“Abang mayat, apa hukum kita tahu orang buat salah, tapi sebab tak nak Malukan dia, kita sebarkan dosa dia, tapi kita tak bagitahu siapa? Kita suruh orang teka? Boleh ke macam tu?”
Alamak, Dah jadi kerja pulak nak kena teka siapa yang salah?
Adohai..
Teringat cerita orang kampung zaman saya kecik dulu, ada
jiran jumpa bomoh, sebab dia rasa macam kena buatan orang, bomoh tu cakap ada
orang sohir dia, dan bomoh tak nak
bagitahu siapa sebab tak nak aibkan, Cuma bomoh bagi hint: Orang dekat dekat
jer.
Korang bayangkanlah jiran dekat rumah kita ada berapa ramai?
Habis bergaduh jiran tu tuduh orang yang dia tak suka, telah sihirkan dia,
adohai, lepastu bila dah kena tuduh, sebab bengang, jiran tu pergi jumpa bomoh lain,
maka perang santaupun bermula.
Maka masuklah mereka ke lembah dosa besar, sebab guna sihir,
yang bermula dari hint: “orang dekat dekat yang buat ni”
Maka sepatutnya, jika kita tahu siapa yang bersalah, ada
bukti, terus bagitahu agar orang selamat dari kejahatan mereka, jangan suruh
orang ramai teka sebab akan membuak pintu fitnah, dan fitnah termasuk dosa
besar!
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan
berprasangka, kerana sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka adalah dosa
dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain”
[Al-Hujurat : 12]
Maka pada pendapat saya yang hina, jika korang ada bukti,
dan yakin dosanya adalah bahaya kepada masyarakat umum, yang mana jika tak
dedahkan, maka lebih banyak kejahatan tersebar, elok bawa kepada pihak
berkuasa, sebarkan bukti anda pada pihak berwajib, jangan tiru perangai bomoh
konon nak tutup aib, dan bagi drop hint: orang dekat dekat jer.
Jika setakat bagi hint, nanti akan terbuka pintu fitnah!
Akan buatkan orang mencari aib sesama islam, yang mana orang taksub akan back
up sebab bukti tak cukup, orang benci akan tuduh walau bukti tak cukup, lepas
tu gaduh, hingga semua dosa terbang bertaraburan bagai abu di petik Thanos
berbatukan infinity stone.
Sungguh aktivti dedah aib secara, 'teaser' dan 'bayangan'
yang berpanjangan serta meleret-leret, membuat ramai orang berburuk sangka,
berspekulasi yang akhirnya membuka medan kehakiman berdasarkan like yang
tinggi, lebih teruk jika anda tunggang isu untuk kejar like sedangkan korang
sendiri pun tidak 100% pasti akan kejadian sebenar, Cuma share sebab ramai
share. Adohai.
Mungkin korang cakap tujuan bagi hint agar ramai mangsa
berani hubungi anda, dan anda akan bawa ke peguam bila banyak bukti. Tapi bila
ada video tersebar, bermakna ada yang dapat bukti, jadikan content pulak
sebarkan sikit sikit, suruh like dulu, nanti nak bagi sikit, dah kenapa? Nak
tiru long Burma suruh like banyak baru nak cerita ke?, adohai..
Bab nak cegah serangan seks, di dunia sekarang ni ada Gerakan hashtag mee too, #MeToo yang mana
semua mangsa seks jahat di gesa untuk berani mengaku pernah di media sosial
jika korang pernah di cabul ke,pernah dirgol ke, amang seksual ke, oleh orang
di sekeliling, sila dedahkan aib orang cabul kita sebab kita mangsa, cerita
modus operandi mereka, dan letak hashtag “MeToo”.
Itu yang tahun lepas keluar berita dari The Academy Sains
Filem yang telah membuang lagenda komedi Bill Cosby dan pengarah filem Roman
Polanski kerana tuduhan melakukan serangan seksual.
Pengusiran ini terjadi apabila tuduhan yang melibatkan ahli
politik, ahli perniagaan dan penghibur yang dilucutkan dari pelbagai projek
kerana gerakan #MeToo di media sosial yang memperkasakan hak wanita yang
menjadi mangsa pencabulan serangan seksual.
