Orang masjid mandikan pencuri… pencuri tu terdesak.. kenapa orang masjid jahat?
Begitulah kisah dua tiga hari ni..
Abang keretamayat AJK surau jugak.. kat surau kami ada Bank
makanan untuk orang susah, cara nak ambik, datang solat, lepas tu bagitahu nak
ambik barang dapur, maka AJK akan berikan, belum pernah orang mintak bantuan
kita mandikan dia tempat pelantar jenazah.
Jika susah bab duit, boleh jumpa pengerusi surau lepas
subuh, adu masalah, kita adakan mesyuarat tiap tiap hari lepas subuh, pengurusi
selalu tanya, apa bantuan kita nak bagi hari ni? Ada Jemaah yang susah tak?
Tapi tengok kiri kanan, muka sama datang surau, muka yang takde masalah dunia,
ada banyak masa lapang, rezeki lapang semua, Alhamdulillah.
Bermakna, jika betul betul susah, selain datang solat
mengadu pada Allah, datang jumpa mengadu pada AJK surau, AJK ni ramai, mengadu
jer pada semua, dalam ramai ramai tu, mungkin ada kaki pukul tabuk, kaki
mandikan jenazah, kaki korek kubur, kaki bersihkan tandas, kaki jaga SOP, macam
macam ada, dan bukan semuanya pembengis, pemberontak atau pengganas, banyak AJK
surau ni pengasih dan penyayang.
Alkisahnya semalam, ada orang datang potong rumput rumah
abang, lepas dah potong dia cerita rumahnya tenggelam banjir baru ni, lepas tu
dia cakap dia tak dapat bantuan.
Abangpun suruh dia pergi solat zohor, lepas zohor abang
sendiri buka Bank makanan dan bagilah kat dia beras, susu, kicap, semua itulah.
Dia warga asing, Terus dia menangis terharu.
Jadi nak bagitahu, jika susah, datanglah mengadu pada AJK
surau, bukan semua nak mandikan korang suka suka, sebelum tu jangan lupa,
mengadu pada Allah, datang solat lima waktu.
Mencuri salah, hukum pencuri dengan memalukan juga salah..
Jadi abang keretamayat harap, semua yang susah susah ni,
datanglah solat lima waktu, dan adulah pada semua AJK masjid, ramai jer kawan
AJK yang abang kenal, sangat pengasih dan penyayang.
Woha!
Selamat memakmurkan Masjid guys!
yg menafikan sunatullah itu kemungkinan berpenyakit barangkali..
ReplyDeleteMendapat balasan buruk selepas tertangkap mencuri..itu memang sunatullah.
Jika kita nak dapat balasan baik.. Kita kena buat perkara baik..itu kan memang sunatullah..
Lalu Bila kita memang nak kan balasan baik pada tindakan yg buruk.. Itu kan mcm ada penyakit... Mcm x pegi sekolah kan..
kalau kita nak kan gaji@pendapatan..kita kena kerja.. itu kan memang sunatullah..kalau kita memang nak mintak gaji pada kelakuan yg tidak mahu bekerja itu kan mcm ada penyakit.. sama la mcm kita memang nak kan balasan baik pada tindakan yg buruk..
Kalu kita nak layan sopan santun kat pencuri yg masuk rumah kita itu boleh je.. Itu rumah kita, itu keluarga kita, terpulang la.. Tapi jgn nafikan sunatullah..kalau kita nak bagi gaji kat kelakuan yg x mahu pergi kerja, boleh.. Terpulanglah itu duit kita.. Ikut kita la kan, tapi jgn nafikan sunatullah..
So bg Penguasa wat keje dia, Penguasa nanti dia xkan menilai@siasat dari jauh takat baca fb mcm kita,dia akan pegi turun padang utk siasat@mencari bukti dan akhirnya diberi hukuman setimpal jika terbukti bersalah pada sesapa saja yg terlibat dalam situasi sebegitu..perkara penguasa akan meyiasat selepas tertangkapnya pencuri oleh orang ramai bukan lah perkara asing pun..
Kenapa org masjid x layan sopan pada pencuri yg masuk masjid?
hukum persoalan jika kita menilai yg kita lebih berkuasa dari pencuri yg masuk masjid@rumah kita(kita lebih kuat dari pencuri tu),lalu kita melayan@tangani pencuri tu dengan tegas/agak nampak keras,hukumnya haram ke harus?
Haram ke?
Kalo dia masuk rumah kita ikut kita la nak layan sopan.. Tp Kalo dia masuk rumah orang ikut orang tu la.. Wajib ke kena layan sopan? Atau Haram ke kalo layan dgn tegas? Sunatullah ke tidak kalo nak dapat baik kena buat baik, Kalo buat buruk dapat buruk? Sunatullah la ni.. Dari kecik semua dah tau sunatullah ni..
So haram ke x hukumnya kalo pencuri masuk rumah org lain, org tu layan dgn tegas?
Apa2 pun
Semoga baik2 je kita semua akhirmya insyaAllah..