(Jawapan ada dalam filem Barat? sila baca
sampai habis takut salah faham)
Alkisahnya, ada orang salahkan Tuhan bila dia buat dosa
sebab jika Tuhan tu kuat, kenapa Tuhan tak mampu halang dosa dia?
Ini semua balik kepada Takdir kerana Allahlah yang menulis
semua takdir.
Contoh bila manusia ada niat, dan pilih untuk buat dosa, lalu
Allah takdirkan dosa itu berlaku, tapi bukan semua dosa yang manusia niat untuk
buat dibenarkan Alllah, hanya dosa yang ditakdirkan sahaja berlaku
Contonya: Berapa ramai orang kafir nak bunuh Nabi, bukan
semua Nabi mati dibunuh, ada beberapa orang sahaja, itu semua takdir dan UJIAN
dalam hidup masing-masing.
“kenapa Allah tak halang dosa?”
Adohai, jika korang jadi beku tiap kali nak buat dosa, dah
tak gunalah pentas dunia ini sebagai UJIAN, macam exam kat sekolah, jika bila
korang jawab salah terus cikgu betulkan dan bagi jawapan bocor, tak adil kepada
orang yang study, begitulah hidup ini, hidup ini adalah UJIAN! Faham tak?
Firman Allah: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati
dan hidup – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu
yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) – al-Mulk (67) : 2
SAbda Nabi: Orang yang paling banyak mendapatkan ujian
adalah Para Nabi dan pengikut-pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai
dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin besar.
Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya.
Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi
tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)
Jadi Dosa yang berlaku bukan untuk salahkan Tuhan, tapi
untuk bertaubat, untuk disesali dan nasihat kepada diri agar tak ulang dan
berusaha mencegah orang lain dari kemungkaran yang sama. Masuk Neraka bukan
kerana buat dosa, tapi kerana tidak bertaubat dan tidak berniat nak bertaubat
pun!
Ok senang macam ginilah, andai kata korang tak puas hati
sebab rasa diri banyak dosa dan akan masuk neraka-korang pulak malas nak taubat
dan lebih senang salahkan Allah.
Jadi korangpun mati dan masuk neraka, sebab dah takdir kata
korang. Tapi ketahuilah Akhirat belum berlaku, dan pintu Taubat masih belum
tertutup. Ok faham! Korang malas nak bertaubat sebab nak salahkan takdir. Ok
fine! Pergi masuk neraka.
Tapi sebelum tu, korang tahu tak tentang istilah ‘Alternate
ending’ atau ‘alternative ending’ atau “PILIHAN PENGAKHIRAN” yang diguna
sebagai satu terma dalam dunia penceritaan yang mempunyai dua pilihan
pengakhiran. Seperti hero mati ke hidup? Orang jahat terlepas ke atau kena
tangkap? Awek hero kena kahwin paksa ke atau lari sama hero? Masuk Syurga ke
masuk Neraka? Dan lain-lain ending.
Jadi, dalam dunia perfileman, walaupun ada karya mereka yang
sudah mencapai tahap masterpieces, tapi ada setengah pengarah filem misalnya,
sanggup rakam dua babak akhir yang berbeza dan akan membuat pilihan selepas di
tayangkan kepada pengkritik filem atau penonton terpilih.
Antara filem terkenal yang ada dua pilihan babak
pengakhiran, yang mana ending di panggung wayang adalah babak pilihan terakhir
selepas diputuskan oleh penerbit atau pengarah, atau penonton terpilih.
Manakala babak alternate ending ada dalam special disk of DVD. Ironinya, bila
dah disiarkan babak alternate ending, ada ramai pula penonton lebih suka babak
alternative, hmm, manusia tak pernah puas nafsunya, pilihan di hati masing
masing. Layankan sahaja:
Antaranya:
-28 Days Later: Cerita Zombie yang boleh lari laju, dan
lepas kena gigit, 20 saat dah ubah orang jadi Zombie, dalam wayang, kisahnya
berakhir dengan hero selamat. Tapi dalam alternative endings, hero mati kat
hospital selepas cedera selamatkan budak perempuan.
