“Salam, Abang keretamayat, apa maksud hadis, Wanita adalah hiasan dunia?”
******
Waalaikumusalam.. terdengar soalan ini, terus telinga abang
keretamayat terngiang lagu Inteam..
“Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah,
yang akan membahagiakan syurga di dalam rumah tangga”
Alkisahnya, bercerita tentang Bahagia, seawal dunia remaja
ramai geng lelaki selalu fikir, kebahagian akan datang bila ada kereta mewah,
lepas tu awek cantik akan terpikat, dan bawa pulang awek ke rumah banglo tepi
laut.. itulah Bahagia yang di gambarkan dalam filem Hollywood, Bollywood, serta
Korea word.
Maka bila masuk zaman kerja, untuk mencapai Bahagia, terus geng
lelaki cari kereta mewah, dan terus awek bermata duitan terpikat, tapi nak
pandu ke rumah banglo tepi laut tak dapat, sebab hutang bayar kereta dah
separuh gaji, maka terpaksa hidup menyewa, lepas tu, gaduh sebab isteri minta
lebih dari suami mampu, dan akhirnya bercerai berai, kereta kena tarik, pergi
kerja lambat, kena buang kerja, maka bahagia yang didambakan sebelum ini,
hilang entah ke mana..
Maka benarlah pesan Nabi, "Dunia adalah perhiasan dan
sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah." (Riwayat Muslim)
Nabi tak cakap Bahagia dalam unta mewah, rumah besar, tapi
Nbai cakap sebaik harta dunia adalah pasangan yang baik..
Sabda Nabi: "Mahukah kamu aku beritahukan tentang
sebaik-baik harta seorang lelaki? ianya adalah wanita yang solehah yang mana
apabila melihat kepadanya, akan menggembirakan, apabila diberi arahan wanita itu taat setia dan apabila kita tidak
berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya."
Itulah sebaik baik harta seorang lelaki.. isteri yang baik,
Maka fahamlah kita apa itu maksud Nabi tentang Bahagia
adalah pasangan yang baik..
Jadi abang keretamayat nak pesan..
Bukan kereta mewah yang menentukan kebahagian kita, tapi
distinasi yang kita tuju, itulah yang membahagiakan kita.
Bukan Rumah besar yang menentukan kebahagian kita, tapi
siapa yang menunggu kita pulang, itulah yang membahagiakan kita.
Bukan isteri cantik yang menentukan kebahagian kita, tapi
akhlak isteri yang cantik, itulah yang membahagiakan kita.
Maka pesan abang kereta mayat, Kerja dapat gaji, terus simpan
duit, beli kereta murah takpe, sebab awek yang mampu terpikat dengan lelaki
yang ada perancangan masa depan, bukan Wanita biasa.
Abang keretamayat sendiri waktu bujang beli Kereta second
hand Dahaitsu Charade, harga RM2500, bayar tiga kali, Sayang betul, rupanya tak
ada satu pun saya ambik gambar dengan kereta ni, zaman tu telefon belum ada
kamere. Facebook pun belum ada untuk berlagak. Adohai.
Kereta ini walaupun buruk, kebaikkan nya adalah tak payah
bayar bulan-bulan, dan kereta inilah saya guna untuk pikat hati mertua saya dan
bini lantas membuktikan mereka tak metrialistik-woha!.
Air Cond tak ada, tempat pijak kaki ada lubang sikit, waktu
hujan kena pakai selipar sebab air boleh masuk ikut bawah.
Sabar betul bini saya kahwin dengan laki yang pakai kereta
macam ni, waktu hujan, cermin berwap, bini saya jadi wiper organic dengan lap
cermin dengan tuala basah. Pernah rosak tengah jalan, ketuk ketuk sikit, dah ok
dan teruskan perjalanan.
Kenapa saya beli kereta buruk ni? Tak macam kawan kawan yang
beli kereta baru bayar bulan bulan RM800 ke RM1000.
Sebab saya beli rumah dulu, tak ada siapa ajar saya buat
kerja yang bukan bukan macam tu, tapi saya yang gatal nak beli rumah seawal
umur 24 tahun, sebab masa tu harga mampu saya bayar, walaupun saya kerja kilang
waktu itu, kira layak beli rumah sebab saya tak ada komitment lain.
Bila bini mengandung, kesian kat dia kena air hujan kat
kaki, baru saya beli kereta proton wira yang ada aircond, dan bila bilangan
anak melebihi kerusi wira, saya beli MPV ala ala keretamayat, cukuplah kami
tujuh beranak.
Oh, lupa, kereta charade saya jual waktu beli kereta wira
dan jual dekat ejen MLM Suraco, pernah Nampak kereta ni melintas dengan sticker
Sureco tahun 2005 dulu, tak tahu apa cerita kereta tu sekarang. Lepas tu saya
pakai kancil second hand jugak hinggalh terkini, anak dah ramai takde kat
rumah, pakai axia kompang jer tapi hati senang Bahagia.. sebab?
Bukan kereta mewah yang menentukan kebahagian kita, tapi
distinasi yang kita tuju, itulah yang membahagiakan kita.
Bukan Rumah besar yang menentukan kebahagian kita, tapi
siapa yang menunggu kita pulang, itulah yang membahagiakan kita.
Bukan isteri cantik yang menentukan kebahagian kita, tapi
akhlak isteri yang cantik, itulah yang membahagiakan kita.
Maka benarlah pesan Nabi, Wanita hiasan dunia, juga pesan
nabi, sebaik baik harta adalah pasangan yang baik..
Kenapa sebaik baik harta dunia adalah pasangan yang baik?
Kerana pasangan yang baik akan bahagiakan kita sampai
syurga.
Semoga pasangan kita dan kita sendiri mendapat hidayah
menjadi yang terbaik buat pasangan masing masing dan woha sampai Firdaus!
Woha!
No comments:
Post a Comment