Feb 15, 2020

Awal agama Mengenal Allah?


(Panjang sikit tapi berbaloi, ha ha ha)

Soalan pembaca:

“Saya tak jelas dan tak faham maksud, ‘Awaluddin Makrifatullah’ (awal agama mengenal Allah), Betul ke jika kita tak kenal Allah, solat akan jadi sia-sia dan tidak sah? Betul ke kena tahu Makrifatullah, baru boleh amal ugama?, boleh cik Hamka terangkan?”

Jawapan abang mayat:

Saya pernah jumpa orang yang yang dah tua, tapi tak solat, sengaja tak solat, dan alasan yang mereka bagi akan kenapa tak solat adalah sebab belum mengenal Allah dengan sempurna, maka solat tak sah sebab belum kenal Allah… ‘Awaluddin Makrifatullah’, katanya.., kalau solat jugak akan jadi sia sia, bla bla bla.., dulu masa mula mula islam, Nabi tak ajar solat pada sahabat, Nabi ajar Makrifatullah dulu, bla-bla-bla.., Laisa kamithlihi syaiun bla-bla-bla, Kita kena kenal asma Allah, kenal afaal serta sifat 20 bla-bla-bla..,. begitulah lebih kurang hujah mereka pada saya..

Saya malas nak berdebat, sebab mereka ni sama jugak hampeh macam golongan anti hadith yang saya pernah cerita dulu, solat tak sah sebab tak kenal Allah konon.., tapi anak dah berderet kesan persetubuhan secara sah yang di sahkan oleh tok kadi berserta 4 saksi yang berkata sah setetah di tanya sah, lalu menjawab sah-sah, maka korang kira sah pulak? Apasal untuk solat kau cakap tak kenal tuhan tapi masa nak berlaga lubang kencing, kenal pulak kau siapa tuhan.., Tak ke hampeh?!

Arhh, malas saya nak mengutuk si tua kutuk.., semoga Allah ampunkan dosa kita bersama dan selamatlah semuanya menuju damai abadi.. mudah-mudahan.

Maka, kepada mu’alaf yang baru masuk islam pagi tadi, tak payah pening pening dengan dakyah puak puak yang malas solat tu, nak kena kenal Allah baru solat, baru puasa, bla bla bla, persetankan mereka, korang sembahyanglah zohor nanti sekadar yang korang tahu walaupun mungkin korang belum ‘mengenal Allah’…

Sebab?

Semua tahu sudah, al fatihah itu termasuk rukun 13 yang wajib di baca, jika tak baca solat tak sah, tapi jika ada yang belum hafal surah al fatihah, baru masuk islam lepas subuh tadi atau memang kepala otak benak, tetap kena solat dan solatnya tetap sah, dengan syarat dia berusaha untuk hafal surah tu, takde masalahpun,

Begitu jugak jika betullah korang belum kenal Allah, baru masuk islam lepas subuh pagi tadi atau memang kepala otak benak takboleh hafal tetap kena solat dan solat tetap sah, dengan syarat kita berusaha untuk kenal Allah, takde masalahpun, Faham?!

Bab nak kena kanal Allah secara hakikat baru solat tu tak betul dan mengarut, Nabi dah suruh budak-budak umur 7 tahun supaya mengerjakan solat, dan pukul mereka bila masuk 10 tahun jika enggan solat, bermakna jika umur kecik dah Nabi suruh ajar solat, apatah lagi bila dah besar?
Nampaknya, ni semua kerja syaitan nak sesatkan manusia, sebab?

Setan cakap, kalau nak sedekah, kena kaya dulu, kalau nak buat dakwah, kena jadi baik dulu, kalau nak solat, kena kenal Allah dulu..

Sedangkan Nabi pulak cakap, kamu sedekah nanti Allah tambah rezeki, sampaikanlah walaupun satu ayat, walaupun kita belum baik, dan solatlah bila masuk umur 7tahun..

Nampak?

Bab Kenal Allah tu, rujuk suraj Al ikhlas, Allah itu satu, Allah itu tempat bergantung semua makhluk, tidak beranak dan di peranak, dan tiada satu pun yang sama denganNya.
Faham sifat Allah dalam surah al ikhlas tu, dah dapatlah ikhlaskita untuk tunaikan solat,

Faham tak?