-Army of Darkness: Kisah hantu paling Rare di tahun 80-an,
dalam wayang, lepas hero kembali dari zaman dulu lawan hantu, tiba-tiba ada
hantu serang pasaraya dan hero kalahkannya dengan penuh bergaya, tapi dalam
alternative ending, selepas hero minum ubat tidur di zaman dahulu untuk terjaga
di zaman sekarang, (ala-ala kisah pemuda kahfi) sekali hero terlebih minum dan
terjaga di hari kiamat. Lalu menjerit: "I slept too long!"-Woha!
-The Bourne Identity: dalam alternative ending, Bourne jatuh
pengsan sewaktu mencari Marie, bila terjaga, terlihat Abbot disisi yang
menawarkan Bourne kembali ke CIA.
-First Blood: Dalam wayang, Rambo berjaya di pujuk selepas
mengamuk dalam balai polis akibat di hina kerana kalah dalam perang di Vietnam,
tapi dalam alternative ending, Rambo tak nak menyerah, dan akhirnya mati kena
tembak.
-I Am Legend: dalam wayang, hero mati letupkan diri bila
dikepung oleh Zombie, dalam Alternate ending, hero berjaya berdamai dengan
zombie, dan selamat pulang ke Kem tentera.
-Infernal Affairs: Dalam wayang, hero mati kena tembak,
dalam Alternate ending, hero berjaya larikan diri.
-Terminator 2: Judgment Day: alternative ending menunjukkan
Sarah Connor masih hidup walaupun sudah tua pada umur 2029. Anaknya John Connor
pula menjadi Senator dan Skynet tidak pernah wujud.
-Titanic: Rose yang sudah tua waktu buang rantai leher ke
dalam lautan, cucunya Nampak kejadian tu.
Okey, dah banyak sangat saya bagi contoh alternate ending
dalam filem, ke mana arah entry saya ini sebenarnya?, ini kan page kereta
mayat? Apa ke jadah saya sibuk nak cerita alternate ending dari filem barat
yang lagho dan banyak adegan bukak aurat. Astarfirullah…
“kembali ke landasan yang benar”
Lantas kelihatanlah korang yang sejurus membaca tentang
alternate ending, maka fikir korang, jika pengarah filem di Hollywood berusaha
keras untuk hiburkan penonton dengan alternate ending, maka Tuhan yang
merupakan Raja segala Pengarah sudah tentu mampu membuat Alternate ending yang
jauh lebih baik dalam menggembirakan hamba ciptaanNya.
Lalu korang pun teringat satu ceramah dari Buznama, kisah
alternate ending dari Allah yang Maha Pengampun, Ada satu riwayat lebih kurang
cerita, satu orang yang jahat berazam nak jadi baik, maka dia berazam nak taat
segala perintah Allah, belum sempat taat mana-mana perintah Allah, dah jadi
mayat. Malaikat sangka dia masuk neraka!
Pendek cerita, di padang masyar kelak, berlakulah alternate
ending, yang mana apabila Allah perintahkan para pendosa masuk neraka, maka,
setiap manusia merasa enggang dan engkar yang membuatkan malaikat terpaksa
tarik hingga manusia berjalan dengan muka (seret dengan muka ke tanah) lalu di
campakkan kedalam neraka. Akan tetapi, si dia ni terus berlari untuk terjun ke
dalam neraka, lalu Allah perintahkan malaikat halang dia dari terjun ke neraka
dan tanya: kenapa berlari nak terjun ke neraka?, sedangkan orang lain tak nak
siap kena seret muka ke tanah?
