Tanda kita dah tua, selain orang panggil
kita pakcik dan suruh ulang cakap sebab tak beberapa nak dengar, tanda lain
kita dah tua adalah bila ahli kelurga lantik korang jadi juru runding majlis
pertunangan. Ha ha!
Mudahkan hidup korang, siapa-siapa yang
jadi bidan terjun macam aku, boleh guna skrip yang aku karangi ini. Aku share
secara percuma, tapi nak beli buku aku dan jadikan hantaran pun boleh juga, Woha!
Contoh Hantaran Gubahan Buku |
Skrip dan adab majlis pertunangan bagi
pihak lelaki.
Pakai baju biar beradab, baju melayu
bersampin pun boleh, pakai baju batik bersongkokpun boleh. Waktu sampai rumah
perempuan, juru pantun elok pegang hantaran cincin dan mengetuai rombongan
perjalanan, nak berselawat pun boleh. Bidaah hasanah jika ikhlas dibuat tetap dapat
pahala.
“Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
terima kasih kepada seisi tuan rumah kerana sudi menyambut kedatangan kami
dengan:
Hati Yang Terbuka, Dada Yang Lapang,
Wajah
Yang Ceria, Kedatangan Di Raikan.
Alhamdulillah, Syukur pada Allah atas
segala nikmat, dapat kita berkumpul di majlis yang penuh berkat, amin.”
Dah habis mukadimah, Boleh mulakan dengan
pantun pembuka:
“Dari Terengganu Ke Pantai Barat,
Hendak
Menangkap Sekawan Ikan,
Kami Datang Membawa Hajat,
Hendak Menyunting Bunga Di Taman.”
Lepas tu taaruf (kenalkan diri):
“Sebelum itu elok saya perkenalkan diri,
Saya Muhammad Hamka driver keretamayat mewakili yang dihormati abang ipar saya
encik A dan kekanda yang saya cintai Puan B bagi pihak anak saudara saya yang
bernama (masukan nama pengantin lelaki)
Al kisahnya sejak beberapa purnama yang
lalu, kekanda saya yang dicintai mengadu bahawa si anak terunanya sedang mabuk
dilanda angau asmara, makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah dan dalam
mimpi mengigau ngigau menyebut nama (masukan nama pengantin perempuan)
Jadi tujuan besar kami datang adalah untuk
menyambung ikatan silaturahim antara dua keluarga. Lagipun adalah Sunnah nabi,
bertanya dahulu- adakah (masukan nama pengantin perempuan) sudah berpunya? Jika belum berpunya saya
secara rasmi bagi pihak tuan badan ingin masuk meminang, insyaAllah…”
Begitu lebih kurang takruf dan mukadimah
pertunangan, bila pihak perempuan jawab, dan kita anggap mereka sudah terima,
maka boleh sediakan pantun terima:
"Buah kelapa pohonnya condong, baru sekarang
hendak berbuah
Sudah lama niat kami kandung, baru sekarang
dizinkan Allah."
Lepas tu boleh cerita tentang tanda
pertunangan.
“Alhamdulillah, pihak kami sangat bersyukur
atas penerimaan pihak tuan rumah, maka pertunangan sudah tentu ada
tanda-tandanya,
(sambil hulur cincin, boleh hulur sembahan sirih dengan pantun
di bawah)
“Setapak sirih, tanda hati bersih, Seulang
pinang, tanda hati sayang
Secalit kapur, tanda hati jujur, sebentuk
cincin, tanda pertunangan”
Waktu ini biasanya cincin akan di serahkan
kepada pihak perempuan belah sana, bila pihak mereka dah terima cincin, boleh
sambung skrip:
Bila dimana tempat berhajat
Berapa nilai, hantaran bersyarat?
Waktu ini perbualan mungkin akan menjadi
tidak formal sebab tak tahu nak bincang mana dulu? Hantaran ke? Maskahwin ke?
Tarikh kahwin bila? Tempat di mana? Jadi waktu ini follow jer tuan rumah nak
bincang mana dulu, jika tuan rumah banyak diam, boleh pihak lelaki bagi tarikh
cadangan dan tempat majlis bagi pihak lelaki, lepas tu bincang tentang
hantaran, waktu itu mungkin dah tak perlu pantun pantun, follow jer the flow. Sembang
santai sahaja. Yang penting:-
Pastikan jumlah hantaran(belanja hangus
untuk majlis kenduri) dan maskahwin(khas untuk siteri) di sebut jelas dan Tarikh
majlis bagi pihak lelaki dan perempuan juga di sebut jelas, jika tidak jelas,
boleh sebut tempoh pertunangan dengan jelas.
