Oct 21, 2021

ketua antivaksin telah mati?

Komen pembaca:

"Saudara Hamka. Perubatan moden bukan sahaja berbahaya, tetapi ia haram. Nabi Muhammad s.a.w menunjukkan kepada kita bagaimana menjaga kesihatan dan mengurus diri sendiri apabila sakit. Bukankah lebih baik untuk kita mempercayai Nabi s.a.w berbanding perindustrian farmasi, pemerintah Amerika dan WHO?

“Dan Kami menurunkan secara beransur-ansur daripada ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan sebaliknya al-Quran tidak menambahkan untuk orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (al-Isra' : 82)

Dari ayat ini cukup Al Quran sebagai ubat penawar, perubatan hospital banyak menggunakan kandungan dadah yang merbahaya. Orang yahudi yang menjual ubat ini kepada orang islam, sedangkan mereka sendiri tidak vaksin anak mereka. Perubatan moden ciptaan yahudi telah menganggu ketenteraman semulajadi Ciptaan Allah. Lihatlah kepada petunjuk Allah (al-Quran dan Sunnah) untuk mendapatkan bantuan dalam segala perkara, termasuk kesihatan fizikal.

"Tidak ada musibah yang menimpa, tetapi dengan kebenaran (keputusan dan Qadar) Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, Dia memberi petunjuk kepada hatinya, dan Allah adalah semua Mengetahui segala sesuatu." (Qur'an 64:11).

Kita perlu bergantung kepada Allah dan memohon Allah untuk membantu kita dalam masa kita memerlukan. Penggunaan ruqya (memohon kepada Allah) adalah lebih berkuasa daripada apa-apa ubat yang boleh didapati kerana Allah adalah satu-satunya yang boleh menghantar penawar.

Fikir fikirkan lah.

**

(abang mayat jawab)

Saudara,

Untuk hidup bahagia di dunia, jangan menolak sains, dan untuk hidup bahagia di akhirat, jangan menolak sunnah.

Orang yang tolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin dengan asbab adalah syirik. Sunnah Nabi adalah menggunakan asbab bersama yakin yang betul.

Jadi Sains dan Sunnah kita guna dua dua lah, Allah tak suruh kita tolak sains. Sains ni asbab. Orang yang tolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin dengan asbab adalah syirik. Sunnah Nabi adalah menggunakan asbab bersama yakin yang betul.

Contoh sakit gigi, zaman dulu cabut guna gunting besi, Tarik kuat kuat! Zaman sekarang orang pakai bius, terpulang nak guna tak nak guna, gigi kamu, tapi bius itu sains.

Sama jugak, dulu anak songsang,keluar kaki dahulu, anak mati lemas, ibupun mati terseksa, sekarang guna bius, belah perut dan Jahit, dua dua selamat, insyaAllah.

Jadi Sains ni memudahkan manusia, perubatan juga adalah sains.

Zaman Nabi dulu, Abu Hurairah bila sawan orang pijak dengan kaki lehernya sebab itu ilmu zaman tesebut, tapi bila teknologi dah maju, mana ada orang pijak orang sawan guna kaki?

Tak salah nak guna ayat Al quran dan berdoa, tapi berusaha juga perintah Allah, seperti nabi ikat buraq binatang syurga, dan benarkan wanita bawa bahan rawatan untuk balut luka orang cedera dalam perang.

Ingat tak arwah Ustaz Harun Din, pakar rawat guna ayat Al quran, tapi bila beliau sakit jantung, telah pergi berubat di di Stanford Hospital, San Francisco, kemudian sambung berubat di Intitut Jantung Negara, kenapa?

Kerana arwah Ustaz Harun Din tak tolak Sains. Di Samping berdoa dan makan makanan sunnah, tidaklah salah berubat cara moden.

Bak kata Saidina Umar kepada Abu Ubaidah al-Jarrah yang anggap usaha Umar untuk mengelak wabak sebagai cubaan lari dari ketentuan Allah.

Umar menjawab:

“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)

Jadi zaman sekarang, Covid melanda depan mata, kawan kawan dah ramai mati, maka dalam kita berdoa minta pertolongan, datang vaksin sebagai asbab..

