Feb 12, 2022

Ustaz vs Saintis?

Dalam isu "perbezaan pendapat" hal sains antara ustaz Auni vs Zamir Moyedin ni.

Saya sokong Zamir sebab sains ni benda fakta.. takde perbezaan pendapat bab sains. Titik.

(5+5)=(2×5)=(100÷10)=10, ini fakta.

Tapi Kalau ada penceramah 5+5=15, 2x5=15, 100÷10=15.

Maka adalah menjadi tanggungjawab semua orang termasuk ahli Matematik Sains untuk betulkannya.

Begitulah juga dengan kes Ustaz Auni dengan Zamir Mohyedin ni.

Zamir hanya betulkan perkara yang Ustaz Auni salah. Dan dia layak tegur sebab dia ahli dalam bidang sains.

Tapi, berderu-deru orang bangkang. Dan yang takde hujah cakap, ianya perbezaan pendapat..

Adohai.. Ini bukan masalah perbezaan pendapat bro. Ini fakta!. macam Hak vs batil. Hak pasti menang.

Mudah cerita.. sains dan islam adalah seiring..

Nabi berdoa waktu perang dan Nabi juga pakai baju besi.. dan perisai.. maka pakai baju besi ni sains. Logik sebab badan manusia tak kebal.

Waktu perang menakluk Taif. Nabi guna  perisai kura kura dan berjaya rampas senjata musuh iaitu meriam manjenik trebunchet dan menggunakan meriam itu untuk memecahkan tembok Kota Thaif.

Salahuddin Al Ayyubi juga guna manjanik canggih meluaskan empayar islam dengan bantuan pakar sarjana Muslim, dan ada di catat oleh sarjana Mardi bin Ali al-Tarsusi, dalam kitabnya.

Jadi islam dan sains ni seiring..

Waktu perang khandak Nabi yang ada wahyu tetap bermesyuarat. Dan Salman Al Parsi bagi kaedah sains gali parit untuk rendahkan Posisi musuh dan Nabi setuju, dan Islam menang.

Ada kisah sahabat takde senjata nak pergi perang dan bawa periuk. Nabi tanya bagaimana nak guna periuk waktu perang? Sahabat ni cakap kawan dia ada lembing. Nanti dia akan serkup kepala musuh dan buka tepat waktu kawannnya lembing.

Nabi tersenyum melihat sahabat ini dalam perang sewaktu berjaya membunuh musuh bersama alat memasak jer.

Ada jugak kisah sahabat petani nak kahwinkan pokok dan minta pendapat Nabi.. maka Nabi yang pakar bab agama berkata.. kamu lebih mengetahui hal urusan kamu.

Jelas di sini Nabi tak tolak sains dan suruh bab sains serahkan pada yang pakar.

Jadi ringkasnya Sains adalah asbab. Dengan sains hidup akan lebih mudah. Dulu cabut gigi tanpa bius. Dulu bersunat tanpa bius. Sekarang budak main game sambil bersunat.

Dulu bayi songsang buatkan ibu tumpah darah dan mati.. sekarang bius dan bedah. InsyaAllah selamat.

Jadi sains ni memudahkan hidup buat apa nak tolak?

Satu lagi..

Tanpa sains kita akan mudah kena tipu.

Korang tahu tak bahawa si penipu berjaya tipu orang adalah sebab si tertipu tidak celik sains?

Ramai orang kena tipu beli produk mengarut dan mahal seperti filter water alkali konon boleh sembuh penyakit canser, gelang magnet konon boleh tolak aura jahat, ubat kuat konon boleh besarkan zakar, tali tangkal konon boleh bagi ilmu kebal , pil tajam minda konon boleh lulus SPM, cicak tokek konon boleh ubat HIV, air jampi konon boleh jadi kaya,  ubat cacing sembuh covid dan sebagainya?

Yang mana, orang yang jual ambik kesempatan atas kebodohan pembeli dengan mereka-reka cerita karut yang tiada asas sains.

Ada pakar motivasi yang mengatakan kita belum guna otak 100%, kita hanya guna 10% kononnya, jadi untuk ‘cerdik’ kena datang ceramah motivasi saya yang mahal atau produk kismis saya yang juga mahal untuk menjadikan otak kembali berfungsi 100 %, padahal ini adalah tipu, Allah buat otak kita berfungsi 100%, cedera sikit otak, boleh lumpuh satu badan, sila belajar bahasa English dan google benda ni jika mahu pandai..

