(Pengakuan: 14 sebab kawan aku nak ceraikan bini dia-Sungguh Derita yang ada Akhir lebih baik dari Derita Selama-lamanya)
petikan buku Kamar sutera |
Hari tu sembang dengan kawan, katanya layanan makan dan
ranjang fail, buat dia mencari bini baru dan nak cerai bini lama, dalam komen ramai marah orang lelaki sebab tak boleh tolak ansur bab makan dan ranjang,
adohai perempuan, nak selesaikan masalah jangan tengok dari mata katak bawah
tempurung, tapi tengoklah dari mata burung.
Bab makan, ada korang jumpa lelaki suka makan sorang sorang
dikedai? Mereka makan mesti nak bersembang, jika ada orang teman, dua tiga jam
pun boleh lepak kedai makan. Jadi bayangkan jika korang biar suami selalu makan
sorang sorang. Mereka akan fikir, ada bini sama jer dengan takde bini.
Bab ranjang aku malas nak cerita, sebab lelaki wajib inzal
bila ghairah, air boleh naik kepala dan mudah stress, Peranakan lelaki dan
perempuan tak sama, sebab perempuan bila gharah tak inzal dia tak akan stress
macam lelaki. Korang bukan faham bab inzal ni lagi lagi jenis yang jarang dapat
inzal, memang tak fahamlah.
So, aku borak lagi dengan kawan aku tu, dia bagitahu banyak
lagi sebab lain, so dia rajin nak cerita, dan aku kongsi untuk panduan korang
semua.
14 Sebab kenapa lelaki nak cerai bini, antaranya:
- Tiada win win situasi, asyik nak memang jer, bab seks selalu tolak memang bini menang, laki tidur dalam keadaan air naik kepala, memang stress, jika tak boleh seks, bini boleh blow job suami, bini boleh guna tangan, celah peha, celah ketiak, fahami keperluan seks suami, Kreatif sikitlah wahai orang perempuan. Jangan biar suami tidur dalam keadaan murung. Perkara yang sama Bab makan: Bila si bini tak pandai masak dan malas nak belajar, selalu suruh suami masak atau bungkus dikedai, dan biar suami makan sendiri di meja makan, sekali sekala takpe, lama lama, lebih baik suami makan kat kuar dengan kawan, dan bungkus jer kat bini. Tapi dah bungkus bini kadang tak nak makan, katanya takde selera. Lepas tu masak sendiri lauk yang laki tak suka makan.(kahwin ni kena sama sama mengalah-sama sama menang, kalah sikit sana, memang sikit sana, tolak ansurlah)
- Tak berkongsi masa depan yang sama, laki nak anak ramai, bini nak anak sikit, laki nak rumah bekembar, bini nak rumah banglo, laki nak duduk dekat rumah mak dia, bini nak duduk dekat rumah mak dia jugak, laki nak bini menyusu, bini nak anak minum susu formula, laki nak beli kereta jenama tempatan, bini nak kereta jenama luar negara, laki ajak tengok wayang cerita perang, bini tak nak sebab bising sangat, dan lain-lain. bila masa depan dah tak sama tujuannya, kenapa suami isteri nak kena hidup sampai tua bersama? (perang tak boleh memang jika musuh berbeza)
- Bercakap bila perlu sahaja, banyak masa bini diam, dekat meja makan senyap, dalam kereta senyap, masuk tidur tak bagitahu, cakap bila perlu sahaja, rasa diri tak wujud sebab sepatutnya ada banyak benda boleh borak, tapi bila ajak borak, takde respon, bila menyanyi bini cakap bising, adohai… (enjoy the silence tak berlaku bila tak cinta)
- Tak jaga perasaan Pasangan. Bini happy bila menguntungkan dia sahaja, balik kampung sendiri, seronok, balik belah mertua-monyok, keluarga sendiri datang layan dengan baik, keluarga suami datang, layan ala kadar dan merungut rungut, hari gaji ceria ajak makan kat luar, hujung bulan duit belanja sikit monyok dan mudah emosi, bukankah cinta itu susah senang bersama? Kenapa waktu senang jer abang sayang? Waktu susah abang melayang? Kenapa Bini perlu lebihkan keluarganya dari suami? (orang perempuan lupa dia selalu lukakan hati suami, tapi tak lupa bila suami calar hati dia sikit huhuhu)
- Laki jadi mudah cumburu tengok kebahagian pasangan lain, dan laki jadi mudah jatuh cinta pada orang lain sebab kat rumah tak dapat perhatian dan kasih sayang, jadi dalam kes kawan aku ini, dia dah rapat dengan sorang perempuan yang boleh di ajak bersembang, nak kongsi masa depan bersama, tak kisah kerata jenama tempatan, suka jer suamim duduk dekat rumah mak suami, rumah berkembar pun okey, jadi sekarang member aku ni memang nak cerai lah bini sebab tak nak bini baru susah- (bab ni aku tak setuju, bagi aku lebih baik poligami untuk isi kekurangan bini pertama, tapi jika bini pertama mintak cerai tak nak di madu- tak boleh buat apa lah)(nota tambahan: bila pasangan curang- memang ada kekurangan dalam diri kita-ini ujian hidup, sebab tu jangan berlagak perfect terutama bila dah berumah tangga, tanya apa kurang kita pada pasangan, dan baiki hubungan serentak dengan baiki diri-pesan pada diri sendiri)