Tapi ada orang anggap vaksin sebagai ejen Dajjal, maka muncul tiga golongan tolak vaksin dengan alasan..

1. isu agama-Vaksin tak islamik

2. isu keselamatan.-Vaksin bahaya

3. isu konspirasi.-Vaksin egenda  Yahudi

Untuk Isu agama, kita tengok, ustaz, ulamak, mufti pun vaksin.

Isu keselamatan atau kesihatan, doktor doktor pun vaksin.

Isu konspirasi, yahudi pun vaksin.

Jadi isu apa sebenarnya?, ikut keras kepala sendiri jer.

Ketua anti vaksin yahudi pun dah mati dan minta anti vaksin sambung perjuangan dia, apa lagi nak di kata?

Fikir fikirkanlah.

Woha!



2 comments:

  1. Allah la 1-1nya yg berkuasa.. maknanya sangat terang lagi jelas yg vaksin dan sains itu pun kuasa Allah.. Kalo x ngaku perkara itu pun kuasa Allah.. Masalah juga nnt kat akhirat,sebab mulut ucap hanya 1 tp hati nampak ada yg lain..
    Madu, habatusauda, vaksin, panadol dan sains itu semua kuasa Allah..dan Atas Allah jua lah sembuh x sembuh, sebabnya apa yg Allah berkehendak lakukan itu bersifat harus,Tidak wajib bagi Allah@Allah itu tidak terpaksa.. Sifat terpaksa itu ialah sifat yg mustahil bg Allah..Terpaksa itu ialah sifat makhluk(rujuk sifat 20, tengok sifat wajib, mustahil,harus bg Allah)..
    kerja kita ni ikhtiarkan saja, berharap yg baik2 moga Allah buat ikhtiar kita berhasil baik..
    Jgn kita "ikat" Allah dengan apa yg kita Ikhtiarkan..
    "Allah hanya boleh sembuhkan sakit kita ni dgn benda ni je..yg lain x boleh jadi ubat"
    Jgn..
    Mustahil Allah bersifat Dengan sifat terpaksa.. harus saja bagi Allah nak melakukan atau x sesuatu perkara tersebut..
    Sebab tu Orang islam(yg berada atas landasan ilmu@ahlusunnahwaljamaah)itu pula sebelum covid datang pun mmg dah berkurun lama amal makanan sunnah seperti madu habatusauda semua sbg amalan..ada je yg x tggl minum madu hari2.. Dah berkurun dah mereka amal makan madu sebelum covid datang pun bukan asing pun dr zaman toknenek..bila covid datang mereka pun ambil Vaksin juga sebagai ikhtiar.. Semua yg hukum feqahnya x haram semua semampu dicubakan sbg ikhtiar termasuk la vaksin, sembuh x sembuh atas Allah jua..
    So salah ke?
    Manada salah pun..
    ambil madu dan habatusauda sebab melihat pada Allah la 1-1nya yg berkuasa,ini betul dah.. tapi dlm masa yg sama menolak vaksin sebab x mengaku bahawa vaksin dan sains itu pun kuasa Allah juga..sedangkan Allah la 1-1nya yg berkuasa,Tp vaksin dan sains dilihat bukan kuasa Allah pulak.. Mulut cakap lain hati pandang lain..
    Ha ini la baru salah besar..
    Kalau x ambil vaksin dgn sebab2 munasabah yg digaris ulil amri,ok mmg xda masalah.. tapi bukan x ambik sebab x mengaku itu juga kuasa Allah,hanya madu dan habatussauda saja kuasa Allah..
    Problem besar ni.. Nak betulkan akidah orang.. Tp diri sendiri yg dah tersasar..
    Betul sabda nabi saw.. Kalau bermudah2 tuduh orang syirik maka yg lebih layak pada tuduhan itu ialah sipenuduh itu sendiri..

    Itu sebab kita ni kene ngaji bab akidah(sifat 20).. Anak2 kita darjah 1 lagi ulil amri dah ajarkan..
    Jika mereka dah besar dan lupakan jalan akidah mereka dahulu maka orang yg x ngaji mcm ulil amri ajar akidah tu la yg amek peluang pengaruhi keluar dr jalan akidah yg benar..

    Apa pun moga kita baik2 je semua akhirnya insyaAllah..

    ReplyDelete