Bab Mahar dan hantaran tu, ada tempat yang
gabung sekaligus hantaran dan maskahwin, jadi follow jer the flow. jika tak de
idea boleh minta ibu bapa pengantin tambah pendapat dan suara masing masing,
bagi peluang orang tua-tua bercakap sama.
Hujung majlis boleh serahkan beberapa
dulang hantaran iringan sebagai hadiah sampingan. Atau majlis sarung cincin
dari ibu pengantin lelaki ke jari bakal pengantin perempuan.
Ada jugak kes, meraka ajak bincang bab
pertunangan separuh jalan, skripnya lebih kurang:
“Sesunggunya jodoh pertemuan di tangan
Tuhan. Sekiranya putus pertunangan atau jodohnya tidak kesampaian, semoga tali
persaudaraan tetap kita kekalkan. Untuk itu tiada dakwa-dakwi. Segala apa yang
diberi dan diterima, diberi dan diterima dengan ikhlas. Namun begitu marilah
kita berdoa agar niat murni kita diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga jodohnya
kekal selamanya”
Ok begitulah lebih kurang skrip, awal awal
jer nak ikut skrip, bila dah lajak jalan berbahasa, korang akan selesa sendiri, jika
pihak sana banyak berpantun ni ada beberapa stok pantun untuk di jual beli:
Negeri Terengganu di tepi pantai,
Tempat
mandi ikan tembakul,
Yang kita hajat sudah tercapai,
Yang kita
doakan sudah terkabul.
Lagi pantun:
Negeri tuan sungguh indah,
Semua cantik
tidak terperi,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan
di dalam hati
Nak lagi pantun?
Tanam mayat jauh ke tengah,
Batu
nisan bercabang dua,
Hancur mayat dikandung tanah,
Budi yang
baik dikenang jua.
Woha!
Jadi begitulah lebih kurang adat dan adab
dalam majlis merisik dan bertunang, bagi pihak Clever Girl, hantaran tu jangan
tinggi sangat, sebab ada hadis bagitahu, wanita mulia apabila cepat kahwin,
cepat beranak dan murah mas kahwinnya.
Pertunangan itu Sunnah, dan Sunnahnya
jangan lama sangat bertunang, tunang tanda ikat sementara kerana pihak Boboboy
ada urusan yang perlu diselesaikan maka dalam tempoh bertunang tak bolehlah
orang lain nak rampas.
Dah bertunang juga bukan tiket untuk bebas
bercouple, hukum haram tetap sama macam belum bertunang, jadi jangan hampiri zina.
Masa bertunang banyakkan belajar urusan
rumah tangga terutama bab bab agama, sebab perkahwinan ni kita nak bawa sampai
ke syurga.
Bagi yang belum bertunang, jangan bimbang,
teruskan doa dan usaha, yakinlah bahawa Jodoh akan datang pada kita seperti
mana maut akan datang pada kita, yang mana jika tunggu punya tunggu tapi jodoh
tak datang-datang maka berkahwin lah kita dengan maut.Tapi jangan bimbang,
walau belum bertunang, dan andai kata kita mati dalam keadaan beriman, jodoh
kita tetap setia menanti di syurga, tapi jika kita mati tak beriman, maka
membujang lah kita dalam neraka, walau di dunia punyai banyak kekasih!
Okey, tak boleh lama menulis, ramai orang perempuan
nak ambik gambar dengan juru pantun yang hensem giler.
terbaik boh.
ReplyDeletejumpa! terima kasih atas skrip ini, sangat membantu.
ReplyDelete)awang)
sama sama, jangan lupa buku jadikan hantaran-woha!
ReplyDeleteboleh saya nak pantun meminang...
ReplyDeleteJuru pantun hensem 😜
ReplyDeleteSaya nak guna skrip ni utk tugasan pertama saya sebagai juru pinang. Harap redha dan halalkan ya..terima kasih.
ReplyDeleteHebat. Terima kasih
ReplyDeleteAlhamdullillah..ada caranya skrip ini saya akan guna untuk tugasan pertama saya sebagai juru pinang.terima kasih mintak halal ilmunye.
ReplyDeleteSaya nak guna ayat ni tuk majlis meminang anak buah sok. Tq
ReplyDelete