Jun 11, 2022

Kubah Sejuta???

Isu Kubah setengah Juta…

Ramai nitezen kecam, sebab zaman ekonomi down ni, RM 500 ribu macam macam bantuan boleh bagi pada pelajar, hasnaf, mualaf, dan pelbagai pihak…

Dan bila bercerita bab derma ni, teringat kaedah contoh beberapa geng ugamawan dalam mencari duit..

Alkisahnya, Pernah ada geng jual meja iftar, berbuka Bersama ulamak, satu meja RM20ribu, ada RM15 ribu, ada RM10 ribu, walaupun Nabi tak pernah cas sahabat berbuka puasa dengan baginda, agamawan ini buat sebab nak kumpul derma cara cepat, ajak orang kaya bayar meja mahal, jadi boleh kot ustaz yang nak buat kubah setengah juta tu, jual meja iftar RM50 ribu satu meja, mana tahu ada orang kaya nak berbuka Bersama ustaz?

Apa? Jual meja iftar bidaah? Nabi tak pernah buat? Cari dalil, bidaah hasanah boleh buat insyaAllah. Derma, berbuka, bersilaturahim, semua tu sunnah, bila gabung jadi jual meja iftar, takde masalah, macam Tahlil, bidaah hasanah, sebab dalam tu ada doa, zikir, selawat, bila gabung jadi tahlil, takde masalah, benda baik kita jangan halang, insyaAllah.

Agamawan lain?, kutip derma guna tin milo, buat ceramah kutuk kerajaan tak islamik, dan janjikan pemerintahan islamik, masuk dalil wajib mengundi, wajib sokong, kafir jika tak sokong, dan suruh budak budak pergi kutip derma guna tin milo, jangan lupa ayat: tak nak warna biru (RM1) paling kurang Hijau (RM5), maka penuhlah tabung milo, dan dapatlah duit tu guna untuk berdakwah ke, buat masjid ke, bina kubah ke.. Insya Allah..

Ada jugak agamawan sesat yang guna kaedah menunggang agama untuk cari dana, itu saya malas nak ulas.. dua kaedah di atas, jual meja iftar dan tin milo, bagi saya okey lagi…

Namun, Dalam macam macam kaedah mintak derma, ada golongan agamawan ni, lain sikit cara dapatkan dana,

Masjid boleh tahan besar, ada kubah just nice..

First time saya pergi masjid ni tahun 1998,  Solat subuh penuh macam solat jumaat, waktu rukuk, orang sebelah kiri kanan menitik air mata sedang bersolat, alamak, wujud lagi orang macam ni?

Lepas tu bila ustaz berceramah, langung takde nak kutuk sesiapa, nak kafirkan sesiapa, cerita tentang atas langit (wahyu) dan bawah bumi (kisah orang dah mati) sahaja, malahan para pendengar ceramah, beresak esak menangis macam esok dah nak mati- insaf bang.

Isi ceramah pulak selalu salahkan diri, dan kasihankan Ummat, dan bila ustaz bercerita kisah Nabi dan Sahabat, dalam bergenang air mata, kita seolah olah ternampak kehidupan penuh mujahadah orang terdahulu dalam mengembangkan agama.

Lepas ceramah takde satu orang pun kutip derma, eh, dari mana masjid ni dapat dana?

Baiklah, Lepas dengar ceramah, pergi dewan makan, eh? Mana meja dan kerusi?, masing masing duduk bersila, makan dalam talam, peha kambing dalam talam, perghh, satu pengalaman baru, dan entah kenapa TehTarik di masjid itu adalah Teh Tarik paling sedap dalam dunia, (mereka guna susu kambing)

Ohhh, rupanya, mereka dapat dana, dari perniagaan kedai makan, bagus, tak meminta minta, tak jula meja iftar.

Kemudian malam tu pergi tidur dalam masjid, tapi kenapa pintu masjid tak kunci, karang masuk pencuri macam mana? Rupanya masjid tu tak de pintu, dan tak pernah tutup kerana masjid itu hidup 24 jam.

Apa tu masjid hidup 24 jam? Nun di depan mimbar masjid ada lampu kecil, untuk orang mengaji sepanjang malam, dan dilokasi lain yang gelap, ada orang sedang bertahajjud sepanjang malam,

Malam itu saya tak boleh tidur, sebab bunyi orang menangis teresak esak sangat menyeramkan, macam berada dalam penjara bersama orang yang nak kena gantung esok, dan ramainya yang menangis maka bunyinya seolah bunyi lebah sedang terbang marahkan sarang di ceroboh!.

Sayapun bangun, ambil wudhu, dan solat tahajjud, dan betul lah masjid yang ada suasana malaikat, angkat takbir sahaja, terus kita berhamburan air mata.

Tiga hari di masjid itu seolah berada di pintu masa, orang yang keluar masuk ke masjid seolah dari zaman sahabat, dengan pakaiannya, celak di mata, senyuman di wajah, air mata di pipi, janggut yang basah, bau yang wangi, dan ada orang saya jumpa tidur atas pelepah tamar! saya cuba tidur atas tu, aduhh, tak boleh gerak, dan katanya, Nabi tidur atas pelepah tamar Hamka.. oh insaf. Ni menangis ni wahabi jika tengok ada orang amal sunnah 100%!

