Dulu masa aku belajar agama, ada satu silibus penting iaitu;
BETULKAN FIKIR.
Biasa bila sampai masjid, ustaz akan suruh betulkan fikir
kerana apa yang kita fikir, itu yang akan kita dapat. Ustaz kata jangan fikir
nak cari salah orang, tapi fikir nak baiki diri dengan serah diri pada perintah
Allah.
Aku pada mulanya tak tahu macam mana nak betulkan fikir,
lalu kawan aku cakap, dia pernah waktu duduk di masjid fikir nak makan kuda,
tiba tiba kuda melintas jalan, eksiden!, cedera dan disembelih, lalu daging kuda
di beri kepada Jemaah masjid, dapatlah dia makan daging kuda buat pertama kali
dalam hidupnya..
Aku masa tu anggap kebetulan jer tu, lalu aku fikir nak
makan jagung rebus, lama aku fikir, petang tu orang kampung datang bagi jagung
rebus, wow!
Lepas tu aku fikir nak makan durian, tak dapat terus, tapi
esoknya dapat! Orang kampung datang bagi pada aku yang sedang iktikaf di
masjid. Lepas tu aku fikir nak makan daging itik sebab lama dah tak makan, tak
dapat terus, dalam tiga hari akhirnya ada orang tiba tiba bagi aku makan daging
itik!
Bila aku cerita pada ustaz, maka ustaz tegur aku:
“Hamka! Jangan fikir tentang makanan, jika fikir tentang
makanan, makananlah yang kau dapat. memang manusia di beri kuasa Fikir, Manusia
fikir atas besi, besi boleh jadi kapal laut, fikir lagi atas besi, besi boleh
jadi kapal terbang. Orang kaya fikir tentang wang, bisnes menjadi semakin maju,
orang miskin fikir tentang salahkan orang lain, akhirnya semakin miskin!
Gunakan kuasa fikir di jalan yang benar!
Formula formula matematik yang ditemui itu pun berkat fikir
manusia, teknologi-teknologi sains yang manusia cipta adalah berkat fikir
dengan sungguh sungguh! Betapa hebatnya fikiran manusia. Fikir apa sahaja,
kemudian, ia boleh terjadi. Ini Sunnatullah!
Jadi, kenapa kamu tak manfaatkan fikiran kamu yang hebat itu
untuk fikir atas agama? Jika fikir atas benda dunia pun menjadi, maka fikir
atas agama pun, mesti jadi! Sampai masjid kita kena bawa lari dari fikir dunia
kepada fikir akhirat. Kita sebagai orang Islam, fikir kita kena betul. Jika
banyak fikir dunia, maka dunialah yang akan maju. Cuba kita ubah kerisauan kita
daripada kerisauan dunia kepada akhirat... insya-Allah, kita akan berjumpa
jalan-jalan ke arah akhirat. Nabi fikir tentang ummat, akhirnya agama tersebar dan
ramai ummat dapat hidayah!"
Panjang aku kena ceramah dengan ustaz tentang JANGAN SALAH
GUNA KUASA FIKIR, tapi memang betulpun apa yang ustaz cakap, masuk akal sebab
apa yang ustaz tu cakap sebijik macam LAW OF ATTRACTION yang terkenal di Barat.
Aku waktu itu memang ada baca buku HOW LIFE WORKS oleh
Andrew Matthew, yang bincang bab “Law of Attraction”, atau dalam Bahasa melayu,
hukum tarikan.
Iaitu REAKSI FIKIRAN kita akan menghantar gelombang kepada
alam semesta dan akan menarik AKSI KEJADIAN selari dengan gelombang otak.
Katanya, Jika kita berfikiran ceria, maka nasib yang untung
akan tiba, tapi jika kita berfikiran murung, nasib malang akan menimpa. Begitu
lebih kurang.
Kata pengarang, dia bergaduh dengan isterinya, lalu
isterinya bengang dan pandu kereta hingga sampai di lampu traffic light warna
merah, isterinya berhenti sambil tunggu lampu hijau, tiba tiba kereta lain
datang dan langgar isterinya. Katanya bencana datang sebab isterinya sedang
menghantar gelombang kesedihan pada alam semesta.
Waktu lain, kata pengarang bila dia susah hati, semua benda
tak jadi, tapi bila dia senang hati, semua yang di buat-menjadi! Inilah kuasa
fikiran yang boleh mengubah takdir!
Jadi, dalam konsep “Law of Attraction” di Barat, Mereka
percaya gelombang positif dari otak akan mengundang takdir positif dalam hidup
yang dikuasai alam semesta, dan gelombang negatif dalam otak juga akan
mengundang takdir negatif dalam hidup, cuma mereka tak merujuk kepada kuasa
Tuhan, tapi merujuk kepada kuasa alam semesta sebab mereka tak percaya pada
TUHAN tapi percaya pada kuasa alam semesta dalam bab kuasa fikir.
Mereka juga percaya bahawa semua dalam alam ini saling
berhubung dengan manusia, dan mereka juga percaya dengan kuasa doa dan niat!
