Feb 14, 2018

Apa nak tanya pada Kekasih?


(Mereka yang ada Kekasih, cuba tanya soalan ini)

-BUMI NI RATA KE SFERA?

Jika dia jawab bumi ni leper, kesianlah sebab Ustaz Azhar Idrus (pakar agama) dan Dr. Danial Zainal Abidin (pakar Sains) kata Bumi sfera dan keliling matahari tapi bakal pasangan seumur hidup korang sanggup berhujah lawan Ulamak dan Doktor Phd sedangkan naik kapal terbang pun belum pernah? Adohai..

-BETUL KE ORANG KE BULAN?

Biasa hujah mereka bahawa bukti orang ke bulan palsu adalah: kenapa lepas Armstrong ke bulan orang dah tak pergi? Yang mereka tak tahu dah dua belas orang pergi ke bulan jalan-jalan ke sana, ramai lagi yang masih hidup dan ada bukti mereka pergi sana, tapi itulah, jika Ustaz dan Dr Phd pun dia sanggup lawan berhujah, apa lagi Angkasawan? Kan?

-ANAK NANTI NAK CUCUK VAKSIN KE TAK?

Hujah paling popular, Yahudi yang cipta virus, dan yahudi yang cipta vaksin, yang dia tak tahu, manusia ni nak cipta kepak lalat pun tak boleh apatah lagi kuman? Lepas tu yang dia tak tahu, teknologi vaksin ni berasal dari kepakaran perubatan islam, tapi itulah, jika Ustaz, Dr Phd dan Angkasawan pun dia boleh lawan berhujah, apatah sangat Doctor Pakar?! Celah gigi dia jer kot.
-PERNAH JOIN MULTI LEVEL MARKETING?

Bisnes cari orang jadi ahli, bukan nak jual barang sangat, produk tak bermutu (jahil teknologi) tapi tipu dengan testimoni palsu (jahil sains) dan jual dengan harga tak masuk akal(jahil agama). Lepas tu cakap kerja mudah tak perlu cari orang, tapi bila jumpa orang terus promosi, (jahil strategi) adohai.., asal MLM ni tak salah, tapi ruang untuk menipu dan ditipu terlalu besar. Maka jika pasangan korang sokong MLM dan suruh korang jadi ahli itu ini begitu begini, suruh dia buat bisnes yang betul. Ramai orang merana kerana MLM, termasuklah pasangannya. , Tapi itulah, jika Ustaz, Dr Phd, Angkasawan dan Doctor Pakar dia boleh lawan hujah? Apatah sangat Pakar ekonomi?


-PERNAH JOIN SKIM CEPAT KAYA?

Jika pernah dan sudah bertaubat alhamdulillah, semua tahu kalau nak kurus kena jaga makan dan kuat bersenam, tapi tiba tiba bila nak kaya boleh cukup dengan duduk sahaja dan labur modal dalam skim ntah apa-apa? Hotel Mekah lah, Saham Sawit lah! Kopi belalang tempur lah! Bila orang nasihat tak nak dengar, tapi logic jugak, jika Ustaz, Dr Phd, Angkasawan, Doctor Pakar, dan Pakar ekonomi dia sanggup lawan, apatah lagi korang yang tak nak join skim cepat kaya dia?  

-APA PENDAPAT ANDA TENTANG ABU BAKAR DAN UMAR?

Tanya ni boleh tahu dia Syiah ke tak, iaitu bila dia sanggup caci maki dua sahabat ni, untuk pengatuhuan: Syiah ni ajaran sesat, zaman Nabi takde Syiah, tapi hati-hati sebab mereka ada ilmu MENIPU, iaitu pura pura sokong Sahabat Nabi, cara nak uji, adalah korang puji Aisyah isteri Nabi banyak banyak depan dia, jika dia diam seribu bahawa, Boleh jadi Syiah lah tu.

-SAMBUT MAULUD NABI BOLEH TAK?

