(kerana dia anak syurga)
Pada satu hari, seorang bapa kelihatan sedang marah pada
anaknya yang berumur lapan tahun kerana tidak cemerlang dalam exam, anak di
jerit, dipukul, dan akhirnya si anak di paksa tinggal di asrama, anak menangis
sedih sebab terpaksa berpisah dengan ibu.
Dalam kelas semua pelajar ceria tapi si anak ini terus sedih
dan murung, hinggalah seorang guru mendekati dan sedar bahawa budak itu OKU
walaupun fizikalnya nampak normal, lalu cikgu ni pergi bertemu ibu bapa dan
diceritakan bahawa anak tuan adalah OKU.
OKU budak tu bukan Autisme, budak tu adalah Disleksia, lepas
dah tahu si anak OKU Disleksia, guru dan perent membantu si anak dengan cara
yang baru mereka faham, dan anak akhirnya berjaya.. dan kisah ini berlaku di
India, dan dilakonkan semula dalam filem Taare Zameen Par, lakonan Aamir Khan
sebagai guru yang masa kecil juga hadapi masalah disleksia.
Dari filem ini kita faham masalah sama juga berlaku di
seluruh dunia, parent tidak tahu si anak OKU sebab nampak normal tapi di
sekolah si anak ada masalah pembelajaran, senang di buli, terasing, dan suka
menyendiri, lalu cikgu perasan dan bagitahu parent, ada parent yang boleh
terima dan terus bawa anak jumpa doctor untuk di sahkan OKU, tapi ada juga
parent yang tuduh cikgu malas ajar anak dia dan paksa anak jadi OKU, adohai..
Maaf, saya tak ada link untuk filem itu, namun..
Bagi parent yang ada anak kecil, saya ada share video
tanda-tanda anak autism.
Kemudian saya juga kongsi video kelebihan si anak jika
memiliki kad OKU
Saya juga share kaedah nak buat perturuan asas sebelum anak
masuk ke sekolah
Saya juga share kisah sedih anak OKU Autisme di tadika
Selain itu, saya share juga aktiviti di pantai yang percuma
untuk terapi anak autism
Dan ada banyak lagi video tentang anak syurga saya share di
Channel Yotutube saya, https://www.youtube.com/user/HamkaMayat
Selamat menonton.
Akhir kata:
Sebarkan mesej ini, masih ramai parent yang tidak tahu apa
itu Autisme, dan turus berharap si anak yang pelik dapat sembuh bila dewasa
padahal Autisme bukan penyakit, ianya tidak boleh disembuhkan, tapi boleh di
rawat untuk mengurangkan tingkah laku yang tak elok melalui terapi awal.
InsyaAllah
Ps: Saya juga ada menulis buku berjudul "Kerana Dia
Anak Syurga" terbitan Puteh Press, kisah fasa saya berdamai dengan takdir
lalu menerima bahawa anak saya OKU dan saya Okey.
Woha!
According to Stanford Medical, It is in fact the one and ONLY reason this country's women get to live 10 years more and weigh 42 lbs less than we do.
ReplyDelete(By the way, it is not about genetics or some hard exercise and EVERYTHING related to "how" they eat.)
BTW, I said "HOW", not "WHAT"...
CLICK on this link to uncover if this brief test can help you release your real weight loss possibility