Sep 18, 2018

Mari Mengumpat Ustaz Adam?


(ulasan filem Munafik 2 dan kelebihan Memakai Serban)

Tahniah kepada Filem ini sebab dapat kutipan berjuta juta.

Filem ini okey, ada unsur dakwah, dan ada unsur seram yang menghiburkan, lagipun jalan ceritapun laju, malahan, hantupun bertudung dalam fiem ini. Nice!

Dah ramai orang puji filem ini, tapi aku nak keji sikit, jangan salah faham, zaman dulu, bila orang benci kepada pelakon jahat, sampai jumpa luar filem pun orang rasa nak ludah, sebab watak jahat yang dibawa sangat berkesan, bermakna keji sebab terkesan dengan lakonan yang benar benar menjiwai.

Jadi untuk filem ini, aku nak mengumpat Ustaz Adam, geram jer aku kat ustaz Adam ni...

Bagi yang tak tengok, aku detailkan sikit babak yang aku geram jer tengok..


Bayangkan ketua ajaran sesat Abuja jalan macam samseng bersama kawan kawan dan berjumpa dengan Ustaz Adam, babak ni selalu ada dalam filem KL Gengster, cuma sekarang tukar watak kepada pakaian islamik, dan bercakap isu islamik, tapi gaya bercakap masih cara samseng.

Kata Abuja: Nak berdakwah tapi tak pakai serban!

For info, Abuja pun tak pakai serban, tapi Ustaz Adam muka angin jer sebab dia pakai kopiah, lepas tu Abuja cakap, pakai serban solat pahala bertambah, terus Ustaz Adam dapat point, terus disekolahlah Abuja bahawa hadis pakai serban dapat pahala tu palsu, dan pakai serban ni Sunnah Jibiliyyah sahaja.


Adohai ustaz, Sunnah penampilan Nabi ni, jika kita buat kerana cinta kepada Nabi, dapat pahala jugak.


Bagi yang tahu, Maksud Sunnah jibliyyah yang ustaz Adam faham, Sunnah ini dipakai kerana adat kaum arab. Jika pakai tak dapat pahalapun, Padahal cara ikat serban Abu Jahal tak sama dengan Rasulullah,

Cuba rujuk Surah Al-Ahzab : ayat 21

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah“

‘Sebaik baik teladan’ yang dimaksudkan dalam ayat tersebut bersifat umum dan merangkumi semua aspek.., tidak dikhususkan hanya teladan dalam ibadat sahaja, atau dalam percakapan sahaja,tetapi semua aspek.. Sehinggakan nabi menunjukkan contoh dalam memakai kain setingga setengah betis, tunjuk contoh bersugi, contoh memakai serban, contoh memakai jubah, contoh memakai rida’ dan lain lain.

Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang saya larang kamu lakukan maka jauhilah, dan apa yang saya perintahkan kamu lakukan. Maka kerjakanlah sekadar kemampuan. 

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi Nabi tak larang sahabat pakai kain serban, kenapa kita nak perkecilkan orang ikut sunnah penampilan? tak salah kan?

Patut Ustaz adam jawab dengan berhikmah, bukannya berdebat, Nabipun larang berdebat, bila orang kata Nabi Kafir, Nabi tak jawab tuduhan, tapi Nabi dakwah dengan akhlak, patut ustaz Adam cakap: Jika pakai serban buat kamu mahu ikut nasihat saya, esok saya pakai serban, bagus kepad sesiapa yang mahu ikur semua sunnah, sungguh  setiap orang kemampuan melaksanakan sunnah Nabi saw mengikut diri masing-masing, jika dia mampu untuk mulakan dengan mengamalkan sunnah bersiwak dulu, maka silakan. Kemudian bila kecintaan itu semakin bertambah, insyALLAH orang tersebut akan menambah amalan sunnah yang lain. Jadi tahniah kepada mereka yang memakai serban.

Wah, skemanya ayat, ha ha, pointnya disini, jangan rasa kita alim, hingga orang pakai serban nak kita perlekehkan, galakkan jer orang ramai amal sunnah mengikut kemampuan masing-masing, kerana kita tidak tau, ibadat manakah yang menyelamatkan kita daripada azab Allah, ada orang bagi air pada anjing di anggap remeh, tapi itulah yang sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi disisi Allah SWT.

