"Abang, saya dengar ustaz ceramah, suami yang simpan
janggut akan dapat bidadari khas sebanyak bulu janggut. Kira abang dapat
sejemput jer lah"
"Apalah sangat sejemput bidadari itu berbanding awak
ketua bidadari"
"Terima kasih abang"
Ps: Diharap status ini tidak akan membuatkan ramai isteri
mencukur janggut suaminya.
Woha!
Masing masing bersyukur nikmat ada jari
"Elok kita ada 4 orang anak lelaki, jika abang mati
esok esok dah ada 4 orang boleh tolong angkat keranda"
"Kena tambah lagi dua lelaki"
"Kenapa?"
"Keranda abang berat, cukup 6 orang boleh buat coffin
dance"
Woha!
Bunga memang sekuntum.
Gambar ini nampak biasa sahaja. Tapi jika diperhartikan
dengan mata penuh simpati maka akan terlihat Pengorban seorang ayah sebagai
ketua keluarga.
Ayah yang nampak tenang walaupun penat. Menyembunyikan
kerisauan ekonomi di sebalik.senyuman.
Lihat gambar ini, betapa si ayah masih tersenyum riang. Tapi
lihat kakinya. Hanya berselipar sebelah.
Sanggup satu kaki berkaki ayam demi kebahagiaan anak anak.
Sila.insaf dari jauh.
Ps: Susah woi raya PKP ni sendiri ambik gambar sendiri
berlari masuk barisan sampai tercabut selipar.
selamat hari raya tuan hamka, maaf zahir batin
ReplyDeleteSelamat Hari raya guru youtubeku
ReplyDelete