Sep 6, 2018

Menunjuk nunjuk yang tidak Riyak?

(Ada ibadat kena tunjuk dan ada ibadat kena buat secara sembunyi)


Raya haji yang lepas, ada orang tegur aku. Maklumlah, Akupun manusia biasa ada buat silap. Katanya jangan pos gambar korban lembu sebab kita kena jaga sensitif orang bukan islam dan perbuatan tu adalah riyak.

Ok. Pendapat aku bab jaga sensitif bukan islam kita kena tengok tempat. Jika kita berada di negara Hindu sebagai agama rasmi memang tak bolehlah nak buat terang terang ibadat korban tu. Tapi ini Malaysia yang mana Islam adalah agama rasmi. So nak azan kuat boleh. Nak tutup jalan untuk solat jumaat boleh. Nak berarak Maulud Nabi boleh. Maka nak share gambar korban lembupun boleh.

Tapi Share sebagai galakkan, bukan sebagai penghinaan kepada agama ataupun binatang.
Bab riyak. Itu kita dengan Allah. Tapi dalam islam ada bab Syiar. Iaitu ibadat yang sunnahnya kena buat secara terang terangan.

Contoh dalam 5 rukun islam. Semua tu kena tunjuk. Semua tu kena Syiar, semua tu kena buat secara terang terangan!

Masuk islam kena bagitahu, tak boleh sembunyikan, zaman Nabi dulu masuk islam terus buat pengumuman depan kaabah, ada yang kena pukul, kena sepak terajang, kena siksa dan ada yang kena bunuh! Adakah mereka riyak? Tidak! Ini bukan cerita Riyak! Ini cerota tentang kewajipan Syiar Islam, kewajipan kita berbangga bila masuk islam, berbangga bila dapat amal perintah Allah, al fahm ke idop?.

Rujuk rukun solat ke dua, Solat berjemaah, ada Nabi suruh solat dirumah sebab takut riyak? Nabi suruh solat berjemaah dimasjid agar semua orang kafir nampak, dan agar semua orang munafik Nampak! Nampak orang islam bersyukur atas nikmat agama dan buat ibadat secara terang terangan, Nampak orang illam yakin Allah bagi rezeki dan sanggup tinggalkan urusan dunia sekejap untuk buktikan nikmat bersyukur? Nampak tak?

Sebelum solat, Nabi suruh azan kuat-kuat! Siap Nabi sewa bangunan yahudi yang tinggi dan Bilal azan dari atas bangunan agar semua orang dengar, zaman sekarang siap pakai Speaker, alat pembesar suara, orang jahil anggap azan kuat ni riyak, tapi orang berilmu faham, azam kuat ini adalah Syiar Islam-iaitu ibadat yang dibuat dengan rasa bersyukur dan bangga kerana Allah pilih kita! Dan mudah mudahan orang lain juga dipilih oleh Allah bila Nampak kita yang terpilih!

Lepas tu nak pergi solat berjemaah, Nabi suruh pakai pakaian solat dari rumah lagi, ambil wyudhu dari rumah lagi, dan galakkan berjalan kaki ke masjid, dan pergi balik ikut jalan berbeza biar orang nampak.

orang jahil anggap pergi solat berjemaah ni riyak, tapi orang berilmu faham, pergi solat berjemaah ini adalah Syiar Islam-iaitu ibadat yang dibuat dengan rasa bersyukur dan bangga kerana Allah pilih kita! Dan mudah mudahan orang lain juga dipilih oleh Allah bila Nampak kita yang terpilih!
Rujuk rukun Islam ke tiga, Nabi suruh kita berpuasa secara terang terangan, malahan ada hadis, bila Puasa, kita kena bagitahu lagi lagi depan orang mengumpat suruh mereka berhenti mengumpat sebabg saya sedang berpuasa!.

Rukun Islam ke empat? Zakat bayar depan kaunter di masjid. Bukan sorok sorok bayar dalam tabung derma, biar Amil Zakat tahu siapa yang dan bayar dan siapa yang belum. Amil Zakat ni wujud zaman Nabi lagi tau tak?

Last, Haji pun kena bagitahu, jika mampu buat kenduri syukur. Buat!

Itu Rukun islam, yang dalam ibadat lain pun kena Syiar!

Bila Kahwin kena bagitahu. Majlis kecil tak apa tapi kena war warkan. Jika kahwin senyap senyap takut orang cakap kita riyak kahwin empat, nanti jadi fitnah bila keluar masuk rumah siteri kita, adohai..

Jadi balik bab ibadat Korban pun bagus war warkan. Sembelih tempat terang terang, biar semua Nampak!

Malahan dalam hokum Jenayah, islam pun suruh hokum pesalah secara terang terang, tak setuju? Lakum dinukum waliyaddin, untuk kamu agama kamu, untuk kami agama kami, al faham ke idop?
Balik ke media sosial. Maka boleh jer kita nak kongsi dah masuk islam bagi mualaf. Pergi solat masjid mana, sahur makan apa, korban berapa ekor sebab ada waktu nabi galakkan derma secara terang terang, Termasuk dalam syiar Islam semua tu.

Namun ada ada benda yang tak elok untuk dikongsi iaitu ibadat infradi seperti tahajjud, zikir, khidmat, sedekah dan lain lain yang boleh mengundang riak.

Secara mudah fahamnya, janganlah tinggalkan amal sebab takut riyak, tapi takutlah riyak sebab tinggalkan amal, sebab ada dalam kitab menulis:

“sesiapa yang tinggalkan amalan kerana takut dipuji, maka itulah riyak, dan sesiapa yang buat amalan agar dapat pujian, maka itulah syirik!

Jadi kita buat ibadat secara terang terang bukan untuk dipuji tapi adalah kerana nak Syiarkan ISLAM!

Maka sesiapa yang solat di rumah dengan alasan tak nak ke masjid takut riyak, ketahuilah syaitan dan perbodohkan korang dengan kefahaman yang salah, hmmm, salah korang jugak, siapa suruh malas belajar?

Jadi sila guna common sense. Bukan semua benda boleh dikongsi dan ada juga yang boleh dikongsi. Contoh suami boleh dikongsi oleh empat wanita tapi tidak sebaliknya.

Woha!

Ps: ini hanyalah pendapat aku semata mata. Terima kasih sudi tegur. Lain kali mungkin aku tak pos dah gambar lembu korban tu. Huhuhu

No comments:

Post a Comment