Jika tiada dalil mengenai fadilat mengenakan pakaian seperti Nabi saw, cukup bagi kita untuk berpegang dengan hadis, “Barangsiapa yang tak menyukai sunnahku maka ia bukan golonganku”
(Riwayat Bukhari)


Lagipun ustaz, yang ustaz Adam pakai kain rida’, atas bahu tu kenapa? Pakai jubah putih tu kenapa? Kan ada hadis Nabi pakai kain atas bahu, pakai jubah warna putih, sebab tu ustaz pakai, kan? Jadi jika ada orang pakai serban tak perlu kot nak highlight hadis palsu tanpa galakkan memakai.

Habis bab serban tu, sekarang nak tegur pasal solat pulak.

Ada satu babak, Mak dan ayah dia solat berjemah dalam bilik, Ustaz Adam pulak jalan jalan kat ruang tamu yang agak gelap, tak tahu kenapa rumahnya ni lampu malap, itu bukan persoalannya, tapi kenapa Ustaz Adam tak solat berjemaah sama sama satu keluarga? Patutlah kena kacau Hantu!

Elok esok sedar dari pensang lepas kena kacau Hantu,sebaik tersedar, langsung tak fikir nak qada solat subuh, jika orang awam pengsan dari malam sampai ke tengah hari, aku tak ralat sangat jika lupa nak solat subuh secara qadar, tapi Ustaz Adam, terkejut dari pensang tak fikir pasal sembahyang, ustaz jenis apa ni?

Tapi babak akhir menjawab segala perkara yang aku meluat kat Ustaz Adam, si Ustaz ni bertaubat Nasuha, mengaku bersalah atas segala dosa, dan mati dalam keadaan bertaubat, siap tangan tunjuk jari telunjuk. Perghh, nasib baik Ustaz adam dah bertaubat, dan mati dalam husnul Khatimah. Alhamdulillah.

Di tunjukan jugak babak Ustaz Adam mati mata terbuka dan muka berlumuran darah akibat dipukul, hah! itulah ustaz, jika pakai serban, orang pukul kepala, tak lah terus cedera parah, silap silap boleh guna kain serban tu sebagai senjata! dan oleh sebab Ustaz dah mati, boleh guna kain serban tu tutup mayat ustaz yang mata terbeliak tu, so moral cerita ini, Sunnah Nabi jangan ditingalkan sebab hadis dapat pahala palsu, tapi tetap diamalkan kerana cintakan Sunnah.

Sesungguhnya, zaman dulu, orang amal Sunnah kerana ianya Sunnah, tapi zaman sekarang, orang bincang panjang panjang bab kain serban dengan niat tak nak pakai serban kerana Sunnah harus jer, adohai…

Akhir kata, filem ini bagus sebab ustaz pun bertaubat, maka apatah lagi kita semua yang bukan ustaz.

Woha!

PS: Takutlah Allah, Jangan sampai mati dipanah petir macam Abuja!



Sep 6, 2018

Menunjuk nunjuk yang tidak Riyak?

(Ada ibadat kena tunjuk dan ada ibadat kena buat secara sembunyi)


Raya haji yang lepas, ada orang tegur aku. Maklumlah, Akupun manusia biasa ada buat silap. Katanya jangan pos gambar korban lembu sebab kita kena jaga sensitif orang bukan islam dan perbuatan tu adalah riyak.

Ok. Pendapat aku bab jaga sensitif bukan islam kita kena tengok tempat. Jika kita berada di negara Hindu sebagai agama rasmi memang tak bolehlah nak buat terang terang ibadat korban tu. Tapi ini Malaysia yang mana Islam adalah agama rasmi. So nak azan kuat boleh. Nak tutup jalan untuk solat jumaat boleh. Nak berarak Maulud Nabi boleh. Maka nak share gambar korban lembupun boleh.

Tapi Share sebagai galakkan, bukan sebagai penghinaan kepada agama ataupun binatang.
Bab riyak. Itu kita dengan Allah. Tapi dalam islam ada bab Syiar. Iaitu ibadat yang sunnahnya kena buat secara terang terangan.

Contoh dalam 5 rukun islam. Semua tu kena tunjuk. Semua tu kena Syiar, semua tu kena buat secara terang terangan!

Masuk islam kena bagitahu, tak boleh sembunyikan, zaman Nabi dulu masuk islam terus buat pengumuman depan kaabah, ada yang kena pukul, kena sepak terajang, kena siksa dan ada yang kena bunuh! Adakah mereka riyak? Tidak! Ini bukan cerita Riyak! Ini cerota tentang kewajipan Syiar Islam, kewajipan kita berbangga bila masuk islam, berbangga bila dapat amal perintah Allah, al fahm ke idop?.