Ada yang jahil sains kata manusia ke bulan tu tipu siap berhujah, kenapa sekali jer pergi ke bulan? Padahal dah enam kali orang ke bulan, korang jer tak tahu dan sekarang orang dah nak ke marikh, tapi korang masih percaya bumi ni rata dan satelit tu CGI, adohai…

Bab perubatan pun sama, tak nak guna sains, vaksin ada babi lah, hospital ajen dajjal lah, Who tuhan doctor, SOP tu ilmuniti, dan macam macam, sedangkan pakar perubatan Al quran arwah Datok Harun Din pun tak tolak untuk pergi IJN rawat jantung.

Agama penting agar tak kena tipu bab akhirat dan sains penting agar tak kena tipu di dunia..

Alkisahnya Bila jahil sains, senanglah kena tipu dengan scammers, sebab orang tamak dan jahil sains, jenis tolak logic matematik, akan mudah masuk skim cepat kaya, percaya cari downline pyramid boleh jadi kaya, percaya goyang kaki boleh dapat duit? dan tak pernah serik kena tipu jer memanjang. Adohai..

Punca jadi begini sebab salah merujuk, ada ke bab bumi rata nak rujuk pada bomoh? bab vaksin nak rujuk Ustaz tak bertauliah? Atau selamba Rujuk laman web sampah atau web teori konspirasi atau video arrivals yang boleh dibuat oleh semua orang?!. Adohai..

Untuk atasi masalah ini, kita kena sedar diri bahawa kita tak tahu semua benda, dan perlu ada penasihat sains yang pakar dalam bidang masing masing. Rujuk ahli-nya: itu Allah firman dalam Al quran, kan?

Jadi.. Pemimpin mana mana Negara islam, selain perlu ada penasihat agama, perlu juga ada penasihat sains, (jika pemimpin tu jahil bab sains), sama juga ustaz yang mengajar bab ugama, perlu ada penasihat sains supaya ustaz tak ceramah dengan hujah yang mengarut dan tidak masuk akal. Contoh: ustaz cakap segitiga bermuda tu tempat jin, atau yahudi guna holly water dan tuang dalam sungai untuk buat lidah ummat islam tidak boleh mengucap, atau ustaz cakap dalam vaksin ada robot nak control manusia? dan lain lain fakta yang tak masuk akal. Boleh pulak ada yang percaya, adohai..

Sains ni jangan anggap tabung uji dan kemia sahaja, atau anggap sains tu sihir apake jadah?

Belajar kejuruteraan, matematik, menilai fakta, dan macam macam lagi ilmu dunia adalah sains, sebab itu ada istilah sains computer, sains memasak, sains rumah tangga dan lain lain.

Masyarakat kita memang ramai anti sains, terbukti apabila mereka suka baca berita sampah, tengok cerita tahyul dan sembang kosong, lalu percaya bumi ini rata, dalam vaksin ada robot, dan SOP itu adalah dajjal,

Maka selain kita mencegah mereka dari buat maksiat dan menyeru kepada amal ibadat, kita mesti mencegah kawan kawan kita agar tidak bodoh sains dengan berkongsi ilmu yang bermanfaat, seperti scientific thinking.

Sesungguhnya, Benda sains, jika di layan dengan kejahilan akan jadi tahyul dan sihir.., tapi benda merepek dan tahyul jika di layan dengan sains, akan jadi common sense.

Know you now.

Woha!

1 comment:

  1. Ada kaedah yg berbunyi begini..
    "Kalo x berani menyatakan sesuatu.. Maka xda la yg akan menegur.. Bila xda yg menegur maka mcm mana nak tau salah dan silap kita..justeru itu kita jgn takut utk menyatakan sesuatu"

    Walhal kaedah yg benarnya ialah pegi la belajar dulu/dapatkan rujukan panduan dulu..

    Mujur ustat x pakai kaedah ni bila masuk dalam bab agama..

    jika benar begini la kesahnya, semoga ustat dapatkan rujukan panduan dari yg ahli terlebih dahulu dlm tajuk2 sains yg nak dikongsikan..semoga kita sama2 dpt manafaatnya insyaAllah.. Semoga ustat dan kebaikan ahli sains yg menegur sentiasa dalam lindungan dan kasih syg Allah..

    Semoga kita baik2 je akhirnya insyaAllah..

    ReplyDelete