perubahan ketamadunan manusia sejagat.

    adakah anda kenal watak watak seperti Einstein, Soros dan lain lain?

    adakah anda bangga jika seorang dari kaum anda terpilih meneracu sesuatu yang popular dan bertamadun pada pandangan mata manusia hari ini? (angkasawan malaysia yang pertama)

    3. walhal manusia ni same sahaje

    sebaik baik manusia di sisi Allah adalah mereka yang tinggi nilai imannya.

    dan ingatlah iman walau sebesar zarah juga dinilai tinggi oleh Yang Maha Agung.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum...salam-salam...
    sedih dan terharu nya aku membaca kenyataan yang amat menusuk kalbu ini...
    - moga dosa setiap orang yang islam diampunkan...dan doaku semoga kita semua di redhai tuhan
    - dan yang paling utama, moga semoga kita semua sempat bertaubat sebelum mati dan taubat kita di terima tuhan....
    sesungguhnya kita ini terlalu indah di ciptakan
    terpilih bukannya tersisih
    bertuahlah bumi yang di pijak seandainya langit di sanjungi
    kasih sayang semakn terserlah
    jgn disiakan hidup,
    riak di mata di hati buta,
    baik saja kita gemilangkan untuk kita semua....

    kadang kala sebaik manapun kita mengolah kata, namun tiada erti yang sebanding dengan pemahaman jiwa..
    apapun amin untuk semua doa yang baik-2...
    sekian: tamat

    ReplyDelete
  7. PENGUMUMAN..

    AKU ada SEDIKIT EDIT ENTRY INI , ADA BAB AKU TAMBAH DAN ADA BAB AKU DELETE.. HARAP MAAF.

    ReplyDelete
  8. Namun sedar tak sedar, walaupun hujung hayat kita semua akan bertukar menjadi sebuah mayat di pembaringan, tapi hakikatnya, manusia itu sendiri mampu menjadi ‘syaitan”, mampu menjadi lebih dahsyat dari setan, menjadi setan yang bertopengkan manusia... oh!

    Masa aku kecik, aku dengar BUZNAMA cakap, apa yang Allah tak suka, itulah yang setan suka, atau apa yang setan suka, itulah yang Allah tak suka.., aku sebagai budak budak yang nakal dan bersahabat pulak dengan kawan kawan yang juga sering di hasut iblis, maka kitaorang cuba mencari keisinambungan daripada apa yang Allah suka dan setan tak suka..

    Maka muncullah soalan merepek iaitu:-

    1- Apakah perkara yang Allah suka dan setan jugak suka?

    2- Apakah perkara yang Allah benci dan setan jugak benci?

    Kitaorang ada jawapannya, dan tak tergamak aku nak tulis kerana takut jadi bahan lawak dan takut jadi syirik, biarlah rahsia bab kata datuk Siti.., baik aku tak tulis pasal israiliyat.., oklah kita sambung balik, aku pergi pada soalan yang lebih releven:-

    Kenapa kita kena rasa beryukur yang amat di atas nikmat menjadi manusia..?

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.

    pakcik,
    terima kasih. :)

    ReplyDelete
  10. "So as I write to you
    Of what is done and to do
    Maybe you'll understand
    And won't cry for this man
    Cause low man is due
    Please forgive me
    Please forgive me
    Please forgive me"

    assalamualaikum abang2.adik2.

    mungkin kalo abang ada letak isi2 hadis/maksud ayat Quran dlm penulisan.
    diharap dpt menggunakan ayat/perkataan yg lebih elok maksud/bunyinya..

    bagus topik ni.
    terasa betol sy.
    malu.
    sungguh malu.dengn Pencipta sy.
    utk masa yg telah diberikanNya kat dunia ni tp di sia siakan..
    tp akhirnya ada sedikit semngat..
    may Allah swt bless us all.
    Allahuakbar.