Hasil Gerakan ini, tampil Angelina Jolie cerita bagaimana
dia dapat gangguan seksual dari penerbit filem, ada jenis ajak mandi Bersama,
jika tak nak, maka tak akan dapat tawaran filem, baca kes Harvey Weinstein
Founder Miramax Film, ada 100 artis Wanita jadi mangsa serangan seks dari
beliau.
Dan isu ni bukan dekat Holywood sahaja, berapa ramai
perempuan jadi mangsa bila nak dapat kerja, atau mengadu masalah pada orang
agama yang gila seks. Rujuk filem Spotlight kisah sukarnya wartawan nak minta
mangsa tampil ke depan lepas di cabul oleh Paderi.
Hasil kempen #MeTOO juga dedahkan Tariq Ramadan, seorang
profesor dari universiti, yang juga cucu pengasas Ikhwanul Muslimin iaitu Hasan
Al Banna terpalit dengan kes rogol apabila #metoo meletup yang telah berlarutan
melibatkan ramai wanita tampil mengaku jadi mangsa termasuk seorang wanita
kurang upaya Mualaf.
Panjang nak cerita, Korang google lah #MeToo dan bacalah
bagaimana kempen ni buatkan ramai penjenayah seksual tersungkur.
Tapi waktu nak tulis #MeToo nanti, jangan bagi hint pulak,
orang dekatlah, ada tahi lalatlah, pakai kopiahlah, jadi dosa orang ramai pulak
terpaksa cari buruk orang dengan meneka neka, bagitahu terus, sebab korang
mangsa, siapa yang rogol? Ayah sendiri? Abang? Ustaz? Cikgu? Menteri? Jangan
takut bercakap benar, fakta tetap fakta. Tiada Deepfake boleh rogol orang depan
depan.
Tapi jika setakat bagi hint, nanti ramai orang boleh gunakan
#Metoo untuk tuduh orang berzina, dosa besar pulak fitnah orang baik berzina,
makan tak habis dosa bawak mati.
Kita semua pulak kena faham, menuduh orang berzina belum
bermakna sifulan adalah penzina? Tak perlu terus percayapun, Islam dah ajar
dalam surah Al hujarat, dapat berita, Kena siasat dulu, walaupun tuduhan tu dah
letak nama, zaman nabi waktu Aisyah di tuduh berzina, Nabi tak bela terus, Nabi
juga tak hukum terus, Nabi siasat, doa dan tawajuh pada Allah, waktu itu berapa
ramai makan dosa tak habis sebab percaya Aisyah berzina, dan betapa ramai musuh
Nabi yang seronok dengan fitnah ini? Dan akhirnya terbukti itu semua fitnah,
dan penfitnah telah dikenakan hukuman,
Jadi bab menuduh orang buat dosa, sebelum#metoo, kena ada
bukti, sangat berdosa besar tuduh dan sebarkan aib orang tanpa bukti sebab
pesan Nabi jelas, jika terbukti Fatimah mencuri, aku akan potong tangannya,
maka pandangan saya, tiada orang terlepas dari dosa, jika terbukti bersalah,
hukumlah, tak kita orang tabligh ke, lebai ke, ustaz ke, artis ke, salah memang
kena hukum, jangan taasub membela atau menuuh hingga kita tak sedar dah sampai ke tujuh pintu Dosa besar, sekali
kena Virus stage 5 waktu buat dosa besar? Bagaimana?
Keretamayat tak pilih kasih, semua pendosa boleh naik, tapi
ingatlah, hala tuju kerata mayat adalah tanah perkuburan islam, dan keretamayat
sehala jalannya, sekali masuk terus jalan, sekali turun tak naik dah.
Woha!
#MeToo akan naik keretamayat kerusi belakang, sob sob..
Slalu yg org jadi tksub ni sbb dia masih teraba2 jln, insyaAllah 1 hari nnt dia balik pada jln nabi saw iaitu ahlusunnahwaljamaah.