Maka kata hamba Allah ni:
Di dunia dulu, satu perintah Allah pun takde yang saya ikut,
saya takde peluang, satu hari datang peluang, tapi maut menjemputku, hari ini
adalah hari pertama saya berpeluang ikut perintahMu, maka saya akan buat
sungguh-sungguh, walau diperintah untuk terjun ke Neraka, itu yang saya berlari
tu!
Maka korang tahu apa keputusan alternate ending dari Allah
Yang Maha Pengasih?
Allah masukkan dia ke dalam shurga, walaupun asalnya dia di
takdirkan masuk neraka, subhanallah.
Ehem-ehem! tapi janganlah pulak korang fikir kalau camtu,
takpelah, aku buat dosa banyak-banyak, kelak bila Allah suruh aku masuk neraka,
aku berlari pecut 100 meter, dah tentu malaikat tak tahan, dan biarkan korang
cepat terjun sebab kisah di atas, orang tu sempat rasa nak bertaubat sebelum mati,
cuma tak sempat nak zahirkan sahaja, so jangan jadi bodoh bangang dan jangan
nak berangan-angan! Jangan anggap keputusan Allah main main, ini cerita
alternate ending untuk pelakon yang layak.
Contoh lain, ada hamba Allah yang buku catatan amal kebaikkannya
tebal gila sehingga malaikat sangka dia ni confirm masuk Syurga, tapi ada
alternate ending rupanya, Allah suruh dia yang ada buku tebal amal kebaikkan
ini di campakkan ke dalam nereka sebab tak ikhlas! Riak! Dan syirik!
Ambik kau! Oh!
Dalil lain berkenaan Altenate Ending
Rasulullah s.a.w bersabda, "Akan keluar dari Neraka
sesiapa yang berkata La Ilaha illallah sedangkan dalam hatinya ada kebaikan
sebesar biji kacang." (HR Bukhari)
Tengok! Awal awal Allah dah nak bagi happy ending walapun
untuk mereka yang masuk Nereka.
Hadis lain, Dari Abu Said Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda, "Setelah penduduk syurga masuk ke syurga dan penduduk
neraka masuk ke neraka, maka Allah Ta'ala pun berfirman, 'Keluarkanlah dari
neraka orang-orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji
sawi.' Mereka pun dikeluarkan dari neraka. Hanya saja tubuh mereka telah hitam
legam bagaikan arang. Oleh kerana itu, mereka dilemparkan ke sungai hayat.
Kemudian tubuh mereka tumbuh bagaikan benih yang tumbuh setelah banjir. (Sahih
Bukhari)
Wow, hanya kerana dalam dada iman sebesar bijik sawi, walau
sudah masuk neraka, akhirnya, ada alternate ending, masuk syurga jua,
subhanAllah.
Ehem-ehem! tapi janganlah pulak korang fikir kalau camtu,
takpelah, aku buat dosa banyak-banyak, bila aku masuk neraka, sebab aku ada
iman sebesar biji sawi, nanti keluar balik masuk syurga!, apa? Korang ingat
iman dalam dada tu betul ke sebesar biji sawi? Takut besar habuk pun tadak!
Adohai…
Dalam hadis bagitahu iman ummat akhir zaman ni keluar masuk,
ada yang pagi beriman, petang kafir, iman ni boleh keluar ketika berzina,
ketika mencuri, ketika syirik, ketika buat dosa, sekali mati waktu iman keluar,
bau syurga pun tak dapat dah, ADOHAI.., so jangan selesa dengan tahap iman kerana
itu adalah tipu daya syatan. jangan jadi bodoh bangang dan jangan nak
berangan-angan! Jangan anggap keputusan Allah main main, ini cerita alternate
ending untuk pelakon yang layak.
Woi? Nak ke mana tu? Tegur sikit dah merajuk! adohai..
Ok abaikan mereka yang merajuk, sambung balik kepada korang
yang masih sanggup baca entry kereta mayat.
