Oct 21, 2021

Bunuh diri main game?

Zaman sekarang budak main Game susah nak berhenti.., nak kena save, nak kena mati dulu, nak kena minta izin ketua dalam game, adohai..

Anak syurga pakcik yang Autisme tu pun dah pandai main game, lepas tu menangis sebab ada orang bunuh avatar dia? Dah nak kena main pergi balas dendam ke apa? pakcik tak reti.. dia dalam game sebagai OKU mana pandai nak kerja sama, tu yang ada orang bunuh dia..

Anak normal pakcik pulak, sedang main game, pakcik suruh dia jemur baju, dia cakap, Nak bunuh diri?

Terkejut pakcik?

Tak kanlah suruh jemur baju nak bunuh diri?

Rupanya game yang dia main tu tak boleh berhenti kecuali kena mati, oleh sebab pakcik suruh jemur baju, maka dia terpaksa bunuh diri.

Perghhhh, dahsyat permainan game zaman sekarang, bunuh orang, bunuh diri, apa ke jadah?

Teringat zaman pakcik dulu, main game ni bila bila masa boleh berhenti, contoh pakcik pernah main susun daun terup, sekeping demi sekeping, bini yang tidak sabar melihat pakcik yang lembab menyusun daun terup, terus bersuara..

“Tu daun Sped, bawak turun sini, Lekuk biar kat situ!”

Pakcik tak endahkan nasihat bini, sibuk nak susun daun Daiman..

“Tu Quen Kelawar alih cepat, nanti akan block jalan!”

Hmm, pakcik tetap berdegil tak nak ikut cakap bini, tiba tiba bila klik kat gambar spider bahagian bawah, semua daun tak boleh gerak, adohai.

Kata bini: “Padan muka, dah kalah.., jom tidur”

“jom” lalu pakcik masuk bilik air untuk buang air kecil dan gosok gigi.

Lepas gosok gigi pakcik baring atas katil tunggu bini tapi tak datang datang.

“mana pulak pergi bini?”

Tiba tiba terdengar jeritan bini dari bilik sebelah..

terus pakcik berlari panik.

“Abang, saya dah berjaya  menyusun daun terup sehinga terbit percikkan bunga api.., sila kagum!”

Woha!

Adohai.., Pandai orang perempuan ni pujuk suami. Buat-buat ajak tido. Padahal nak suruh pakcik tinggalkan PC dia pergi sambung main spider solitaire.

Begitulah ringkasnya main game zaman pakcik…

Mungkin satu hari, dekat dekat waktu solat, pakcik kena menyamar dalam avatar anak anak yang sedang main game, lepas tu pergi dakwah mereka dalam game tu? Tapi karang mereka bunuh pakcik dalam game pulak? Pakcik bukannya reti? Nak tukar senjatapun tak pandai…

Maka pakcik terpaksa guna kaedah filem Matrix, cabut plug dekat kepala avatar, atau dalam kes pakcik, cabut terus wifi internet!

Woha!

No comments:

Post a Comment