Jika korang baca buku Hamka Keretamayat pasti akan jumpa watak Abang A. Anak nomor dua, Abangnya, Abang H dah masuk University Islam. Alhamdulillah.
Selamat hari lahir buat anakandaku abang A yang kini berada
di MRSM sebelah pantai timur.
Tak boleh balik raya cina sebab kluster asrama, ada kawannya
positif covid 19. Maka bercuti di asrama sahajalah.
Saya tanya nak makan apa hari jadi, ayah order online, dari
jauh.. bagitahu sahaja, KFC, McD, Pizza, Mee Korea? Laksa Terengganu?
Kata anak makanan luar tak boleh masuk.
Oh adohai..
Hakikatnya..
Rezeki bertemu dan tidak bertemu, sudah tertulis..
Rezeki makan apa dan tidak makan apa apa juga sudah
tertulis..
Rezeki umur juga sampai berapa tahun juga sudah tertulis.
Dunia hanya persinggahan, akhirat kekal abadi..
Alkisahnya, Arwah ayah atok singgah di mukabumi ini dari
tahun 1940 dan meninggal dunia pada umur 79 tahun pada tahun 2019.
Ayah pula singgah dari tahun 1977 sampai 2022, baru 45 tahun
hidup.
Jika ditakdirkan umur ayah sama macam Nabi, maka ada lebih
kurang 17 tahun sahaja lagi..
Dan kamu duhai anak, singgah ke dunia tahun 2005, baru 17
tahun.
Sekejap sahaja masa berlalu..
Dalam kesekejapan ini, ayah sempat bertemu atok kamu selama
45 tahun hidup, dan kamu duhai anak berkesempatan bertemu ayah baru dalam 17
tahun hidup.
Itupun bukan bertemu hari hari, masing masing sibuk urusan
diri sendiri.
Jadi berapakah baki ayah sempat bertemu kamu lagi duhai
anak?
Oleh sebab masa yang ada sangat singkat, pesan ayah, jangan
hidup mencari musuh, Maafkanlah sahaja
orang yang menganiaya kita. Balas dengan hikmah, Halalkan hutang orang tak
bayar, sebab Hidup ini terlalu pendek untuk fikir apa orang dah buat kat kita.
Jika hutang orang pada kita banyak sangat, jangan halal,
jumpa mereka di padang mahsyar, pahala mereka akan membantu kita nanti, atau
dosa kita pasti akan mereka dapat nanti, jadi lupakan hutang, teruskan hidup.
Jangan ulang kesipalan lama.
Tolong Jangan gunakan baki hidup fikir duit yang telah
terbang, tapi gunakan baki hidup untuk tambah ilmu dan pendapatan dan gunakan
kepada semua itu atas perkara kebaikkan.
Ya, hidup terlalu singkat untuk bergaduh dengan takdir, Baki
hidup teruskan dengan bercakap hal yang baik, atau menulis hal yang baik, jika
dah kawin dan beranak pinak nanti, jangan lupa buat hubungan yang baik dengan
anak anak sebab doa anak yang soleh tetap memberi manfaat walau mayat telah
lama dimakan ulat.
Sampai masa ayah mati, wahai kebajikan kecil yang pernah
ayah buat, tulisan ayah yang baik baiik, dan doa anak anak yang soleh,
Come tu papa!
Woha!
Selamat hari lahir abang A, Jom mengeteh dikubur ayah.
#mengetehdikuburayah
No comments:
Post a Comment