Tapi saya rasa, korang mungkin tak puas hati jika saya jawab sampai sini sahaja, korang nak saya terangkan jugak apa itu ‘Awaluddin Makrifatullah’

Baiklah, setelah beranggapan bahawa korang baru masuk islam pagi tadi lepas subuh misalnya, dan datang jumpa saya nak belajar ‘Awaluddin Makrifatullah’, nak belajar mengenal Allah, sedang saya pun tak pandai jugak, belum sempurna kenal Allah.., maka kita muzakarah sama-sama bab ini.. Ada tiga tahap asas dalam belajar mengenal Allah.

Straight to the point, kita rujuk sejarah kisah orang yang awal-awal masuk islam, kita rujuk akan bagaimana mereka belajar ‘Awaluddin Makrifatullah’…

Orang yang saya maksudkan adalah Sahabat Nabi yang paling unggul, lebih tinggi darjatnya dari mana mana ulamak semua zaman, antara manusia yang Malaikatpun kagum, dan Allah berkirim salam, siap bagi jaminan ahli shurga ketika beliau belum mati lagi, hamba Allah yang kita cari-cari itu adalah Encik Abu Bakar radialluanhu.

Sewaktu beliau mula mula masuk islam, beliau terus tanya Nabi, “apa tugas saya?”

Nabi tak cakap, kau kena bertapa kenal Allah dulu atau Nabi suruh beliau duduk kaji siapa Allah atau suruh kaji sifat 20 ke apa, bukan-bukan dan bukan! Dan Nabi belum suruh Abu Bakar Solat sebab wahyu bab solat belum turun masa tu, jadi..

Apa Nabi cakap?

“kerja saya, kerja kamu”

Apa kerja Nabi?

“Dakwah manusia kepada Allah..”

Maka Abu Bakar RA pun buat dakwah dan pada hari tu jugak beliau berjaya dakwahkan 6 orang sahabat lain yang unggul jugak, dan 6 sahabat yang lain bila masuk islam, pun terus buat dakwah, dan islamkan orang lain pulak, dan orang islam lain yang diislamkan itu jugak buat dakwah sehingga orang-orang lain pun islam dan buat dakwah sehingga orang orang orang islam lain yang diislamkan itu jugak buat dakwah sehingga orang-orang orang orang orang lain pun islam dan buat dakwah sehinggalah! KORANG DAN SAYA dapat amal ugama islam hari ini tapi sayang tak buat dakwah lalu terkial kial mencari makna makrifatullah..

Tak ke hampeh?

Maka fahamlah saya bahawa, ‘Awaluddin Makrifatullah’, akan tercapai apabila kita tunaikan perintah pertama yang di amanahkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika awal awal memeluk Islam pada mana-mana sahabat Nabi khususnya dan ummat Islam amnya!

Bagaimana Dakwah boleh membawa kepada ‘Awaluddin Makrifatullah’?

Dakwah kepada Allah akan membawa kepada ‘Awaluddin Makrifatullah’ adalah kerana, dalam Dakwah, kita akan bercakap dan bercerita atau menyeru tentang kehebatan dan kebesaran Allah, menyeru tentang Kekuatan dan Keesaan Allah, yang mana semua itu akan memberi kesan kepada hati si penyampai sehingga akan terkeluarlah dari hatinya akan segala kebesaran makhluk dan terpenuhlah hati itu dengan kebesaran Allah sehingga yakin sempurna telah datang bahawa Allah yang berkuasa dan makhluk lansung tiada kuasa..

Maka pada tahap itu, Makrifatullah telah mencapai tahap pertama…

Tahap yang kedua adalah, bila kita buat dakwah, kita akan jumpa manusia yang bermacam ragam, ada yang akan mencaci, atau ada yang memuji, atau ada yang suka, atau ada yang marah, atau ada yang akan baling batu atau mungkin ada yang akan bunuh kita!

Waktu itu, setiap layanan yang kita terima dalam berdakwah, sama ada baik atau buruk, sama ada sakit menderita atau dimulia, fahamlah kita pada waktu itu akan kehendak Allah yang telah di zahirkan dalam bentuk ujian dari jenis manusia yang telah di takdirkan oleh NYa..

Waktu itu, melalui hati dan perasaan yang kita selami ketika kita berhadapan dengan ragam manusia, kita akan kenal sifat-sifat sebenar yang bertapak dalam diri kita seperti di mana sabar kita, di mana sombong kita, di mana hikmah kita, di mana ikhlas kita, dimana tawaduk kita dan lain lain, dan setelah melalui semua itu, barulah kita kenal siapa diri kita yang sebenar dan setelah kita kenal diri kita, maka kita akan kenal Allah…

Saya ulangi,

'Barang siapa yang kenal dirinya maka kenallah dia akan Tuhannya'

Sebab tu kita boleh kenal ‘diri kita’ dan kenal Allah, melalui perantaraan kerja dakwah, Nabi Muhammad di baling batu, apa jawab Nabi: “asal Allah redha”sebab Nabi kenal Allah dan kenaldirinya sendiri.