- Status kahwin menjejaskan kerja dan hobi suami, bila balik rumah kena jaga anak sebab bini banyak tidur, masuk pejabat pun mengantuk, kawan ajak memancing pun tak boleh, tengok bola pun tak boleh sebab bimbang bini merajuk dan anak jadi mangsa, jadi bila status kahwin jejaskan hidup normal, memang tak boleh nak selamat lagi. Mak ayah pun kesian tengok suami dah tak ceria macam zaman bujang, sepatutnya perkahwinan jadikan diri lebih bagus, ini makin stress, bini banyak buat benda memalukan mak dan ayah sendiri-(tak pandai masak dan tak bercampur) laki mana boleh tahan? Laki ingin bebas, sebelum kahwin kena ikut cakap mak bapak, tapi bila kahwin kena ikut cakap bini? Apa ke hal?(perkahwinan sepatutnya buat manusia menjadi lebih hebat, masalah seks dan makan dah selesai, terus focus pada bakat, tapi jika makin teruk, bercerai lagi bagus)
- Bini tak hormat suami, selalu buat apa apa tanpa pengetahuan suami, ajak mak ayah datang tak bagitahu, nak pinjamkan kereta tak bagitahu, masuk tidur tak bagitahu, pergi kedai tak bagitahu, nak beli rumah pun tak bagitahu? Memang lah aku tak setuju beli rumah dekat kampung dia, tapi kenalah bagitahu, dia ingat aku ni tunggul?(jadilah pasangan yang hormat satu sama lain)
- Laki jadi gatal, sepatutnya laki tak gatal kacau perempuan lain, tapi bila gatal, ada sesuatu tak kena dalam rumah tangga laki tu, jadi ketahuilah, jika ada lelaki yang dah kahwin tapi selalu mengorat sana sini, ketahuilah, dia ada masalah dengan bini dia.
- Bini kuasai laki dengan merajuk, rajuk mudah pujuk tak apa, tapi merajuk yang susahkan anak, susahkan suami, susahkan tempat kerja suami, susahkan mak ayah suami, jadi suami takut nak buat isteri merajuk dan jadi lurus bendul, isteri pulak merajuk benda kecil jer pun, tapi melarat. Sanggup balik rumah mertua tanpa izin atau pergi ‘bersembunyi’ ntah mana-mana? Jadi satu kerja nak cari, nak cuti, rupanya sewa hotel tenangkan diri? Apa ke jadah?Kenapa seksa suami dengan merajuk sebegitu?(pasangan yang baik tidak mengokong, tidak menyusahkan, malahan menyenangkan, menyelesaikan masalah)
- Hilang percaya pada bini. Mungkin bini pun curang? Sebab merajuk jer keluar rumah pergi ntah mana-mana? (Ini mungkin hanya sangka buruk suami, tapi suami mana tahan dengan bini yang selamba keluar rumah tanpa bagitahu? Bukan suruh minta izin pun, suruh bagitahupun fail? Adohai.)
- Curang! Suami mengaku curang! Bagaimana nak selamatkan lagi hubungan ini?(dah campur pihak ke tiga, pilihan yang ada: Poligami atau cerai? sendiri pilih)
- Suami jadi cakap menipu sebab tak nak bini merajuk, contoh: saya tak penat pun kerja, jadi saya masak hari ni, padahal, saya penat sangat, boleh tak awak masak macam mak saya masak? Tapi nanti bini merajuk, jadi bila dah selalu cakap menipu, maka dah tak guna lagi hubungan sebegini. (Hubungan sepatutnya tiada cakap tipu-tipu, kena jujur dan terus terang, jika nak inzal, cakap!, jangan pura pura inzal)
- Sangka bila ada anak, masalah selesai, tapi tak! Bila beli rumah masalah selesai, tapi tak! Bila pindah jauh sikit dari mak bapak dia ingat masalah selesai, rupanya tak! Pening! (Rupanya sikap cari bahagia di masa depan tak mebantu rumah tangga, kebahagain kena cari sekarang! Masa depan adalah hari ini-ini silap yang aku nampak pada member aku...)
- Arah hidup semakin berbeza, tapi si dia tak nak ikut, panjang cerita, memang jadi masalah jika kekal bersama tapi haluan tak sama, maka kena bercerai juga katanya, kalau tak si dia dan isteri akan terseksa.
Pesan aku, jangan baca ini untuk rujukan wanita sahaja,
lelaki pun sama, bila cerai takde satu pihak salah, dua dua ada salah. Cuma pujian pada kawan aku sebab tak nak lafaz talak di luar
mahkamah, nak bercerai cara elok katanya, tapi pelik sebab tak nak poligami
walaupun bini pertamanya dah izinkan sebab nak senang dia datang waktu melawat. tak nak poligami pulak, adohai..Macam
macam hal korang ni,
Apa-apapun: Jodoh ni
termasuk kerja Tuhan, So, tak payah stress sangat.
