Islam ni agama sempurna, hingga bab harta pun Dah jelas setiap bahagian akan siapa dan berapa yang dapat.
Tapi itulah, kereta yang sempurna jika dipandu oleh orang
mabuk akan nampak sangat teruk maka begitulah bab Faraid yang sempurna ini tapi
jika diurus oleh orang Islam yang mabuk harta maka terlihat buruk jua...
Selalu baca kisah bila ibu ayah dah mati, maka muncul begitu
banyak kisah berlaku perebutan harta, padahal semua tahu Allah Dah masukkan
dosa makan harta anak yatim adalah dosa besar
Selalu juga saya dengar orang mengeluh bab pembahagian harta
dalam Islam, sebab ada kes, waktu arwah hidup, pakcik makcik tak pernah tolong,
bila arwah mati, muncul pakcik makcuk tuntut harta sampai bergaduh gaduh!
Ingatlah pesanan setiap khutbah Jumaat, jadilah orang
bertakwa, siapa orang yang bertakwa? Orang yang menunaikan hak anak yatim.
Maka saya percaya hikmah dalam pembahagian harta arwah,
adalah menguji sifat takwa umat islam, yang mana bila berlaku kematian, maka
muncullah semua pakcik makcik nak ambil harta sebab ada hak mereka dalam harta
arwah, namun saya percaya, orang bertakwa hanya ingin tahu berapa hartanya,
lalu semua dihadiahkan Kembali kepada anak yatim secara terang terangan.
Dan andai kata dikalangan pakcik makcik tiba tiba ada sorang
tak nak hadiahkan, maka pakcik dan makcik yang lain tahu bahawa ada saudara
dekat yang sedang susah di kalangan mereka hingga sanggup ambil peluang ini
untuk urus hidup mereka guna bahagian harta arwah, maka pakcik makcik bertakwa
yang lain, pergilah bantu pakcik yang tak nak hadiahkan itu, dan di situ
tahulah nanti sifulan benar benar susah atau tamak?
Jika sifulan benar benar susah, maka terbuka jalan untuk
tunaikan hak, jika sifulan betul betul tamak, terbuka pula jalan untuk
berdakwah.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan peribadi saya
yang terfikir kematian tiba tiba, sedang harta yang ada tak banyak mana pun,
maka tolong pakcik makcik kepada anak saya, iaitu abang dan kakak serta adik
beradik saya, tolong tengok tengoklah anak saudaramu nanti bila saya dah pergi
mengadap Ilahi.
Tolong munculkan diri dengan bertakwa di majlis kematian
saya, dan bersaksilah, Saya telah halalkan semua hutang jika ada pada waktu
itu, dan jika saya ada hutang dengan kamu, ambillah dari harta saya agar dapat
saya berehat dengan aman di kubur. Hutang wajb bayar walau sudah menjadi mayat,
pesanan kepada diri sendiri,
Akhir kata, salam takziah buat semua yang telah pergi
menghadap Ilahi, esok esok giliran kami pasti tiba. Semoga harta yang tinggal
tidak menjadi asbab sengketa dan semoga Amal yang dibawa tidak hilang dimamah
dosa.
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang, maka dalam
banyak banyak harta kita, cukuplah pulang bersama sekeping hati yang bertakwa.
Woha!
No comments:
Post a Comment