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum....
    Hari ini aku baca lagi blog cite saudara Hamka....
    entahlah aku pun masih kurang arif tentang bab agama but...blog ni aku suke baca bab aku dapat maklumat dan aku rasa seperti dapat hidayah melalui penulisan saudara Hamka ni....
    dan bila aku dapat tau tentang betapa nikmatnya kita jadi hamba allah yang dipanggil manusia aku bersyukur dan aku rasa betapa kecilnya aku tanpa pengetahuan ....
    aku harap agar Allah dapat memuliakan aku dengan sentiasa mengingatkan aku betapa solat itu penting dalam mendekatkan diri aku kepada-NYA.
    harap saudara Hamka pun dapat sama mendoakan dan mengingatkan saya akan nikmat dan kebesaran Allah...
    jika diizinkanya....
    jika kita berdoa untuk kebaikan pada sesorang itu maka dia juga akan mendoakan kita kebaikan.. betulker???
    entahlah

    ReplyDelete
  12. first

    baguslah jadi orang yang first mengemis kasih pada Allah…

    ----------
    demonsinme

    he he he, tarima kasih..:)

    ---------
    alan zed

    Aku sokong jerman dalam piala dunia tapi kalah pulak baru baru nie.. oh!

    ----------
    amir

    terima kasih amir : )
    kerana sudi berkonsi ilmu..

    ---------
    coldstarz

    salam

    pandai jugak kau berbahasa gurindam..

    amin pada doa yang baik baik

    ---------------
    aqilah amir jamalullail

    sama sama. Cu.. ; )

    ----------
    yang.mati.akal

    786 Alhamdulillah syukur, semana kaya atau besar tetap Allahuakbar!

    -----------
    Anonymous

    Hari ini aku baca lagi komen dari Anonymous

    Sungguh banyak anoy..

    entahlah?!

    : )

    ReplyDelete
  13. Salam..

    'Justru tujuan pernikahan bagi mereka (para penempuh jalan spiritual sejati) masing-masing lelaki dan wanitanya adalah ‘menggunakan’ ketidaksempurnaan pasangannya itu untuk membersihkan jiwanya sendiri. Dia mengamplas hatinya lewat pasangannya, demi meraih Cinta Sempurna (C dan S nya kapital) untuk diri dan pasangan mereka, karena masing-masing diri mereka menyadari bahwa cinta mereka untuk pasangannya bukanlah cinta yang tertinggi.

    Socrates paham sepenuhnya hal ini. Ia, sebagai seorang pencari kebenaran hakiki (sufi sejati juga kali?) justru mencari wanita berperangai paling buruk di Athena untuk ia nikahi. Ia ingin mengasah kebijaksanaan dan kesabarannya lewat istrinya. Kata-kata beliau yang terkenal setelah menikah: “By all means, get married! If you get a good spouse you’ll be happy. If you get a bad one, you’ll become a philosopher. You have nothing to lose.” Lucu sih. Tapi dalem.'

    En Hamka, ade tak cerita israiliyat mengenai warisan cerdik pandai org2 israel sbb keturunan mereka pernah mendapat makanan surga iaitu 'manna dan salwa'?

    -siti fatimah n sisters

    ReplyDelete
  14. Aku ada berdiskusi la ngn sorang neh, aku tanya esok kat akhirat kalo kita buat baik kat dunia.. sayang mak apak kita nanti kat akhirat boleh jumpa balik...dia kata takde pulak dalam al-quran..... sedih plak dengar.

    ReplyDelete
  15. menurut hukum alam, dunia ini mengalami keseimbangan, yg mana ada cycle2 tertentu yg akan berlaku. contohnya kejadian hujan dari peruwapan air, menjadi awan, trn menjadi hujan & termeluwap kembali menjadi awan.

    zaman sebelum kedatangan Rasulullah, masyarakat yg paling femes dikenali sbg Arab Jahiliyah. jahiliyah krn mereka tidak mengenal Allah tp mereka sudah mempunyai tamadun. i.e. mereka mempunyai sistem hidup yg tersusun mengikut kabilah2 & mempunyai objektif masing2. dgn kedatangan Islam, era baru telah muncul & Islam menghapuskan semua sistem2 di zaman jahiliyah. kebangkita Islam terus berlaku di zaman khulafa' ar-rasyidin, muawiyah, abasiyah, hinggalah mengalami kejatuhan di zaman turki uthmaniah.

    skg kita seolah2 kembali ke zaman jahiliyah. kita bertamadun, bersistem, berobjektif, tp tidak 100% mengikut syariat Islam. malah dlm diri kita sdr tidak mengenal Islam sepenuhnya.

    jadi cycle pertama sudah berlaku. sudah tentulah akan mengikut adalah cycle ke-2 ---> kebangkitan kembali Islam. pokoknya, sudah tiada ajaran baru, kita ttp dgn Islam & sudah tiada Nabi baru. yg tinggal hanya kita2 utk membangkitkan kembali Islam ni.

    bersediakah kita utk terlibat dalam gelombang ke-2 ini?