Jadi cuba tengok ketika kita berdakwah hari ini, ada kena baling batu macam Nabi? Ada kena lempang macam Nabi kena lempang?, paling kuatpun setakat kena maki.., apalah sangat.., jadi kenallah diri kita akan darjat kita yang jauh dan rendah berbanding Nabi dan Sahabat... oh! Tak lah kita perasan bagus!

Kerana itulah, bila Abu Bakar r.a masuk islam, terus Nabi Muhammad SAW suruh Abu bakar RA berdakwah kerana inilah caranya mengenal Allah, lantas, on the spot, Abu Bakarpun buatlah dakwah, dan dakwah pulak orang lain buat dakwah sehingga berkembanglah ugama sampai terciptanya kereta mayat, sampai hari ini yang mana agama terus di kembangkan oleh pihak pihak yang terpilih..
Apa lagi nak di kata?

Ketika Bilal di azab, beliau merasai kemanisan iman, kerana beliau kenal Allah

Bila orang Islam di boikot di lembah Abu Mutallib, mereka sabar dan faham kehendak Allah, kerana mereka kenal Allah,
Bila Nabi di baling batu kat Taif, Nabi sabar dan mengadu pada ALlah, “pada siapa kau hadapkan saya? Pada musuh? Saya tak peduli, asal Engkau redha”

Apa lagi nak di kata?

Baik, sekarang kita pergi pada tahap ketiga:

Saya ambik satu lagi contoh iaitu kisah kita yang kenal bini kita, kenalnya kita dengan bini kita adalah kenal melalui apa yang bini kita suka dan apa yang bini kita tak suka..

Kalau kita cakap kita kenal bini kita tapi tak tahu apa yang bini kita suka dan apa yang bini kita tak suka.., maka kita sebenarnya Belum kenal bini kita lagi..

Saya kalau pergi pasar malam, saya tahu apa bini saya suka makan dan apa benda yang bini saya tak suka makan..
Kadang kadang bila nampak apa yang bini saya suka,, saya akan terbayang wajah bini saya yang comel pada benda yang menyukakannya.., macam jugak bini saya yang akan nampak kehenseman saya di sebalik teh tarik misalnya atau korang yang tersenyum tengok kereta mayat lalu terbayang saya yang comel dan qiut.. woha!

Atau macam kita yang kenal bos kita, bila kita duduk asyik baca FB waktu pejabat tiba tiba bos kita berdiri kat belakang, kita akan rasa gelabah sebab kita kenal bos kita!

Woha!

Jadi, peringkat ke tiga dalam mengenal Allah, adalah apabila kita kenal apa yang Allah suka dan kenal apa yang Allah tak suka, pendek kata, tahu perintah Allah dan tahu larangan Allah, serta tunai mengikut keutamaan.. ini perlu lepada ilmu, maka pergilah belajar..

Dan orang yang tahu perintah dan larangan Allah tapi masih tak laksanakan adalah orang yang belum kenal Allah kerana tidak tahu betapa dahsyatnya Azab Allah dan betapa besarnya Rahmat Allah!

Faham?

Ketahuilah, Orang yang menyangkakan ada musuh yang lebih bahaya dari dirinya sendiri, maka dia Belum mengenali dirinya sendiri, dan orang yang tidak mengenali dirinya sendiri, maka tidak akan kenal siapa Tuhannya…

Now you know

End

10 comments:

