Jan 11, 2021

Pesanan untuk anti vaksin?

Pesanan untuk anti vaksin atau anti WHO.

Dalam dunia ini, ada ramai pihak yang dakwa boleh rawat pesakit yang sakit, ada lapan cabang lebih kurang.

  1. Kita ada doctor hospital guna kaedah allopathy berdasarkan bukti sains yang di kawal oleh WHO, guna kajian yang di uji pada tikus, monyet dan akhirnya manusia, bila dah terbukti baru dipasarkan.
  2. kita juga ada dr Homeopathy yang guna kaedah berbeza daripada Allopathy, guna ubat serasi dengan tengok jenis rambut dan lain lain kaedah.
  3. Kita juga ada Ustaz yang rawat penyakit guna perubatan islam seperti doa, solat hajat, serta madu campur habatu sauda.
  4. Kita juga ada bomoh yang guna jampi, seru jin dan syaitan untuk sembuhkan pelbagai penyakit,
  5. kita juga ada pengamal perubatan traditional seperti guna herba cina, rempah india, dan resepi nenek moyang melayu dalam perubatan.
  6. Kita juga ada penjual ubat ajaib yang guna testimony dalam meyakinkan pengguna.
  7. Kita juga ada ejen MLM yang jual produk mengarut konon boleh sembuh pelbagai penyakit dengan air alkali lah, gelang mengnet lah, selimut aura lah, macam macam!
  8. Ada yang tolak cara moden dan nak guna system alami seperti beranak dirumah, tolak vaksin dan nak guna antibody semula jadi, jika ada apa apa masalah serahkan pada alam.

 

Dalam lapan mazhab perubatan ini, ada yang taksub, dengan mengaku mereka paling handal dalam menyembuh pelbagai penyakit, masing masing mengaku mereka paling pakar berubat, dalam WHO ada Dr pakar, dalam homeopathy pun ada Dr pakar, dalam perubatan islam pun ada ustaz pakar, dalam jampi jampi ada bomoh pakar, dalam perubatan tradional pun ada pakar petua nenek moyang, dalam MLM ada ejen tahap berlian, dalam gaya alami ada penasihat dan macam macam.

Semua mengaku betul dan pandai rawat pelbagai jenis penyakit. Tapi korang rasa dalam semua cabang ilmu perubatan ini, perubatan mana yang korang akan pilih?

Bagi yang taksub, mereka akan pilih satu perubatan sahaja, contoh mereka yang anti dengan WHO, anggap WHO adalah senjata sulit yahudi lemahkan umat islam, terus setia kepada homeopathy dan burukkan alloypathy, ada orang pulak lebih suka homeopathy sebab kos murah dan tak ada kemia katanya tapi burukan pilihan perubatan orang lain, ada orang memang cukup pergi jumpa ustaz, dan upah ustaz solat hajat..

Ada orang yang terus jumpa bomoh walaupun demam, dan terus percaya kata bomoh, bahawa ada orang dengki dan santau dia, ada orang terus rujuk petua nenek moyang seperti makan ketam bila denggi, ada jugak yang beli produk MLM pakai gelang magnet untuk elak penyakit dan yang paling meriah pakat ambik semua kaedah perubatan, ada yang mula merawat dengan ustaz dan berakhir dengan allopathy di hospital WHO (sakit jantung misalnya) dan ada yang mula dengan hospital dan berakhir dengan ustaz(penyakit dah confirm mati misalnya)

Paling pelik, ada yang cuba produk baru, (biasanya di jual secara MLM) lalu sanggup tinggal nasihat doctor pakar dan cukup dengar nasihat dari penjual penapis air, penjual gelang magnet, penjual tilam kain kaabah, penjual bantal garam gunung yang mana kos beribu ribu tapi panyakit semakin parah bila kita nasihat, kita di marah, adohai..

Jadi dalam bab perubatan ini, bagi saya masing masing ada hujah, masing masing boleh bagi testimony, masing masing boleh emosi, tapi bagi saya, dengan guna akal dan fikiran kurniaan Tuhan, saya lebih cenderung kepada allopathy di bawah WHO, sebab mereka gunakan kaedah sains dan bukti secara statistic data (bukan testimony) apatah lagi, bidang ini sudah banyak di ceburi oleh orang islam yang ikhlas dalam merawat pesakit.

Di samping itu saya tak tolak cara islam, saya makan madu dan kurma, amal kayu sugi dan lain lain namun ada penyakit yang tak wujud zaman Nabi maka tak salah guna kaedah yang terbukti berkesan dari pihak WHO.

Tapi memang saya tolak produk MLM mengarut, bomoh dan lain lain, bagi saya WHO dan perubatan islam dan okey, sebab dalam WHO pun ramai juga pakar islam.

Jadi balik kepada mereka yang tolak WHO, saya nak Tanya?

Hari ini, jika ada orang yang cedera akibat kemalangan jalan raya, siapa yang akan kutip mereka untuk di rawat? Tok bomoh? Pakar perubatan tradional? Pusat perubatan islam? Ambulance Homeotahy? Ejen MLM? Siapa?

Perubatan mana yang pergi kutip?

Semua tak mampu nak ambik orang cedera di jalan raya, sebab tak ada system yang bagus macam WHO, hanya WHO yang datang kutip orang cedera dengan ambulance dan bawa ke hospital WHO dan di rawat oleh doctor WHO.

