Ada orang suka Micheal Jackson lalu pakai macam Micheal. Ada
orang suka Kpop lalu pakai baju macam Kpop, warna rambut macam Kpop. Ada orang
suka Punk. Pakai baju macam Punk. Ada orang Iron Man siap pakai kostum ke sana
sini.
Semua faham benda tu tak pelik kerana bila cinta seseorang
kita nak sangat menyerupai orang yang kita cintai, kecuali kita tak pernah
minat apa apalah!
Rujuk gambar, Mamat tu cinta Nabi siap pakai serban dan
jubah. Lalu ada orang bagitahu itu bukan sunnah. Maka mamat tu bercakap jujur
sebab sunah ada tiga.
SIRAH-Gaya hidup nabi dari bangun tidur hingga tidur balik.
Semua ada adab dan sunnah. Buat dapat pahala.
SURAH-Penampilan Nabi. Dari hujung rambut ke hujung kaki ada
adab dan Sunnah. Tiru kerana cinta dapat pahala.
SARIRAH-Kerisauan Nabi berfikir bagaimana suasana agama
dapat disebarkan ke seluruh alam.
Jadi mamat tu ada kesemua sunnah. Penampilannya akan buatkan
orang teringat Nabi. Percakapannya lemah lembut bagitahu saya ikut Sunnah. Dan
dia tersengeh itu adalah sunnah Nabi suka tersenyum dan tidak suka berdebat
dengan orang jahil.
Tahniah brother.
Abang walaupun suka bertanjak, tak akan komplen orang
berserban kerana itu adalah sunnah Nabi.
Semoga Dr dalam cerita ini tempah tanjak banyak banyak
dengan abang mayat.
Woha!
Terima kasih berkongsi.
ReplyDeletesama sama :)
ReplyDelete