Ni nak tahu dia ni wahabi ke tak? Jika dia kata tak boleh dan bagi hujah Nabi tak buat-confirm wahabilah tu, salah satu ajaran sesat jugak, tapi tanya dia, birthday saya nanti boleh sambut tak? Tentu Dia kata birthday kekasih boleh yang tak boleh sambut birthday Kekakasih Allah, adohai.. Ada jugak ustaz wahabi ajar pengikut dia bumi ni rata, sebab tafsir dalil guna cara tersurat, Itu yang ada wahabi bagitahu Tuhan ada wajah, Tuhan ada kaki, Tuhan duduk, dan macam macam lagi, adohai..

-NAK BERANAK DI HOSPITAL ATAU DI RUMAH?

Ini boleh tahu jika dia menyokong ajaran sesat Daola ke tak? Zaman dulu kematian ibu dan anak tinggi sebab bukan semua kampung ada pakar meyambut kelahiran bayi, zaman sekarang bayi songsang pun ada teknologi belah perut selamatkan kedua-duanya. Orang tua zaman dulu bagitahu puntianak ni berasal dari perempuan yang mati waktu bersalin dan toyol pula berasal dari bayi yang juga mati waktu mak nya bersalin, Hantu Penanggal pun selalu berkeliaran cari darah tumpah orang beranak. Tapi sejak zaman perubatan moden, Nak cari puntianak, Penanggal dan toyol susah nak jumpa-Woha!

-APA PENDAPAT ANDA TENTANG TUN, ANWAR, HADI DAN NAJIB?

Ni boleh tahu dia macai politik mana, sebab politik matang, sokong yang baik, dan kritik yang tak betul sahaja, Tapi jika kekasih korang: Apa perti saya buat semua betul walaupun salah! Apa seteru politik saya buat semanya salah walaupun betul-itulah MACAI Politik!

-PERNAH JUMPA HANTU?

Tanya ni boleh tahu tahap mistik yang dia percaya, kat sini boleh tahu sejauh mana agama dan sains dikaitan bab pengalaman mistik, tapi hati hati,almaklumlah, jika Ustaz, Dr Phd, Angkasawan, Doctor Pakar, dan Pakar ekonomi dia sanggup lawan, apatah lagi korang yang tak pernah jumpa hantu? Kah kah kah!

-SEDANG BACA BUKU APA SEKARANG?

Jika dia jawab tajuk buku apa apapun, Tahniah! Tapi jika dia jawab:

“Maaflah, saya dah lama tak membaca buku, paling last baca masa sekolah menengah dulu”

Atau,

“ Saya ada beli buku lima tahun lepas, tak habis lagi baca, tak tahu nak sambung baca bila? Tak ada masa”

Atau,

“Maaf, saya tak boleh baca buku yang tak ada gambar, pening!”

Atau,

“Saya lebih suka pergi seminar bayar mahal mahal untuk dengar pakar motovasi ‘bacakan’ buku yang harga jauh lebih murah dari yuran seminar untuk saya, nak baca sendiri malas sangat-jadi saya upah doctor palsu bacakan semangat motivasi untuk saya”-Ambik kau!

Jika begitulah jawapan kekasih korang, memang patutlah dia sanggup lawan dengan semua ustaz, Dr Phd, Angkasawan, Doctor Pakar, Ulamak, Pakar ekonomi dan lain lain sebab malas membaca rupanya, adohai..

Dia tak tahu ke prosa ayat “saya dah lama tak membaca” atau “saya malas membaca” itu semua adalah kekurangan. Kenapa bangga mengaku tak suka baca buku dan anggap ianya satu kelebihan?
Habis tu, masa naik kapal terbang, masa tunggu bas, masa jalan jem, masa berehat melancong tepi pantai, masa rehat sebelum tidur, tak membaca kah korang? Korang buat apa?

Jika tak membaca, lebih suka termenung dan berangan, Kenapa nak bagitahu semua orang aib korang yang malas membaca tu? Apa ke jadah?

Aku nasihat, lain kali, jangan sesekali mengaku tak suka membaca, bosan membaca, beli buku tak baca, dan apa apa sajer alasan malas membaca kepada sesiapapun sebab nanti orang tahu korang bodoh dan senanglah korang kena tipu.