    ReplyDelete
  16. alangkah indahnye kalau kereta mayat ni ialah sebuah buku.. bleh bukak walaupun xde internet connection..

    ReplyDelete
  17. -siti fatimah n sisters

    Salam..

    Orang yahudi memang Allah lebihkan dari bangsa lain, banyak Nabi datang dari bangsa mereka, yang angin sikit, bila ketua Nabi dan kekasih Allah bukan dari Israel, tapi dari arab, itu mujahadah untuk mereka, hakikatnya manusia selalu di uji dengan bangsa dan darjat..

    La ni bukan sajer orang yahudi, orang melayu pun tak boleh terima dakwah dari bangsa yang lain, cuba datang mar bangl atau orang keeling buat dakwah, di hinanya mereka, atau orang melayu jugak tapi jenis miskin, pandang sebelah matapun tak..

    Eh, aku lari dari soalan pulak..

    Ada buznama kata; orang yahudi advance 100 tahun teknologi dari bangsa lain..

    Ketika Nabi SAW mengepung bangsa yahudi di dalam perang selapas fatal mekah kat taif, lepas berjaya kalahkan kubu pertama dan bila tentara yahudi berundur ke kubu kedua, Nabi berjaya rampas senjata mereka termasuk new teknologi seperti kereta kebal dan lain lain, nabi heran dan tanya pada tawanan, untuk apa senjata begini canggih di bina dan sejak bila? (lebih kurang cerita) kata mereka sejak kami tahu korang nak kalahkan kami.., dan Nabi guna teknologi mereka yang di rampas untuk kalahkan kubu kedua., pendek cerita islam menang..

    The moral of the story is..

    Walau camne advance dan sophisticated technology mereka, bila orang islam berpegang teguh dengan ugama, Allah akan Bantu dan technology mereka sendiri akan musnahkan mereka, paham tak? Lebih kurang begitu..

    Secepat mana maksiat datang dengan techno, secepat itu hak datnag juga dengan tecno.., bukankah jemaah dakwah sedang bergerak ke seluruh dunia dengan flight?

    Wallau’lam

    ---------
    Jiji, 24

    Sebarang peringatan hanya bermanfaat untuk orang yang beriman
    (quran)

    ----------
    sitilina

    Setuju dengan kau, dan setuju dengan diri sendiri.
    Woha!

    Err, dah bersediakah aku?

    ----------
    shuet

    buku? insyAllah, aku kena lulus BM julai dan tulis balik dalam bahasa melayu standard, err bahasa Malaysia : )

    ReplyDelete
  18. yg asal ni yg pandai tackle jiwa aku.. kalau guna bahasa malaysia kurang indah la kot..

    ReplyDelete
  19. Entahlah..., aku pun setuju jika bahasa asal di gunakan, insyAllah doakan semoga berjaya akhirnya

    :)

    5 on line user, malam ini malam Ahad, aku sedang tulis entry baru, silalah rajin refresh. he he he