Pintu masuk ke alam perkahwinan, pandai buat dengan cara yang
halal, seperti merisik, bertunang, dan lain-lain. Selebihnya kita tawakal
kepada Allah. Bila ada masalah
rumah tangga, jalan keluar kepada perkahwinan juga halal, iaitu penceraian
dengan lafaz yang sopan, setelah bincang dengan baik baik, yang penting cara
halal, Selebihnya kita tawakal kepada Allah,
Sungguh adil dan BijaksanaNya Allah kerana halalkan ceriai,
sebab Derita yang ada Akhir lebih baik dari Derita Selama-lamanya.
Akhir kata, sedikit pesanan kepada orang bukan islam, dalam
kepercayaan kami, tanpa iman, korang akan kekal selamanya dalam api neraka,
tapi jika ucap kalimah Tauyibah, maka korang akan ada iman, dan pasti suatu
hari nanti masuk syurga jua.
Maka sungguh Derita yang ada Akhir lebih baik dari Derita
Selama-lamanya, maka tolong jangan bercerai dengan Allah!
Ucaplah La Illah hailallah, pasti kamu akan Berjaya!
Woha sampai syurga!
Ps: Kepada bini-bini: Bab tidur awal aku nak pesan satu jer, jika betul-betul
penat, mintak maaf kat suami awal-awal sebab terpaksa masuk tidur awal, laki
yang faham akan kurang stress jika isteri mintak izin, nampak dihormati dan
semua suami ingin dihormati. Bini aku pun sama, Aku tak halang dia tidur awal, malahan aku izinkan dia tidur awal
dengan syarat: jangan pakai seluar dalam! Woha!
rasenyer org yg masalah jer yg cari org yg sempurna....pernah saya dengar ada satu mcik cakap kat anaknyer 'tak usahlah cari yg sempurna tapi jadilah yang sempurna untuknya'. alangkah baiknyer kalau ramai yang ingin menjadi sempurna untuk seseorg itu....
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian tuan.. Sy pnh gagal dlm pkahwinan.. Sy blajar byk drp ksilapan sy dlu.. Amal agama faham agama.. In shaa Allah smua akan baik2 blaka..
ReplyDeleteMencari kesempurnaan pd seorg isteri, nescaya tak ditemukan.
ReplyDeleteMencari kesempurnaan pd seorg suami, nescaya tak ditemukan.
Suami ibarat pakaian bg isteri, isteri ibarat pakaian bg suami.
Pakaian itu menutup aib, menutup kekurangan, menampakkan cantik menghiaskan diri.
Syukur, qanaah, sabar dan saling memaafkan, segala yg kurang pd diri dan psgn kita perbaiki. Mudah mudahan saling berpsgn juga nanti di Syurga.
Tumpang tanya, inzal tu apa ya?
ReplyDeleteTeman teman pembaca Hamkakeretamayat yg bukan Islam, jadilah saudara saudara kami di bawah Kalimah La ilaha illaAllah MuhammadurRasullullah (Tidak ada Tuhan kecuali Allah, Nabi Muhammad utusan Allah), maka kita bersaudara, saudara seagama.
ReplyDeleteKetahuilah mati bukan penyudah hidup, tapi adalah bermulanya perjalanan yg jauh, panjang masanya dan penuh kesukaran, bermula dari sakaratul maut yang dahsyat dan menyakitkan, alam Barzakh-kubur, Kiamat, Hari Berbangkit (hari dihidupkan semula), perjalanan dari kubur tempat kita dibangkitkan (dihidupkan semula) ke Mahsyar, Hari Perhitungan (Hisab), Hari tuntut menuntut, Neraca Timbangan - Mizan (kebaikankankah atau keburukan yg lebih banyak), Shirath (Laluan ke Syurga), hinggalah ke pengakhirannya Syurga (tempat pembalasan baik) atau Neraka (tempat pembalasan buruk). Sungguh perjalanan yg sukar, panjang dan jauh sekali.
Alangkah malang, dan sedihnya, tanpa Kalimah La ilaha illaAllah - MuhammadurRasullullah, kekal dalam Neraka selamanya. Kasihanilah diri sendiri. Apalah adanya dunia yang sekejap ini berbanding yang kekal selama lamanya.
ketikamana aku menaiki kenderaan merentas laut china selatan...
ReplyDeletetelah bermimpi akan aku tentang...
Sekaya mana atau rasa kebahagian didunia ini.....masih manusia itu tidak akan dapat membeli atau merasa bahagia memiliki sebuah mahligai di syurga kecuali ia memiliki keredhaan Allah serta beriman denganNya jua.
semoga mendapat rahmat sampai Syurga.
Assalamualaikum.
Mana bisa manusia adil ?
ReplyDeletemaaf lambat jawab,
ReplyDeleteMuslim : benar tuan.
Anonymous: Inzal tu klimak, jangan tanya klimaks tu apa pulak.
Yutaka Mushimura : waalaukumuslam
Dwi Putriyeni : bisa jika yang di adili juga bertolak ansur. Huhuhu