Itu yang pergi masuk skim cepat kaya, percaya bumi leper, dengki orang ke bulan, percaya hantu dan bomoh, jual produl MLM yang mengarut, percaya teori konspirasi dan macam-macamlah!

Habis sampai sini, banyak lagi soalan lain seperti: Bila khatam Al Quran berserta makna? demikanlah lebih kurang stok soalan korang kena tanya pada kekasih Korang, dan jika jawapan ke laut, jangan terus buang mereka, cuba Selamatkan mereka, InsyaAllah jika mereka ingin diselamatkan, maka akan terbuka jalan-jalan kebaikkan.

Sesungguhnya, kepada Kekasih kita adalah jalan keindahan, dengan syarat: Mereka ada Common Sense yang indah.

Woha!




Feb 13, 2018

Bagaimana "MENGUBAH" Takdir

(Tiga perkara yang boleh "mengubah" takdir.., InsyaAllah)

Dulu masa aku belajar agama, ada satu silibus penting iaitu; BETULKAN FIKIR.

Biasa bila sampai masjid, ustaz akan suruh betulkan fikir kerana apa yang kita fikir, itu yang akan kita dapat. Ustaz kata jangan fikir nak cari salah orang, tapi fikir nak baiki diri dengan serah diri pada perintah Allah.

Aku pada mulanya tak tahu macam mana nak betulkan fikir, lalu kawan aku cakap, dia pernah waktu duduk di masjid fikir nak makan kuda, tiba tiba kuda melintas jalan, eksiden!, cedera dan disembelih, lalu daging kuda di beri kepada Jemaah masjid, dapatlah dia makan daging kuda buat pertama kali dalam hidupnya..

Aku masa tu anggap kebetulan jer tu, lalu aku fikir nak makan jagung rebus, lama aku fikir, petang tu orang kampung datang bagi jagung rebus, wow!

Lepas tu aku fikir nak makan durian, tak dapat terus, tapi esoknya dapat! Orang kampung datang bagi pada aku yang sedang iktikaf di masjid. Lepas tu aku fikir nak makan daging itik sebab lama dah tak makan, tak dapat terus, dalam tiga hari akhirnya ada orang tiba tiba bagi aku makan daging itik!

Bila aku cerita pada ustaz, maka ustaz tegur aku:

“Hamka! Jangan fikir tentang makanan, jika fikir tentang makanan, makananlah yang kau dapat. memang manusia di beri kuasa Fikir, Manusia fikir atas besi, besi boleh jadi kapal laut, fikir lagi atas besi, besi boleh jadi kapal terbang. Orang kaya fikir tentang wang, bisnes menjadi semakin maju, orang miskin fikir tentang salahkan orang lain, akhirnya semakin miskin! Gunakan kuasa fikir di jalan yang benar!

Formula formula matematik yang ditemui itu pun berkat fikir manusia, teknologi-teknologi sains yang manusia cipta adalah berkat fikir dengan sungguh sungguh! Betapa hebatnya fikiran manusia. Fikir apa sahaja, kemudian, ia boleh terjadi. Ini Sunnatullah!

Jadi, kenapa kamu tak manfaatkan fikiran kamu yang hebat itu untuk fikir atas agama? Jika fikir atas benda dunia pun menjadi, maka fikir atas agama pun, mesti jadi! Sampai masjid kita kena bawa lari dari fikir dunia kepada fikir akhirat. Kita sebagai orang Islam, fikir kita kena betul. Jika banyak fikir dunia, maka dunialah yang akan maju. Cuba kita ubah kerisauan kita daripada kerisauan dunia kepada akhirat... insya-Allah, kita akan berjumpa jalan-jalan ke arah akhirat. Nabi fikir tentang ummat, akhirnya agama tersebar dan ramai ummat dapat hidayah!"

Panjang aku kena ceramah dengan ustaz tentang JANGAN SALAH GUNA KUASA FIKIR, tapi memang betulpun apa yang ustaz cakap, masuk akal sebab apa yang ustaz tu cakap sebijik macam LAW OF ATTRACTION yang terkenal di Barat.

Aku waktu itu memang ada baca buku HOW LIFE WORKS oleh Andrew Matthew, yang bincang bab “Law of Attraction”, atau dalam Bahasa melayu, hukum tarikan.

Iaitu REAKSI FIKIRAN kita akan menghantar gelombang kepada alam semesta dan akan menarik AKSI KEJADIAN selari dengan gelombang otak.

Katanya, Jika kita berfikiran ceria, maka nasib yang untung akan tiba, tapi jika kita berfikiran murung, nasib malang akan menimpa. Begitu lebih kurang.

Kata pengarang, dia bergaduh dengan isterinya, lalu isterinya bengang dan pandu kereta hingga sampai di lampu traffic light warna merah, isterinya berhenti sambil tunggu lampu hijau, tiba tiba kereta lain datang dan langgar isterinya. Katanya bencana datang sebab isterinya sedang menghantar gelombang kesedihan pada alam semesta.

Waktu lain, kata pengarang bila dia susah hati, semua benda tak jadi, tapi bila dia senang hati, semua yang di buat-menjadi! Inilah kuasa fikiran yang boleh mengubah takdir!

Jadi, dalam konsep “Law of Attraction” di Barat, Mereka percaya gelombang positif dari otak akan mengundang takdir positif dalam hidup yang dikuasai alam semesta, dan gelombang negatif dalam otak juga akan mengundang takdir negatif dalam hidup, cuma mereka tak merujuk kepada kuasa Tuhan, tapi merujuk kepada kuasa alam semesta sebab mereka tak percaya pada TUHAN tapi percaya pada kuasa alam semesta dalam bab kuasa fikir.

Mereka juga percaya bahawa semua dalam alam ini saling berhubung dengan manusia, dan mereka juga percaya dengan kuasa doa dan niat! (sebijik macam ajaran islam!)

Siap mereka percaya, jika fikirkan orang lain ditimpa bencana, maka bencana akan timpa kita! wow!

Jadi jika korang ada baca buku The Secret dan Law Of Attraction maka yakinlah kita bahawa asas kefahaman kedua buku tersebut telah diajarkan oleh Nabi Muhammad 1400 tahun yang lalu. Jadi kita tak payah nak ikut Hukum TARIKAN ini dalam bab ‘mengubah’ takdir sebab mereka takde Tuhan, boleh pulak berdoa kepada Alam Semesta! adohai..,

Jadi mari kita balik ke pangkal jalan kerana semua ini sudah ada dalam Islam dalam bab kuasa fikir:

Firman Allah “Aku mengikuti sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah yang didapatkan, jika sangkaannya buruk maka buruklah yang didapatkan.

Tempat lain Allah berFirman: “Mintalah kepadaku niscaya kuperkenankan bagimu”.

Maka yakinlah kita bahawa Allah memberi kita KUASA FIKIRAN yang boleh ‘mengubah’ TAKDIR ALLAH, Kuasa itu ada dalam FIKIR, NIAT dan DOA.

Dengan tiga perkara ini, kita boleh ‘mengubah’ takdir dari sudut padangan kita.

Note: di sisi Allah semua takdir telah tertulis, di sisi kita, belum tahu apa takdir yang di tulis, maka usaha perlu dibuat untuk ‘mengubah’ nasib tapi dengan yakin yang betul bahawa segalanya telah ditakdirkan.

Dalil Allah suruh ubah Nasib:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”

Jadi bagaimana nak ubah?

Guna kuasa fikir, niat, dan doa:

Allah berfirman: Aku bersama sangkaan hambaku padaku, dan aku menyertainya ketika ia telah berdoa pada ku.

“Setiap orang akan memperoleh sesuai dengan apa yang ia niatkan” (HR Bukhari Muslim)

“Aku mengikuti prasangka hambaKu, jika prasangkaannya baik maka baiklah yang didapatkan, jika prasangkaannya buruk maka buruklah yang didapatkan.” (Hadits Qudsi)

Maka fahamlah kita, dengan betulkan FIKIR, betulkan NIAT, dan Betulkan DOA, maka takdir akan berubah daripada takdir yang tidak baik kepada Takdir yang lebih baik!

