Alkisahnya, dari link ini https://www.facebook.com/keretamayat/posts/379051256910286
Ada soalan pembaca:
“Seronok baca kisah keluarga encik Hamka dan jadual
seharian, muzakarah, berceramah, taklim, mesyuarat semua, boleh tahu bagaimana
mulakan semua itu?”
Okey, nak jawab soalan ni, saya kena Kembali kepada Malam
pertama kahwin, yang mana saya bagitahu isteri, kita akan bacakan hadis Nabi
setiap malam.
“Jika habis, baca kitab mana pula?”
“Kita ulang balik, sebab hadis no 1 pun kita belum dapat
amal sempurna”
“Satu kitab ini sahaja?”
“Ada tiga kitab, Mutakhab Hadis karangan Maulana Yusuf,
Fadail Amal karangan Maulana Zakaria, dan Fadhilat Sedekah”
“Kenapa kena baca kitab ini sahaja?”
“Sebenarnya lepas perang dunia kedua, Maulana Tabligh
mendapati punca orang islam bergaduh adalah kerana tafsir berbeza bab hukum
hakam, dan untuk satukan ummat Islam, kita kena baca satu kitab yang bebas
unsur tafsir berbeza tapi zaman itu kitab ini belum wujud”
“Kira kitab ni baru wujud lepas perang dunia ke dua?”
“Ya betul, sebelum ini kitab ulamak terdahulu bercampur ilmu
hukum hakam dan fadail, maka Maulana Aliyas, ketua Jemaah Tabligh arahkan anak
saudaranya, Maulana Zakaria, seorang pakar hadis untuk buat kitab kompilasi
Fadail Amal”
“Saya baru tahu ni”
“Maka munculah kitab Fadhilat solat, Fadhilat zikir, Fadilat
puasa, Haji, sedekah, dan banyak lagi”
“Jadi kitab Fadail Amal ni adalah koleksi semua kitab itu
dalam satu buku?”
“Ya betul, kemudian bila Jemaah dakwah banyak belajar sifat
sahabat melalui enam perkara asas agama,
maka anak Maulana Yusof karang kitab Mutakhab hadis tentang enam sifat sahabat
dan Hadis Fadail”
“Okey, benda ni baru bagi saya, sila beri tunjuk ajar”
“Bukan hadis sahaja dalam kitab ini, ada juga ayat Al quran,
yang mana Ayat Allah dan Hadith bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya
yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di
baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri”
“Jadi kitab ini baca versi Bahasa melayu lah kan?”
“betul, kita kena faham apa kita baca, cuba Kita rujuk
kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi dulu, sebuah masyarakat yang terkenal
dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam
tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka
jantina bayi.. serta lain lain maksiat..”
“saya kena catat nasihat abang ni..:
“Takpe, malam ni dengar dulu, sambung kisah sahabat, bila
mereka mendengar suara Nabi yang membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya
nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga
meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk agama islam
dan bersolat tak jemu-jemu”
“oh, inilah yang abang cakap majlis suara Nabi tu, kan?”
“Ya betul, Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan
kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’
di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi
hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan
sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...”
“Saya setuju”
“Terima kasih sayang sebab setuju, kita semua tahu Ilmu
penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal
ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah
Allah...”
“Benar..”
“Untuk itu, mulai mala mini jom kita belajar-belajarlah
menghidupkan ‘Suara Nabi’ (bacaan ta’alim) dirumah pada setiap malam selepas
isyak dan bila ada anak kelak, atas riba lagi kita dah baca pada mereka”
“Abang nak anak berapa orang?”
“Target Muat satu kereta sekurang kurangnya, kalau boleh nak
ramai lelaki agar dapat sambung kerja dakwah”
“Amin, bagaimana kaedah bacanya?”
“ Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., maka
insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si
pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup
mendengar dengan penuh rendah diri...”
“Kena tafsir ke?”
“Tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca
jer.., Zaman sahabat, mereka boleh dengar hari hari suara nabi lalu merekapun
improvekan diri masing masing, sekarang, Al quran dan hadith telah menjadi
warisan Nabi, tinggal kita nak kena hidupkan kembali 'suara Nabi' agar anak
isteri dapat mengambil manfaat seperti mana anak isteri sahabat yang mendengar
'suara Nabi' dari suami mereka yang bercerita akan sabdaan Nabi setelah bergaul
dengan Nabi sehari hari..”
“Kalau kita gaduh, camne Bang?”
“Baca jer sorang sorang, awak jika baca, saya yang marah
terus tak jadi merajuk tau!”
“eh? Ni ada Kitab English?”
“Sama sahaja, ini versi BI, nanti waktu awak baca BM, saya
semak dalam BI, nak tambah penguasaan Bahasa English, senang nak takluk dunia”
“Wow, lain macam laki saya ni”
“Kita baca Taklim ni tak lamapun, sampai mati jer.., tapi
bila kita mati? Mungkin esok? Maka sampai esok sahaja..., kan?
*****
20 tahun kemudian, anak lima orang, empat lelaki, sorang
perempuan, satu OKU autisme, dan Alhamdulillah tiap malam masih baca Taklim,
Tiap pagi lepas subuh semua akan berceramah, lepas tu mesyuarat, lepas zohor
muzakarah adab, lepas asar habiskan Zikir, lepas Magrib, mengaji, lepas Isyak,
sambung Taklim dan muzakarah enam sifat sahabat.
“Dunia mereka macam mana?”
Anak sama jer macam anak orang, ada yang minat korea, ada
minta Hindustan, ada minta tamil, suka jugak main game, macam anak orang lain
juga.
“Sekolah macam mana?”
Anak sulong baru masuk UIA, anak No 2 MRSM, anak no tiga,
sekolah agama, anak no empat, PdPR sekolah dekat jer, dan anak OKU, sekolah
PPKI.
“Nak beli tiga kitab tu kat mana?”
Saya tak jual, tapi saya rekemen beli di Shopee link ini, 3
kitab dalam satu harga.
Ps: Demikian kisah borak saya dan isteri di malam pertama,
korang malam pertama kahwin?, borak apa? Sebelum korang kongsi jawapan, saya
jerit WOHA siap siap.
Woha!
No comments:
Post a Comment