(sebijik macam ajaran islam!)
Siap mereka percaya, jika fikirkan orang lain ditimpa
bencana, maka bencana akan timpa kita! wow!
Jadi jika korang ada baca buku The Secret dan Law Of
Attraction maka yakinlah kita bahawa asas kefahaman kedua buku tersebut telah
diajarkan oleh Nabi Muhammad 1400 tahun yang lalu. Jadi kita tak payah nak ikut
Hukum TARIKAN ini dalam bab ‘mengubah’ takdir sebab mereka takde Tuhan, boleh
pulak berdoa kepada Alam Semesta! adohai..,
Jadi mari kita balik ke pangkal jalan kerana semua ini sudah
ada dalam Islam dalam bab kuasa fikir:
Firman Allah “Aku mengikuti sangkaan hambaKu padaKu, jika
sangkaannya baik maka baiklah yang didapatkan, jika sangkaannya buruk maka
buruklah yang didapatkan.
Tempat lain Allah berFirman: “Mintalah kepadaku niscaya
kuperkenankan bagimu”.
Maka yakinlah kita bahawa Allah memberi kita KUASA FIKIRAN
yang boleh ‘mengubah’ TAKDIR ALLAH, Kuasa itu ada dalam FIKIR, NIAT dan DOA.
Dengan tiga perkara ini, kita boleh ‘mengubah’ takdir dari
sudut padangan kita.
Note: di sisi Allah semua takdir telah tertulis, di sisi
kita, belum tahu apa takdir yang di tulis, maka usaha perlu dibuat untuk
‘mengubah’ nasib tapi dengan yakin yang betul bahawa segalanya telah
ditakdirkan.
Dalil Allah suruh ubah Nasib:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum
kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”
Jadi bagaimana nak ubah?
Guna kuasa fikir, niat, dan doa:
Allah berfirman: Aku bersama sangkaan hambaku padaku, dan
aku menyertainya ketika ia telah berdoa pada ku.
“Setiap orang akan memperoleh sesuai dengan apa yang ia
niatkan” (HR Bukhari Muslim)
“Aku mengikuti prasangka hambaKu, jika prasangkaannya baik
maka baiklah yang didapatkan, jika prasangkaannya buruk maka buruklah yang
didapatkan.” (Hadits Qudsi)
Maka fahamlah kita, dengan betulkan FIKIR, betulkan NIAT,
dan Betulkan DOA, maka takdir akan berubah daripada takdir yang tidak baik
kepada Takdir yang lebih baik!
Sebab tu Nabi gunakan kuasa FIKIR nya untuk risau kepada
Ummat, Nabi NIAT untuk selamatkan semua Ummat, dan Nabi DOA siang malam untuk
selamatkan Ummat hingga berbondong bondong orang masuk islam, tapi bukan semua
sebab hidayat ditangan Allah, dan inilah takdir.
Akhir kata:
Kita adalah apa yang ada dalam fikiran kita, dan fikiran
kita akan menarik apa yang kita fikir, jika kita takutkan hantu, maka semua
benda nampak seram, dan ada peluang untuk berjumpa dengan hantu walaupun itu
hanyalah kain putih ditiup angin, bunyi kucing bersetubuh pun kita akan sangka
suara puntianak bila terlalu fikirkan hantu! Adohai.
Tapi jika kita fikir tentang nikmat Allah, lalu bersyukur,
Allah akan tambah nikmat, jika kita mengeluh, maka hidup akan menjadi lebih susah,
jika kita sangka baik, maka takdir baik akan berlaku, sungguh Allah tak akan
ubah nasib kita jika kita tak berusaha, sebab tu Nabi fikir risau ummat, dan
berdakwah sungguh sungguh pada ummmat dan Yakin bahawa rezeki serta Hidayat
milik Allah.
Hasil kerja kita adalah takdir Allah tapi kita kena berusaha
dan bertawakkal sebelum takdir itu berlaku.
Wahai hati, apa yang sedang kamu rasa? Bertenanglah dan
pergilah berjumpa dengan Tuhanmu Bersama hati yang tenang!
Amin.
terima kasih tuan hamka atas penulisan ini. sesungguhnya ia seperti apa y tjadi pd diri sepnjg pjalanan hidup sya. syukur Alhamdulillah. sya share ye.
ReplyDeleteBetul jugak...
ReplyDeleteTak payah fikir la orang tak suka kita...
Tak payah fikir cakap2 sinis orang kat kita...
Kita serah kat Allah...
Kita fikir diri kita dengan Allah cukup...
Fikir kekurangan dan kelemahan diri lebih baik...
Orang yang menang adalah orang yang tidak membalas apa yg orang lain kata tentang kita...
well done pak hamka.alhamdullilah
ReplyDeleteada hikmah dalam bermaulid x?xkan langsung xda? hikmah itu la sunnah.. adoi, mcm setengah2 orang yg perlu pakai jam loceng tiap2 hari utk bangun solat subuh..sunnah la juga tu.. hikmah itu kan sunnah.
ReplyDelete:)
ReplyDeleteDone smile