Baik, Jika tadi ada kebaikkan sebesar biji kacang, kemudian
biji sawi, lalu Allah ubah alternate ending mereka, sekarang, mari kita dengar
hadis ini pulak, sabda Nabi:
“Ketika orang-orang mukmin selamat dari neraka, Demi jiwaku
yang ada di Tangan-Nya, ada seorang di antara kalian yang paling semangat
menuntut kepada Allah mendatangkan kebenaran dari kalangan orang mukmin yang
masih di neraka.
Mereka mengatakan, ‘Wahai Tuhan kami, mereka dahulu
berpuasa, solat dan haji bersama kami. Dikatakan kepada mereka, ‘Keluarkan
orang yang anda kenal. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan dari neraka.
Kemudian mereka mengatakan: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak
ada lagi orang yang telah Anda perintahkan kepada kami. Lalu Allah berfirman:
“Siapa saja yang kamu dapatkan di hatinya seberat dinar dari kebaikan, maka
keluarkan dia. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.
Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada
lagi orang yang telah Anda perintahkan. Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu
dapatkan di hatinya seberat setengah dinar dari kebaikan, maka keluarkan dia.
Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.
Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada
lagi orang yang telah Anda perintahkan. Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu
dapatkan di hatinya seberat zarah dari kebaikan, maka keluarkan dia. Maka
banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.
Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada
lagi orang yang berbuat kebaikan.”
Dan Abu Said Al-Khudri mengatakan, ‘Kalau sekiranya kamu
semua tidak mempercayaiku dengan hadis ini, maka kalau mau bacalah ayat
‘Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan
jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan
memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar. (QS. An-Nisaa: 40)
Maka Allah Azza Wajallah berfirman, ‘Para malaikat telah
memberikan syafaat, para Nabi telah memberikan syafaat, orang-orang mukmin
telah memberikan syafaat. Tidak tersisa kecuali Yang Maha memberikan kasih
sayang kepada orang-orang yang dikasihani. Maka Allah ‘menggenggam’ satu
genggaman dari neraka dan mengeluarkan suatu kaum yang belum pernah sama sekali
melakukan kebaikan.
Maka dilemparkan ke sungai syurga yang disebut ‘Sungai
kehidupan (Nahrul Hayah). Maka mereka keluar bagaikan biji-bijian yang cepat
tumbuh di tanah. Mereka keluar bagaikan mutiara di leher mereka dan tanda yang
penduduk ahli syurga mengetahuinya. Mereka adalah yang dimerdekakan oleh Allah.
Lalu Allah masukkan mereka ke dalam syurga tanpa amalan yang
mereka lakukan dan kebaikan yang mereka persembahkan.”
Wow, baik punya alternative ending dari Allah yang MAha
Pengampun., hadis lain pulak:
Dalam kitab Mutakhab Hadis karangan Maulana Yusof, saya
pernah jumpa hadis yang mana Allah akan keluarkan dari Neraka walaupun seorang
yang tak ada pahalapun, yang ada hanya dosa dengan hujah: cukuplah sekali di
dunia ia berkata: Tiada Tuhan melainkan Allah.
SubhanAllah…
Alternate ending yang manakah lagi kamu dustakan?
So MORAL of the STORY: Walau masuk Neraka tetap ada peluang
untuk masuk Syurga, tapi janganlah anggap siksa neraka ini ringan, Tak masuk
Neraka itu jauh lebih untung, Tapi jika dan masuk neraka, tetap BerSangka
baiklah pada Allah, dan jangan putus asa dengan Rahmatnya!
Senang, waktu baca artikel ini, baik bertaubat terus! Tak
payah nak masuk neraka sebab Pintu Taubat masih terbuka.
Sesungguhnya, Pintu Taubat kita, tak ada siapa siapapun di
dunia ini yang boleh tutup, gunakan HAK pintu itu sepenuhnya sebelum Allah
tutup dengan jalan maut!
Ps: Semoga kita semua masuk syurga, jumpa di saya tingkat
lapan dekat Sungai Firdaus-Woha!