Feb 6, 2021

Tiga Si Bodoh?


 Tak saya nafikan, filem hindi 3 idiots 2009 adalah antara filem hindi terbaik sepanjang zaman, kebetulan saya waktu itu sedang plan nak sambung belajar kejuruteraan elektrik ke peringkat sarjana muda di UTM setelah tiga tahun habiskan diploma mekatronik di Polytechnic of New Castle Kelantan. Maka feel pelajar kejuruteraan waktu menonton, sangat sampai.

Pursue excellence, and success will follow! Aal izz well.

Untuk info, Filem ini sangat popular di seluruh dunia hingga pecah panggung, masuk filem paling untung dalam Guinness World Records india, dan masuk carta di China, hingga  mexico pun buat remake, 3 Idiotas pada tahun 2017.

Malahan, pada tahun 2013, Steven Spielberg tonton movie ini sebanyak tiga kali, dengan ulasan: "loved the emotional undertones." Beliau letak filem ini sama hebat macam "The Godfather" (1972)

Shah Rukh Khan pula yang tolak tawaran berlakon movie ini kerana sibuk dengan film "My Name Is Khan" (2010) sangat menyesal dan melebelkan dirinya, 4th idiot. Woha!

Aamir khan pula pelakon utama filem ini berumur 44 tahun, tapi entah macam mana, nampak macam umur 20-an, rupanya jauh sebelum berlakon watak pelajar, beliau dah start diet tak makan kek hari jadi dan hanya minum susu serta makan pisang, tips nak kurus dan muda ni woi.

Oleh sebab dah ramai yang puji dan ulas filem ini, maka semua tahu kisah tiga pemuda ini dan pilihan kerjaya masing masing.

Antara isi penting cerita ini,  Aamir Khan's (Rancho) bagi nasihat kepada keluarga Farhan, agar izinkan anak kesayangan untuk buat apa yang dia suka. Dan Movie ini bermula dengan Farhan bercerita kisah dia dan sahabatnya, bagaimana dia yang dipaksa menjadi jurutera oleh ayahnya, namun berkat nasihat kawan nya, akhirnya si ayah akur, dan biarkan anak berjaya memilih aktiviti mengembara sebagai jurugambar dan menulis buku..

“If I become a photographer? I'll just earn less, right? My home will be small, my car will be small. But, Dad, I'll be happy!I'll be really happy.Whatever I do, I will be doing it from my heart..”

Demikanlah kata kata Farhan kepada ayahnya.

12 tahun kemudian, waktu PKP, saya terjumpa kisah indah di sebalik Farhan dalam movie berjudul Maara (2021).

Movie ini tidaklah sesempurna 3 idiots, tapi watak Farhan sebagai Maara sangat Berjaya membawa mesej mengembara dan berkarya.

Maara di gambarkan seorang pelukis berjiwa besar, lukisan mural nya telah menyelamatkan kampong dari di roboh pihak berkuasa, satu hari seorang gadis telah bertemu dengan luisan Maara, dan menjejak setiap makna dari lukisan Maara hingga membuka kepada sisi baik Maara yang penuh dengan sifat Ikram (membantu dengan ikhlas) akan manusia di sekelilingnya.

Maara telah menjadi sangat sempurna dalam khayalan gadis itu dan sigadis telah jatuh cinta melalui lukisan Maara, namun di satu sudut terlihat Maara sedang kecewa dengan ketidak mampuannya membantu cinta ayah angkatnya, lalu gadis itu tiba tiba membawa penyelesaian yang tidak di sangka sangka. Perghhh.

Oleh sebab pelakon watak Maara adalah Farhan dari 3 idiots, maka saya tak dapat tidak, teranggap bahawa Maara adalah sama universe dengan 3 Idiots.

Apa-apapun, saya memang sangat suka filem bertema lukisan, sebab sayapun pandai melukis, maka saya sangat puas hati dengan ending Maara, dan nampaknya kita dah tahu apa yang berlaku pada Farhan dari 3 Idiots, jadi 12 tahun kemudian, apa pulak berlaku pada Raju Rastogi? Atau pada Chatur Ramalingam? Ada filem boleh rekemen?

Woha!

1 comment:

  1. Saya bukan penggemar cerita Hindustan, tapi cerita 3 Idiot ni sangat bagus, best dan antara filem yang terpilih utk dipertonton banyak kali. Memang tak jemu. Menghiburkan dan memberi pengajaran.

    ReplyDelete