Oct 25, 2020

Jarakkan Solat tak sah?

“Abang mayat, Ada Pak wahab bagitahu solat jarakkan saf ni bukan Sunnah, bidaah, lebih baik solat sorang sorang kat rumah, boleh saf rapat dengan anak bini. Kalau pergi solat jugak, jarakkan saf, tak sah sebab bidaah! Bidaah haram, Nabi tak ngaku ummat! Bila baca hujah mereka macam masuk akal jugak, saya jadi serba salah, mohon pencerahan”

Hamka said:

Adohai, Sampai macam tu sekali kefahaman bidaah mereka? Dengan kefahaman yang cetek sebeginilah hingga orang macam ni, sangup bidaah sesatkan orang yang zikir lepas solat,orang tahlil, orang baca Yassin malam jumaat, dan sekarang orang solat jarakkan saf pun nak di biadah sesatkan?

Benda simple jer ni, bagitahu kat Pak wahab tu, Jarakkan saf ni sebab nak jaga nyawa. Bila berdepan dengan hokum agama dan nyawa, islam ajar, jaga nyawa dulu!

Tak percaya? ada kisah sahabat nabi yang dipaksa murtad, jika tak murtad akan dibunuh, maka sahabat ini pura pura murtad dan bila bertemu Rasulullah, Nabi kata Allah lebih tahu hatimu dan tak salah perbuatan itu sebab darurat. Jaga nyawa dengan pura pura murtad dibenarkan, Nampak tak pak wahab?

Contoh lain, bila lapar kebulur tak ada makanan yang ada hanya babi, fatwa agama menjadi longgar hinggga boleh makan babi demi selamatkan nyawa.

BOLEH MAKAN BABI sebab nak jaga nyawa, tau tak?!

Maka dalam bab hukum agama dan nyawa, maka kena dahulukan nyawa, jarakkan saf ni sebab nak jaga nyawa, solat jumaat wajib, jalan terus, solat Jemaah fardu kifayah jalan terus. Tapi bila rapatkan saf risiko wabak berjangkit terutama pada orang tua dan yang ada penyakit kronik, maka kenalah jarakkan saf.

Dan Nampak teknik begini berjaya sebab belum jumpa cluster masjid sebab mereka jaga jarak, jadi marilah kita solat berjemaah walaupun terpaksa jarakkan saf demi menjaga solat berjemaah dan pada masa yang sama menjaga nyawa, hashtag, Allah jaga kita, dan Allah tak ubah nasib kaum yang tak nak berubah, maka kita jaga kita dengan izin Allah.

Bila fikir balik, Patut bila jarakkan saf, masjid penuh sebab dah banyak ruang, rupanya tak penuh jugak sebab pak wahab ramai solat kat rumah rupanya.

Adohai.

Ps: Ada orang kata kat Mekah ramai orang macam Pak wahab, tapi elok jer solat jarakkan saf, tawaf jarakkan saf, Pak wahab Malaysia jangan over sangat boleh tak?

Woha!

 

1 comment: