Mar 20, 2022

Tazkirah hari lahir

Bayangkan hari ni hari lahir korang.

18 tahun kemudian…  tibalah hari ulang tahun. Ehem Ehem!

Biasa Hari lahir, ada mak ayah ucap selamat, masak sedap, dan bagi hadiah.

Si anak pun buka hadiah, tiba tiba hadiah tu tak best bagi anak, lepas tu masakan mak macam tak sedap jer, si anakpun merajuk masuk bilik kunci pintu sambil update tik tok, atau IG, akan  kisah betapa sedihnya korang dapat mak ayah yang bosan, bagi hadiah bosan, dan masak benda bosan.

Lepas tu iri hati tengok Instafamous, IG Fames, Tik Tok Femes meriah di media Sosial.

Andai kata dalam kesedihan korang rasa Birthday tak best, sedang scroll telefon, tiba tiba Nampak status saya, jangan skip, sebab saya ada kisah best tentang SELAMAT HARI JADI.

Tahukah korang, hari jadi ini, bukan Hari kita meraikan Panjang umur kita sahaja, tapi Tarikh itu adalah kisah air mata dan darah.

Alkisahnya, mari kita renungkan apa yang berlaku pada Hari  pada hari jadi kita

Ya, Pada hari jadi kita, ada seorang ibu yang dah berbulan bulan sarat mengandung, telah bertarung nyawa lahirkan kita

Tumpah darah berlaku, air ketuban pecah, ada kawasan yang koyak dan luka, air mata ibu mengalir, gigi ibu di kacip erat, Tarik nafas rasa berat dalam dada macam paru paru dah penuh, tapi kena trail juga jika tidak anak akan hilang nyawa.

Kemudan nak hebus nafas tak boleh laju, hebus nafas waktu melahirkan bayi sangat sakit pada seluruh badan macam semua saraf bersambung pada paru paru.

Rambut mengerbang macam singa sudah tidak dipedulkan, mata terjenggil bulat melawan kesakitan, tangan capai apa sahaja untuk di gengam, tulang belakang walau sakit, ditahan agar kita selamat keluar, dahi dah basah dengan peluh masuk mata mengalir Bersama air mata, proses ini bukan dua minit macam masak mi segera, tapi berjam jam sakitnya, sesekali nyamuk datang serang, dibiarkan sahaja, api pelita kadang padam akibat angin sejuk berhembus, pelita dinyalakan semula, di dekatkan pada wajah ibu, Bidan kampung lihat mata ibu masih berkelip, mulut terbuka dan gigi rapat, Bidan suruh Teran, Push!  Teran! Push!

Asap ubat nyamuk?, asap pelita?, kain berlumuran darah,  tilam berlumuran lendir? Luka koyak makin besar, tumpah darah sini sana, sesekali Nyamuk besar datang gigit? Semua tak hairan, semua tak di peduli, asal anak dapat dilahirkan.

Akhirnya, kita yang tak tahu apa apa, menangis! Ibu menangis, Ayah datang azan di telinga, kit diam sekejap sebab  pertama kali guna paru paru ini tak selesa sangat rasanya, telinga berfungsi baik, mata melihat cahaya pelita buat pertama kali.

Tiba tiba rasa takut, dan Ibu datang peluk berikan susu, kita Bahagia, tenang, selesa, dan tertidur.

Kita baru datang dari Alam langit, baru bersaksi Allah Tuhan kita, dan kita sendiri mahu menjadi manusia dengan persetujuan dari Tuhan, kita akan dilupakan ingatan , dan akan gunakan kesemua panca indera untuk Kembali mencari Allah.

Namun Allah tak akan biarkan manusia mencari sendiri jawapan dari mana aku datang?, kenapa aku di sini?, dan kemana aku selepas mati?, Allah akan hantar sesorang untuk ingatkan tentang pertemuan di alam roh.

Sebagai ujian, orang itu mungkin kita tak setuju, tak suka, tak minat, tapi inilah dunia, selamat datang ke Pentas terbesar Ujian Allah.

Ujian pertama, Mak dan ayah kamu, terimalah mereka seadanya.

Dari kecik, kamu akan nampak baik dan buruk mereka silih berganti, bila besar, kamu akan banyak melihat buruk mereka.

Namun ingatlah hari ini, di hari jadimu ini, adalah hari kamu dilahirkan, tiada kebaikkan seumur hidup dapat menebus segala kesusahan ibu bapa di hari melahirkan kamu, Si ibu bertarung nyawa untuk lahirkan kamu, si ayah bertarung emosi menunggu kelahiran kamu.

Nanti kamu ada anak, rasailah sendiri pengalaman menjaga bayi dari kecil hinga pandai melawan. Sungguh ramai anak di dunia ini, tiap kali tiba hari lahir mereka, hari itu mereka paling sedih konon, mak tak bagi Hadiah best, ayah tak ingat Tarikh lahir, lalu menangis konon sedih sangat.

Padahal, hari lahir kamu bukan untuk kamu nikmati seorang , tapi hari lahir kamu adalah hari ibu menggadaikan nyawa, hari ayah susah hati, ingat tu wahai anak.

Hari jadi kita adalah ulang tahun: Hari Ibu Menggadaikan Nyawa, Hari Ayah Susah Hati, Ingat Tu Wahai Semua Anak Anak.

Hari lahir kita adalah Hari kejayaan Ibu kita menempuh ujian paling besar, patut mereka yang dapat hadiah!

“Mak, selamat hari lahirkan saya, hari ini mak tak payah masak, mak rehat, kita belanja, dan ini hadiah untuk mak sempena kejayaan menggadaikan nyawa waktu lahirkan saya, sayang mak tiga ribu!”

Maaf, Saya terpaksa berhenti menulis sekarang, air mata jatuh atas tangan, kerana saya dah tiada mak dan ayah. Al fatihah..

Biasanya pada Hari lahir saya akan telefon mak dan ucapkan terima kasih lahirkan saya, saya telefon ayah, dan ucap terima kasih risaukan saya. Saya belanja mak makan sedap samsul suruh mak bercerita apa kejadian yang mak ingat hari itu Sebab Hari jadi kita adalah ulang tahun, Hari Ibu Menggadaikan Nyawa dan Hari Ayah Susah Hati.

Tapi Mak dan ayah saya kini terbaring dalam kubur, mereka dah Kembali kepada Allah.

Maka wahai korang semua yang masih ada mak dan ayah, jika tiba hari lahir korang, telefonlah mereka, suruh mereka cerita apa kejadian sebenar pada hari lahir korang, korang semua mereka dapat BUKAN dengan download dari Internet, semua korang datang ke dunia sama macam semua manusia, dengan darah dan air mata.

Biasa mak dan ayah cerita yang baik baik sahaja, hinggalah kita tengok hari isteri lahirkan anak kita, hinggalah kita tengok Syuib dan Siti Sarah, sungguh zaman ini, masih ada kisah ibu yang bertarung nyawa waktu lahirkan manusia

Al fatihah buat ibu dan ayah saya, juga buat semua yang telah pergi buat selamanya…

Selamat Hari ulang tahun Kejayaan Lahirkan saya, Mak.

Al Fatihah.

Link Video tazkirah di hari lahir: https://youtu.be/jeKuTBZw91w

No comments:

Post a Comment