Feb 20, 2022

Dakwah kawan cina?

Kenangan dengan kawan cina..

Ini gambar saya kahwin, selain kawan melayu, ada kawan cina datang drive kereta rentas negeri nak ucap selamat pengantin dan bagi Ang Pow.

Saya tengok dalam Ang Pow, ada yang bagi RM500, bagi RM800, perghh, untung ada kawan cina waktu kahwin ha ha. Tu zaman dulu, kira banyak lah tu. Lepas lah beli peti ais, TV dan barang dapur.

Waktu kerja zaman bujang dulu ada jugak berkenan dengan Amoi cina (pernah tulis dalam buku PERMATA YANG HILANG, bab kisah Amoi berbulu ketiak lurus, segan nak cerita sini.huhu)

Biasanya Amoi cina akan terkejut bila saya perkenalkan diri.

HAMKA? Serius nama awak HAMKA?

Rupa rupanya, HAMKA ni adalah ayat mencarut dalam Bahasa cina.

"HAMKA CHAN" ianya membawa maksud "pergi mati sekeluarga".

So waktu gaduh dalam filem Hongkong, Ekin Chen pun selalu sebut HamkaChan!

Now you Know.

Antara info saya dapat waktu berkawan dengan amoi cina, lelaki jangan pakai topi hijau, itu bermakna takut bini, pakai warna merah akan bawa nasib baik, warna hitam untuk bersedih, Nombor empat adalah nombor sial, 69 adalah nombor kemaluan lelaki, dan 48 adalah nombor lucah,.

Jika amoi cina tu auta, maka autalah tulisan saya ni, ha ha!

Pendekkan cerita, jodoh takde kahwin dengan cina.., namun kawan saya ada kahwin dengan cina dan dia cakap antara perkara paling susah kahwin dengan amoi cina adalah waktu mertua datang rumah, lepas makan malam, mertua ajak menyanyi lagi Karoeke, masalahnya, satu lagu pun dia tak boleh nak sambung.

Woha!

Kalau kahwin dengan India, nyanyi lagu Hindi, boleh sambung lagi, kah kah kah!

"Hamko Hamise Chura loooo....."

Selain amoi cina, Waktu Bujang, di Taman seri Muda Shah Alam, saya pernah kongsi rumah sewa dengan tiga orang cina, 6 bulan duduk dengan mereka, okey jer kami kawan, saya solat dan tak makan babi, merekapun sama hormat saya orang islam, selalu juga berdakwah dengan kawan cina ni, sampai mereka cakap.

“takpe Hamka, nanti Tuhan lu tanya dah ajak Gua masuk islam?, Gua sendiri back up lu, gua akan cakap lu dah ajak tapi Gua tak nak ikut”

Oh hidayat, saya yang gagal dakwah mereka dengan akhlak yang baik, salah saya.

Lepas tu saya hijrah balik kampung, kami terpisah dan langsung takde simpan no telefon ke apa, hinggalah satu hari ketika  saya sedang drive tiba tiba sebuah kereta iswara telah potong kereta kami di garisan bekembar, dan merempuh bas dari arah yang bertentangan.

Saya pun sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, cari parking dan pergi tengok keadaan ehwal kemalangan tu dan saya rasa mungkin drebar kereta tu sudah jadi mayat kerana kereta tu terporosok ke bawah bas dan kaku tidak bergerak, manakala penumpang kereta itu masih bergerak-gerak dengan darah membanjiri wajahnya.

Saya dan beberapa saksi ditempat kejadian cuba menolong tapi tak terdaya.., mereka tersepit antara enjin dan pintu kereta. Bomba pun belum sampai.

Melihat keadaan mereka yang macam sudah tiada harapan, tersepit dan bomba belum sampai, darah membasahi wajahnya, mulutnya bergerak gerak tapi tiada suara, lalu saya mengucap kalimah syahadah agar dia ikut.

Kemudian ada saksi lain menyampuk..

“Oi, brother, tu orang cina tu, tak payahlah ajar mengucap”

Mana tahu dia cina? AC Mizal muka macam cina, mualaf cina pun ada… maka saya terus ajar mengucap hinggalah Bomba sampai, dan dia dikabarkan telah mati ditempat kejadian.

Akhir kata, jika kita sempat ajar mengucap kepada orang bukan islam sewaktu nazak, dan diapun ada ucap sama, maka bolehlah sedekah Al fatihah… Syurga menanti buat mereka.

Maka selamat tahun baru cina kepada semua kawan cina yang mengenali diri ini, malam ni sebelum tidur, ingatlah korang pernah berkata kepada saya:

“Takpe Hamka, nanti Tuhan lu tanya dah ajak Gua masuk islam?, Gua sendiri back up lu, gua akan cakap lu dah ajak tapi Gua tak nak ikut”

Fikir fikirkan ayat ini, dan pintu ajakan saya masih terbuka. Boleh mesej tepi jika nak tanya apa sahaja tentang Islam.

Semoga ada Onn sampai Hidayat tiba.

Woha!

No comments:

Post a Comment