  1. MasyaAllah..jgn la sembang mcm remaja baru dapat motor tuan hehe sian kat anak2..
    Tuan tngok ni semoga bermanafaat insyaAllah..
    Sifat 20, itula pengajian tauhid/akidah ahlusunnah waljamaah tu.
    kalo tuan nak jadi anak murid kepada saidina abu bakar dengan x telusuri dari akidah ahlusunnah yg bersanad dr nabi saw ni,Tuan ngaji pakai pengajian akidah mana tu?cuba la tuan share tuan pakai mazhab mana dlm akidah? Hehe.. Tauhid 3 ibnu taimiyah? Atau rumus sendiri semudah tu mcm tuan ni hidup sehari2an dgn saidina abubakar?Pandu Surah al ikhlas Betul la tu.. Semua muslim pun pandu surah al ikhlas juga.. cuma syarah/kefahaman terperinci@bersanad sifat2 ketuhanan dari surah2 dlm alquran tu nak dapat dr mana tu?Dari saidina abu bakar direct?tuan ni tabiin ke dapat direct dr saidina abu bakar?.mestila Dari pengajian akidah Ahlusunnah asyairah@maturidiah..xkan tuan dapat syarah kefahaman direct dari saidina abu bakar? Yg dapat direct dr saidina abu bakar tu namanya tabiin..dari saidina abu bakar Terus bersambung hinggga ke bawah asyairah dan maturidiah..rezeki kita Allah takdirkan menadah ilmu dari saidina abubakar tu disini tuan@dari syarah2 ulamak seterusnya di generasi kita..
    Paham kan tuan? Hehe

    ReplyDelete
  2. Mungkin tuan lupa keadaan dimana sesorang yg lepas ucap syahadah tu mereka telah jadi orang islam insyaAllah,xda sape yg nafikan akan hal tu insyaAllah mereka sudah islam..namun begitu x sesiapa pula berani utk kompomkan seseorang yg lepas syahadah tu Allah terus masukkan dia dalam golongan orang2 yg benar2 beriman.Itu hak Allah bukan hak kita,tak berani la kita nak kompomkan.yg kita mampu dah semestinya ialah sangka baik je mudah2an sudah digolongkan dalam golongan yg benar2 beriman insyaAllah(termasuk la diri kita sekeluarga seluruhnya ni) .kalo Allah nak jadikan sesiapa saja terus ke masuk dalam kalangan manusia2 yg benar2 beriman sejurus dia lepas syahadah itu hak Allah,namun kita jgn sampai nafikan hak Allah juga kalo Allah nak jadikan ada iman manusia itu yg datang berperingkat2 selepas dia syahadah pula,berperingkat dgn usaha yg dia ambil iaitu belajar fardhu ain tauhid@makrfatllah feqah tasuf/usaha baiki amal/jihad/dakwah dan sbgnya utk menuju kepada keimanan yg lebih baik@mantap secara berperingkat.kedua2 keadaan itu hak Allah.Allah boleh buat dia terus bersama kalangan org yg benar2 beriman.Allah pun boleh buat imannya datang berperingkat2 lepas syahadah.jadi kat situ la kita mana boleh tggu je,kena sambung belajar dan berusaha moga2 kita masuk ke peringakat lebih baik keadaan imannya@makrifatullah,islamnya dan tasaufnya sebab kita x tau lepas syahadah tu kita dah kompom ke x betul2 masuk kelompok orang beriman.sebab tu la ada hikmah Allah takdirkan ulamak2 menjadi penyambung ilmu dari nabi saw termasuk awaludin makrifatullah semua tu.utk kemantapan kita la tu insyaAllah.
    kelompok ahlusunnah itu pula bertasauf dengan dengan berfeqah sekali.Solat puasa dan sbgnya la smbil belajar sifat 20 dan sbgnya semua tu.yg tolak feqah tu bukan ahlusunnah.Namun Orang/Kelompok yg kita nak kategorikan dia sebagai kelompok/org yg dah menolak feqah ni pun kita kena hati2. Kita x boleh hembus gitu je. Ulamak ahlusunnah bgtau kita,Jika jelas dia beriktikad yg dia menolak feqah.atau dengan jelas dia beriktikad yg Solat tu x wajib,puasa tu x wajib dan lain2 lagi contohnya.Baru lah dia dikatakan menolak feqah(itu pun ulamak la yg gariskan kita ikut je ape ulamak dah garis).Kalo dia x buat tapi dia masih beriktikad yg hukum tu semua wajib,ulamak pun x berani utk letakkan mereka kat kategori kelompok yg dah menolak feqah.punya la takutkan Allah sampai x berani bermudah2an hukum.
    Sebab tu nabi saw suruh kita ni semua kena terus belajar dan berusaha,boleh la kita baiki masa ke masa insyaAllah.org Yg x paham ahlusunnah dan bawak mcm ada pelik2 mcm condong nak terbabas tu contohnya dia kata belajar sifat 20 nak kena betul2 paham dlu br la boleh solat puasa tu semua tapi kalo dia terus sambung belajar@berusaha x mustahil insyaAllah dia akan paham dan Allah bantu betulkan dia balik ikut ape yg Allah dah gariskan(ahlusunnah).termasuk la "pakwahab" pun.. InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. Lagi 1,Tuan ni sebenarnya tau x yg generasi kita ni kalo la kita ni nak jadi anak murid saidina abu bakar(termasuklah dlm makrifatullah saidina abu bakar)kaedah yg Allah telah gariskan/rezekikan ialah kita ni kena jadi anak murid kepada anak murid(ulamak2/guru2/ustat2 ahlusunnah) saidina abu bakar?tau x tu? tapi tuan sembang mcm ulamak2 ahlusunnah pulak yg putus sanad(x betul2 faham makrifatullah termasuk bawaannya)sebab x lalu kat tuan dlu utk mereka jadi anak murid kepada saidina abu bakar..nak jadi murid saidina abu bakar tentang makrifatullah saidina abu bakar kena lalu nkat tuan dlu ke ape hehe..
    Tuan tau x yg Rezeki generasi ke generasi dalam menadah ilmu ni x sama kaedahnya,dah ditakdirkan ada bahagian@kaedah masing2 namun sumbernya tetap 1(1 sanad yg bersambung sampai ke kita) iaitu dari nabi saw.
    Tuan tengok ni ye,Allah rezekikan@kaedahkan sahabat jika nak jadi murid kepada nabi saw,sahabat Direct je berguru dgn nabi saw. Manakala Allah rezekikan generasi tabiin kalo nak jadi anak murid nabi saw,kaedahnya ialah dengan berguru pada sahabat nabi saw(saidina abu bakar dan sahabat2 yg lain).begitu la seterusnya..
    Tuan ni tabiin ke?ye la ringan je hembus rumus/syarah tentang diri saidina abu bakar berkenaan makrifatullah saidina abu bakar tu?dapat direct ke ape..kalo dapat direct ngan saidina abu bakar maknanya tuan ni tabiin hehe..lepas tu kalo tuan dah rumus syarah sendiri direct tentang makrifatullah saidina abu bakar,mana pulak nak letak mazhab pengajian akidah ahlusunnah@asyairah matutifiah tu tuan? Hahaha
    Jgn la bukan2 tuan..sian kat anak2 hehe