ReplyDeleteKlompok Ahlusunnah itu insyaAllah terpelihara dr tksub..kerana Bukan batang tubuh@kezahiran mana2 individu@kelompok@ustat yg dia lihat dulu,tp pegangannya la yg akan ditengok ahlusunnah atau bukan.
Yg teraba2 ni biasanya dia boleh taksub terbabas berhukum melalui individu@kelompokyg dia minat itu..kelompok ahlusunnah tidak begitu insyaAllah.. Ahlusunnah akan berhukum melalui pegangan ahlusunnah itu sendiri bukan batang tubuh individu..Dan kadang2 anda boleh dapat tengok orang yg minat seseorang individu@ustat@kelompok yg bukan dr ahlusunnah boleh keluarkan hukum seringkas melalui kulit muka sahaja..jika dia ustat berhujah maka Sape kulit muka ustat yg lebih putih cerah bersih maka dia la dijalan yg benar, jika kulit ustat yg dia minat tu x bersih dia cari point zahir lain pulak..tapi semuanya ringkas pantas je hehe.. Kalo ahlusunnah mana mungkin begitu ringkas berhukum pakai kulit muka@kezahiran untuk putus menghukumkan dia dijalan yg benar ke tidak..kalo nak tengok sape kat jalan yg benar kena tengok adakah dia memegang pegangang@aliran yg diwarisi dari nabi saw la iaitu pegangan@aliran ahlusunnahwaljamaah.. Itu la yg akan menentukan sapa dijalan yg benar ketika itu insyaAllah bukan kulit muka atau batang tubuh atau sepetah mana dia bersembang dsbgnya.. Anda juga boleh tengok dari kaedah org yg teraba2 dalam menyikapi hukum.. Kalo ahlusunnah kaedahnya memang dah siap dah xperlu meraba2 insyaAllah.. Jika ahlusunnah berhukum semuanya dalam kasih sayang insyaAllah..berbeza dengan yg bukan ahlusunnah berhukum..disebabkan dia teraba2 maka kaedahnya celaru.. Bila celaru hukum yg dia keluarkan tu bukan setakat akibatkan sampai terkena kat orang ramai sekeliling dia saja tapi sampai imam2 besar yg keluarkan hukum pun terkena sekali.. X caya? Comtoh gini..ada sesuatu perkara tu imam2 besar ahlusunah keluarkan hukumnya harus padanya,nak buat boleh x nak buat pun boleh..tp disebabkan minat@taksub kat batang tubuh individu yg aliranmya kabur, dia keluarkan hukum syirik padanya, sebab apa? Sebab individu yg dia minat tu kata syirik..habis semua org sekeliling jadi syirik sampai imam2 besar yg keluar hukumnya harus tadi pun terpalit sama kena hukum dia..
contoh lagi ada sesuatu perkara tu ada imam besar keluarkan hukum wajib fardu ain padanya dan ada pula imam2 besar lain yg keluarkan hukumnya wajib fardhu kifayah,disebabkan dia minat@taksub kat batang tubuh individu@kelompok yg alirannya kabur maka dia kata tiada fardhu kifayah dalam perkara itu hanya ada fardhu ain jika yg buat seperti fardhu kifayah itu maka dia telah sesat..dan begitu juga sebaliknya dia kata hanya ada fardhu kifayah saja dalam perkara tu jika buat seperti fardhu ain maka sesat.. Maka dia pun keluarkan hukum yg terkena kat semua org sekwliling dia termasuk sekali terpalit kat imam besar mazhab yg keluarkan hukum fardu ain dan fardhu kifayah tadi..
Itu bab feqah.. Katalah dia minat kat individu@kelompok yg bukan dr ahlusunnah.. Dia dengar pula kaedah dia dalam berakidah..rasa2 mcm mana?
Kalo xnak taksub ikutilah pegangang@jalan ahlusunnahwalhamaah.. InsyaAllah selamat..
Minat x salah tp biarlah ianya dlm pagar ahlusunnahwaljamaah
betul tu, semua benda kena ada batasnya, meh belajar beli barang dari china untuk start berbisnes
ReplyDelete