Ketahuilah, hanya WHO yang mana seluruh dunia, akan ada Ambulance stand by untuk selamatkan orang yang cedera di mana-mana, tak kira hospital kerajaan atau swasta, mereka mampu kutip pesakit dan rawat sebab kaedah perubatan mereka maju dan bersistem.

Perubatan lain, setelah beratus ratus tahun wujud di dunia, tak mampu semaju dan secanggih WHO, masing masing tak bersatu dan tak ada ambulance! Mereka tak bersidang macam geng WHO buat. Mereka tak bermesyuarat macam WHO buat, mereka tak di bawah satu amir, sedang Mereka boleh sembang boleh rawat semua penyakit, tapi cuba bawa orang baru lepas eksiden pada mereka, tangan putus, mata tersembul, mampu mereka rawat? Tak mampu sebab mereka tak ada sistem yang baik.

Padahal apa WHO buat, bermesyuarat, rujuk pakar, kemas kini kaedah terkini, semua tu asal dari cara islam, kalua korang mahu mengerti, sebba tu mereka Berjaya.

Rujuk Geng anti WHO beranak di rumah bila berlaku kompilasi, WHO jugak datang dengan ambulance WHO ambik dan rawat di hospital WHO bersama doctor WHO. Geng anti vaksin jatuh motor tangan patah, bukannya ada tok mudim atau tukang urut naik ambulance peribadi pergi ambik, pemandu WHO bersama ambulan WHO jugak yang ambik dan rawat di hospital WHO bersama doctor WHO. Malahan ada ustaz perubatan islam bila sakit jantung, selamba sahaja pergi Hospital WHO sebab WHO ni sains, sakit jantung ni sains, pergi Hospital WHO tak menjadikan kita kafir, faham ke tidak?

Jika ada ubat yang haram, dalam WHO ada pulak pakar islam yang akan cari jalan untuk guna kaedah yang halal, sebab tu vaksin halal pun dah ada, buat apa susah susah nak lawan WHO bila mana waktu esksiden Ambulanca WHO lah korang tunggu sambal berdoa insyaAllah.

Jadi guna akal kurnian Allah dengan sebaik baiknya, tak salah sesiapa nak pilih WHO sebagai cara ikhtiar merawat penyakit sebab mereka ada ambulance dan guna logic sains, lagi satu.. oleh sebab Allah buat dunia ini darul asbab, dan sudah ramai dr pakar di kalangan orang islam yang menceburi bidang ini dengan ikhlas. Jadi langsung taka da masalah  dengan perubatan cara WHO macam di hospital kerajaan, swasta dan seluruh dunia.

Namun jika melibatkan gangguan jin, saya tak tolak merawat cara islam, Macam arwah Dr Harun Din, pakar perubatan islam, tapi bila sakit jantung, pergi berubat di hospital WHO luar negara dan balik ke  IJN juga hospital WHO, sebab arwah Dr Harun Din tahu, allopathy WHO adalah ikhtiar yang paling common sense bila sakit jantung.

Jadi balik kepada debat anti vaksin, walau masing masing dakwa merekalah paling faham agama, paling handal agama, paling hebat berhujah. tolong jangan sembang kencang macam Tok Bomoh atau penjual ubat di pasar malam, yang mana Nampak cara perubatan mereka hebat? tapi bila orang eksiden, buat tak tahu..

Jadi mari kita buat kesimpulan mudah.

Perubatan yang tak ada Ambulance jangan sembang!

Woha!

Sama bab agama, Masing masing boleh sembang akulah paling faham agama, akulah wahabi paling Sunnah, akulah asyaari paling Sunnah, tapi bila mat rempit merempit, bila umat tak solat, bila umat buat maksiat, siapa yang nak jumpa mereka? Siapa nak dakwah mereka? Siapa yang mampu jadi ambulance pergi jumpa mereka rumah ke rumah macam Nabi buat? Sembang boleh lah bang..

Aku tengok yang mampu jadi ambulance dalam bab agama adalah orang tabligh, mereka bermesyuarat, ada amir, kemas kini kaedah, sebijik macam WHO buat dan semua itu adalah amalan islam.

Maka bab gama tolong Jangan jadi macam pakar perubatan lain yang hanya rawat pesakit yang simple, sakit pelik korang serah pada WHO, sakit simple korang berebut nak rawat siap kena cas yang tinggi.

Ini berlaku dalam bab kafahaman agama hari ni, ada orang dia pilih orang kaya sahaja sebagai ahli, ada yang sasarkan orang akedemik sahaja, ada yang untuk puak dia sahaja, habis tu, si pemabuk, sipeminum arak, mamat bertatoo, siapa nak dakwah? Tak kan semua nak bagi kat Ebit Lew?

Jom Sama sama kita jadi ‘ambulance’ kutip orang yang ‘sakit iman’ kepada hospital iman(masjid). Boleh insyaAllah?.

Akhir kata: Ummat ini akan terpecah kepada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga, siapakah mereka? Kata ustaz, golongan yang masuk syurga, bukanlah golongan yang sibuk kafirkan 72 golongan lain dan perasan betul, tapi yang masuk syurga adalah golongan yang fikir risau terhadap diri sendiri dan 72 golongan lain lantas berusaha dakwah mereka semua taat perintah Allah, ikut cara Rasulullah. Wallhu’lam

 

1 comment:

  1. Golongan yg selamat adalah golongan org org yg bertaqwa, sempurna imannya, sempurna syariatnya dan baik akhlaknya, spt yg dicontohkan Nabi saw dan para sahabatnya r.anhum.

    ReplyDelete