Vaksin untuk HIV tidak ada, tiba tiba vaksin untuk covid 19
dah ada? Nampak sangat vaksin ini sebenarnya ciptaan yahudi untuk tujuan
bisnes, mereka cipta penyakit dan mereka juga yang cipta vaksin untuk cegah
penyakit, macam virus dalam computer, mereka yang cipta virus dan mereka jugak
yang cipta anti virus. Apa komen abang mayat.
Jawapan:
Dapat gambar ni dalam komen post sebelum ini, jawapan abang..,
HIV tidak berjangkit melalui sentuhan, orang berzina baru boleh terjangkit..,
atau pindahan darah, jadi virus ini boleh di kawal, untuk makluman, selain HIV,
virus Denggi pun belum ada vaksin yang mana virus terjangkit melalui gigitan
nyamuk. Tapi nyamuk ni senang di bunuh maka kes Denggi tidak tinggi dan
terkawal.
Tapi tiba tiba ada virus yang berjangkit melalui air dan titisan udara, seluruh dunia terkena,
dua juta orang dah mati, masjid dan rumah ibadat di tutup, kelab malam, dan
panggung wayang juga di tutup. Malahan ada Jemaah Tabligh terkandas lapan bulan
di india kerana virus ini.
Maka orang islam pun pakat pakat berdoa, buat solat hajat, minta pertolongan
pada Allah,dan tak sampai setahun, vaksin ditemui oleh pakar perubatan.
Tidak kah korang mahu bersyukur? Bila doa korang dimakbulkan secara berjemaah?
Siapa yang bersukur Allah akan tambah nikmat. Siapa kufur azab Allah amat
pedih!
Geng kospirasi yakin dunia ni dikawal oleh yahudi serta freemason, padahal
tiada yang berkuasa melainkan Allah, siapa yakin yahudi ada kuasa ke atasnya
maka dia sedang syirik!
Rujuk al quran, mereka meracang, tapi Allah merancang dan Allah sebaik baik
perancang!
Jika betul yahudi yang cipta penyakit dan cipta vaksin untuk tujuan bisnes,
kenapa negara kapir yang banyak kena virus zika? Kenapa mereka yang banyak kena
HIV? Dan kenapa sampai sekarang mereka tak jual vaksin denggi dan zika dan HIV?
Tentu kaya jika ada vaksin tu, sebab denggi ni dah wujud sejak tahun 1779 dan
zika pula dah ada sejak tahun 1947, sekarang dah nak masuk 2021 kenapa yahudi
tak jual vaksin denggi dan zika jika betul mereka handal?”
Sebab mereka tak handal pun, Allah yang cipta penyakit dan Allah juga yang bagi
ilham pada manusia untuk jumpa penawar, yahudi tak berkuasa, Allah yang
berkuasa, yahudi merangcang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik baik
perancang! Apa korang ingat vaksin untuk denggi dan zika ni simple macam anti
virus dalam computer yang susun nombor guna binary kod bagai?
Ciptaan Allah ni Maha Hebat sehingga Allah berfrman: berkumpul semua manusia
nak buat seekor lalat pun tak mampu, apatah lagi nak buat kuman? jadi pleaselah
berhenti buang masa tuduh yahudi hebat sangat control dunia, lebih baik
luangkan masa untuk kaji kebesaran Allah, dan ambil manafaat dari ciptaanya
untuk selamatkan manusia dan selamatkan iman kita.
Bab vaksin ditemui, bersukurlah, doa kita dah makbul, dan Bila vaksin tu dengan
izin Allah mampu buat perisai dalam dunia macam vaksin sebelum ini, sujud
syukur lah kita sebab insyaAllah kita boleh kembali solat rapat, dan kembali
boleh pergi haji tahun ini, amin…
Akhir kata: Siapa yang bersukur Allah akan tambah nikmat. Siapa kufur azab
Allah amat pedih!
Ps: kesian tengok orang tua main internet bila dapat layan youtube dan facebook
tapi berlagak macam sudah tahu semua benda padahal semua orang boleh share
konten di youtube serta facebook, maka janganlah mudah tertipu, kajilah dengan
rujuk pakar, jika malas nak kaji, cukuplah layan FB page keretamayat.
Woha!
power jugak keretamayat ni dalam kaedah sains...bau-bau ex SBP pun ada ni
ReplyDeleteberapa persen encik hamka yakin dengan pendapat encik hamka? hundred percent? ada tak encik hamka rasa macam apa jadi sekiranya suatu hari nanti apa yang dikata oleh puak anti vaksin tu benar?
ReplyDeletekonfiden ngat ni
ReplyDeleteSebagai ultras pro-vaksin, bang mayat mesti tampil ke depan untuk jadi orang first mendapatkan suntikan vaksin covid-19 yang dihasilkan oleh syarikat multibillion Pfizer dan dipromosikan oleh seorang businessman yang bernama Bill Gates. Bang mayat mesti buktikan.
ReplyDelete