Jan 24, 2018

Apa ada pada First Time?

(Tip borak berilmiah bersama Laki bini)

Aku sedang pandu kereta dari KL ke pantai timur.

Cuaca yang sejuk, jalan raya yang lengang, lalu Puan Bini memecah sunyi dengan satu cadangan:

“Abang, cuba kita bincang apa pencapaian kita tahun lepas, perkara baru yang kita buat dalam hidup dan benda tu bagus!”

Pandai Bini memancing aku yang sedang dahaga beberapa rangkap perbualan, lalu kamipun bincang tentang pecapaian hidup laki bini sepanjang tahun lepas, terutama benda baru dalam hidup.

Antaranya:-

1. Pindah rumah baru sebelum bulan puasa tahun lepas. Rumah Pertama dulu teres tengah, rumah kedua end lot, rumah ketiga Alhamdulillah rumah banglo saiz sederhana di atas tanah lot. Banyak kerja kena buat sebab beli tanah dan upah orang buat rumah, tapi harga jauh lebih rendah dari pasaran. Walaupun banyak nak kena urus, nak kena tambah tanah, daftar api, buat laluan paip, kos bina pagar, indah water, dan macam-macam tapi benda pertama kita buat, semua teruja dan seronok.

2. Berjaya jual kereta kedua yang dah pakai 15 tahun, beli kereta baru yang kecil sahaja, sebab nak jimat minyak, kira benda baru jugaklah.

3. Berjaya turunkan berat badan hampir 10kg, terima kasih Puan bini yang sudi masak lauk sihat tapi sedap.

4. Berjaya siapkan buku baru “kisah terakhir tentang Hantu”, dan masuk pasaran di pesta buku april lepas, tapi sayang sikit, penerbit dah tutup hujung disember, terkini dah dapat tawaran dari tiga penerbitan, sedang timbang tara.

5. Buku Kisah Laki Bini dapat anugerah Buku Paling Popular katogori Buku Alternatif terbitan Buku Pojok anak syarikat Karang Kraf, sempat berkongsi pentas dengan penulis tersohor Ramlee Awang Murshid pada bulan julai.

6. Lepas raya tahun lepas, berjaya daki gunung Suku dan Gunung Irau di Camaron Higland, sungguh indah ciptaan Allah!

7. Bawa anak bini jalan jalan tempat first time untuk mereka macam naik bot di sungai Terengganu, panjat bukit Keluang di Besut, pergi KL MiNiature itu semua first time bagi mereka, tempat lain dah banyak kali repeat tak payah cerita. 

8. First time dapat mengajar ilmu kejuruteraan hujung minggu di Bangi dan Johor, tahun ni ada lagi job katanya, alhamdulillah.

9. Berjaya terjun tiruk dalam tasik dayang bunting di langkawi tahun lepas, first time island hoping situ, huhuhu

10. Berjaya jadi penceramah jemputan di Bengkel Penulisan Kreatif di Terengganu, dan Kuantan pada awal tahun lepas, terima kasih kepada yang sudi hadir.

Kelihatan di hujung sekali Maulana Abdul Fatah dari Madrasah Kubang Bujuk.


Di Kuantan


11. First time ke udara bersama DJ wan di Manis FM

Link

12. Anak-anak berjaya dalam exam. Pun bukan first time, tak payah cerita.

13. Hampir setiap bulan berjaya balik kampong ziarah ibu bapa sendiri dan mertua.Ini pun bukan first time)

14. Habiskan kitab Mutakhab Hadis bacaan bersama anak bini...

Eh? Banyak kejayaan yang bukan first time, jadi tak perlu ceritalah, ambik yang first time jer, huhuhu

So panjang lagi jika nak cerita, moral dari karangan ini adalah:-

Jika nampak suami mengantuk, ajak lah laki borak topik ini. Aku percaya korang punya pencapaian tahun lepas jauh lebih hebat dari hidup aku yang sederhana ini, Sungguh jika kita selalu bersyukur, Allah akan tambah nikmat, jadi tahun ni aku azam nak turunkan lagi berat badan, nak naik gunung yang belum pernah didaki, nak ke luar negara, nak siapkan buku baru, nak bantu Jemaah berdakwah, bla bla bla.

Hmmm, elok aku cerita tentang azam first time tahun ini, bini terus tidur sebab banyak list lebihkan laki, bini nak guna bajet untuk renovate rumah, aku nak guna bajet tu untuk jalan-jalan, jadi tutup majlis dengan doa memandu.


Woha!

5 comments:

  1. 1st time jm komen kat sini.
    banyak perkongsian di sini

    ReplyDelete
  2. kejayaan tahun lepas 3 kali dapat jumpa tuan hamka di pesta buku..first time tu.haha

    ReplyDelete
  3. tahniah tuan !!! semoga d permudahkan dalam setiap urusan.

    ReplyDelete
  4. boleh sahre kenapa abang happi selalu, jeles

    ReplyDelete
  5. Jamil: Thanks

    Bundle: Amin.

    Anom: Cara hapi selalu adalah dengan sembunyikan duka. tulis bab suka sahaja, woha!

    ReplyDelete