Rujuk rukun solat ke dua, Solat berjemaah, ada Nabi suruh solat dirumah sebab takut riyak? Nabi suruh solat berjemaah dimasjid agar semua orang kafir nampak, dan agar semua orang munafik Nampak! Nampak orang islam bersyukur atas nikmat agama dan buat ibadat secara terang terangan, Nampak orang illam yakin Allah bagi rezeki dan sanggup tinggalkan urusan dunia sekejap untuk buktikan nikmat bersyukur? Nampak tak?

Sebelum solat, Nabi suruh azan kuat-kuat! Siap Nabi sewa bangunan yahudi yang tinggi dan Bilal azan dari atas bangunan agar semua orang dengar, zaman sekarang siap pakai Speaker, alat pembesar suara, orang jahil anggap azan kuat ni riyak, tapi orang berilmu faham, azam kuat ini adalah Syiar Islam-iaitu ibadat yang dibuat dengan rasa bersyukur dan bangga kerana Allah pilih kita! Dan mudah mudahan orang lain juga dipilih oleh Allah bila Nampak kita yang terpilih!

Lepas tu nak pergi solat berjemaah, Nabi suruh pakai pakaian solat dari rumah lagi, ambil wyudhu dari rumah lagi, dan galakkan berjalan kaki ke masjid, dan pergi balik ikut jalan berbeza biar orang nampak.

orang jahil anggap pergi solat berjemaah ni riyak, tapi orang berilmu faham, pergi solat berjemaah ini adalah Syiar Islam-iaitu ibadat yang dibuat dengan rasa bersyukur dan bangga kerana Allah pilih kita! Dan mudah mudahan orang lain juga dipilih oleh Allah bila Nampak kita yang terpilih!
Rujuk rukun Islam ke tiga, Nabi suruh kita berpuasa secara terang terangan, malahan ada hadis, bila Puasa, kita kena bagitahu lagi lagi depan orang mengumpat suruh mereka berhenti mengumpat sebabg saya sedang berpuasa!.

Rukun Islam ke empat? Zakat bayar depan kaunter di masjid. Bukan sorok sorok bayar dalam tabung derma, biar Amil Zakat tahu siapa yang dan bayar dan siapa yang belum. Amil Zakat ni wujud zaman Nabi lagi tau tak?

Last, Haji pun kena bagitahu, jika mampu buat kenduri syukur. Buat!

Itu Rukun islam, yang dalam ibadat lain pun kena Syiar!

Bila Kahwin kena bagitahu. Majlis kecil tak apa tapi kena war warkan. Jika kahwin senyap senyap takut orang cakap kita riyak kahwin empat, nanti jadi fitnah bila keluar masuk rumah siteri kita, adohai..

Jadi balik bab ibadat Korban pun bagus war warkan. Sembelih tempat terang terang, biar semua Nampak!

Malahan dalam hokum Jenayah, islam pun suruh hokum pesalah secara terang terang, tak setuju? Lakum dinukum waliyaddin, untuk kamu agama kamu, untuk kami agama kami, al faham ke idop?
Balik ke media sosial. Maka boleh jer kita nak kongsi dah masuk islam bagi mualaf. Pergi solat masjid mana, sahur makan apa, korban berapa ekor sebab ada waktu nabi galakkan derma secara terang terang, Termasuk dalam syiar Islam semua tu.

Namun ada ada benda yang tak elok untuk dikongsi iaitu ibadat infradi seperti tahajjud, zikir, khidmat, sedekah dan lain lain yang boleh mengundang riak.

Secara mudah fahamnya, janganlah tinggalkan amal sebab takut riyak, tapi takutlah riyak sebab tinggalkan amal, sebab ada dalam kitab menulis:

“sesiapa yang tinggalkan amalan kerana takut dipuji, maka itulah riyak, dan sesiapa yang buat amalan agar dapat pujian, maka itulah syirik!

Jadi kita buat ibadat secara terang terang bukan untuk dipuji tapi adalah kerana nak Syiarkan ISLAM!

Maka sesiapa yang solat di rumah dengan alasan tak nak ke masjid takut riyak, ketahuilah syaitan dan perbodohkan korang dengan kefahaman yang salah, hmmm, salah korang jugak, siapa suruh malas belajar?

Jadi sila guna common sense. Bukan semua benda boleh dikongsi dan ada juga yang boleh dikongsi. Contoh suami boleh dikongsi oleh empat wanita tapi tidak sebaliknya.

Woha!

Ps: ini hanyalah pendapat aku semata mata. Terima kasih sudi tegur. Lain kali mungkin aku tak pos dah gambar lembu korban tu. Huhuhu