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum wbt,

    Mohon saudara keretamayat bg pendapat & komen berkenaan dgn dilema saya untuk pi undi dalam pilihan raya yg akan datang nanti. Saya tak tau nak pilih calon mana satu, ni first time nak pi undi, tak pernah pi undi pun sblm ni, kat tempat saya tu kalau ikut pd pilihan raya yg lepas ada 2 calon iaitu BN & Pas, so saya tak tau nak pilih mana satu atau saya tak payah pi undi lansung. Saya tak ambik port sgt siapa yg menang. Tapi yg menjadi dilema kpd saya setelah dgr kwn cakap masa borak2 dgn dorang. Kata dia, sebelum pi undi tu, cuba imagine yg kita semua telah jadi mayat. Lepastu Allah takdirkan kita hidup untuk beberapa saat untuk kita pilih pemimpin yang akan pimpin kita selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. dan contoh pemimpin yang ada pada hari ini ialah Pak Lah dan Nik Aziz. So kata dia lg, buat lah keputusan dengan jujur dan adil dari dalam lubuk hati sanubari kita tanpa dipengaruhi oleh mana pihak, katanya buatlah pilihan antara 2 pemimpin td (Pak Lah & Nik Aziz) siapa yang lebih mirip atau cenderung kepada al-Quran, hadis, kias dan ijma' ulama' dengan menyeluruh dan bukan hanya ikut sebahagian drp al_Quran saja. Saya cuba imagine apa yang dia bg tau tu dan hati saya telah membuat keputusan. Cuma saya ingin mendengar pendapat daripada saudara keretamayat dalam hal ini. Saya juga nak tanya kalau saya sokong Pak Lah apa saya dapat dan kalau saya sokong Nik Aziz apa dapat? Mohon bg pendapat dan penjelasan untuk dilema saya ini. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  21. susahnya soalan...

    aku tak boleh nak kata apa, tapi aku cuba akan datang tulis bab ini, iaitu bab duduk atas pagar dan bagaimana bergaduh cara islam, insyAllah..

    ReplyDelete
  22. Kenapa saudara keretamayat kata "aku tak boleh nak kata apa", saya kurang faham dgn maksud saudara tu, mohon bg pendapat dan penjelasan berkenaan kenyataan saudara tersebut,agar tidak menambahkan lagi dilema saya. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  23. Saya mahu bertanyakan pendapat dan penerangan saudara keretamayat lagi. Jika saudara berada ditempat saya, saudara akan pilih calon yang mana satu antara dua calon yang ada pada hari ini (Pak Lah & Nik Aziz) atau tak payah undi langsung? Mohon bantu apa yang termampu untuk rungkaikan dilema saya.Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  24. About Me

    Name: Hamka
    Location: Malaysia
    AMARAN: Blog ini di tulis oleh seorang yang bukan ustaz, ulamak, mufti, kiai, atau ahli fatwa kebangsaan, Oleh sebab itu, sila rujuk kepada ustaz dan ulamak serta kitab : rujuk bukan untuk betulkan aku, tapi untuk terima yang mana benar sahaja, jika ada yang salah, silalah tegur aku.., itupun jika sudi.., isk. jangan biarkan aku sesat...................

    Saya tengok dua pernyataan saudara Hamka ini macam pelik sedikit, macam ada percanggahan aje, saudara tak mahu dibetulkan tapi jika ada salah dipelawa untuk ditegur... bukankah teguran itu betujuan unutk memperbetulkan kesilapan,ini menjadi persoalan kepada saya. sila jelaskan. :)

