Aug 16, 2019

Saya nak beli Tanjak?

Terima kasih kerana membeli Tanjak dari Hamka Keretamayat.

Sila berikan saya empat perkara:

1. Nama Tanjak:

2. Jenis Kain: (Plain atau corak Songket)

3. Warna: hitam atau? -hantar gambar cobtoh untuk corak songkek berwarna)

3. Saiz kepala dewasa atau kanak kanak? (ukuran dari dahi ke dahi) - Kebanyakkan Tanjak bersifat boleh laras.

4. Alamat dan No telefon.

Harga: RM55 untuk warna hitam, dan RM85 untuk kain corak songket. Kos Pos RM15 bagi Semenanjung dan RM25 bagi Sabah dan Sarawak.

Bank in kepada:
WOHA ENTERPRISE: (Maybank 556226405584)


Terima kasih atas pembelian.


"Jangan pernah malu bertanjak di bumi melayu"

Hantarkan bukti pembayaran di Whatsapp 0199117163

https://wa.me/60199117163?text=Salam%2C%20saya%20berminat%20nak%20beli%20tanjak



Rujukan Produk.

Lima Belas Tanjak warisan nenek moyang di zaman Kesultanan


  1. Mahkota Alam 
  2. Ajutan Bingas
  3. Anderiguru Selebu
  4. Takur Tukang Besi 
  5. Bugis Tak Balik
  6. Cogan Daun Kopi 
  7. Nakhoda Trong
  8.  Ayam Patah Kepak
  9.  Lang Menyongsong Angin
  10. Lang Menyusur Angin
  11. Tebing Laksamana
  12. Tebing Tinggi
  13. Lang Melayang
  14. Alang Iskandar
  15. Tebing Runtuh







Saiz kanak kanak


Tujuh Jenis Tanjak Warisan-Kain bercorak.
Nakhoda Trong Kain Bercorak-anda boleh berikan cadangan corak kain


Mahkota Alam kain bercorak

Variasi Dendam tak Sudah saiz dewasa dan kanakkanak kain bercorak

Cara memakai Tanjak, simpulan sebelah kanan telinga untuk bergaya dan simpulan ke belakang waktu berperang

Dari Kiri: Variasi Patah kepak, Nakhoda Trong, Mahkota Alam, Variasi Dendam tak sudah

Mahkota Alam bercorak saik kanak-kanak
Pemuda Dewasa bertanjak sambil Merewang

Bertanjak di Tangga

Bertanjak di Kedai Ayam Perisa Ori

Satu Famili Bertanjak diHari Raya









Kata orang tua-tua, dalam jiwa anak muda orang melayu ada semangat kersani yang sedang tidur namun bila semangat kersani ini diseru, maka jiwa anak melayu akan kembali bangkit, lalu timbul semangat untuk bersyukur kepada Tuhan atas nikmat menjadi melayu Islam, timbul semangat untuk berterima kasih kepada nenek moyang melayu, timbul semangat untuk mempertahankan warisan melayu, dan timbul semangat untuk bersilat dan bertanjak. JIka semangat ini di cabar akan menjadi kuasa amuk yang dahsyat.

Tapi bagi anak melayu yang membenci adat, menghina nenek moyang, merendah rendahkan bangsa sendiri, mengutuk mazhab, maka roh kersaninya tidak akan bangkit, terus lena dalam jajahan minda penjajah.

Maka saya menyeru roh kersani dalam jiwa anak sekalian anak melayu, bangkitlah, zahirkan kesyukuran kita kepada Tuhan kerana anugerahkan kita nenek moyang bernama melayu Islam.

Nenek moyang kita, yang kaya dengan adat, lalu datang Islam, terus Nenek moyang kita jadikan Islam dan adat bersatu. Dalam cara hidup kita ada budaya islam. Dalam Tanjak ada falsafah islam, dalam baju melayu ada falsafah islam, dalam pencak silat ada gerakan sebahyang, dalam luk keris ada rukun dan peraturan islam, dalam menjamah makanan ada adat dan adab Islam, panjang nak cerita berliku macam lekuk luk keris, maka pendek cerita,

Bangkitlah sekalian jiwa Kersani, biar meremang bulu roma, menerima semangat kehadiran kersani kedalam diri.
Bak kata sumpah semerah Padi!

Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu.

(lagu tu bang!)

Woha!


4 comments: