Waktu P Ramlee kena kahwin paksa dengan Sabariah. Mak
mertuanya yang jahat telah beri RM5000.
(Tak jahat sangat, sebab masih bagi kahwin free dan bagi
modal untuk mulakan hidup, fair enough bak kata orang putih)
Jadi.. pada tahun 1962 wang RM5000 itu banyak mana? Saya
check kalkulator infalsi wang RM5000 di tahun 1962 lalu dibandingkan dengan
tahun 2020 anggarannya adalah RM28000.
Baik! bayangkan korang di tempat Kassim Selamat. Kemahiran
korang pandai cipta lagu, menyanyi suara merdu dan sangat berbakat dalam
bermain alat muzik.
Halangan korang satu sahaja. Tak boleh jadi penyanyi kelab
malam sebab mak mertua tak izinkan.
Tapi korang boleh ajar kelas vokal, atau kelas muzik atau
jadi DJ radio atau mungkin cuba bidang baru?
Jadi dengan modal RM28000. Mula mula korang bayar deposit
rumah sewa dalam RM2000 dengan bulanan dalam RM500. Rumah kecik tak apa sebab
baru nak start up.
Lepas tu korang beli kereta Viva paling murah bayar muka
RM5000 dan bulanan RM300.
Maka baki yang ada adalah RM20, 200.
Beli asas hidup dapur, katil, telefon, dan lain lain
katakanlah RM5000.
Maka baki terkini adalah RM15200.
Sekarang dah boleh cari kerja... cukup tak cari kerja dengan
wang RM15,200?
Sangat cukup dan kerja akan selalu ada untuk orang yang
rajin dan jujur.
Okey sikit nasihat saya wang RM15 ribu tu simpan separuh
siap siap dalam tabung haji ke, ASB ke agar dapat pulangan faedah setiap tahun.
Simpan RM7200.
Maka baki kat poket ada RM8000.
RM8000 tu cukup untuk pasangan baru kahwin untuk hidup tiga
bulan tanpa bekerja insyaAllah.
Jadi ada masa tiga bulan untuk cari kerja atau labur buat
bisnes baru.
Bila dah dapat kerja atau sebelum start bisnes baru saya
nasihat laburkan sedikit wang untuk belajar uruskan wang agar kita menjadi celik
kewangan.
Sungguh sangat penting ilmu bijak menguruskan wang sebab
ramai penduduk malaysia hari ni muflis dengan hutang keliling pinggang sebab
masuk neraka wang.
Apa itu nereka wang? Ia ada depan mata tapi sebab tidak
celik wang maka tak nampak dan bila dah masuk dalam neraka wang baru sedar tapi
dah terlambat...
Nak belajar uruskan wang di tahun 2020 ini tak sampai pun
RM100. Jauh lebih murah dari beli telefon, iaitu pekej yang pernah saya belajar
hanya RM97 sahaja..siap dengan 17 video, ebook, FB group, video live dan banyak
lagi ilmu dengan harga RM97 sahaja.
Tapi jika malas belajar maka menjadilah nasib korang seperti
Kassim Selamat.
Sebab?
Kassim Selamat dan Sabariah tidak celik kewangan langsung!
Dapat RM28000, Simpan langsung tak, tapi mereka berjoli
sakan, berdansa dan berpesta, makan mahal di hotel, dan berjudi di race track
kuda dengan harapan menang wang besar tapi takdenya nak menang main judi ni,
makin kalah adalah.
Akhirnya duit tinggal sikit dan terpaksa menyewa bawah
rumah.
Sangkaannya nanti takpe, duit habis, boleh start kerja. Tapi
baru start kerja buruh sekali dapat berita bini waktu balik kampung mati
beranak pulak, dan apa Kassim Selamat buat? Move on? Tidak! Dia menangis dan
serahkan diri kepada takdir semata mata hingga akhirnya menjadi manusia buta.
Tak boleh bayar sewa, dia di halau cara baik,
Lalu di jalanan dia dipungut orang kaya, akhirnya bersama
keluarga baru si buta Kassim Selamat mulakan hidup baru, dapat kerja jadi penyanyi
semula, hinggalah sorang peminatnya telah sudi sembuhkan matanya kerana
peminatnya ada suami seorang doctor.
Bila celik mata semula, Kassim Selamat mendapati isteri
doctor itu adalah bekas isterinya lalu di cucuk matanya dengan garpu kerana
terlalu sedih.
Begitulah tragisnya kisah Kassim selamat yang nak bagitahu
bahawa semua manusia di beri kejayaan dan kegagalan, dan tugas manusia adalah
untuk uruskan kejayaan dan uruskan kegagalan,
Tapi ramai orang mungkin boleh urus kejayaan, namun tak
ramai boleh urus kegagalan, maka jangan jadikan kegagalan uruskan kita, tapi
kitalah yang kena pandai uruskan kegagalan.
Kisah Kassim Selamat ini pulak nak bagitahu, Kassim Selamat
adalah seorang yang gagal serba serbi, gagal mengurus kejayaan dan gagal
mengurus kesusahan. Aduh!
Waktu dia ada modal RM28000, Kassim selamat tak buka akaun
bank, dia tak menyimpan, dan wang yang ada bukan nak guna untuk cari bisnes
jual nasi lemak ke, jual tanjak ke, ajar main muzik ke, tapi wang itu dia buat
joli sakan, pergi pub, makan mahal di hotel, dan paling tak boleh blah,berjudi
di race track kuda dengan harapan menang dan wang berganda, aduh.
