Jun 12, 2022

Prep makanan akhir zaman, kena buat ke?

Alkisahnya, Banyak berita melintas di media sosial isu krisis makanan

Sejak sebelum puasa hari tu, kita ada dengar berita terjejasnya eksport jagung dan gandum, akibat Krisis perang Rusia-Ukraine.

Kemudian Bank Dunia mengeluarkan amaran tentang krisis makanan serta inflasi.

Baru baru ni, Indonesia mengambil keputusan menghentikan eksport minyak sawit.

Dan terkini, India mengambil keputusan menghentikan eksport gandum.

Belum cerita kisah daging ayam naik harga sebab masalah subsidi kerejaaan!

Nampaknya “kek” semakin kecil, maka pihak pemimpin dan kerajaan kenalah serius buat usaha besarkan kek!

Pendek cerita, bila banyak berita isu krisis makanan, maka banyak jugak nitezen share tentang prep makanan, yang mana kita kena simpan makanan banyak banyak bawah tanah untuk stok tiga tahun, sebab nanti dajjal datang, kedai semua tutup, maka kita boleh makan makanan tu sorang sorang.

Adohai, bab makanan, tak payah tunggu dajjal, jika Allah nak uji sekejap jer, andaikan berlaku perbalahan, berlaku perang, macam di Russia, atau di Middle east, semua yang simpan makanan banyak banyak akan kena serbu dulu, nenek moyang kita dah hadap waktu zaman jepun dulu atau, zaman kominis dulu, yang mana rumah yang ada banyak makanan, rumah tulah kena serbu terlebih dahulu oleh tentera atau orang awam yang lapar, masa tu ketua kampong kenalah ada ilmu catu makanan kerana hak orang lapar, wajib orang kenyang tunaikan..

Untuk itu, amalan nenek moyang kita jugak, prep ni memang mereka buat, iaitu adakan stok makanan lebih untuk tetamu mengejut, siapa sajer yang datang, insyaAllah, ada jer boleh hidangkan, itu prep yang mulia dalam islam, simpan makanan untuk tetamu..

Zaman Nabi ada kisah sahabat hidang tetamu dalam gelap gelita sebab takde makanan, turun ayat Allah memuji orang yang layan tetamu dengan beri makan, dan perlindungan, sebab mereka sanggup satu keluarga tak makan asal tetamu makan, Allah puji sebab faham mereka betul bab Iman dan takwa..

Maka nak prep, niat kena betul, iatu nak tolong orang lain, bukan nak pentingkan diri sendiri sahaja, insyaAllah siapa niat betul, nanti halaman rumahnya pun boleh subur dengan ubi, pisang, dan sebagainya.. sebab prep ni bertindak macam air perigi, makin digunakan oleh orang ramai, makin bersih dan bertambah air, tapi jika prep simpan sorang sorang, jadi perigi buta jer nanti.

Islam tak ajar selfish, rujuk kisah Nabi Yusof, bila kemarau datang, Raja yang kena simpan makanan untuk rakyat stok tujuh tahun, itu yang islam ajar, maka kita kena sedarkan pemimpin, isu krisis makanan ni kena terus buat usaha besarkan kek!

Bukan rakyat simpan sendiri sehingga stok makanan habis, dan pekedai naikkan harga dan berlaku kezaliman, pernah ada kisah zaman khalifah mana ntah?, saya lupa, bila ada krisis makanan, khalifah suruh semua orang keluarkan makanan dan catu untuk dibahagi bahagikan, tapi ada rakyat yang sengaja sorok sebab pentingkan diri, lalu khalifah keluarkan fatwa, halal mencuri makanan pada rakyat yang sengaja prep makanan sorang sorang.. tiada hudud potong tangan buat mereka yang mecuri dari orang yang sorok makanan!

Satu lagi bab kemarau, dalam islam ada hokum solat hajat minta hujan secara berjemaah di padang, yang dipimpin oleh amir, tapi jika ada rakyat yang sorok makanan, sorok air, dan sertai solat tu, maka bantuan tak datang, lagi lagi jika amir senyap senyap dah berpakat dengan si penyimpan dan mendapat “rasuah” potongan “kek” dalam stok makanan di sorok.. lambatlah nusrah Allah nak datang sebab Islam punya konsep, sorang susah, semua kena bantu, macam anggota badan yang sakit gigi, maka seluruh badan kena pergi klinik gigi, begitulah analogi ringkasnya..

Bab dajjal muncul nanti, makanan orang beriman adalah zikir, maka prep yang terbaik adalah prep iman dan amal, solat lima waktu berjemaah jangan tinggal, dan tidak sempurna iman jika tak mengasihi makhluk, maka tak salah nak prep makanan lebih di dapur untuk layan tetamu, atau bantu siapa siapa yang susah nanti, janji Allah, orang sedekah, rezekinya bertambah, orang sambut tetamu, bala akan dijauhkan.

Nak simpan wang untuk kecemasan?, boleh guna formula enam bulan gaji, sebab andai kena buang kerja maka kita ada masa untuk bertahan hidup, itu bab gaji, wang takde masalah nak simpan lebih sikit sebab senang di cairkan, tapi bab makan? Nak simpan stok tiga tahun sebab dajjal datang tempoh susahnya tiga tahun?

Jangan terlampau yakin dengan makanan yang di simpan, berserdehanalah, boleh jer Lebihkan simpan untuk terima tetamu, maka stok makanan kita doublekan sebab tetamu boleh datang bila bila masa terutama mereka yang ramai saudara mara.. ikram muslimin adalah amalan yang mulia.. Siapa yang bersedekah, inyaAllah rezeki akan bertambah..

Maka semalam, saya dan wife bercadang nak buat open house sekitar kejiranan kami, tapi check group wasap, hari hari ada jemputan raya, nak kena cari tarikh yang sesuai, sebab tak nak bertindih banyak jemputan, membazir pulak nanti. Syukur saya di kelilingi dengan jiran jiran yang prep makanan untuk buat jamuan raya, Alhamdulillah..

Kemudian kami pergi kedai nak beli pinggan mangkuk pakai buang, alamak, banyak dah habis! Dua tiga kedai kami pergi semua habis, rupanya masih ramai Orang beli buat jamuan raya sana sini!

Inilah prepping sebenar, bagi makan sana sini, rezeki akan terus bertambah. InsyaAllah..

InsyaAllah waktu terdekat, abang keretamayat dan isteri akan buat open house kali ke dua secara kecil kecilan untuk kejiranan terdekat, doakan abangkeretamayat dapat beli pinggang mangkuk pakai buang lagi malam ni, nak pergi cari kedai lain pulak jap lagi.

Woha!

Akhir kata, Tahniah kepada mereka yang prep barang dapur lebih sikit bulan ini untuk buat jamuan raya, jangan lupa jemput abang keretamayat sama.

Semoga kita semua, Woha sampai syurga!

No comments:

Post a Comment