“Dalam pesanan 4 perkara perlu di kurangkan, salah satunya adalah, kurangkan bercakap sia sia, boleh encik Hamka terangkan apa maksud ini?”
*****
Alkisahnya, pernah tak korang lepak kedai kopi naik kereta
kancil, tiba tiba ada sorang pakcik ni cerita keburukkan kerajaan berjam jam,
dari korang masuk kedia dia dah start bercerita salah dan silap menteri
sekian-sekian, sampai korang habis makanpun dia masih bercerita semua keburkan
Menteri itu.
Lima tahun kemudian, korang pergi kedai kopi yang sama, naik
kereta Sedan, pakcik tu masih ada bercerita tentang menteri yang dia tak suka,
tapi menteri yang dia kutuk dulu dah tak di kutuk, kerana menteri tu dah masuk
parti yang dia sokong.
Dua puluh dua bulan kemudian, korang naik kereta jenama MPV,
dan korang masih mengeteh di situ, tapi pakcik tu masih ada bercerita
keburukkan kerajaan berjam jam dan kutuk balik menteri yang lompat parti sana
sini.
Setahun kemudian, masuk PKP korang Nampak akaun FB pakcik tu
melintas, korang baca status pakcik tu tengok pakcik masih gigih bercerita
kerajaan tak betul, kerajaan tak guna, dan kutuk semua Menteri yang pernah di
puji dulu sebab menjadi Menteri katak.
Dua tiga minggu kemudian, Pakcik tu telah masuk wad akibat
Covid, korang pun scroll tengok status terakhir pakcik tu sebelum masuk wad,
masih kutuk Menteri siap fitnah lagi. korang pun scroll dua tiga bulan punya
status pakcik tu dan dapati semua statusnya tak layak untuk share sebab berita
fitnah.
Korang pun share beberapa status ilmu dan keagamaan pada
pakcik tu, sambil korang berfikir?
Dalam dunia ini, ada orang yang akan bercerita berjam jam
perkara yang tak boleh di ubah, ianya diluar kawalan pakcik tu, sungguh pakcik
tu tak akan mampu tahan menteri lompat parti walaupun hujahnya betul dan kukuh.
Maka itulah contoh PERCAKAPAN YANG SIA SIA.
Bila Kita habiskan masa untuk focus pada perkara tak boleh
ubah dengan sangat lama,
Sepatutnya, kita jika nak Berjaya dunia-akhirat, kita kena
focus dengan apa yang boleh diubah, kurangkan bercakap sia sia, belajar ilmu
baru, dan cuba bantu orang dengan ilmu dan bakat serta harta yang kita ada.
Nasihat ini ada dalam bab pertama dari buku 7 Habits of
Highly Effective People karya Steven Covey. Bab pertama adalah BE PROACTIVE,
buat tabiat fokus pada apa yang boleh kita ubah, sungguh Tabiat suka bercakap
perkara yang kita tak boleh ubah akan merugikan kita, maka betul sangat pesan
maulana Tabligh dalam adab masjid, kurangkan bercakap sia sia, hendaklah kita
sentiasa amalkan.
Apa yang dah lama saya perasan, Lepas saya baca buku ini,
dan baca buku buku dari Barat yang lain, banyak pesanan dan nasihat mereka dah
di sampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Bab bercakap benda benar dan diam jika tak
nak berdosa dah lama Nabi pesan.
Jadi Langkah pertama untuk jadi orang berjaya, jangan
bercakap benda yang kita tak boleh kawal, tapi focus pada perkara yang kita
boleh ubah, sungguh Allah tak akan ubah nasib kita jika kita tak nak ubah nasib
kita sendiri.
“JANGAN BERCAKAP PERKARA SIA SIA”
Al faham ke idop?
Woha!
.
.
.
.
.Ps: Bagi yang suruh saya PM sebab nak beli kitab taklim,
saya tak jual, tapi anda boleh beli di Shopee 3 buku satu harga di link ini:
https://invol.co/cl5d1wf
Apa itu kitab taklim? baca sini:
https://www.facebook.com/keretamayat/posts/380371910111554
Terima kasih
Setuju tu, jom baca untuk tahu tanda hamil
ReplyDelete