    ReplyDelete
  25. En. Anonymous,Pada pendapat aku, pernyataan itu merupakan keselarian atau persamaan antara en. hamka dgn pemimpin kerajaan hari ini, ye lah kalau kita renung dan kita kaji dgn melihat pada situasi semasa hari ini,kita boleh tgk kerajaan hari ini kan dah byk bercanggah dgn apa yang sepatutnya. Sepatutnya bila dah istihar negara sbg negara islam (aku baca dlm paper nasional yg menyebut Pak Lah kata negara kita negara Islam)pada aku belum islam sepenuhnya(sebahagian aje ikut islam), sepatut nya dah boleh kurangkan konsert yang telah jelas haram menurut Islam kerana yang menyanyi tak tutup aurat, tambah lagi yg hadir pulak tu pak-pak menteri dari kabinet Pak Lah. Ini mcm beri sokongan aje.Kalau tengok rancangan TV banyak yang tidak ikut Islam, banyak yang bercanggah, ini Zainudin Maidin kena jawab lah nanti kenapa benarkan rancangan mcm tu disiarkan, Pak lah pulak kata ku cari al-Ghazali, ku cari as-Syafie, ku cari damai adbadi, kalau lah ditakdirkan Allah, al-Ghazali masih hidup,as-Syafie masih hidup, beliau setuju ke dgn perkara-perkara mcm ni? Itu baru bab konsert, belum masuk bab aurat lagi, sepatutnya kepimpinan melalui tauladan, tapi pemimpin sendiri tak boleh nak praktikkan, sepatutnya Pak Lah yang mempelopori kempen tutup aurat seluruh negara, kenapa tak buat? nak kempen mcm mana dia sendiri yang tak boleh nak ubah supaya isterinya dan isteri pak-pak menteri dlm kabinet dia supaya tutup aurat seperti islam syariatkan,kalau ikut pada konsep islam hadhari yang diperkenalkannya tu memang tak jd masalah tapi perlaksanaannya yang menjadi masalah, sampai bila baru boleh dilaksanakan?Aku tak nampak lah kalau pemimpin mcm ni boleh tlg aku kat akhirat nanti, ye lah mcm mana nak tolong? dia sendiri pun kena mintak tolong dgn org lain untuk diperbetulkan. bukan dia tak tau yang apa yang dia buat tu bercanggah. Mana pergi ustaz dan ustazah atau alim ulamak dalam kalangan dia yang berani tegur? en. hamka pun patut tegur pemimpin dia,kalau tak berani tegur dgn mulut, tegur dgn undi, tak tau lah en hamka berani atau tak berani? kalau kita tengok lagi, Permaisuri Agong pun dah menutup aurat sekarang, itu kan satu tauladan yg baik sbg isteri pemimpin. Isteri pemimpin yang mendakwa negara islam dan ahli kabinetnya bila lagi nak ubah hati nak ikut syariat yg Islam tetapkan agar tak bercanggah? sebenarnya banyak algi perkara yang bercanggah yang aku boleh list kan spt sistem perundangan, sistem ekonomi, sistem pemerintahan (yang masih guna sistem british)dan banyak lagi laa, nanti ada masa aku terangkan lagi.

    ReplyDelete
  26. atas.pagar

    undi anda adalah rahsia..

    “biarlah rahsia”…

    Lain kali aku tulis-bila ntah?

    ------------
    Anonymous

    Oh ye ke?

    Dalam merujuk kadang kadang ada tersilap merujuk bila merujuk untuk betulkan ’aku’.
    Ini kita panggil taksub..

    Rujuk bukan untuk betulkan ”aku”, tapi rujuk untuk mencari mana yang betul..

    Wallhu’lam..

    (lain kali aku edit bagi betul supaya tak konfius)

    -----------
    Semut Mayat

    Dalam berkempen bawa manusia suka kepada makluk dan benci kepada makluk..
    Ada dua perkara kena hati hati..

    Syirik dan munafik..

    Hati-hati..

    ReplyDelete
  27. Pada aku yang syirik nya yang ni, http://www.youtube.com/watch?v=SmGoTY4TB2g
    kerana mendakwa hukum manusia lebih baik daripada hukum Allah, dia letak hukum guna akal logik dia aje, tanpa hiraukan ayat qat'i dlm al-Quran yang dia dan kita semua duk baca selalu tu. Aku rasa dia ni kena mengucap balik ni.

    Manakala yang munafik pulak aku nampak yang ni, http://www.youtube.com/watch?v=7ZRKLMVWJgs
    perkenalkan konsep islam hadhari, tapi tak mengikut apa yang diperkenalkan. Ini tak kena dgn syariat Islam.

    ReplyDelete
  28. salam saudara hamka,

    merujuk kepada ayat

    "Kemudian Allah bagitahu lagi jika manusia itu datang kepadaNya berjalan, Allah akan datang dengan Berlari.."..

    boleh tahu dari mana sumber ayat nie?
    harap dpt membantu..

    ReplyDelete
  29. Dalam hadits Qudsyi Alloh Ta’ala berirman:
    أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً

    Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu kepadaKu, Aku bersamanya (dengan ilmu dan rah-mat) bila dia ingat Aku. Jika dia meng-ingatKu dalam dirinya, Aku mengingat-nya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu dalam suatu perkumpulan, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih baik dari mereka. Bila dia mende-kat kepadaKu sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat ke-padanya sedepa. Jika dia datang kepa-daKu dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan berlari”.

    (HR.Bukhari,kitab Tauhid:6856 )

    ReplyDelete