Sebab tu Nabi gunakan kuasa FIKIR nya untuk risau kepada Ummat, Nabi NIAT untuk selamatkan semua Ummat, dan Nabi DOA siang malam untuk selamatkan Ummat hingga berbondong bondong orang masuk islam, tapi bukan semua sebab hidayat ditangan Allah, dan inilah takdir.

Akhir kata:

Kita adalah apa yang ada dalam fikiran kita, dan fikiran kita akan menarik apa yang kita fikir, jika kita takutkan hantu, maka semua benda nampak seram, dan ada peluang untuk berjumpa dengan hantu walaupun itu hanyalah kain putih ditiup angin, bunyi kucing bersetubuh pun kita akan sangka suara puntianak bila terlalu fikirkan hantu! Adohai.

Tapi jika kita fikir tentang nikmat Allah, lalu bersyukur, Allah akan tambah nikmat, jika kita mengeluh, maka hidup akan menjadi lebih susah, jika kita sangka baik, maka takdir baik akan berlaku, sungguh Allah tak akan ubah nasib kita jika kita tak berusaha, sebab tu Nabi fikir risau ummat, dan berdakwah sungguh sungguh pada ummmat dan Yakin bahawa rezeki serta Hidayat milik Allah.

Hasil kerja kita adalah takdir Allah tapi kita kena berusaha dan bertawakkal sebelum takdir itu berlaku.

Wahai hati, apa yang sedang kamu rasa? Bertenanglah dan pergilah berjumpa dengan Tuhanmu Bersama hati yang tenang!

Amin.

Feb 9, 2018

Apa maksud Bahagia?


(Tiga soalan yang patut korang tanya pada pasangan hidup)

Pada satu hari, aku telah bertanya soalan pada Puan Bini:

“Bila kali terakhir awak sedih hingga menangis?”

“Errr.. hmmm”

“Lama sangat tak sedih sampai lupa? Wow!”

“Ok, saya ingat lagi, waktu arwah mak abang meninggal, dan minggu berikutnya kita balik kampung tak ada arwah mak abang sambut menantunya macam biasa, bila masuk dapur tak ada orang, waktu itu sedih sangat, lepas tu abang bawak saya ziarah kubur mak, berlinangan air mata saya rindu pada mak mertua”

“Lama sangat tu, dah sembilan tahun”

“abang pula bila kali terakhir sedih?”

“Bila buku pertama abang siap, rasa sedih sangat sebab tak dapat tunjuk kat arwah mak, sebab mak nak sangat anaknya menjadi penulis, siap bagi nama HAMKA, tapi itulah, buku siap tahun 2012, arwah mak pergi tahun 2009, tapi abang ada jumpa arwah mak dalam mimpi update kisah hidup, siap mimpi arwah mak bagi saka lagi-ha ha”

“Saka tu lawak”

“Ok, bila kali terakhir awak gembira?”

“Sekarang, atau tadi waktu abang peluk saya bila sampai rumah”

“Apa erti bahagia pada awak?”

“Bahagia datang bila saya dapat gembirakan abang, gembirakan anak-anak, gembirkan orang lain, bahagia sangat dapat bantu orang bergembira"

"Itu kesan dari gembira, apa definasi gembira?"

"Nak definasi pulak, macam karangan bahasa melayu ni"

"Takpe, jawab jer, awak kan Clever Girl abang"

"Ok, takrif bahagia bagi saya adalah apabila saya ada hati yang sentiasa bersyukur dengan semua nikmat walau sekecil-kecil nikmat dan mampu bersabar dengan semua ujian walau sebesar-besar ujian-itulah bahagia!”

“Tinggi awak punya ayat-izinkan abang update di blog keretamayat!”

“Silakan!”

Lalu akupun update kisah laki bini, sementara itu korang sila tanya pasangan masing-masing tiga soalan ini dan dapat jawapan nanti, renung renungkan. Soalannya berbunyi:

  1. “Bila kali terakhir awak sedih hingga menangis?”
  2. “Bila kali terakhir awak gembira?”
  3. “Apa makna bahagia bagi awak?”

 Apapun jawapan pasangan korang, aku hanya mampu kagum dari jauh!

Woha!