Alamak? Sejak bila soalan 'Kerja apa?' waktu pergi kenduri ni adalah satu soalan yang sensitive?
Jika orang perempuan mungkin sensitive jika ada yang belajar
tinggi tapi jadi suri rumah, mungkin? atau dipaksa tukar kerja sebab ikut suami
berpindah, mungkin sensitive?, tapi bagi geng lelaki, wajib tanya kerja mana
mana, untung dapat projek, atau agihkan projek, atau mudahkan kerja, atau bantu
sana sini..
Bagi saya, tak salah langsung bertanya tentang pekerjaan
orang. Biasa perbualan akan jadi rancak, Tapi, kalau betul nampak ada orang
yang tak selesa bila ditanya, boleh tukar tajuk lain, tak ada masalah pun..
Alkisahnya, Saya sendiri pernah borak dengan orang yang
mengaku kerja angkat sampah, lepas tu dia cerita bekas isteri mintak cerai
sebab malu bersuamikan dia, dan sekarang dia kahwin baru, anak berderet, dan
katanya bekas isterinya langsung takde anak. Memang rancak perbualan dengan
orang yang bangga dengan apa yang dia buat, di sana rancak di sini rancak,
berdosa, adohai..
Hakikatnya, Kita semua dahagakan perbualan yang menarik,
sungguh sudut pandangan kita terhadap dunia akan menjadi sangat luas apabila
kita berpeluang belajar sendiri dari orang yang faham tentang dunia pekerjaan
masing masing.
Saya sendiri, jika orang tanya kerja apa? Saya jawab:
Penulis!
Kaki baca buku akan kagum, perempuan akan bulatkan mata,
namun ramai yang saya jumpa, memperlekehkan penulis, katanya..
“Hamka, awak sekarang penulis kan?, maaflah, saya dah lama
tak membaca buku, paling last baca masa sekolah menengah dulu”
“Bro, aku beli buku lima tahun lepas, tak habis lagi baca,
tak tahu nak sambung baca bila? Tak ada masa…”
“Awak menulis buku? saya tak boleh baca buku yang tak ada
gambar, pening!”
“Abang ada buku sendiri? Maaflah, adik sibuk sangat, sejak
kahwin 10 tahun dulu, langsung tak baca buku, tak sempat”
“Maaf Hamka, saya tak suka baca buku dan tak akan beli buku
awak”
Semua kritikan itu, saya jawab dengan lembut:
“Alhamdulillah, mujur awak tak baca buku saya, sebab dalam
buku tu, banyak saya kritik orang macam awak”
“alamak? Ye ke?, beri saya satu!”
Woha!
Okey, saya baru sahaja share tips, “Sell me this pen” dengan
mewujudkan Supply and demand, now you know.
The Casinos Near Morgantown - MapyRO
ReplyDeleteFind Casinos Near Morgantown, PA in realtime and 부산광역 출장샵 see activity. Or 충주 출장마사지 get directions, reviews and 안동 출장마사지 information for 울산광역 출장안마 casinos in 고양 출장샵 Morgantown, PA.