Oct 22, 2021

Anak masuk asrama rm50 ribu?

Terbaca kisah Nora Danish hantar anak dia ke Kolej Tuanku Jaafar, terus teringat waktu first time hantar anak tingkatan satu.

Si anak menangis, isteri juga menangis.. maklumlah 12 tahun hidup bersama, makan tidur bersama, tiba tiba nak duduk asrama, menangislah isteri dan anak berpelukkan..

Ayah pula tak menangis, tapi jika tengok yuran Kolej Tuanku Jaafar tu, rasanya ayah boleh menangis..

Katanya untuk masuk Kolej tu..

Pendaftaran- RM350

Kemasukan- RM5000

Deposit- RM25,000

Tak duduk asrama: RM59,700/setahun

Duduk asrama: RM87,000/setahun

Alhamdulillah Nora Danish mampu, maka takde masalah bagi beliau..

Teringat zaman saya mula mula ada anak dulu, masuk darjah satu, mensyuarat dengan isteri, nak hantar anak sekolah biasa atau swasta?, sekolah biasa yuran murah, tapi berkemungkinan anak akan berkawan dengan budak tak solat, lepas tu tengah hari anak lepak dengan kawan sampai jam lima petang, baru jumpa saya, macam macam saya fikir,

Sekolah swasta mahal sikit tapi ada banyak kelebihan..

Fikir punya fikir, hmmm, Oleh sebab zaman tu saya mampu bayar RM200 sebulan, maka saya pilih untuk hantar anak sekolah agama swasta, yang mana insyaAlah kawannya 100 peratus solat, makan tengah hari di sediakan, dan lepas zohor ada kelas agama serta sukan sampai Asar, maka semua anak saya hantar sekolah swasta, hinggakan pernah anak berderet empat orang masuk sekolah situ, dari darjah satu hingga darjah enam, waktu daftar RM2000, tiap bulan RM800, rabak jugak poket..

Tapi Alhamdulillah, tengok anak solat tak tinggal, banyak hafal Al quran, pandai makan dalam talam, namun bila masuk sekolah menengah, sayapun diuji dengan ekonomi meleset, tukar anak sekolah biasa, mujur keputusan cemerlang anak dapat masuk sekolah berasrama, lepas tu MRSM dan kini dah masuk Universiti, Alhamdulillah.

Apa saya perasan, anak solat dari kecik, berkawan dengan semua orang yang bersolat, maka InsyaAllah akan semakin cemerlang dalam belajar, dan makin jimat duit kita insyaAllah.. sebab rezeki dia semakin murah dan berkat, amin…

Yang penting anak berkawan dengan sahabat yang 100 peratus solat, itu jer target saya waktu mereka bergaul.

Jadi bercerita tentang ibu bapa yang berkemampuan, atau cuba untuk mampu demi peajaran anak anak, saya tak nak komen apa apa, anak anda, maka andalah yang memilih untuk mencorakkannya..

Segala perbelanjaan untuk kejayaan anak, saya sokong sahaja!

Ringkas cerita, Terkini saya ada anak OKU Autisme, maka lain pula pendidikan yang perlu saya sediakan buat anak. Bermula dengan daftar anak kad OKU, dan hantar anak ke sekolah PPKI kerana di sana cikgu terlatih yang faham OKU anak akan dapat ajar anak OKU kita ilmu asas tentang hidup di dunia. InsyaAllah..

Saya pernah jumpa parent yang ada anak OKU tapi menafikan, tak nak daftar anak sebagai OKU, dan hantar anak ke sekolah biasa bergaul dengan budak normal, di sana, anak menggangu kelas, cikgu marah sebab tak tahu anak itu OKU, dan kawan kawan dalam kelas buli anak, kesian sungguh.

Anak balik sekolah menangis, dan kurung diri dalam bilik, esok mengamuk tak nak ke sekolah, hinggalah akhirnya si parent berdamai dengan rezeki, berdamai dengan takdir, bawa anak jumpa doctor, dan dapat kad OKU lalu hantar anak ke PPKI, Sekolah khas untuk orang kurang upaya… perjalan masih jauh..

Maka begitulah hidup, setiap orang ada ujian anak masing masing, pesan Nabi anak ini ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan anak, sama ada nak jadi beriman, sesat, atau lalai..

Dalam bab fadhilat sedekah ada riwayat mengatakan perbelanjaan untuk tujuan kesalamatan dan ilmu kepada anak anak adalah di kira sebagai sedekah..

Maka sebagai parent, anak membesar hanya sekali, maka terpulang pada kita nak mencorakkan akan bagaimana diri mereka..

Akhir kata..

Al kisahnya kat tangan saya ini, ada Buku Hafal sifir secara Interaktif Dengan Mudah dan Seronok Bersama Pentagon Sifir, InsyaAllah untuk anak normal sekolah rendah, dalam masa tiga jam akan dapat hafal sifir dengan mudah.

Tapi anak saya OKU Autisme, perjalanan masih jauh, campur baru pandai sampai dua belas.  Tolak belum lagi..

Pelan pelan kayuh…

Doakan anak saya dan anak kita semua Berjaya dunia akhirat..

Ps: Ada sesiapa berminat nak beli 3 Jam kuasai Sifir? Klik link shoppe ini: https://invol.co/cl6jasj

Woha!

No comments:

Post a Comment