Ok, saya jawab..
Bayangkan jika korang mati hari ini, kawan kau pun update
Facebook:
“Al fatihah untuk (isikan nama Facebook anda)”
Maka semua kawan kawan korang dalam Facebook yang sebelum
ini tak pernah like atau share status korang, klik link FB korang buat kali
terkahir untuk like, atau letak emoji love, emoji sedih,. emoji menangis..
Sambil sambil tu kawan kawan FB korang akan scroll korang
punya status sebelum mati.
Jadi bayangkan jika status dua tiga hari sebelum mati adalah
status kutuk orang, hina orang, jual barang takde kualiti, atau tipu produk,
kutuk menteri, kutuk ustaz, kritik sana kriktik sini.., mengeloh, dan banyak
yang negative, jika perempuan dengan gambar selfie penuh muka, aurat tak tutup,
lelaki dengan seluar pendek, nampak pusat, tapi masa tu korang dah arwah.
Nak tak orang ramai tengok status FB yang memalukan anak
cucu?
Maka Tabiat orang Berjaya adalah, Bermula Dengan Matlamat
terbesar! (Begin With The End In Mind) yang mana matlamat kita adalah lepas
mati, orang tak mengumpat kita, kita masih dapat pahala dari ilmu yang kita
kongsikan, anak cucu tak malu nak share status FB nenek moyang mereka.
Itu yang Nabi pesan, orang paling bijak adalah orang yang
ingat mati!
Sebab tu saya nak jadi bijak dengan letak nama pena saya
yang boleh ingat mati, maka Hamka dalam bahasa Rom zaman dulu bermaksud HARM
CAR, iaitu kereta mayat!
Dan saya nak ingat mati bila sebut nama, maka jadilah Hamka
(Kereta Mayat) sebagai nama pena, sebab saya nak belajr ingat mati! Dan oleh
sebab mati itu tiba tiba….
Maka untuk itu mari penuhkan media social, Youtube,
Instagram dengan benda benda berfaedah dan ada unsur ingat mati, saya dah lama
zaman blog dulu buat blog keretamayat sebagai nota agama kepada diri.
Sampai masa saya jadikan buku, dan jual, (ada 12 tajuk) maka
bila saya mati anak masih dapat royalty, anak gembira, dan doakan saya,
Alhamdulillah, jika anak cucu bukak FB saya tak malu sangat kot, ha ha, sebab
status saya ada yang share sampai beribu ribu, like beribu ribu, dan dengan
ilmu yang saya selalu share insyaAllah akan memberi manfaat walaupun mayat
telah lama berulat di dalam kubur.
Tak hensem tak apa, janji patuh Syariah!
Woha!
Ps: Bagi yang suruh saya PM sebab nak beli kitab taklim,
saya tak jual, tapi anda boleh beli di Shopee 3 buku satu harga di link ini:
https://invol.co/cl5d1wf
wah itu sebabnya rupanya, cuba baca sini untuk tahu punca sakit tumit
ReplyDelete