    ReplyDelete
  4. Nabi saw dah wariskan pada sahabat.. Sahabat wariskan pada tabiin.. Dan seterusnya seterusnya seterusnya ke Ulamak..
    Dan sampai la ke kita warisan tu.. Warisan yg kita terima ialah..

    Ahlusunnah itu

    Akidah/tauhid/makrifatullah
    =asyairah maturidiah

    Feqah
    =Hambali maliki syafiie hanafi

    Tasauf/ihsan/akhlak
    =imam junaid albaghdadi
    Imam ghazali

    Kalo kita@Tuan nak jadi anak murid nabi saw, Allah dah sediakan@rezkikan gitu dah tuan utk kita,iaitu jadilah anak2 murid kepada anak2 murid kepada anak2 murid kepada anak2 murid nabi saw seperti di atas sampai ke bawah ulamak utk generasi kita skrg berguru@merujuk..

    Perkara diatas tu majority umat islam dunia dah maklum..dah maklum tu tuan bukan perkara baru..Yg tuan berpusing2 mcm remaja baru dapat motor x tau ape hal hehe..semoga bermanafaat InsyaAllah mudah2an kita baik2 aje ye tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum tuan, sy ni baru nak belajar lebih dlm ilmu. Yg tuan ni perasan bagus tanya soalan berulang kali ni sebenarnya tuan nak ckp “en hamka ni belajar directly dari Saidina Abu Bakar, atau Tuan punya tok guru ckp tok guru punya murid2 anak2 murid anak2 anak2 anak2 murid yg direct dgn Saidina Abu Bakar? Ini hari khamis kan, ni tuan confirmkan dgn sy siapa yg pandai2 ckp hari ni kene jadi hari khamis? Sy pening dgn diri sy, baca komen tuan sy rasa penuh kebencian pulak. Bukak blog sendiri lah tuan. Membebel pjg2 1 apa knowledge pon tak ada. Neng aler ahhh..

      Delete
    2. O gitu kaedahnya..baru paham ni. Ok kamu la ada knowledge.. Sy xda. Hehe

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. komen jual barang, saya delete, komen menegur, mengkritik, saya baca pelan pelan, terima kasih kerana berhemah :)

    ReplyDelete