Bila ada kesempatan berborak dengan orang yang nampak macam datang dari zaman 1400 tahun dahulu, rupanya mereka semua bukan perentas masa..

Mereka adalah orang yang hidup zaman ni, ada doctor, professor, jurutera, ustaz, driver kereta mayat, penyanyi, pelakon,  artis dan ramai lagi lah, terkejut tengok masih ada orang boleh enjoy hidup macam orang kafir tapi pilih cara hidup zaman Nabi, Hidayat milik Allah!

Saya pun rasa nak menyumbang sikit untuk kemajuan masjid tu, pusing pusing cari tabung derma, TAKDE!

Saya tanya ustaz situ? Mana tabung derma? Katanya takde, dan saya tanya, habis tu duit datang dari mana?

Selamba ustaz tu cakap, dari Allah!!!

Maka terdedahlah kisah, asal usul masjid ini, katanya bila masjid india di KL dah penuh tak muat Jemaah, menyuarat telah setuju cari tapak baru, akhirnya jumpa tapak kosong untuk buat gereja terbesar di asia, geng agamawan ini beli tanah, dan buat masjid sendiri.

Cara buat masjid adalah gotong royong Jemaah dakwah selain berdakwah pintu ke pintu, mereka yang ada kemahiran kejuruteraan di ajak buat masjid, mereka yang ada kudrat, dia ajak bancuh simen, pandai cat, mengecat, pandai paiping, buat tandas dan pejam celik, rukuk sujud, akhirnya siaplah masjid tu kecuali Kubah.

Kenapa kubah tak siap?

Sebab Takde orang Islam pandai pasang kubah zaman tu, maka terpaksa upah kontarktor cina, tapi kata Kontaraktor tu, mustahil nak pasang kubah sebab spec masjid tu menyukarkan kren nak letak, Jemaah pun buat solat hajat, lepas tu cina tu hidupkan kren, sekali letak, terus siap.

Terkejut uncle cina tu? Katanya ini kerja mustahil tapi Tuhan Lu dan tolong.

Dengar kisah, zaman tu, Masjid ini pernah menjadi tajuk berita akhbar kerana ianya dibina tanpa ada peruntukan dari kerajaan mahupun sektor koperat.. ianya dibina hasil dari kutipan sesama ahli jemaah dan ianya dibina 99% oleh mereka sendiri (cuma kren untuk mengangkat kubah menggunakan khidmat kontraktor bukan Islam kerana ketiadaan kontraktor Muslim yang memiliki jentera tersebut)..

Masjid ini jugalah menjadi masjid yang hidup 24jam. .jemaah dalam negara ataupun dari luar negara masuk Dan keluar bersilih ganti setiap Hari.. Dan amalan didalam masjid juga hidup 24 jam.., Di waktu tengah malam kita boleh lihat ada manusia yang sedang bertahajud.., yang sedang membaca Qur'an..yang sedang berzikir.. yang sedang menangis minta Allah ampunkan dosa Ummat.

Pernah juga masjid ini keluar berita, di jaga JIn? Adohai..sebab tidak mempunyai pintu Dan tidak mempunyai tabung derma.., serta takde tahuk cicak,  dan makan talam dalam masjid ini, kosnya sangat murah, siap boleh tambah.

Dari masjid ini jugalah lahirnya para dai'e,Hafiz, Maulana, Pakar hadis, yang keluar berdakwah selama setahun ke seluruh pelusuk dunia!

Dengar cerita, Bulan puasa tarawih sini bukan lapan rakaat, tapi 20 rakaat dengan 5 juzuk satu malam, 6 malam dah khatam Al quran, lepas tu repeat lagi, dan ada sumber bagitahu dalam bilik khas, ada Jemaah, khatam Al quran 30 juzuk dalm tarawih satu malam jer, subhanallah!

Logiklah Imam Syafee boleh khatam 6o kali, siang 3o kali khatam, malam dalam tarawih 30 kali khatam, sebab masih ada zaman ini ummat yang mampu berbuat sedemikian, subhanallah!

Tapi, Masjid ini ditutup sekejap waktu Covid, dan sejak Masjid ini dibuka semula, sejarah berulang, iiatu tarawih malam ni dengar cerita 5 juzuk satu malam, Alhmdulillah…

Berbaloi betul masjid macam ni ada kubah!

Woha!

Ps: Semoga semua masjid di dunia dapat mencontohi pengerusan Masjid Sri Petaling yang mirip dengan Masjid di zaman Nabi Muhammad SAW. Kepada Allah segala puji pujian, semoga Asatizah kita di beri kesihatan dan Rahmat berpanjangan demi kebaikkan seluruh ummat Islam. Hentikanlah gaduh bab doa makan, selawat antara tarawih, Alfitihah takde bismillah, Tahlil sambal buka selipar di kubur, apa semua tu, kurangkanlah tenaga gaduh bab khilaf, sebab di luar masjid ada ummat yang tidak solat, tidak kenal Allah, jom selamatkan mereka melalui amalan dakwah jumpa ummat pintu ke pintu! Ayoh!

(sumber gambar: FB Dakwah Tabligh)

Video suasana Masjid Sri Petaling zaman dulu, https://youtu.be/Q46vnvWhlUA

No comments:

Post a Comment