Sejuk mata tengok gambar rombongan jemaah Tabligh datang ziarah bekas PM semalam, ada Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali, Maulana Abd Razak, Imam Besar Masjid Sri Petaling dan lain- lain.
Terus teringat zaman lepas PKP, Jemaah tabligh terdiri
daripada faisala, Buzroku, purana sakti, karkun Josh, dan budak hafiz kerap
datang cerita takazar suluruh alam, terima kasih sudi meriahkan halaman rumah
saya dengan cerita cerita agama.
Alkisah hari ni, saya pergi ambik anak di Asrama Universiti
Islam, saya pakai baju jubah labuh, kopiah, dan janggut sejemput.
Sampai sana, terus Sekuriti tanya:
“Abang Marhalah mana?”
Marhalah? Ini kod soalan Jemaah tabligh ni.. jika pergi
markas tabligh takde orang boleh menyamar jadi orang tabligh sebab soalan;
“awak markas mana?” adalah kod kita aktif atau tak aktif, sebab jika kita jawab
marhalah yang betul, soalan next adalah, siapa Amirsab sekarang? Hidup lima
amal tak? Berapa ramai rakan seusaha? Takazar terdekat bagaimana, cillah?
Karkun baru berapa? Arghhh, Memang tak
boleh nak tipu, sebab semua tu ada link yang berjaring dalam Gerakan Wallahu
Khairul Makirin.
Ok, saya pun jawab dengan jujur, Marhalah Pinggiran Putra!
Terus abang security tu bulat mata? Tanya kawan dia, kawan
dia geleng, tanya kawan dia lagi sorang, kawan dia geleng, alamak, kod tabligh
saya tak betul ke? Mereka tak tahu ke kewujudan Marhalah Pinggiran Putra?,
Amirsab Doktor pakar bedah, masjid hidup lima amal, tak tahu ke?
Tiba tiba anak call tanya ayah kat mana?
“Ayah kat pagar ni, Jaga ni orang tabligh kot, dia tanya
ayah marhalah mana..”
“Ayah! Sini blok asrama di panggil Mahalah, ada Al Birruni,
Al aisyah, Al Umammah, bagitahu dia saya mahallah al Azahwari”
Aduhhhhh, Terus jaga tu bagi masuk bila bagi kod asrama yang
betul.
Perasan tabligh pun ada.
Woha!
No comments:
Post a Comment