Fail uruskan kejayaan buatkan dia sewa bawah rumah, dan bila
dapat berita bini mati, bukan nak siasat ke, mungkin berita palsu kot, atau
balik ziarah kubur dan nak cium tangan mak mertua ke, semua dia tak buat, tapi
dibantainya menangis siang malam, sampai jadi buta, dan nyawanya pada waktu itu
adalah alat muzik, pun diberi pada orang nyawanya lalu berjalanlah dia dalam
hujan membawa diri entah ke mana. Fail uruskan kegagalan paling targis.
Tapi Kassim Selamat dapat peluang kedua, dipungut orang kaya
yang mudah kesian, lalu dia dapat kerjaya menyanyi semula, dapat celik mata
semula, tapi itulah, disalahkan pulak Tuhan kenapa jadikan mak mertuanya
seorang manusia, kan lebih baik jika tuhan jadikan mak mertuanya haiwan?
Tapi kalau Mak mertuanya haiwan, dapat anak haiwan, kahwin
dengan haiwan lagi teruk nak uruskan kehidupan. Aduh..
Lepas tu Kassim Selamat ni cepat sentap, bila doctor tu
ungkit pasal nikmat mata dapat free, dicucuknya mata itu dengan garpu.
Aduh..
Tapi itulah kisah Kassim Selamat, jika masa di undur
kembali, tak perlupun salahkan Tuhan jadikan mak mertuanya manusia, Kassim
selamat hanya perlu ada ilmu kewangan yang betul.
Ilmu Kewangan ni dalam Al quran pun ada cerita, rujuk kisah
Nabi Yusof dalam Al quran, yang beliau ada ilmu tafsir mimpi seorang raja yang
melihat tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus. Apa
maksudnya?
Maka jawab Nabi Yusuf, negara akan di landa kemarau tujuh
tahun, jadi waktu negara subur tujuh tahun, simpanlan hasil tanaman separuh
agar musim kemarau tujuh tahun rakyat tak susah.
Dari kisah ini fahamlan kita bahawa ekonomi dunia akan
selalu naik turun, ekonomi kitapun sama, lagi lagi dengan wabak Covid 19 ini,
maka menyimpanlah separuh harta kita agar dapat digunakan waktu susah tanpa
perlu kita meminta minta atau menyusahkan orang.
Nasihat simpan duit ni selalu pakar mat saleh suruh buat,
rupanya dalam Al quran dah cerita lama bab persiapan musim ‘kemarau’ yang dalam
kes kita ni kemarau wang akibat wabak covid 19.
Wang itu penting dalam hidup hingga Rukun Islam yang wajib
ada dua tempat perlu pada wang, iaitu zakat dan haji, Tuhan juga bagitahu
tangan memberi lebih baik dari yang meminta, dan Tuhan puji orang yang hidupnya
taki menyusahkan orang.
Jadi.., Jika Kassim Selamat simpan separuh wang, dan melabur
wang yang ada ke tempat yang betul, ajar anak orang kaya main alat muzik ke,
atau buat lagu dan jual ke, atau buat lagu nasyid ke, atau tambah skill baru
ke, atau apa-apalah, bukannya pergi main kuda, aduh..
Cerita tentang ilmu kewangan dan Islam ini , saya sebenarnya
terpanggil nak menulis inipun selepas menonton tujuh belas video pengurusan
kewangan oleh Afyan Mat Rawi yang dapat percuma bila beli Ebook BMW beliau.
Ada tujuh pekej hebat seperti 17 video, ebook PKP, FB group,
video live dan banyak lagi ilmu dengan satu harga yang sangat murah, Kassim
Selamat boleh beli celah gigi jer, RM97 dari RM28000.. baru 0.3 percent
pelaburan dan ada kawan saya yang melabur dalam Ebook ini dapat 25000 dalam
masa kurang sebulan. Perghhh!
Dan antara kelebihan beli Ebook ini adalah peluang buat duit
dari rumah goyang kaki walaupun korang sewa bawah rumah macam Kassim Selamat
Saya sendiri dah join, modal dua angka dalam kurang seminggu
dah dapat empat angka, rezeki anak untuk raya, Alhamdulillah.
Akhr kata, alangkah eloknya kalau Kassim dan Sabariah dulu
beli ebook ini dan tonton 17 video kewangan Bijak Merancang Wang ini kan?
Klik sini untuk beli sebelum naik harga. lepas ni naik harga
RM200 jangan pulak kata abang keretamayat tak payung!
Klik sini:
Yang tak nak beli ebook, tak nak tonton video kewangan,
bolehlah tonton kisah Kassim Selamat versi warna di sini.
Habis tonton, insaf tentang ilmu kewangan, klik sini balik
Woha!
Kita boleh ambil pengajaran daripada cerita tersebut.
ReplyDeleteOrang sekarang ada RM1 juta pun boleh hancus
tanpa ilmu kewangan, 2 juta pun habis
ReplyDeletePromo ramai & Banyak bonus chip di Situs Poker Anapoker, Games Ceme-Poker-Capsa10 & Banyak Jenis games lainnya
ReplyDeleteSegera GABUNG Sekarang juga di Situs Poker Online Anapoker Situs Games Poker Online Terpercaya di Indonesia
Contact Anapoker Sekarang juga
Whatsapp : 0852 2255 5128
Line ID : agenS1288
Telegram : agenS128
Promo Bonus Untuk Member Baru AgenS128, Casino IDNLive :
Freebet Casino Online
sbobet alternatif
Freebet Casino Online Terbaru IDN Live
link sbobet
sabung ayam online
adu ayam
casino online
sabung ayam bangkok
ayam laga birma
poker deposit pulsa
deposit pulsa poker
deposit pulsa
deposit pulsa
deposit pulsa